Thursday, 28 May 2015

A Man. Cat Lover.


Pagi! Aku seronok sebab dapat praktikum kat pejabat kebajikan masyarakat depan rumah aku ja. Jimat duit dan transport aku. Hahaha. Tapi elaun dia tak bagi. Kisah apa aku. LADA boleh dia tolak aku punya resume. Huwaa. Kau tahu tak? Kat situ elaun di rm 300. Kalau 3 bulan, aku dah boleh beli dr. Martens punya boots. Tak pa lah, mungkin Allah nak bagi aku dekat dengan masyarakat lagi kot. InsyaAllah. :)

Disebabkan kat twitter "Haiwan jalanan" dah mula tweet dari semalam pasai lelaki yang suka kucing. Aku sebagai kaum hawa menyokong!! Hahaha. Aku tahu ramai perempuan pun yang macam tu. Termasuklah aku. Choi.

Serius ah. Aku nampak lelaki yang suka kucing ni lagi macho dari lelaki yang naik moto besar. Kalau lelaki yang naik moto besar tu suka kucing, mmg bonus lah! Kah! 

k. Just kidding. Orang cakap lelaki yang suka binatang ini adalah orang yang penyayang. Betul Contohnya, paksu aku. Kucing dia comel sangat! Dia pun penyayang. Orang yang paling dia sayang, akulah tu. Dari kecik, dia mmg manjakan aku. LOL. Dialah orang yang bagi hadiah kasut converse buruk bekas dia pakai kat aku. Kah! 

I don't know. Macam susah ja nak cari lelaki yang suka kucing nie. Aku suka kucing. Bukan suka. Dah jadi obses. Hahaha. Of course lah aku kena pilih sebab nanti aku nak bela kucing. Dia tak bagi. Krisis aku nanti. LOL. 

Kbai. Sambung buat kerja. 

Garang tapi hati tisu dan chengeng.

Mengaku;
Aku manusia paling chengeng dan hati tisu antara banyak-banyak.
Pantang nampak benda pelik aku mesti .... hurm.
Ketam yang diketuk-ketuk depan aku hidup-hidup. Aku tak makan. Sebab itu aku tak pernah pergi ke kawasan yang sembelih binatang.
Kucing mati tengah jalan. Orang tahu aku akan tak makan. 

I don't know. Hahaha. Macam annoying ja perempuan pelik macam aku. 
LOL. 


Apa-apapun, aku harap manusia jadi suami aku nanti boleh terima aku. Walaupun aku tak tahu siapakah dia.

Rasa-rasa Allah ampunkan kita tak?

"Rasa-rasa Allah ampunkan kita tak eh?".  Jangan rasa-rasa. Yakin Allah ampunkan dosa-dosa kita. Sebab antara sifat-sifat Allah itu Maha Pengampun. Apa yang penting, usaha kita nak memohon ketaubatan daripada Tuhan. 

Try muhasabah sebentar. Buka kalam Allah. Allah ada rakamkan dalam kalam Dia, yakni Al-Quran.

"Katakanlah : Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Az Zumar ayat 53)

Moga Tuhan tunjukkan jalan-jalan yang benar dan berpegang pada taliNya kepada kita semua yang terabik, tersungkur, terjatuh, tersembam dan tersumbing dari jalan Tuhan. Ameen. :)

Wednesday, 27 May 2015

Berkongsilah apa sahaja. Itu saham akhirat kita.

Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hai gais!
Hahaha.
 
Hari ini aku nak cerita pasal perkongsian. Dalam konteks perkongsian ilmu, sama ada ilmu formal atau tidak formal. Kadangkala, kita kata ilmu itu hanya tertakluk kepada pengajian Islam sahaja. Means, dakwah dalam laman sosial. Tapi sebenarnya, it is beyond than that. Tidak kira dalam mana-mana bidang yang kita ambil, jangan pernah lokek untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
 
"Ilmu itu adalah saham dalam kubur, walaupun ajarannya cuma satu noktah"

Apa-apa yang diajar adalah satu ilmu. Muqit pernah berpesan, kongsilah apa ilmu yang kita ada sebab boleh jadi apa yang orang tahu kita tak tahu, apa yang kita tahu, orang tidak tahu. Macam inilah, aku bagi contoh. Aku dalam bidang sains sosial, mustahil kan untuk aku tahu tentang sains tulen. Apabila berlaku perkongisan, ada proses timbal-balik. Saling melengkapi kan?

Kalau kau rasa 'passion' kau dalam sejarah dan politik. Ceritalah. Supaya orang dapat ilmu. Ilmu itu saham akhirat. Mana-mana ilmu yang kita ajarkan kepada orang dan bermanfaat jadi bekalan masa kita dalam kubur nanti. InsyaAllah. 

Orang nak dengar dan tak dengar itu belakang cerita. Sekurangnya, kau dah jalankan tanggungjawab kau sebagai penyebar ilmu. Percayalah. Jadilah seekor hud-hud. :)
 
Apa yang aku lihat sekarang terutamanya dalam kalangan orang yang bukan latar belakang pengajian Islam, jarang nak kongsi pasal bidang masing-masing. Kongsilah. Ilmu Allah ini luas. Lagi luas dari yang kita gambar. Begitu juga dengan orang-orang pengajian Islam, jangan kedekut sangat ilmu yang ada. Nampak kawan yang terkapai-kapai tak nak tolong atas alasan bagi mereka rajin datang ke majlis ilmu. Jangan begitu sahabat. Jadilah agen Allah dan ummah. Walaupun kita buat perkara ini sekecil-kecil perkara. Tapi sekurangnya ini juga untuk bantu ummah yang makin sakit.
 
Ini untuk refleksi diri aku juga. 
 
Konklusinya. Berkongsilah. :)

Kisah husnozon.

Kadangkala aku rasa segan, nak marah dengan golongan-golongan so called 'islamist' ini. Aku terlihat dalam satu 'confession' sebuah universiti. Yang pasti bukan universiti aku lah. 
Seorang yang tidak dikenali telah menegur seorang perempuan yang berpewatakan muslimah supaya menjaga keterbatasan dan 'kerapatan' dengan berlainan jantina semasa berada dalam satu tempat. Tambahan pula, dia adalah seorang 'muslimah' yang bertudung labuh.

Rata-rata yang memakai DP islamik di situ boleh dikatakan hampir 90 peratus mengatakan dan mengkonklusinkan bahawa perlunya adanya sikap 'husnozon' mungkin ini adalah isteri suami atau apa-apa sahaja. Lalu, aku terfikir. Seandainya seseorang ini tidak meletakkan 'muslimah bertudung labuh', aku tidak rasa adanya perkataan 'husnozon' ini.

Apakah perkataan 'husnozon' ini hanya perlu diletakkan kepada golongan-golongan yang bertudung labuh, berjubah, berserban, berkopiah dan geng-geng osrah sahaja?. Kalau begitu, rasanya orang lain membawa makna tidak layak untuk disangka baik. Mungkin orang cakap aku ada antara orang-orang yang skeptikal terhadap golongan ini, tapi ini realitas yang perlu semua orang telan. 


Tak percaya? Cuba kau try jadi yang tidak dikenali dan luahkan perkara yang aku sebutkan di atas. Lepas itu, kau mention "budak ini dah la pakai tudung pendek". Aku rasa kau dan aku dah expect benda apa yang keluar kat komen bawah itu. 

Yang paling aku tak leh blah apabila ada golongan ostajah yang komen " sekurangnya dia menjadi maruah dengan memakai tudung labuh". Kau belajar dekat mana ni ukhti? Dengan pakai tudung labuh itu bermakna dia boleh melakukan mungkar lepas tu korang perlu husnozon?. Heh. 

Aku dah lama perhati tren-tren ini.

Sahabat usrahku yang disayangi, macamana kita nak sampaikan Islam? Kalau sampai benda macam ini pun, kita ada double standard. Jangan pernah rasa kita ini 'malaikat' sebab berada dalam usrah, majlis 'ilmu, sebab pergi taffaqufiddin. Pergi liqo fikri. Orang lain semua jadi setan untuk kita pijak-pijak.

Sahabat usrahku yang dikasihi, jangan fikir orang lain tidak tahu. Ada lalat kecil yang hinggap dalam makanan tertutup yang kita sedang jaga elok. Atas urusan 'gerak kerja dakwah' kita bermaharajalela bermesej secara persendirian tanpa ada waktu. Jangan fikir juga orang lain tak tahu betapa ramainya yang bercinta atas 'cinta dakwah' berabang sayang' di belakang dinding-dindin media sosial. Orang malas nak bicara sebab itu kisah manusia-manusia ini dengan Tuhan. Malangnya, golongan - golongan ini juga yang cuba berlakon menjadi malaikat yang mempunyai cahaya atas kepala.


Nasihat aku. Jangan pernah memilih bulu dalam menyatakan sesuatu yang mungkar. Kalau kau rasa kau buat, kau berdosa. Diamkan. Itu antara meditasi kau dengan Tuhan. Namun, tidak perlu berlakon seperti manusia suci yang hatinya suci. 


Kau tahu tak? Manusia itu pendosa tanpa noktah.

Tahukah? Manusia itu adalah satu makhluk yang tidak sempurna. Dosa penuh tanpa noktah. Sebab itu, adanya erti 'ketaubatan'. Jangan pernah rasa risau, kalau kau pernah buat dosa. Semua orang ada dosa. Bezanya, nampak dan tidak nampak. Besar dan kecil. Kita sesama manusia. Bukan Tuhan. Mereka tidak tahu tahap mana dosa kita. Kita sendiri pun tidak tahu. Hanya Allah Azza Wajjal sahaja tahu. 

Ada orang mengadu, "Awak, kita banyak sangat dosa dengan Tuhan". Ini jawapan aku.
Bersyukurlah. Ucapkan terima kasih kepada Tuhan. Tuhan telah pilih saudari untuk rasa berdosa kepada Tuhan sendiri. Berbanding dengan rasa yang tiada. Tidak ramai yang terdetik dalam hatinya bahawa dia sedang berdosa dengan Tuhan. Pedulikan cakap orang. Itu hal kita dengan Tuhan. Beringatlah, nanti suatu hari, andai kata ada orang yang berkata "aku berdosa", bimbinglah dia. Sebab kau atau aku atau sesiapa sahaja adalah wadah penghubung Tuhan dengan orang ini. Jangan pernah pijak atau henyak manusia-manusia yang masih rapuh ini.

Jangan pernah rasa putus asa dengan kekuasaan al-Ghaffar. Indahnya, sebuah kemaafan dari Al-Ghaffar. Percaya dengan Tuhan kita. InsyaAllah, jiwa akan tenang dan rendang
 
Tiap-tiap langkah menuju ke arah Tuhan itu adalah dikira. Jangan pernah bimbang. Rasa berdosa itu adalah rasa seorang hamba. Tunduk kepada Tuhan. :)
 
 

Kan aku dah cakap. Kalau ada titik temu. Pasti temu.


Kan aku dah cakap. 
Tuhan kalau dia bagi titik temu.
Pasti temu. :)