Thursday, 27 June 2013

nabilah che musa umur 21 lah!


Hai guys..
Rajin pulop nak meng'update' blog kan?
*mentang-mentang rehat 10 hari sampai tak tau nak wat apa kat dalam kolej nie..
Nampak sangat sayang gaban sama itu Za'ba.

Ramai orang tak percaya bahawa Siti Nabilah binti Che Musa, anak kepada Che Musa bin Saad dan Siti Fatimah binti Dohat nie sudah berusia 21 tahun nak masuk 22 dah=,='
Adakah kerana faktor awet muda atau ke'mini'an saya? #pendek itu sensetip tau!




Bila nak pergi daftar apa-apa mesti orang tanya "adik nie umur berapa ya?" *dgn penuh sopan dan santun 
#kakak yang tanya muda lagi dari adik tau. hahaha.. sekali sekala rasa muda. tak salah kan?
"21 tahun" :)
"Owh,maaf kak. Ingatkan baru belasan tahun".
#ragu antara 2 faktor diatas.. 



Ada sekali tu pernah on the way to Times Square ada mcm lucky draw.. Sampai minta tgok IC dengan matrik kad.. hahahaha..
Boleh pulak cakap "aiyoo... I ingatkan you muda lagi"
*berbunga lagi sekali...


yang paling menusuk hati setiap kali jumpa kawan mak dan ayah "anak hang dah nak jadi anak dara dah nah, darjah berapa nie?" #dia tak tanya tingkatan dah,darjah.. DARJAH# =,='
Tingkatan tu quite okey, sebab rasa mcm remaja bukan kanak-kanak ribena.. hahahaha..
Peristiwa macam nie dah berlaku banyak kali,bukan sekali tau...
Mak pun menjawab dengan bergaya "Darjah apa, dah umoq 21 dah"
hahahaha..

Bila orang cakap kat mak "bagi apa kahwin muda-muda". huh! Aku 21 .. bukan umoq berbelas-belas.. 
*ramai orang yang salah faham,saya berumur belasan tahun..
hahaha.. tak pa...

Tapi ke"mini"an saya membawa seribu erti dalam hidup dalam mengajar erti syukur terhadap apa yang Allah jadikan.

1. Saya ada lesen D..
Walaupun jarang bawa,kira oke la pergi test JPJ sekali ja kan?
hahaha.. siap boleh jadi driver orang yg tinggi lagi..
Siapa? Mana boleh habaq!

2.Kelebihan jika berada di tempat yang rendah.
Contoh: kalau panjat gunung,ada rumpun buluh tumbang.. *tak leh nak langkah kot atas..
Orang mcam saya rileks merangkak dengan sempurna tanpa ada sangkut di kaki,kepala seperti org yang terlebih tinggi..

3. Baju dan kasut..
Disebabkan baju yang comel yang kanak-kanak ribena pakai..
 Rembat ja! Kasut pun sama..
Sampai form 4 pakai kasut dan selipar Buble Gummers.. Comel sangat!
Baju yang form 1 dan form 2 boleh pakai lagi.. wuhuhu...

4.merasa diri sangat comel apabila berjalan dengan orang yang lebih tinggi..
hahaha.. Comel kah? Tak comel pun rasa comel jugak... muahahaha...


*Moga Allah redha...
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan.. Saling lengkap melengkapi..

Salam sayang,
Siti nabilah binti Che Musa.

p/s: Impi suami yang tinggi lampai.. mampukah? haha...
Si dia? 180 maybe! belum masa nak ambil tahu. 






No comments:

Post a Comment