kita suka mengeluh :)
morning readers yang awesome..
moga kita dalam redha Allah :)
tetiba teringat kat habib al Zaenal :)
"Menyelusuri perjalanan terindah Insan Mulia sepanjang Zaman"
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam penyampaian beliau, perjalanan hidup Rasullulah,subhanallah sgt indah dan tertib..
Tak dapat dibayangkan.. ^^
berbeza dengan kita pada hari ini..
Rasullulah seorang yg sangat tawaduk, rendah diri dan bersederhana :)
kita?
Sering mengeluh..
Dalam hal yg remeh pun kita mengeluh:
"kenapa la kerja aku banyak sgt"
"Kenapa Allah uji aku sampai mcam nie"
"Hawat la hari nie panas sangat"
"Hawat la hari ni hujan lebat"
kan3?
,lepas tu kita putus asa.
dan mempersoalkan kekuasaan Allah...
tanpa kita sedar itu semua ujian yang Allah bagi supaya kita dekat dgn Allah..
dan kita sering buat tak tahu akan ayat Al-Quran nie..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al-Baqarah ayat 286
begitu juga dengan ayat nie
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)
Al-Quran dah bg motivasi kat kita supaya jangan bersikap lemah dan bersedih jika menghadapi sesuatu ujian..
Al-Quran juga bagi cara untuk menghilangkan rasa berat ujian itu dengan S.A.B.A.R.
Subhanallah..
Betapa Allah sygkan kita..
tapi kita sbg hamba?
Mengeluh akan sesuatu yang sedikit ujianNya berbanding nikmatNya...
":"Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" ( Ibrahim: 34 )
Allahurobbi :,(
Kita cakap kita syg akan Rasullulah tapi tak ikut pun cara Rasullulah bermuamalah dengan Allah...
Muamalah?
Rasullulah sgt bermuamalah dengan Allah..
Hidup dalam kesederhanaan..
Kesederhanaan dengan apa yang dimiliki..
Redha dengan apa keadaan
Semasa susah,Rasullulah tidak pernah meminta
Semasa senang,Rasullulah bersyukur
Meredhai apa yang diberikan Allah kepada baginda..
Agungnya peribadimu Rasullulah..
Bagaimana peristiwa dalam perang yang mana ramai tentera Islam terbunuh termasuk juga dengan sahabat-sahabat baginda..
Allah telah memberikan pilihan kepada Rasullulah sama ada melakukan hukum Qisas kepada pihak musuh atau bersabar..
Rasullulah pilih bersabar...
Begitu juga dengan peristiwa usai solat berjemaah..Umar berntanya kepada Rasullulah mengapa setiap kali baginda bergerak seolah-olah mendengar sendi bergeselan..
Rasullulah S.A.W mengangkat jubah baginda, sahabat terkejut apabila perut baginda kempis,dan dililit dengan batu kerikil untuk menahan rasa lapar..
Walaupun dalam keadaan begiut,Rasullulah tetap menolak perlawaan Saidina Umar untuk disediakan makanan.
Malah baginda menganggap bahawa kelaparan itu adalah hadiah dari Allah ..
Betapa bermuamalah Rasullulah dengan Allah... ^^
Terlalu cinta dan rasa kehambaan kepada Allah,Rasullulah masih lagi menjalankan ibadah kepada Allah untuk memohon keampunan sehingga bengkak kaki baginda..
sampaikan Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasullulah
mengapa Rasullulah masih bersusah payah melakukan ibadah walaupun sudah dijamin syurga Allah..
Lantas Rasullulah menjawab,
baginda juga adalah hamba kepada Allah dan baginda ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur..
Kita??
Allahurobbi :,(
Sentiasa mengeluh..
hari panas,panas la
hari hujan,hujan la
hari mendung,mendung la..
Jom,kita belajar berhenti mengeluh.. Contohi Rasullulah S.A.W ^^
salam sayang,
nabilah..
No comments:
Post a Comment