Sesungguhnya, hidup ini teka-teki.
Semoga Tuhan mahu ada bersamaku dalam mencari solusi.
Tuhan mahu manusia cari Dia.
Mengisi huruf-huruf kosong dalam warna hidup manusia.
Tuhan pasti mahu tunjuk jalan
Andai kita cari Dia.
Aku pandang bawah, kosong. Sepi.
Meraup muka.
" Tuhan, kalau benar dia, mudahkan jangan susahkan"
sebenarnya. aku pun tak tahu nak letak tajuk apa. Sebab itu aku letak "no title". Aku rasa semangat pulak nk update blog ditemani bunyi hujan gerimis. Aku sebenarnya dalam fasa exam ni. Tapi aku tak dak semangat lagi nak study. Walaupun, aku tahu aku kena struggle tahap maksima untuk dapatkan A semua subjek bagi cover up aku punya fyp.
Macamana ya aku nak mula. Hurm. ok macam nie. Family aku agak sederhana. Tak senang. So, aku lebih berdikari dalam banyak perkara. Walaupun kadang-kala aku rasa tak pun. hahaha. Aku daripada tingkatan 1 sampai ke tingkatan 6 atas, aku stay hostel. So, bila aku kat uni nie pun. Aku macam tu jugak. Duduk rumah sewa. Pergi kelas balik kelas naik bas. Biasalah orang yang tiada transport. Kadangkala sampai jam 11 malam baru sampai rumah. Serius, kadangkala, aku balik teriak kot sebab rasa penat berjalan dan tunggu bas. T____T Kalau time hujan, lagi la. Lencun. Sebab tempat tunggu bas aku tiada bumbung. Huhu. Tapi resam sebagai pelajar kan?. Redah jugak. hahahaa. Kalau tak kedatangan kosong. Musim exam lagi la. Setiap pagi. Selalu sangat minta tak bagi hujan. Sebab kalau hujan mmg habis. Exam dengan baju basah. Huwaaa. Tak dapat aku bayangkan.
Kehidupan kat rumah sewa ini bukan semudah yang disangka. Sebab bila parents bank in duit. Kau akan terpaksa bahagikan sendiri, duit rumah sewa. duit utiliti dan sara diri. Aku pulak jenis tak suka minta kat family. Kalau parents aku tanya pun, aku still cakap ada walaupun ada rm10. huhu. Kalau tak dak sangat mmg aku tebalkan jugak la. Kadangkala hujung sem macam ni, selalunya akan selang seli. RM 10 kena brainstorm untuk makan dalam 3 hari. Jeng-jeng-jeng.
Beli benda yang boleh tahan lama : roti, biskut, maggi.. Kalau ada lebih, beli sardin dan nasi serta telur. Cara nak survive dalam mengharungi kancah GST. Belum masuk lagi binding, fotokopi dan sebagainya. Aku selalunya akan skip makan tengah hari. Makan petang untuk malam. Pagi breakfast roti lah selalunya. Hahahaha.Aku rasa bukan aku sorang, ramai lagi yang macam ini.
Tapi aku bersyukur juga lah, sebabnya masa inilah nak latih diri jadi orang yang kental, berdikari, berdikari atas kaki sendiri. Tak perlu susahkan orang lain. :) Ilmu ini jugalah nanti nak bawa bila berkeluarga nanti. Tak selamanya perempuan akan berkahwin dengan lelaki kaya ye dok? Hahaha. Ada yang kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.
Kehidupan yang sederhana juga sebenarnya buat aku berusaha ke arah yang lebih baik. Aku dapat pergi luar negara pun sebab universiti hantar. Aku tak pernah mimpi pun aku nak dapat pergi ke luar negara sampai berbulan-bulan macam orang lain. Aku lepasi temu duga, pergi program so called English setiap minggu dan akhirnya Allah bagi juga rezeki ke sana.InsyaAllah, satu hari nanti, kalau aku dah kerja, Aku dah ada duit sendiri. Aku nak pergi travel. Lagi masyuk sebab pakai duit sendiri. Hahaha.
Apapun, bersyukurlah dgn apa yang kita miliki. :) Ada lagi orang yang lagi susah dari aku sebenarnya.
Aku dapat pertanyaan melalui email macamana nak solat bagi perempuan ketika ada diluar negara. Mungkin dia pernah tengok penulisan aku kt mana-mana page kot. InsyaAllah, aku akan jawab dengan sedaya upaya berdasarkan pengalaman yang seketika di negara bukan Islam. Solat kat negara bukan Islam ada salah satu cabaran yang boleh dikatakan hebat juga la sepanjang aku 5 bulan kat sana.
Ok, Let's start!
1) Pakai baju yang selesa (boleh bawa dalam solat) kiranya korang tak payah pakai telekung. Sebab bila travel. Selalunya beg akan dipenuhi dengan makanan, barangan, dan aku yakin korang takkan bawa beg yg besar travel dalam train. *serius nie. Kalau kat korea, aku duduk di gangnam. Nak pergi ke itaewon makan, kena tukar train banyak gila :/ *
So, back to the topic. Bila korang pakai selesa. Tak payah dah nak pakai telekung bagai. :) Boleh terus solat. Lagi satu, kalau bab pakai tudung, pakai tudung yang korang selesa sebab nt nk berwudhuk senang. Ada tempat yang toilet terbuka. T___T
2) Pastikan salah seorang dalam ahli kumpulan yang mempunyai apps solat (waktu solat, kiblat) sebabnya kedudukan matahari dalam penentuan solat sgt berbeza. Macamana eh? Aku nak cerita. Contoh, kalau musim sejuk, siang dia lebih pendek dari malam. Maghrib aku pernah jam 4.00 petang. 4.00 petang tu dah macam 8.00 malam. Subuh jam 7. Hahaha. Kalau puasa time nie, korang bilang la berapa jam. So, kalau ada apps nie. Lagi senang untuk korang solat. Tak dak azan ok. Alert sendiri.
3) Bawa botol kosong. Sila bawa botol kosong. Sebab ada toilet terbuka. So, isi air dalam botol. Berwudhuk dalam toilet. Sekian. Lagi satu, botol kosong adalah untuk kegunaan kebersihan:)
4) Bawa sejadah atau lapik. Sebab solat anda di mana-mana. Tepi jalan, bawah tangga, tempat parking. Dan sebagainya.
5) Solat bergilir. Kalau pergi group, solat secara bergilir. Sebab korang akan jadi perhatian. Macam retis. Ada yang sampai kena halau. Sebab solat. Sebab depa tak faham. Tugas yang tak solat inilah yang berperanan menerangkan kepada orang ini. :)
Mood : Craving chocolate moist cake.
kbai. Jumpa lagi.
Aku masih berusia 22 tahun dan lebih sikit. *besdey aku org tak tahu sgt. Muslim pernah bocorkan rahsia aku. Nasib baik aku ingat dia masul aku ja. Kalau tak. Hurmmmm >_< *
Tipulah kalau aku cakap aku tak risau bila kawan baik aku kawen. Mestilah aku risau. Tapi, mungkin aku jenis simple kot. Kotlah. Jadi risau tu aku tukar kepada tak risau. Hahaha.
Mungkin ada asbab untuk Allah tak bagi aku kawen lagi.
Walaupun mak ayah aku seolah-olah bising suruh aku bawak balik calon menantu kat depa.
Jawapan yang paling klise "Ayah, jodoh cek dok tang mana hala lagi nuh. Tak sampai lagi. Jangan kata jodoh. Calon pun tak dak lagi". Lepas tu, gelak ramai-ramai.
But, I realised something. Your parents getting older by day. :'( It makes me .... hurm. Rasa macam tak puas lagi. Jadi anak mak dan ayah. Tambah ayah aku. Jenis tolong kupaskan ketam dan udang untuk aku walaupun aku dah boleh berdikari sendiri. Hahaha.
Aku ada banyak perancangan sebenarnya sebelum berkahwin. Nak menikmati masa bujang aku.
antaranya :
1. Aku nak buat mini library aku sendiri
2. Aku nak baca buku yang mahal-mahal.
3. Aku nak sambung master *moga Tuhan permudahkan.
4. Aku nak pergi berjalan dan makan angin kat tempat-tempat lain
5. Aku nak rasa makanan kat negeri lain. Sebab aku jenis melantak semua. Semua benda aku makan.
6. Aku nak pakai dr. Martens dulu :'( Tapi dalam hati, harap bakal suami aku nanti bagi hadiah hantaran. I nak request kaler merah hati ok? *perasan betul.
7. Aku nak bilik aku cantik. Sebab aku rasa tak puas tengok bilik aku sekarang.
Apa-apapun, kita hanya merancang yang indah. Tapi rancangan Allah itu lagi indah.
Walaupun, aku rasa aku dah ter'crush' kat someone. Tapi belum masanya lagi untuk kami. Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah. He is a good guy. His family too. I know them. Tapi aku malas nak fikir sgt. Andai ada jodoh, Allah temukan juga. Aku sedang serahkan semuanya kepada Allah.
Walaupun, kami berlagak macam biasa. Hahaha. Doakan yang baik-baik sahaja kepada aku dan dia. Doakan juga aku sentiasa dalam rahmat Tuhan.
Allah payungkan keredhaanNya. Ameen.
Tuhan. Maha Pengampun.
Macam aku cakap sebelum ini. Dosa manusia itu sebab adalah batin (tidak nampak), kalaulah dosa itu adalah zahir. Semua orang ada calit. Semua. Tidak seorang pun tiada calit. Setinggi manapun dosa pada Tuhan, itu urusan manusia dengan Tuhan. Tiada siapa tahu. Hak menentukan itu adalah Tuhan.
Jangan pernah rasa malu untuk meminta Tuhan ampun. Jangan. Sebab itu adalah tanda rendah atau tingginya nilai kita depan Tuhan. Ini untuk refleksi diri aku juga. Kadang-kala kita rasa bongkak dengan apa yang kita ada sekarang. Apa yang kita pakai. Kita rasa kita sudah tidak bebas daripada melakukan dosa. Tiada. Kita bongkak. Tanda harga nilai diri kita rendah.
Ayuh, rendahkan hati kita depan Ilahi. Itu sebagai tanda kita tunduk kepada Dia.
Ok. Ini sebenarnya yang aku dah draft daripada mingu-minggu yang lepas. Cara nak move on. Hurm. Aku pun tak tahu macamana aku move on. Hahaha.
1. Sibukkan diri dalam aktiviti persatuan. Lepas aku balik dari Korea hari tu jadual aku mmg full sampai ke akhirnya. Program aku yang akhir tak silap aku TAMAR pmium. Kah! Setiap hari akan rasa penat, tidur lewat gila, bangun awal gila. Ada satu hari tu, program homeless. Sampai rumah jam 3 pagi, terus sahur, solat sunat, subuh, al-mathurat, pergi program. Hahaha. Gila.
Masa aku balik dr korea tu pun, mmg minggu first sem aku dah start program. Hujung minggu tak lekat rumah. First, Xcamp. Second,FD Permadah Third, Fourth dan sebagainya. Konklusinya sibukkan diri. Tapi masa tu pointer aku mmg jatuh teruk gila khinzir. Tapi tak pa. Asalkan hati bahagia. Cheeeewaaah.
2. Banyak buat perkara sunat. Bagi aku setiap kejadian itu ada hikmah. Mungkin kadang-kadang kita lupa dengan Tuhan. Memanglah, manusia. Allah rindu nk dengar doa kita. Perbaiki yang wajib, banyakkan sunat. Selalu bangun solat malam. Minta Tuhan tenangkan hati. Selepas subuh, lazimkan baca mathurat dan yassin.
3. Bagi kucing makan. Aku tak lawak weh. Serius nie. Bagi makan kucing itu 'relief' tapi depends on individual jugak. Mungkin sebab aku ni pencinta kucing. Aku lebih cenderung untuk tenangkan hati ke arah binatang macam nie. Comel kot. Macam aku. Hahahaha.
4. Baca. Bacalah sebanyak mungkin buku yang kau ada. Cari kepuasan sendiri. Kalau kau suka makan, makanlah yang sedap-sedap. Kalau aku, baca buku dah boleh buat rasa puas. :)
Apa-apapun, pasti ada hikmah !
Selamat mencuba.