Wednesday, 26 June 2013

#persediaan 1# exchange student programme# road to korea,Gwangju..

hai guys...
Alhamdullilah,td dah selesai sesi "briefing" untuk program pertukaran pelajar..
Saya sebenarnya telah terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar selama 6 bulan ke Korea. Dah lama dah tau keputusan tapi malas nak tulis.. hahaha..
Saya dapat Chonnam National University dan InsyaAllah akan further dalam bidang psikologi.. *sebab yang tu ja boleh transfer kredit... Psikologi pun dpt B semester nie.. hahaha.. Pihak pentadbiran said " jangan dpt C sudah,nanti kena repeat". Repeat? =,=' Kegusaran.

Tadi dalam program memang tak paham sgt pun.. hahaha.. sebab ada banyak prosedur yang nak kena ikut.. hahaha.. Konklusinya,bertanya kepada sesiapa yang faham..



Expenses?? Program ni 80 peratus ditanggung oleh Universiti dan 20 peratus lagi kita tanggung sendiri. #kenapa tak tanggung semua? Sebab exchange student ja pun bukan p sambung degree kat sana.. huhuhu..
tapi masa kita pergi nie,tak semua peratusan tanggungan dia beri sebab ia sebagai jaminan kita pergi.. sampai kat Malaysia lepas habis program nanti kena buat charity work untuk student foreign yang dtg ke Malaysia baru la lebihan itu akan diberikan..
Buat masa sekarang,permohonan dah diterima cuma belum officially lagi sebab pihak sana belum hantar surat rasmi kat student..
hew2..
 sekarang nie memang duit sgt2 diperlukan.. hahaha..So,cuti semester ini akan dikorbankan untuk menjana pendapatan.. Bukan senang nak pergi hidup kat negara orang.. Tambahan dapat pulak negara yang maju macam Korea tu..




Makanan? Halal food? sekarang tengah men'google'... *google ni memang baik dan manis kan?
muehehehehe..
Makanan dia akan bg sehari RM15.00 tapi kat sana kan mahal.. maknanya kena ada duit sendiri untuk hal-hal kecemasan.. Pergi pulak musim salji.. Maklumat menyatakan semasa program ini berlangsung, tahap suhu  ialah -24 degree.. Nama pun musim salji.. mesti la...Makan mesti la nak selalu.. dan yg penting jrg mandi dan banyak tidur..



Seronok pergi musim salji tapi satu masalah! iaitu pakaian...
Pakaian sgt penting sebab bahaya ketika musim sejuk melampau..
So,duit akan dikeluarkan lagi untuk kasut,baju,coat,sarung tgn,kaki,kepala,lutut dan sebagainya.. *sangat comel kan? sebab sarung tgn yang harga RM5 kat daiso tu saya dah beli...comel sgt.. ada bulu dengan ribbon kat handsock tu.. Winter coat pun dah beli.. Tentang pakaian ni saya akan buat entri yang baru.. tunggu ya!!

Lepas tu kelengkapan badan yang lain lagi.. mcm2 lagi sebenarnya..
tunggu entri seterusnya sebab persiapan sekrang baru 20 peratus..

Salam sayang.. 
Siti nabilah..
Selamat bermaghrib...
 
\

No comments:

Post a Comment