Aku rasa aku nk buat jugak novel nie.
Waras.
Surat khabar atas meja
Sakit waras
Kalau aku baca
Jadi serabut
Kalau tidak baca aku dungu
Dungu dalam massa
Gila buntu
Aku kira waras
Tapi tidak juga
38 teruna rogol 2 dara
Orok kecil putus leher.
Waras.
Hilang sudah waras manusia
Otaknya di kepala ada.
Warasnya di lutut.
Sebab itu jadi dungu.
Nak kata binatang tidak juga.
Aku hairan dan tanya
Ini waras atau tidak.
1.Roti iron
Roti Gardenia dan roti zarina yang dapat time minum malam. Buka plastik dan ambil roti.
Ambil test pad balut roti dan iron. Rasa macam roti bakar. Serius. Wa cakap sama lu.
2.Milo iron
Milo 3 in 1. Aku tebuk lubang banyak2 guna jarum. Dan aku iron.*mohon lapik dengan kain. sebab plastik Rasa dia macam coklat bar. Aku tak tipu la.
3.Maggi dalam gayung.
Benda yang paling aku rasa aku tak percaya aku buat. Tapi inilah sejarah aku dan maggi. Masak maggi dalam gayung. makan ramai-ramai.
4. Makan maggi tanpa masak.
Maggi kari. Buka serbuk dan makan bersama mi tanpa masuk. Rasa macam mamee. haha. Cara makan pun macam mamee.
5. Serbuk milo jadi snek.
Sebab malas nk bancuh kat water cooler. -_-'
Nasib baik aku nie alergik kopi dan nescafe. Kalau tak, aku dah join kawan-kawan aku meratah nescafe 3 in 1.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tulis nie sebab aku rindu zaman asrama. Masa aku form 1 sampai form 5. Aku tak dak nakal sgt. Walaupun nakal la jugak. Tapi masa aku form 6, aku pindah sekolah. Sekolah yang aku kira boleh tahan la. Tapi sama ja dengan sekolah lama aku yang dulu-dulu.
Kalau sekolah tu bagus pun, aku yang buat hal. haha.
Aku ingat boleh dikatakan setiap petang aku dengan kawan-kawan aku akan menyelinap keluar pergi McD, KFC dan jalan-jalan. Time petang, riadah.
Time cuti solat subuh sampai cikgu dtg bukak lampu bilik.
Selalu jadi garang kat adik-adik. Biro study kot. Masa aku jadi biro disiplin dan ketua asrama lagi aku tak boleh blah. Aku pun tak tahu macamana nama aku tercalon.
macam vengong.
Time study pasang lagu kuat-kuat.
Esoknya mandi dalam gelap. Ceh. Sebab warden tutup suis utama. :/
Kau dapat bayangkan betapa nakalnya. Sungguh, aku tak sangka.
Then,aku rasa time tu aku macam makan puji sikit la sebab cikgu selalu bg kereta. Alasan nk pergi print. Tapi melencong tempat lain. Kereta cikgu tu ibarat macam kereta kami. kami yang selalu drive. Cikgu naik motor. Cikgu K.
Sekarang nie dah tak rasa macam dok kat hostel. Dan aku rasa dulu aku aktif dan main-main jugak. Tapi time study aku fokus. Tapi sekarang macam dengan apa g.
Masa kat sekolah awal tahun gelap sebab kawad kaki, bola jaring, hari sukan.
Hari tu aku pernah update status pasal aku pergi ke majlis ilmu pakai seluar jeans. Betul ok.
Walaupun aku dah pakai tudung agak labuh. Tapi aku still tak leh tinggal jeans dan khakis. Cumanya agak longgar sikit. Tapi biasalah. orang akan "expectation" lebih bila dah masuk majlis2 macam itu. Ada orang ckp kurang beradap. Setuju. Tapi masa tu aku tak belajar lagi adab-adab. Aku bukan nak bohong atau tipu. Aku tak tahu lagi apa-apa. Aku zero. Sebab aku mengaku aku jarang ke masjid dan surau kecuali surau asrama. Orang lain mungkin buat tarawih. Aku start buat tarawih masa aku form 1. Tu pun sebab aku dok asrama. Balik asrama memang aku tak pergi. Aku start solat tarawih kat masjid kg aku masa aku first year. Aku serius. Aku bukan main-main.Kalau kat asrama aku wajib pakai baju study; baju kurung yang sama warna dengan semua orang. Warna purple. Kasut hitam dan tudung bawal putih ada tanda nama. *Gila skema. Pfft. So, masa aku pergi majlis tu aku tak tahu apa-apa. Dan aku tahu mesti ramai org akan tgok aku pelik. Semua orang pakai jubah, kain,baju kurung. Aku dtg pakai seluar jeans. Pakai baju muslimah. Tu pun tak labuh. Masa itu dlam proses hijrah lagi. Aku kurang biasa pakai seluar yang kaler hitam tu dan skirt. Sebab aku dulu pakai short pants dan jeans serta khakis. So, nak jadi mcm sekarang ambil masa dan agak susah untuk aku. Bila aku tgok balik jenis baju yang aku pakai dulu. Macam vengong ja. Terasa malu dengan diri sendiri. Kalau aku dapat undur masa. Tapi tak mampu kan :'( "Sejarah adalah sejarah. Sejarah adalah kebenaran. Sejarah telah berlaku".
Mungkin aku nie jenis redah dan buat tak tahu. Aku pergi majlis-majlis macam tu jugak. Sebab aku pegang prinsip kalau kepala tak tutup sekalipun, a.ka. tak tutup aurat; janji hati nak belajar. Mana tahu, itu jalan yang Allah bagi untuk jadi insan yang lebih bagus dan sempurna =)
tapi sekarang aku dah tak pakai seluar jeans sebab aku rasa aku kena tinggal benda-benda macam itu. Macam aku cakap aku dalam fasa "kewanitaan". *huh!
Seluar-seluar aku yang aku rasa macam dengan apa lagi aku still simpan. Sebab aku rasa benda tu yang buat aku jadi kuat istiqamah sebab aku rasa aku dah tak nak kembali ke jalan yang dulu
Kesimpulannya kt sini, aku persilakan dan aku nk ajak semua org. Pergi majlis ilmu sebab Ilmu itu bernilai. Aku rasa kita zalim kat diri sendiri bilamana kita halang diri kita daripada pergi ke majlis ilmu sebab kita mcm tu. Kita tak minta pun jadi mcm tu, sapa yang tak nak jadi solehah kan?, tipu la klau yang tak nak.
Yang penting usaha, Aku berckp bukan atas kapasiti org lain tapi kapasiti aku sendiri.
Biar org nk ckp apa, sebab mulut manusia sentiasa akan berckp. Pekakkan telinga. Orang tak tahu latar belakang kita mcmana. Kita ja yang tahu kan?
Regards of love;
Nabilah si kecil.
"malas". Sungguh, kemalasan aku untuk ke klas semakin menjadi-jadi. Padahal dr dulu lg aku memang suka ponteng kelas. Terutamanya kelas bio dan kimia. Aku selalu bg alasan perut aku masuk angin dan pak cik pejabat tu pun bawak la naik van pergi hospital. Aku suka ponteng berjemaah. Aku memang akan buat hal kalau kelas yang aku rasa aku tak leh nk go on. Tapi aku suka kelas math. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku sekarang menjadi lembap bab mengira. Aku rasa sebab sudoku. *alasan. Aku dulu suka main sudoku dan searching word. Time rehat makan kit kat. Jangan salah faham sebab aku kat langkawi coklat memang murah. Setiap kali outing aku beli bundle. Yang dalam dia ada 12 bar. Aku akan bawak sehari 2. Hujung minggu aku beli lagi.
Aku tak leh nk buang rasa skip kelas. Masa first year awal semester ja. lpas tu hampeh. -_-'
Aku cuba. Tapi aku tak boleh jugak. Aku rasa aku ok ja bab bangun tidur, Tak dak masalah.
Tapi, satu ja masalah aku; aku jadi tak semangat klu klas yg aku kurang minat. klas aku pkoi 10, aku siap pkoi 8. Tapi, aku tak jd nk p. Perangai apakah???
Aku bukan anarkis ok!. Tapi aku rasa aku lebih suka kelas yang ajak aku fikir dan org mngajar yg suka berkongsi cerita. *aku memang pelik pun. Maksud aku kelas yang aktif dan bertukar pendapat. Bukan kelas yang bernada krik3. Sunyi ,simpan lepas tu balik. Aku ada kelas macam tu sem ini. Aku rasa 5 kali ja aku pergi kelas tu. Aku pernah satu hari tak dtg kelas. Tapi malam tu aku stay kat UM sampai pkoi 11. Sebab aku pergi wacana ilmiah. Dan aku lebih suka ilmu luar kuliah. Aku pun tak tahu kenapa. Dan aku tak suka exam sebenarnya. Haha. Tapi aku go on jugak sebab dah namanya sistem. Kalau aku tak ikut sistem, aku jugak yang lingkup nanti.
Maybe org akan ckp skip kelas nie tak bagus. memang pun. Tapi aku pegang prinsip; ilmu luar kuliah. Aku skip klas sebab aku pergi wacana. Semester depan aku dah pelajar tahun ke3. Aku harap kemalasan aku ke kelas tidak menjadi lagi. Dan aku perlu berhati-hati dalam memilih subjek. tak jd mcm semester ni. tunggang langgang.
Road to new si kecil.
Aku rasa perjuangan aku yang agresif dah lama aku tinggalkan. Lebih kepada lagha. Aku tak tahu kenapa bila aku fikir balik, aku sia-siakan masa yang ada. Padahal ramai lagi yang perlukan aku. Dan aku juga perlukan satu tarbiyah supaya aku kuat dalam berjuang. Aku bukan baiah dengan manusia sahaja. Tapi aku baiah dengan Allah. Nak jalankan tanggungjawab aku. Sahabat aku cakap. Kena banyak bermuhasabah.
Allah. hari ini baru tersedar. Aku sebenarnya anak panah Islam. Berjuang ke jalan Allah.
Aku rasa dah tiba masa untuk aku serahkan jiwa dan raga ke jalan yang benar. Tiada lagi lagha yang keterlaluan. Hidup penuh daki-daki dosa. Buat siang hari, malam taubat. Esok buat lagi. Allahu :'(
Walaupun aku masih di persimpangan "turning point" tapi aku rasa itu bukan alasan aku untuk berada dalam comfort zone yang aku ada. Aku susah nak hilangkan core grunge aku :'( Susah. Tapi aku akan cuba. Allah.
Mungkin Allah tgh detikkan hati aku untuk cari magfirahNya. Walaupun nampak aku mcm ini tapi aku masih belum sempurna.
Ya, Allah. Jauh tersasar aku dari jalanmu.
\
Aku rasa dah tiba masa untuk aku lupakan dunia grunge dan underground.
"Turning point".
Kadang kala aku terfikir. Smpai bila aku nk mcm ini. Sampai aku kawen? Ada anak? Ada cucu.