Friday, 4 August 2023

Tahun ke 5

Tahun 2023 ; tahun ke 5, aku bekerja sebagai Jurutera Domestik / Suri Rumah Sepenuh Masa. 

Ya, benar. Aku sosok manusia yang bercita - cita tinggi satu ketika dahulu yang pernah kau baca dalam ruangan ini. Sekarang anak aku sudah 4 tahun, namanya Luth Wahyu. Aku manusia yang menghayun buaian sehingga kini. Semoga Wahyu nanti boleh menggoncang dunia sendiri. 

Tidaklah menyesal. Tidak juga rasa tidak menyesal. Berada di satu persimpangan dua cabang. Bila sudah 5 tahun aku pegang jawatan ini, aku mula rasa satu benda yang hilang; JIWA DAN DIRI SENDIRI. Hidup sudah mula sepi, menyendiri, tiada motivasi dan tiada cita - cita.

Selamat Bertemu Kembali

 
 
 
Sudah lama tidak aku jengah di ruang ini. Semoga semua orang baik - baik sahaja dan berada dalam kerahmatan Tuhan. Semoga manusia - manusia yang telah pulang ke rumah abadi digolongkan dalam kelompok yang soleh dan solehah.
 
Malam ini aku tergerak hati mahu melihat tulisan sosok aku yang dahulu. Ternyata, aku adalah manusia yang berbeza pada hari ini. Sejujurnya, aku merindukan sebatang sosok tubuh dan jiwa yang kuat, tidak rapuh untuk dipatahkan, tidak melayang apabila diterbangkan dan tidak mudah terluka apabila ditikam. Aku cuba berdamai dengan takdir, tapi ternyata bukan indah - indah. Semoga pengakhirannya INDAH bersama restu Tuhan. 
 
 
 
 
 
 

Saturday, 18 November 2017

Setelah sekian lama

Assalamualaikum.
Alhamdullilah, hari ini aku datang kembali.
Aku sudah lama menghilangkan diri daripada dunia blog. 
Terima kasih kepada para pembaca yang tidak putus mengutuskan soalan kepada aku meskipun aku sudah lama menyepi.

InsyaAllah, selepas ini aku akan buat posting secara berkala. 

Buat yang tertanya kepada aku, aku sekarang sudah bekerja sebagai seorang pendidik di sebuah tadika swasta. Pejam celik sudah hampir setahun aku bersama anak-anak ini. InsyaAllah, au juga bakal melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana tidak lama lagi. Doakan aku!

Sesungguhnya, aku yakin percaturan Tuhan itu lagi indah. Aku dulu merancang untuk tidak bekerja selepas bergraduasi kerana impian aku mahu menyambung pelajaran diperingkat sarjana. Tetapi, Tuhan masih belum memberikan aku rezeki ekonomi yang kuat untuk aku sambung. 

Aku pernah juga merancang untuk tidak berkahwin semasa aku menyambung pelajaran. Tetapi, perancangan Tuhan itu lagi indah. Aku sambung sarjana selepas aku mendirikan rumahtangga, 

Oh, ya. Aku sekarang tidak lagi berada di pulau tempat lahir aku. Aku sekarang berada di Kulim. Mengikut perancangan aku, ini akan lebih memudahkan pergerakan aku untuk berulang-alik ke USM Pulau Pinang. Begitu juga dengan hal perkahwinan, my soulmate bekerja di sini. Hhahaha. Aku pun bergerak seiringan ke sini. Lol.

Apa-apapun, doakan aku berjaya di dunia dan akhirat. 
Doakan aku juga dipermudahkan urusan. 

Sungguh, aku rindu nak menulis lagi macam dahulu.... 
Tetapi, masa itu akan mencemburui aku. 

Thursday, 6 October 2016

6 Oktober 2016

Hari ini tanggal 6 Oktober 2016. 

Hari ini hari bersejarah kerana hari aku ambil jubah konvokesyen.
Pejam celik, pejam celik, pejam celik. Hari yang dinanti selama 4 tahun dah tiba.
Aku teringat dulu semasa kecil, cita-cita aku tulis 'ingin belajar sehingga ke menara gading'.
Tuhan makbulkan juga cita-cita aku yang aku tulis dalam biodata kawan-kawan.

Tuhan Maha Kaya dan Tuhan Maha Tahu.
11 hari lagi sejarah besar bakal berlaku.
Aku akan naik ke pentas Dewan Tunku Canselor untuk terima sekeping kertas gulung. 
Makin lama aku berfikir, aku senyum. 
Rencana Tuhan rupanya indah sekali. 

Pakai topi petak,
Pakai jubah besar.
Ambil gambar.
Letak dalam frame.
Ibu dan ayah akan gantung di rumah. 

Impian aku dari kecil. 
Tadika , sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.

Terima kasih kehidupan.
Terima kasih universiti Malaya kerana ajarkan aku erti jerih, sepak, terajang, senyum ketawa dan menangis dunia. 

Saturday, 4 June 2016

Serius wei. Penat edit fyp. Tambah bab bibliografi dengan typo. 

Wednesday, 30 March 2016

Perkara kahwin ini fikir sampai ke lampin anak!

Aku rasa macam dah banyak kali aku up pasal benda ini. Nak kahwin perlu fikir sampai ke lampin anak! Aku qoute kata ustaz hasrizal dalam buku beliau. (Aku sangat-sangat mencadangkan orang-orang yang mahu berkahwin baca buku ini! Berguna sampai bila-bila!) 
Dalam fasa alam rumah tangga, selain daripada fikir mahu secepat mungkin untuk mahar dan hadiah perkahwinan (hantaran), ada lagi benda besar perlu fikir. Selepas bernikah. We should think wise and wider. Masa awal-awal memang dah kena bahagi 'Siapa yang mahu bayar rumah?', 'Siapa yang mahu bayar bil utiliti?' , 'Siapa yang mahu bayar kereta?'. Fuh. It is totally make sense what is Ustaz Hasrizal said. *mohon lap peluh kat dahi* Lain la kalau kawen dengan orang yang duit berkepok. Hahaha. Tak payah fikir. LOL. 

Nak kawen, kena bersedia mental dan fizikal. Dalam bab pertama ustaz hasrizal ada menyebut ada dua perkara yang mencabar. Pertama harga diri. Harga diri selalu orang kaitkan dengan 'sekufu'. Aku malas nak bahas pasal sekufu ini. Tapi, ya. Perlu bersedia dengan tanggapan orang terhadap kita dan pasangan. Contohnya; orang sekeliling akan cakap 'eh, macam tidak padan', eh itu. eh ini. Belum kira lagi bab yang sensitif macam agama - kurang beragama. Ia terpulang kepada pasangan nak handle macamana kan? Aku sebagai perempuan. Aku rasa benda ini penting. Sebab sebagai perempuan, setinggi mana pun kita, sejauh mana pun kita. Prioriti kita adalah kepada lelaki yang kita pilih sebagai suami. Contoh : Suami cuma boleh al-fatihah dan mampu imamkan kita. Kita boleh mengaji dengan lancar. Suami tetap menjadi imam dan kita makmum. Itu harga diri. Perlu mencari keidealan. Alah, ada beza antara orang yang tahu dan yang mahu. Kalau diberi antara dua ini, pilihlah yang mahu. Sebab jalan yang kita pilih itu adalah menuju Tuhan kan? Put our ultimate goals towards Him. Find someone who is 'teachable'! And be some which is 'teachable!'.


Kedua, komitmen kerja
Kalau yang kedua-duanya bekerja dalam masa yang sama mungkin tiada masalah. Yang kena bersedia ialah orang yang bekerja dalam masa yang tidak masa. Shift yang berbeza. Duduk satu rumah; isteri keluar jam 7 pagi. Suami balik 8 pagi sebab shift malam. Isteri balik jam 6. Suami dah nak keluar ke kerja. Routine be like this. You can't simply meet each other. Huhu. Apa yang penting ialah persediaan sebenarnya. 


Ok, bye. Nanti ah. Aku sambung. Malas nak tulis lagi. 

Tuesday, 29 March 2016

Jangan pernah mengharap sempurna.

Sambungan entri aku sebelum ini.

Jangan pernah mengaharap kepada yang sempurna dan mencari-cari yang sempurna. Apabila kita mencari yang sempurna, expectation kita terhadap orang lain adalah dia seorang yang sempurna. Sebaiknya kelebihan itu perlu dipanjatkan syukur sebab ia akan menutup kekurangan kita dan kekurangan itu diredhai dan ditutupkan dengan kelebihan kita. 

Nak tahu?

Sifat orang yang berjaya itu ada sifat yang bukan bersendirian. Sifat yang berjaya itu adalah berjaya membawa orang lain bersama-sama dengan kita. :)