Dakwah "bergempita"
hai guys..
Semoga sahabat-sahabat yang awesome sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
hehehe..
Alhamdullilah,hari ini kita kita diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk berada di dunia.. ^_^
Go to the topics,
Dakwah bergempita.. hahaha..
Alhamdullilah, kita diberi kesedaran utk terus melakukan dakwah atau tarbiyah kepada orang yang sgt memerlukan..
Kita juga belum sempurna,tapi kalau bukan kita,siapa lagi yang menggerakkan?
kan3?
semoga urusan dakwah dan perkara yang baik kita bawakan ini sentiasa diupdate kerana Allah taala.,.
hanya ini yang mampu kita lakukan untuk agama Allah..
nak pergi berjuang membantu saudara-saudara kita yang tertindas kita tidak mampu..
hanya mampu berdoa dan melangkah meneruskan gerak kerja ini..
Dengan adanya teknologi media seperti sekarang ini,
gerak kerja kita akan semakin mudah,
Alhamdullilah...
*nak menyebarkan kebaikan,semua orang boleh melakukannya..Tidak kira anda ustaz ,guru, arkitek, penjual,peniaga hatta sesiapa sahaja dengan syarat adanya ilmu dan kesungguhan serta keterbukaan untuk menerima kritikan dan cabaran dlm melakukan kerja ini..
Saham dan bekalan kita nanti..
Boleh share benda-benda yang baik dekat fb,tweet,blog dan sebagainya * pastikan apa yang share tu betul..hehehehe :)
apa yang menjadi kekesalan ialah terlalu banyak orang yang berdakwah dan mentarbiyah dalam laman sosial...
Tapi,
bila 'subjek' depan mata kita tak hiraukan :)
Sebagai contoh:
Lebih 'common' kes nak suruh perempuan tutup aurat....Kita update status,share dan sebagainya "tutuplah aurat kamu dgn sempurna", "perempuan yang solehah itu hiasan dunia",video-video pengajaran---> sangat bagus benda ini berlaku.. sekurang-kurangnya orang yang baca itu mungkin akan terdetik dihati dan mudah-mudahan beroleh satu keinsafan.. Boleh jadi juga muhasabah buat diri(peringatan) dari masa ke masa..
Tapi????
Mengapa bila 'subjek' depan kita.. kita menjauhkan diri daripada dia..
tengok dari hujung rambut hingga hujung kaki..
dimana pendirian kita yang ada dlm status tu..
Malu bersahabat dengan orang yang free hair? pakai tudung singkat? pakai seksi?
Malu berjalan dengan orang yang dah rapuh harapan untuk hidup?
sentimen ini hanyalah untuk orang yg hanya selesa dgn dirinya sekarang tanpa mempedulikan orang lain... :)
p/s:lelaki juga ada aurat dan perlu juga menjaga pandangan seperti perempuan
Saya amat berterima kasih kepada Matltutfi and the geng sebab mem'publish' Sebelah sayap'
True,ramai orang yang nk berdakwah dan mentarbiyah berdasarkan pandangan diri sendiri..
yang mana selesa kerana diberi pendidikan agama oleh keluarga,dihantar ke sekolah agama,dihantar ke kelas kafa sehingga merasakan diri seperti 'superior' dalam urusan dakwah dan tarbiyah..
Tapi pernah terfikir orang yang kita judge itu adalah orang yang tidak sama latar belakangnya??
Tiada latar agama,tidak tahu apa itu erti 'usrah',tidak tahu apa erti 'taman-taman syurga',tidak tahu apa itu 'ukhuwah'... :)
mereka tidak tahu akan semua ini!
Sapa lagi yang bertanggungjawab untuk memberitahu golongan ini kalau bukan kita?
Saya bersetuju juga dengan apa yang dikatakan murabbi ustaz Afdholul Rahman.
"Tahu tentang pembahagian hati hidup, hati sakit atau hati mati bukan lesen untuk kita mudah-mudah menghukum orang yang berbuat dosa.
"Kau ni dah tak takut Tuhan ke? Hati kau dah mati agaknya."
"Orang yang hati mati je berani buat jahat, buat dosa itu ini."
Sepatutnya tidak perlu disebutkan begini.
Cukuplah beri harapan kepadanya supaya dia masih mahu bergerak melakukan perubahan pada dirinya.
Apa faedahnya kita menghukum seseorang dengan cara begitu kalau dengan cara itu hanya akan membuatkan dia telah merasa terputus harapan dengan Tuhan?
Bukankah Allah s.w.t. mengutuskan Nabi s.a.w. itu sebagai pemberi harapan baru kepada insan?
Maka, kenapa kita begitu gopoh mahu menghukum orang?
Yang lebih penting adalah memberikan rawatannya, bukan sekadar menyebutkan penyakitnya. Tidak ada faedahnya tahu penyakit sendiri tetapi tidak tahu bagaimana jalan merawat dan memulihkannya.
Bantulah insan dalam perjalanan menuju Tuhan !"
Benar,terkadang kita terlalu excited untuk menghukum orang tanpa ada kata pengharapan sehingga buat orang putus harapan :)
Pernah terlihat status "perempuan nie takkan tak tau hukum kot,budak kecik pun tau tutup aurat,kat sekolah takkan tak belajaq kot"
Benar, semua yg dikatakan, saya bersetuju...
tapi,
mcmana kalau 'perempuan' tu belajaq dalam kelas tapi tak dak praktikal kt luaq, tak dak kekuatan nk bangun"?
kan?
saya bukan menyebelahi 'subjek' tapi kadang-kadang keterlaluan cara tegurannya..
tegurlah secara berhikmah..
Dan,
lapangkanlah dada dan fikiran mendekati 'subjek' dengan lebih berkesan..
Memetik kata-kata senior yang comel...
"lapangan dakwah dalam laman sosial tidak sama seperi lapangan dakwah dalam masyarakat"
So,mulai sekarang,kita bantulah sahabat-sahabat kita yang sgt memerlukan kita...
tak perlu menghukum mereka :)
Salam sayang,
nabilah..
No comments:
Post a Comment