Wednesday, 17 April 2013

mahasiswa dan pelajar bertugas untuk belajar sahaja?

Hai guys! jumpa lagi.. hahaha
Alhamdullilah,huhuu. disebabkan human development dalam psikologi  tak paham apa.. meh,kita update blog...
 Sering kali kita dengar komen atau omelan lebih kurang macamnie:
"Mak bapak hantaq p belajaq bukan pi politik"
"orang suruh p belajaq,gatai nak menikah"
"Belajaq elok-elok,jgn dok terlibat dgn politik"
"orang suruh p study bukan suruh p berjalan,perabih duit"
natijahnya,mahasiswa atau pelajar ini hanya ditugaskan untuk belajar sahaja....
saya melihat fenomena ini sebagai salah satu cara untuk menjadikan pelajar dalam keadaan kejumudan(ketutupan) untuk menerima idea-idea yang baru.
Jika dilihat dan diamati,pelajar yang hanya terlibat dalam buku,exam,test,eksperimen tanpa apa-apa yang lain agak terbelakang informasi dari orang lain yang sebaliknya..
mengapa?
bayangkan,isu lahad datu tidak diketahui.
isu kemanusiaan seperti syria dan palestin apatah lagi
politik negara-negara maju
dan isu -isu semasa dalam negara juga tidak di ketahui
Apabila hanya berkawan dengan buku,exam dan sbgnya
tidak akan ada komunikasi yang baik antara ahli komuniti..
Dan akhirnya berlakunya berlaku proses 'isolation' atau pengasingan.
jangan hairan jika pelajar yang mendapat 4.0 ijazah kelas pertama tapi tidak mendapat tempat dalam masyarakat dalam pelajar yang 3.0 sebaliknya!
Poor english? tak seimbang mampu tulis dalam exam tapi tak mampu berbicara dan komunikasi dgn orang lain.. kan3?
keyakinan kita dalam berkomunikasi yang penting ... :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
politik? tak salah pun berpolitik.. asalkan jangan menjatuhkan pointer.. :)
berdasarkan pemerhatian saya sepanjang berada di sini,
golongan yang terlibat dalam politik kampus mempunyai daya pemikiran yang agak ke hadapan :)
mampu berbicara dengan lantang dan bersahaja berdasarkan hujah yang bernas..
yang penting,dalam forum atau apa-apa sahaja wacana..
TANPA TENGOK TEKS DAN BERSAHAJA SERTA RIAK MUKA YANG TENANG DENGAN SENYUMAN WALAUPUN KADANGKALA ADA UNSUR PROVOKASI DARIPADA AUDIENCE..
ciri-ciri seorang pendakwah dan ahli politik yang baik :)
kebanyakan golongan ini adalah antara golongan yang selalu dalam majlis anugerah dekan ...
nak nikah atau kahwin? Alhamdullilah,ramai orang yang dah kawen time belajaq.. saya juga mahu! hahaha..
Saya memberi tabik kepada golongan ini.. 
kenapa?
dari segi logik.. mereka merupakan golongan mahasiswa atau pelajar yang bersedia akan tanggungjawab.. Walaupun mereka tidak mengetahui akan kejadian atau kemungkinan di kemudian hari,mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang suami,isteri,anak,ummi dan abi :D
berbeza pula dengan golongan sebaliknya :)
#berapa peratus pelajar atau mahasiswa yang ditangkap tanpa ada ikatan yang sah?
membangunkan ummah itu tanggungjawab generasi sekarang, ayuh,kita bangun..
#penceraian golongan yang bernikah muda dan bernikah semasa belajar ini berlaku peningkatan setiap tahun..
Sila kaji balik asbab mengapa terjadinya perkara ini :)
Wanita dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, & karena agamanya & pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan beruntung.” (HR. Bukhari dari shahabat Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu)
InsyaAllah akan kekal sampai ke syurga jika memilih yang beragama dan kerana Allah Taala.. kan3?
travel semasa belajar?  "Jauh berjalan,luas pandangan"
ramai orang yang cakap travel nie membuang masa dan duit.. tapi bg saya tak :)
kaitkan semula dengan kejadian yang Allah jadikan..
Subhanallah,banyak sgt kejadian Allah yang tak pernah kita ketahui ..
Keindahan dan sebagainya :)
tahniah kepada pelajar -pelajar yang dapat pergi pertukaran pelajar..
golongan ini melihat sendiri,merasai sendiri bagaimana hidup berdikari di negara org..
yg pasti dapat menyelami akan budaya,politik ekonomi dan sbgnya.. 
pengalaman yang sangat berharga :)
Tak semua org mampu memiliki dan merasai
P/S:Doakan saya dan sahabat saya mampu melepasi tahap kedua untuk pertukaran pelajar ! Ke China.. hewhewhew...
*mahasiswa dan pelajar itu legasi agama dan negara !
p/s:Pelajar berminda kelas pertama itu bukan cemerlang ilmu dunia tapi ilmu akhirat juga!
Jom,aktifkan diri!

2 comments:

  1. salam dik nabilah...tq coz sudi follow blog akk...

    akk dtg singgah n follow sini juga...tq laling

    :)

    ReplyDelete