Sunday, 28 April 2013

soal perkahwinan lagi = )

hai guys..
selamat petang.. =)
jumpa lagi noh..
hua3...

Soal perkahwinan lagi 

Mengapa saya mengetengahkan isu ini pada hari ini..
Sebab saya percaya dan yakin bahawasanya followers saya dan pembaca setia blogs saya (bajet femes hang!) hua3
adalah masyarakat yang terbuka minda dan berpendidikan..
tidak kira sama ada PhD,master,ijazah,matrik,sptm,asasi,spm,kemahiran dan sebagainya
yang penting kita semua adalah warga yang berpendidikan...

Pertama sekali,
inference mengapa terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti pembuangan bayi,khalwat,berzina dan sebagainya setelah saya melihat apa yang berlaku disekeliling saya dan sahabat-sahabat saya dan berlakulah perbincangan walaupun tak formal:


1. disebabkan oleh faktor agama..
sudah semestinya..
faktor agama menjadi major mengapa terjadinya benda-benda seperti ini..
ketandusan dalam beragama telah menjadikan perkara ini berlaku..
kadang-kadang bab agama ni.. 
ibu bapa bagi sepenuhnya kat cikgu,ustaz, ustazah dan sebagainya..
Ilmu itu memang dapat
tapi kat rumah?
kalau ibu bapa sendiri tidak mempraktik,
bagaimana dengan si anak :)


2.pandangan masyarakat..
yang faktor kedua major atau makro..
kalau kita perhatikan dan meneliti,kadangkala pandangan masyarakat ini menjadi faktor major primer..
Sebab apa?
kadang-kadang ada sesetengah individu mempunyai cukup nilai agama dan ingin mengadakan perkahwinan seperti yang ditetapkan syariat.. tetapi menjadi terhalang disebabkan rasa bersalah terhadap desakan dan pandangan masyarakat...
Saya sendiri pernah mendengar bagaimana seorang yang bermasam muka di hari perkahwinan kerana tidak dijemput pada hari pertunangan..
nilaikan sendiri..
#"Rahsia pertunangan,hebohkan pernikahan"
kenapa Rasullulah suruh kita merahsiakan pertunangan
kerana proses pertunangan itu adalah proses mengenali antara pasangan,ahli keluarga dan teman rapat..
Jika dirasakan tidak sesuai,putuskan pertunangan itu..

Lihat masyarakat kita sekarang,bagaimana meriahnya majlis pertunangan, sampai tak tau nak beza akad nikah atau bertunang.. 
#tak kisah kalau orang mampu dan berharta..
kalau keja kilang,gaji RM800 sebulan.. nak wat makan untuk satu kampung..
Please...we are Y generation,X generation,and Z generation..

BERTUNANG ITU BUKAN TIKET PERNIKAHAN =)

#PERBAHASAN YANG SERING BERLAKU ANTARA PIHAK PEREMPUAN DENGAN LELAKI TERUTAMANYA DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI..
hahahaha..
Tapi bagi saya perbahasan seperti ini bagus..supaya minda kita lebih terbuka dan berkembang..
iaitu hantaran mahal..
alasan biasa hantaran mahal:
1.cantik
2.belajar tinggi
3.anak orang kaya
 =)
1. cantik,cantik macamana pun,kalau tak mampu nak urus suami,rumah tangga tak jadi jugak..
macamana pulak kalau cantik tapi agama kurang?
sebab nie la berlakunya penceraian..
2.belajar tinggi
paling rendah RM15,000 :)
kalau pasangan tu gaji dia RM 800 sebulan..
darab berapa bulan dia perlu menabung..
Rasa-rasa dalam tempoh yg panjang tu boleh dak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini?
Contoh:lagi sebulan nak kawen ditangkap khalwat sebab tunggu terlalu lama untuk menunggu..
:)

3.anak orang kaya nie kalau dapat dengan orang kaa juga tak pa..
=)


#peranan media massa...
Jika kita lihat sekarang..
media massa kita tidak kira sama ada media cetak mahupun elektronik yang menekankan cinta selepas nikah..
Kalau ada pun mesti ada aksi yang membuatkan ramai generasi sekarang terbayang adegan yang tidak sepatutnya..
Memang ada novel-novel yang jumpa mengolah jalan cinta yang diredhai Allah..
tapi jumlahnya?
Sedikit...
tu tak kira share-share video lagi..
bayangkan seorang dewasa yang berfikiran waras boleh berkongsi aksi dan gambar yang tidak sepatutnya..
Allahurobbi :,(

tak masuk lagi bagaimana dengan cara hidup dalam filem.. kelab-kelab malam,judi


Lepas tu kalau si remaja buat salah,atas dasar diri sendiri... :)
sedangkan kita tak sedar pun kita yg mendidik remaja sebegitu..
Bila berlaku sesuatu perkara
"Budak-budak la nie tak leyh pakai"
"budak-budak la nie tak leh percaya"
"budak-budak la nie tak dak adap"

memang 'budak-budak ni salah'
tapi tidak seratus peratus :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*kalau bab agama kita letak tepi ja...
tak kira kawen ka,solat ka,makan ka,kebersihan ka...

"kalau akhirat dalam hati,dunia dalam tangan"

Ayuh,lakukan perubahan sedikit demi sedikit..
InsyaAllah Ummah yang bakal lahir nanti adalah kepimpinan Al-Fateh dan Rukunnudin..
Selagi mana institusi rumah tangga itu dibentengi agama ..
Salam sayang,
nabilah

p/s:entri ini ditulis atas dasar diri saya sendiri.. :)




No comments:

Post a Comment