Jerebu 2013?
hai guys...
Korang tahu kan?
sejak minggu lepas*ya ka* entah.tak ingat. Malaysia dilanda jerebu.
Punca? tak mau sebut. Indonesia salahkan Malaysia,Malaysia salahkan Indonesia.
Tapi hari ini dah keluar berita bahawa presiden Indonesia memohon kemaafan. :) Pemimpin yang berkaliber.
Sebenarnya masalah jerebu nie dah kerap berlaku.
yang seingat saya pernah semasa di tadika mak suruh pakai mask dan jgn keluar beli aiskrim sebab nanti sakit. Langit pun gelap berhari-hari.. Okey. Duduk diam-diam dirumah. Sepupu ajak main pun tak mau. Masa tu kan kanak-kanak lagi tak paham apa. Lepas tu terjumpa surat khabar lama tahun 1997 masa dah berumur belasan tahun. Oh, rupanya jerebu pada tahun tu.. *rumah saya banyak buku lama dan surat khabar lama* emak suka membaca, turun ke anak. Siapa? Saya la tuh.. hehehe..
Lepas tu ada lagi berlaku jerebu.. entah, tak ingat tahun berapa. Tapi tak teruk mcm dialami sekarang.
Sebab apa? sebab selalunya kedah dan perlis merupakan 2 negeri yang terakhir menghadapi masalah jerebu nie dalam Malaysia. Kena "buah last" (bahasa kedah). Tmbh pulak dok kat pulau. Memang tak teruk sgt la..
Ini pengalaman pertama saya meneruskan kehidupan tanpa ada bantuan sesiapa selain daripada Allah dan diri sendiri. Kalau kat rumah, mak dan ayah selalu bising-bising belikan mask untuk adik dan saya. Kalau kat hostel,setiap pagi kena pakai mask yang merimaskan. Maksu pulak setiap kali keluar rumah kena cuci tangan dan kaki,balik rumah lakukan perkara yang sama. Mandi kerap dan minum air kosong yang kerap.. hahaha..
Duduk bermastautin di Kuala Lumpur yang memang teruk sgt keadaan jerebunya mengajar erti berdikari. Mask kena beli sendiri,cari sendiri.. Rajinkan diri untuk mandi 3 kali sehari, kerap ke bilik air untuk buang hajat kecil,cuci tangan dan kaki sebelum buat apa-apa dan minum air secara konsisten---> sebab kerap pergi toilet,tak pa,baik untuk kesihatan.
Tapi jerebu nie memberi seribu satu makna kepada diri saya.. Besarnya kuasa Allah dalam mengatur kitaran hidup hambaNya dengan sempurna.
1. Menutup muka ketika keluar..
Sebenarnya dah lama nak pakai,tapi tak dak kekuatan nak pakai. Hanya tersimpan dalam loker sahaja. Lagipun nak pakai ni perlu kekuatan yang sgt kuat sebab orang suka pandang. :)
Fahamlah kenapa orang ckap berpurdah nie mendidik hati.. sebelum nie tak pernah rasa pun..
Hari ini hari keempat saya memakai tutup muka. Semuanya bermula dgn jerebu yang Allah jadikan.
Ceritanya bermula apabila pg yang tidak disangka-sangka satu bilik berbau asap,nak pergi dewan makan rasa mcm tak mampu nk nafas sebab jerebu terlalu kuat kat sini. Petang tu nk pergi makan dengan sahabat-sahabat,dah risau.. tak kan tak precaution langsung, Mask memang tak dak dalam sekitar UM nie,kalau ada pun kt KPS dgn PPUM. Saya decided untuk pakai tutup muka. Mula-mula rasa rimas,panas,mcm kita pakai mask., tapi tiba-tiba rasa selesa dengan pakai mcm tu. Journey memakai tutup muka diteruskan lagi sampai ke hari ini. Tapi kalau dalam UM saya belum pakai lagi.. baru nk berjinak-jinak.. Saya hanya pakai kalau keluar daripada UM.. Doakan semoga saya beristiqamah dengan pemakaian sebegini. :)
Apa cerita menarik tentang penampilan saya ini ialah jeng..jeng.. jeng..
hahahaha.. Muhammad cakap dia lagi suka kalau saya suka pakai macam nie..
Jangan salah faham:)
Saya cuma bertanya pendapat kepada bakal suami saya sama ada dia boleh menerima keadaan saya seperti ini atau tidak. Dan yes! dia setuju. Dan siap pesan lagi, kalau boleh istiqamahkan pakai sepanjang masa...Alhamdullilah.. Mak saya juga bersetuju..
2. bermuhasabah setiap apa yang Allah jadikan.
Kita selalu merungut salahkan negara tu,salahkan negara nie,slahkan dia,salah sana,salah sini... Tapi kita tak pernah nak bermuhasabah hikmah Allah jadikan semua ini.
Kan?
Kita tak pernah pun bangun pagi ucap "Alhamdullilah" diberikan oksigen untuk terus beribadah di muka bumi Allah.. *kalau ada pun jarang kan?
Kalau hari hujan kita selalu merungut, sekarang tak hujan, kita yang ternganga.
Matahari dah tak nampak sinar.. rindu nak tgok matahari pagi,ptg,tghari.,sunset.. huhuhu...
Kita tak pernah nak bersyukur apa yang Allah beri... kan3?
Mungkin ini juga sebagai tanda peringatan kepada kita yg selalu melakukan kemungkaran di muka bumi Allah... Maksiat berleluasa,pencerobohan Alam sekitar,agama kita ketepikan..
#jom,bermuhasabah#
Assalam..singgah di sini..
ReplyDeleteYang No. 2 tu yang patut kita amalkan selalu..bermuhasabah..thanks for reminding..
Waalaikumussalam.. :) sama-sama.. InsyaAllah... semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah...
Delete