Thursday, 11 June 2015

Craving.


Buat masa sekarang, byk benda aku craving. 

Chocolate Moist cake
Larva Chocolate
Sushi
Kimchi
Som Tam
Durian
Laksa

Kbai! 

Ada pun Tuhan itu.

kadang, 
Kita rasa Tuhan menarik nikmat dari kita, 
Sedangkan kita belum pun tahu apa rencana Tuhan.

Manusia.


Ramadhan. Right time to be alone. Reflection.

Aku rasa ramadhan ini adalah masa untuk refleksi diri. Bermuhasabah sbg sang musafir di bumi Tuhan. 
Apa yang berlaku dalam masa seminggu ini buat aku terfikir,
Apakah aku perlu bersendiri.

Aku pernah berkata kepada orang lain,
"berikan masa untuk hati menilai apa yang kau rasa sekarang adalah nafsu atau Lillahi"

Doakan moga aku selamat di bawah lembayung kasih dan rahmat Tuhan. 
InsyaAllah,
Moga semua juga berada kasih sayang Tuhan. 



Wednesday, 10 June 2015

Hafal quran dan lupa??

Biasalah. Dah hafal quran, walaupun bukan satu pun  juzuk dah lupa. 
Ustaz aku Selalu cakap org yang lupa bila dia hafal quran nie sebab dia banyak buat benda lagha berbanding dengan faedah dan manfaat. Deep kan? Aku lagi la. Menusuk jantung hati limpa usus semua ada. Hahaha. 

Dah tersentap tu pulun hafal balik. Lupa balik. Hurm. Normal. Bila nak ubah perangai aku pun tak tahu. 

Tapi kalau juzuk 30 nak bagi ingat, aku pasang mp3. Dengar ulang-ulang sambil cek mushaf. Teheee. InsyaAllah, boleh punya la. Tapi kena selalu practise la. Kalau tak, mmg lupa. Macam aku. 

Lagi satu, lepas solat malam, kalau boleh terus hafal sebab masa ini masa ajaib yang Allah bagi untuk menghafal. Lepas subuh pun sama. Tapi aku ada masalah besar sebenarnya, aku suka tidur lepas subuh. Masalah besar aku la. Hahaha. Dulu ustaz aku marah gila. Pantang betul. Tapi aku tidur juga sebab aku rasa mengantuk. Lol 😂 😂 😂 

Apa-apapun. Jadikan Quran sebagai teman kita. Serabut mcmana pun InsyaAllah tenang. Mushaf ini adalah as-syifa'.  
Kbai. 

Andainya hati manusia.

Hati manusia berbolak -balik.
Lemah sangat. 
Dalam banyak perkara yang perlu dijaga, hati paling susah. 
Semua orang sama. 

Kekuatan hati manusia akan datang bersama kekuatan semangat bangun dua pertiga malam. 
Sebab masa ini adalah masa untuk hati berbicara dengan Allah azzawajjal. 

Makanya, doa sungguh-sungguh.
Sebab pemilik dan pemegang hati itu Allah. 
Benar, manusia itu kadang-kadang terjatuh,
Bangun. Malah, jatuh semula. 
Kalau fizikal pun begitu, apatah lagi hati. 

Kalau rasa hati kau dah terpaut dengan hati manusia lain, 
Berdoalah.
Sebab kadangkala Allah sengaja mahu menguji tingkat hati hambaNya. 

Ingat,
Allah tidak pernah kejam untuk HambaNya,
Saat begini, 
Elok rasanya manusia Bertaddabur dalam mencari kekuatan dalam kalam Tuhan.
Al-baqarah. 
Boleh jadi benda yang kita sangka tidak baik untuk kita,
Sebenarnya dah cukup baik. 
 
Mungkin juga ia memang baik untuk org lain, 
Tidak kita. 

Perancangan Allah lebih sempurna.

Tuhan,
Andai kata hati ini benar. 
Perkenan. 
Kalau ternyata hanya bisik untuk hati tunduk dunia, 
Tunjukkan. 

Moga Tuhan beri kekuatan melalui ketenangan dan kerendahan hati. 

Mungkin juga, 
Hati manusia lain milik orang lain. 
Perkenankan. 
Moga ada jalan Tuhan yang lebih baik menanti.

Berpeganglah,
Jangan pernah merajuk dengan takdir Allah. 
Jalan yang Allah bagi ini mungkin juga wasilah untuk utamakan Dia. 


Tiada.

mengapa diselitkan kata pengharapan andai kata tiada. 
 mungkin jua manusia ini selalu terjatuh;
Bukan tempat dan masa yang benar. 

Pengharapan manusia terkadang menjangkau lebih dari al-khaleeq;
Sedangkan kita tahu makna maha Pencipta. 

Pesan pada diri aku, 
"kembali ke Tuhanmu. Dia pasti berikan" 

As-syifa' nya adalah di sepertiga malam. 
Moga Tuhan pilih sebagai orang yang terpilih dalam penuh pengharapan bahawa Tuhanmu ada.