Tuesday, 30 July 2013

Rupa manis dipandang tapi sayang bila ada yang kurang menyenangkan.


Hai guys.
Alhamdullilah, rajin pula mengupdate hari ini kan?
Nampak tak kerajinan saya?
hahaha..

hari nie tetiba ja nk tulis pasai benda ni.
Sebenarnya dah lama nak tulis,tapi malas.
hahaha.. *terajin benda yg lain.

Alhamdullilah, semua kita dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing oleh Maha Pencipta *ucap "Alhamdullilah". 
Banyak yang dilihat punya rupa yang manis dan sejuk dipandang, tapi sayang ada benda yang kurang menyenangkan. Apakah? Tahap kebersihan diri yang sangat rendah.

1.bau badan yang kurang menyenangkan.
tak kira lelaki dan perempuan. Bau badan nie sebenarnya boleh dihindar dan boleh dihilangkan. 
Caranya: Sila google dengan sempurna. *google ni baik kan?
Orang nak dekat pun susah.
Sebab tak tahan bau.
Kepada yang dah berkahwin terutamanya jagalah bau badan dengan sebaiknya demi ketenteraman dalam rumahtangga. Perkara yang dianggap kecil sebegini akan membawa kepada perkara yang lebih besar bila pasangan tak tahan. Bau ikan la,bau asap la.. *bukan pasangan saja,jiran-jiran pun sama. 

Kepada yang single,belajar lah untuk menjaga bau badan. ^_^ good luck guys.

2. Baju yang agak selekeh.
Bukan la nk cakap pakai baju vogue ka apa ka. Baju 2 ringgit pun nampak cantik kalau pakai secara kemas dan teratur.
Tudung,baju dah macam corak-corak sebab tak iron.
Just wanna tell you. It's our image.


3. Bahagian yang tersembunyi tidak diberi perhatian.
Paling nak tekankan kat sini selain daripada yang perlu dijaga sendiri. *bahagian sulit (malas nak bicara,tolong google sendiri) ---> RAMBUT

Muslimat terutamanya, walaupun pakai tudung tutup rambut, tapi rambut juga perlu dijaga.
Sangat tak berkenan bila orang tak bagi perhatian kat rambut.
1. stock-stock yg tak suka sikat rambut. It's okey kalau rambut kemas dan teratur tapi kalau sebaliknya? 
2. Stock-stock yang suka ikat rambut masa basah. 
Paling pantang yang nie. Keringkan rambut dulu sebelum ikat. Nanti rambut akan menjadi busuk dan berkulat dan menimbulkan rasa memnyenangkan walaupun pakai tudung 7 lapis.

#muslimin juga sama. Rambut jangan letak minyak sampai meleleh kat tepi-tepi telinga. Owh! =,='


Ramai orang yang tak suka bincang pasai nie sebab sensitif. :)
Tapi perkata ini perlu diperkatakan.

"Jom jadi bersih".


Sunday, 28 July 2013

fakta tentang si kecil..

Nama penuh- Siti Nabilah binti Che Musa.
(Nabilah)
5 Perkara yang orang tak tahu:
1*hanya berketinggian 148 cm.
2* love to sleep.
3*bermain gitar (beginner).
4*Makan dengan banyak.
5*umur sebenar 21 tahun!
 perkara yang tak suka buat.
1*make wish kat orang dan orang wish birthday (pelik kan) * kurang penyayang betul.---> Wish dalam doa.
2*kerja last minute yg baru gegeh nk bg. (klu buat kerja tangguh ok ja) =,='
3*majlis yang melampau2.. (mungkin nabilah seorang yang simple). cth:Sambut besdey calit sana.sini. Series,Don't like it.

Dah berpunya : Allah,Rasul,Ibubapa,adiik beradik,sahabat dan bakal suami ^_^

Suka masak,walaupun tak sedap!
Tak suka kotor.
Suka baca. Si kosong terutamanya.



Wednesday, 24 July 2013

Pelik...Solat terawih tapi kanak-kanak tak dak langsung?


bergila kentang malam ni.
hahahaha.
Series.

Pergi solat kat masjid bulat memang tak nampak langsung kanak-kanak kat dalam masjid.
Ini series. Berbeza dengan tempat-tempat yang nabilah pernah terawih. hahaha.
kalau tak kanak-kanak agak bising.
So,ada sesetengah ibubapa decided untuk tidak pergi berjemaah di masjid.
kan3?
Sebab keadaan kat Malaysia sgt berbeza dengan negara-negara luar yang membiasakan anak-anak mereka berjemaah di masjid. Tak kisah pun bising ka tak..
*saya baca dalam buku.
Kalau tak betul,sila komen dengan sempurna.

Rupa-rupanya kanak-kanak comel dan nakal itu ada di masjid. 
Tapi di tempat lain.
Mereka dijaga oleh babysitter yang comel.
Kebanyakkannya adalah pelajar daripada kawasan berdekatan seperti um la..
hahaha..

Bagus kan idea nie..
Boleh tak nak buat kat Langkawi?
Dalam masa yang sama dapat mengimarahkan rumah Allah.


Tuesday, 23 July 2013

Pengalaman pertama berbuka puasa di masjid -masjid bulat

Hai guys.
Series. 
Tengah excited.
Sebab hari nie pertama nabilah berbuka puasa kat masjid.
Hari ini buka puasa kat "masjid bulat"
Masjid bulat nie dekat ja dgn rumah yang nabilah tengah menginap sekarang.
Kami pergi naik motor ja..
KOnvoi ramai-ramai ke masjid.
Bila sampai masjid,rasa best sgt.
Best yang sukar digambar dengan kata-kata.
Rasa rugi pulak hari tu balik masa program Ramadan PmIUM. 
Kalau ikot program PMIUM hari tu,dah pergi masjid negara,macam2 masjid lagi untuk berbuka.
Best kan?
tapi nk wat mcmana.. 
Ada kekangan.
Muahahaha..
Masjid bulat ni dalam kawasan Petaling Jaya jgk..
Kenapa dinamakan masjid bulat.
Sebab nie!
sebab masjid ni berbentuk bulat.
Series,buka puasa masjid kat sini macam makan kenduri.
Ramai sangat orang yang berbuka.
berbeza dgn tempat nabilah.
Alhamdullilah, Allah bg peluang nak berkenalan dengan masyarakat kat sini.
Kami diberi kurma 3 biji,sebotol air mineral kecil dan semangkuk kecil air zam-zam.
Alhamdullilah lagi,Allah bg rezeki untuk merasa air zam-zam.
Esok,InsyaAllah berbuka lagi di masjid!..
Hidup sebagai perantau di bandar metropolitan.
Salam sayang,
Nabilah.

Saturday, 20 July 2013

Blog saya dah diterima nuffnang .. Boleh tidur dgn lena.


Alhamdullilah.
Malam nie berjaya melakukannya atas pertolongan adik junior.
Ghamsahamnida. 
Dah berkali buat tak lepas.. tapi malam nie alhamdullilah.
Tengah mengalami krisi kewangan yang agak teruk sekarang.. hahaha..
Allah bagi jalan untuk rezeki.
Alhamdullilah sgt.
Allah Maha mengetahui dan Mendengar doa hamba-hambaNya.

Mungkin tak seberapa. Tapi sekurangnya sekarang dah boleh buat pendapatan sendiri.
Walaubagaimanapun, sahabat yang awesome kena sentiasa ingatkan nabilah supaya lebih mementingkan intipati dalam entri berbanding kutipan wang bulanan daripada nuffnang.

Terima kasih nuffnang.
Off to Kuala Lumpur malam esok.
Pergi buat visa.
InsyaAllah nanti nabilah akan update untuk persediaan ke Korea.

mood: sebulan lagi masa berada di Malaysia. 
Excited and can't stop worrying.

Good nite.
Assalamualaikum.

Friday, 19 July 2013

Perkara yg menjadikan diri kurang rileks bila fikir pasal negara korea =,=


Hai guys.
Lama lah tak update.
Hahaha.
Selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini.
Bulan Ramadan ialah bulan meningkatkan ibadah.
Tinggal lagi sebulan nk meninggalkan tanah air tercinta,Malaysia.
Series,nanti mesti rindu Malaysia. Nabilah patriotik beb!
Alhamdullilah,Allah beri rezeki untuk merasa nikmat Raya Haji di tempat orang nanti.. :D
Tapi bila terfikir pasai korea, Ada benda yang buat Nabilah kurang tenang a.k.a. rileks!
Duit? Kebimbangan utama.
Alhamdullilah, tiket flight dah tempah dan makan nasi lemak air asia nanti. 
Kalau sebelum nie tak pernah nk order sebab mahal !
Tapi pergi Korea ni 1000++ dia kena ambil pakej.
Ceh.
Visa. Status: Pending, belum buat. Ahad nie baru nk turun KL.
Pakaian: dah stel. Alhamdullilah (tunggu update pakaian) 
tinggal kasut ja. (kasut winter)


Selain daripada benda-benda yg di atas nie.
Ada perkara yang mengganggu fikiran
Those things. OMG.
Everytime thinking about it! Don't how to manage.. hahaha
Wanna know?

below:
1. Solat
Selain dari waktu solat,kiblat dan sebagainya. One thing yang mana sedang bermain difikiran ialah tempat solat. Kalau kat Malaysia boleh ja solat kat mana-mana asalkan bersih. Dah pernah solat atas rumput depan tandas,tpi jalan,atas tanah dan sebagainya :D  Kalau kat Korea,contoh mcm Seoul. Ada ramai muslim kat sana. I'm not worrying because automatically can found mosque,musolla atau boleh ja kat mana-mana sebab ramai muslim. Tapi tempat yang nabilah terlibat dgn program ni Gwangju yang nabilah tak tau populasi penduduk dia mcmana.. Adakah sama dgn Daegu dan lain2? Pernah terjadi kat sahabat yang belajar di Korea.*tak ingat nama tempat dia* dihalau masa solat .
Tapi bila think twicely,masa nie la iman kita akan teruji. Sama ada mahu mempertahankan solat atau meninggalkan solat semata-mata kawasan tak leh solat.





2. Language
Nie perkara kedua.
Honestly,Nabilah broken English. Tak tahu mcmana boleh lepas nk pergi program nie.
Perancangan Allah kan?
Setakat dapat Band 2 apalah sgt.
kan?
B.i tengah-tengah la.
Tapi nabilah akan pergi tempat yang mengutamakan bahasa ibunda, Korean Language.
First call from ISC pun dah mula terfikir.
Korea? Bahasa?
Dalam kelas memang dalam b.i.
tapi komunikasi luar confirm Korean Language.
Beberapa orang dalam kumpulan Nabilah memang major dalam bahasa Korea.
Kat fakulti ambil jurusan bahasa korea.
Lega la sikit sebab depa dah boleh baca tulisan korea. Agak senang disitu.
Nabilah, kalau setakat Komowomida,Ghamsahamnida,Saranghae tu reti la.. hahahaha






3. Cuaca,musim,suhu
Jangka masa yang Nabilah pergi tu peralihan ke winter.
Badan Nabilah agak susah nak adapt and adopt *term apa yang aku guna* dengan suhu yang tak biasa.
Mudah selsema dan demam.
Suhu kat sana akan menjadi negative. 
angin kat sana adalah angin sejuk dan kering.
Agak risau kerana orientation will take one week.
Tapi fighty!
Aja.




eh. makanan
Makanan??
Mestilah makanan halal.
Alhamdullilah,tekak nabilah nie boleh terima korean food.
Nasi,sushi. tapi sushi tu kena tgok apa yang dia letak. 
Takot ada benda yang tak boleh makan.
Yang paling penting,nabilah makan sayur  ^_^
Nanti mesti sihat.
Series. banyak senior yang pergi exchange student mcm Nabilah balik Malaysia ja badan sihat.
\Muahahaha..




Salam sayang,
Nabilah.

Daoakan nabilah baik-baik kat sana.



Saturday, 13 July 2013

Bila si dia berbicara,aku garu kepala =,='


Bila dia berbicara,nabilah garu kepala.
Dia selalu tnya soalan-soalan cepumas yang mencetuskan tanda soal yang besar atas kepala, toing! 
Soalan yang tak masa kita umur mcm dia tak pernah terfikir.

Misalnya,
Semalam,dia tnya "Kak Nabilah,penjara yang ada tingkap kecik kat atas untuk udara sja tu untuk apa?"
Gulp =,=' ..Sudah,nak jawab apa pun tak tau nie.. ==> nampak sgt malas membaca dan ambik port. 
Nabilah pun diam..
Dia jawab "Penjara yang ada tingkap kecik kat atas tu untuk orang yang menanti hukuman berat"
eh,betul la..
petang nie tetiba dia mai lagi dan cakap "kak nabilah nak tau dak orang dulu-dulu buat hukuman berat,buang kepala,lepas tu buang dalam perigi". nabilah pun angguk.. sebab betul.

Lepas tu masa tengah hari sebelum adegan yang petang tadi ada lagi soalan cempumas yang sgt tak boleh blah..
"Pasir tu boleh buat kaca kan?"
Gulp =,=' Hadess..
tetiba teringat pasai tembikar tu diperbuat daripada pasir*belajar dulu2,hahaha..
Nabilah angguk.. 
dengan selambanya dia menceritakan proses-proses nak buat kaca mcmana.
Daripada ambil pasir,keringkan,panaskan,ketuk2,celup dalam aiq..
Series,tak pernah tau.
mUahahaha..

Semua orang dalam famil menjadi mangsa kepandaian dia dlm berbicara.


Pernah satu ketika, dia tanya "Ummi,angkasa lepas warna apa?"
hahaha..
Maksu pun jawab "Ummi tak tau,muiz kena cari sendiri"
Rupanya dia saja nak uji..
Sebab dia dah tau jawapan betoi..
kikiki..


Dia start bicara pasai sistem solar,angkasa lepas, dan benda-benda yang rasa tak pernah terfikir sejak 5 tahun.
Budak yang belajaq sains bertahun pun tak tau..


Tambahan,dia kalau nak marah adik dia mesti mcm tu jugak.
Situasi mencuba kasut oleh dua orang anak dara yang terlebih aktif dalam family 
Dia berkata "Jangan pakai kasut dalam rumah, sebab adab berada dlm rumah"
*series,tak tahu mcmana dia boleh belajaq dengan semua nie..

Nak tau umoq dia berapa?
Sekarang nie baru 8 tahun..
Nabilah nie 21 tahun sentiasa kalah dengan huraian fakta yang tak pernah nabilah ambil tahu.
Kadang-kadang dia memberi ilmu kepada yang orang yang lebih dewasa.

Harap satu hari nanti dia jadi orang yang berjaya dan menyumbang kepada agama Islam.

Wednesday, 10 July 2013

Boikot sana, boikot sini..!


Hai guys..
Pagi !
2nd days in fasting month.
muehehehe..
Semoga puasa tahun nie dapat memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik.
Allahumma Ameen..

Agenda pada pagi ini.. jeng,jeng,jeng.
boikot!
Kalau barangan Malaysia, nabilah boikot U*****,M****,T**,***.***
Aisemen! 
Seperti yang hampa semua tau,satu dunia sekarang sedang melancarkan boikot terhadap barangan-barangan daripada negara yang melanggar hak asasi manusia.
*satu dunia? yes! satu dunia,walau secara tak rasmi. Either,non-muslim poeple.
Sebab apa yang berlaku sekarang bukan lagi isu Islam atau agama tapi isu sejagat,isu kemanusiaan.
Negara yang melanggar hak asasi manusia. Ya kot.
Barangan-barangan daripada zionis. Sekarang nie orang tgh boikot barang daripada Iran.
Zionis dah ramai yang tahu kan sebab apa.
Palestin.

Kenapa sekarang daripada Iran pula?
Sebabnya, Iran telah memberi bantuan kepada Assad untuk Syria untuk menentang siapa yang menentang kerajaan Assad yang kejam. =,='
Semoga Syria terus diberi kekuatan.

Mesir memang sgt kuat dalam isu boikot nie,sampaikan ada salah seorang bekas student tu cerita rakan sekelasnya yang berasal daripaa Mesir marah sgt sebab dia guna produk dari Yahudi iaitu Baby Johnson.
Kita?
Rileks ja pakai.

***
Isu boikot ni ada orang yang cakap "Kenapa perlu boikot?,tak dak kesan pun kat depa".
Yes,exactly. Kalau ramai orang berfikir macam kau.
Tapi kalau ramai orang yang berfikir sebaliknya?
Lumpuh ekonomi,tiada gerakan tentera dan tiada pembunuhan. *Teori ini ambik semasa dlm forum.
Instead, sekurang-kurangnya ada juga usaha nak bantu saudara kita yang ditindas oleh puak-puak yang kejam nie.

Serius,
dulu nabilah pun mcam malas nak ambil port bab boikot nie.
Tapi sejak datang KL,dengar sendiri daripada orang yang pergi ke tempat-tempat mcm nie,baca buku-buku,artikel-artikel,selidik dan kaji.
Betapa rasa bersalah dari dulu tak boikot.
Tahu,sebenarnya orang yang still guna barang yg perlu diboikot ni sebenarnya tak dak saluran maklumat yang betul.
So,kita yang dah tahu nie..
Sebarkan!
sebarkan bahagia. :)

#facebook pun salah satu produk mereka juga. 
Yes,tapi gunakan ia ke arah yang baik dan menyebarkan maklumat.
Jangan sebaliknya.
Jika mereka menjadikan medium ini sebagai senjata mereka.
Mengapa tidak kita?


Nak tahu barang apa?
Jom,google sekarang.

Friday, 5 July 2013

Kem kepimpinan Al Fateh - ;) - seminggu der..


Hai guys.. 
dah bersarang rasanya blog.
Malam ini baru berkesempatan untuk mengisi ruang agar tidak kosong.
haha.
Sebenarnya lepas exam hari tu pergi kem..
Seminggu jarak dia.
tapi lari balik awal.
hahaha..
5 hari ja.
Alhamdullilah,hari ini hari kedua siti nabilah mandi setelah 5 hari tak mandi.
*perkara biasa bila pergi kem. Rugi kalau mandi. hahaha..
Tak rasa nikmat berkem la kan?
Kem ini diadakan di kawasan yang tak jauh dari UM. *malas nak ingat nama.

Antara suka duka yang saya lalui sepanjang seminggu disitu..
Bercampur baur: antara marah dan gembira.
Marah masa tu,gembira sebab mampu melakukan.



1. Makanan.
Kalau dulu pergi kem,masak sendiri,makan sendiri.. Kem KRS biasanya akan membekalkan bahan mentah dan peserta akan masak sendiri. Tapi kem nie pihak FC yg akan menyediakan makanan.. 
makanan apa? Gusar?

*makanan mentah.
bukan sardin dan sewaktu dengannya sebab itu adalah makanan separuh siap.
susah kan nk explain?
nie contoh makanan..
Bermula pkoi 4.00 pg,kami makan makanan nie setiap hari dengan menu yang berbeza.


#kunyit hidup.


#bawang putih
#tempe mentah - first letak dalam mulut,automatik tekak rasa nk keluarkan apa yang ada dalm mulut. Rasa macamana? try la..tak mampu nk described. muehehe


# halia
#lobak putih. Kalau kat rumah mak selalu buat sup ayam lobak nie,tapi pagi tu kena makan,rasa dia mcam pedas.. yang nie memang rasa mcm tepu perut.. 
Ada sekali,makan malam kami adalah lobak putih! baik untuk kesihatan.


#bunga cengkih dan lada.
Nasib baik sy dah biasa makan.

*makanan yang tak pernah jumpa
Antaranya:


#nasi dan air garam.
Mula-mula makan rasa mcm biasa.. tetiba dah nak habis,*eh,rasa mcam ada garam.. Masin gila!


#nasi kosong dan timun.
Yang nie boleh tahan lagi

#kebab halia.
Kami yang gelarkan..
Hahaha.. 
Nak tahu apa?
Lempeng tepung yang dalamnya hanya ada bawang dan halia..



#telur mentah.
telur mentah ini perkara biasa. Bihun yang dicelur di makan bersama telur mentah. Sedap! dan baik untuk kesihatan.
Makan bersama dengan roti yang diletak madu dan air teh..


2. Aktiviti.


#solat berjemaah.
Pergi ke kem nie,solat 5 waktu secara berjemaah.
Qiamulaill secara berjemaah.Dhuha

#mkn secara berjemaah.
kami akan makan dalam talam dan berkongsi bekas air. makan kat tempat mana sahaja yang boleh dimakan.



#tidur antara waktu zohor.
Peserta-peserta akan diberikan sejam sebelum zohor untuk tidur dalam bilik kuliah..
Best kan?
rasa tenang sgt..



#bertadarus dan bertadabbur
Setiap kali sebelum isyak kami akan bertadarus dan bertadabbur bersama-sama.. Bertadabbur tu maksudnya membca sekali dengan terjemahan.



#Naik bukit dan turun balik
hahaha.. ini rasa mcm nak marah dlam masa yang sama sgt lawak.
ada adhock ckp kat kami "Dalam masa 5 minit,aku nak semua brg dikemas.tak dak satu pun yg tinggal.kita harus pindah ke tempat lain"
Selepas itu kami ke atas bukit,sejam perjalanan..berehat kat situ.. Ada pengisian + denda ..hahaa.. lepas tu kami balik,balik smpi kat tapak aktiviti sebelum ni..
=,='

#tidur bukan atas katil,
tdur atas katil 3 jam ja.. hahaha sgt comel..
yg lain tidur kat dewan,surau..
Ada sekali tu tidur dalam keadaan yang sgt sejuk kat atas lantai dewan.
Sebab apa? Pkoi 2 pg kena terjun dalam sungai dan berendam
Tak boleh tukar baju..
Ada masa lagi dalam sejam lebih untuk solat subuh..
So,adhock bg kami tidur dengan syarat tidur kat dewan
baju tak boleh ditukar.. muehehehe..
Tidur dalam keadaan yang sgt sejuk dan comel.
Sampai baju kering..
Sejuk toksah dok kata la..
Tapi mengantuk punya pasai tidoq jugak..



3. Adhock
Ad hock sangat best.. mereka lembut dalam tegas.. suka!
hahaha..
#sebenarnya ada antara golongan pengajar ni adalah orang yang saya nak jumpa sangat..
Alhamdullilah,Allah temukan saya dan dia dalam beberapa sesi pengajaran
Dan dia bg no A.Samad Said sebab saya cakap saya suka puisi.
Huhu! terima kasih ustaz SA..

p/s:
Alhamdullilah,Alah beri saya peluang untuk merasai semua ini.. dalam masa yang sama,mendalami apa itu Islam.

Terima kasih semua..

Salam sayang,\
Nabilah./