Sunday, 21 April 2013

saya teringin nak jadi mcam tu tapi tak bersedia.. Relevankah?

Dengan nama Allah yang maha Penyayang lagi Maha Pemurah..
kita sering ungkapkan macam nie..
"Aku teringin nak jadi macam tu,tapi tak bersedia.. tapi InsyaAllah satu hari nanti aku nak buat jugak."
bagi saya itu adalah bentuk kesdiaan tapi kita sendiri yang tak mengorak langkah..
Ingat sahabat yang awesome dan dikasihi Allah,
Kita takkan mampu berdiri seperti sekarang jika kita ada tapak untuk bangun masa bayi dulu :)
So,mulakan langkah sekarang...!
lets go!
Kita selalu anggap pakai 'tudung labuh' itu perlu bidang 60,
kita selalu anggap baju yang longgar itu baju muslimah..
bagaimana saya mengetahui?
Sebab saya dulu pun seperti anda..
tapi sebenarnya tak pun..
Tudung=melepasi dada,bahu,tidak jarang
baju=longgar,tidak jarang dan melepasi punggung..
This is aurah :)
Easy kan?
"nak pakai tapi tak dak kekuatan lagi"
bagi saya, ini hanya alasan kita untuk menidakkan naluri dan keinginan kita..
Mengapa saya berkata demikian?
Sebab kekuatan itu perlu dicari :)
bagaimana mencari?
hadiri majilis-majlis ilmu,baca buku sejarah perjuangan Islam..
last but not least
jom makan biskut tarbiyah yang manis dan sedap.
"nak pakai tapi kita bukan dari keluarga yang mempunyai latar belakang keluarga beragama kuat"
kalau mcam tu,kita la perlu jadi pemula dalam keluarga kita..
Mengapa saya berkata demikian?
Sebab saya juga seperti itu..:)
dilahirkan dari dalam kalangan keluarga yang tidak kuat agama :)
tapi kita kena positifkan diri..
Allah menjadikan sesuatu itu dengan berhikmah kan?
kita la kena jadi pendakwah kat keluarga kita..
Memang sussah nak berdakwah dan tarbiyah kepada keluarga sendiri,
Memang diakui..
Tunjukkanlah dakwah perbuatan kita kat keluarga..
InsyaAllah,Allah akan tolong kita..
"nak pakai tapi belum dapat hidayah"
Memang hidayah itu milik Allah..
tapi hidayah itu juga kadang-kadang perlu dicari kan?
hari-hari kita kena doakan agar Allah bagi hidayah kat kita...
"nak pakai tapi tak biasa macam tu"
:)
Sahabatku sayang,
Saya juga seperti kamu.
Tidak biasa..
dan
"tak pa la,hampa dah biasa pakai"
tanggapan anda terhadap saya salah sama sekali..
Saya dulu tidak bertudung..
bukan mahu menjatuhkan aib sendiri
tapi saya perlu mengatakan di sini untuk kepentingan kita bersama... 
Apa sahaja sebelum keluar rumah,
disambar,
baby T? Singlet? Tube?
Short pants? Long pants?
Short skirt? Long skirt?
Semua itu pakaian saya :)
hari pertama saya disini adalah hari pertama saya memakai tudung labuh setelah beberapa bulan setelah saya bertudung...
tak sampai setahun pun saya bertudung sahabatku..
saya menulis nie sebab saya nak kita semua sama belajar bersama-sama..
Saya budak baru belajar :P
karaoke? panggung wayang? club(walaupun dok depan pintu saja )
Saya dah merasai semua itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cabaran?
Sangat banyak cabaran..
1. sikap orang sekeliling terhadap kita yang baru ja nak bangkit..
cabaran ini paling getir dan pahit untuk dilalui..
bagaimana org bercakap kosong di belakang
"dah jadi ustazah"
"dah jadi budak baik"
Saya dah lali akan semua itu..
Kunci utamanya ialah S.A.B.A.R
Yakin Allah bg ganjaran kepada orang kepada orang yang sabar..
2.dakwah dalam keluarga
Tak dinafikan memang susah...
Tapi kita boleh tunjukkan akhlak yang baik dan doa banyak-banyak minta Allah tolong usaha kita..
kebergantungan kepada Allah ^^
tarbiyah itu perlu berterusan..


3.Sindiran pedas 'pakai tudung tapi kapel'
yang nie menjadi salah satu sindiran pedas yang popular..
Jadi kat saya semasa mula-mula dulu..
Saya diamkan sebab apa?
Anggap ja mereka tidak tahu akan latar belakang kita..
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa saya mengetahui kapel itu haram apabila saya sampai di sini :)
Tapi orang lain tak tahu,.
So,positifkan diri untuk terima keadaan lain..
kepada sahabat yg rasa dia rasa bersalah kalau dia kapel lepas dia pakai tudung labuh..
Jgn risau,slow-slow belajar...
Mulut org kita tak leh tutup kan?
Saya tidak mengatakan bahawa kita boleh kapel..
tapi nak memutuskan hubungan 'win' to 'win'
Mengambil masa yang agak lama :)
Orang akan cakap kalau ada jodoh takkan kemana..
ini adalah situasi bg org yang tidak pernah mengalaminya.. :)
Pengalaman saya,saya dgn Muhammad tiga tahun lebih menjalin hubungan..
mana mungkin saya mampu menerangkan dan memutuskan hubungan sekian lama dalam masa sehari !
kan?
Tambahan pula kami terikat dengan keluarga.. lagi susah kan?
semester mesti akan ada gathering sesama...
Tapi alhamdullilah,Allah tolong saya berkat kesabaran saya selama beberapa bulan memujuk Muhammad agar bersabar menunggu hari barakah kami yang bakal menjelma..
Dan membantu Muhammad memahami apa itu erti cinta kerana Allah Taala..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabatku yang dicintai kerana Allah Taala..
JOm,gigit biskut tarbiyah yang comel dan sedap!




10 comments:

  1. awak...saya selalu mcm tu..nak pakai macam tu tapi tak bersedia..terima kasih nabila:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama cik ted :) semua orang boleh buat kan?... mulai sekarang,kita belajar la sama-sama sebab saya pun baru lagi.. bru nak berjalan dan bergerak..

      Delete
  2. Replies
    1. slow-slow belajar sayang.. InsyaAllah,Allah tolong...

      Delete
  3. sama jugak..nak buat,,, tapi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) InsyaAllah ain.. Yang penting usaha. ^_^ Start dari bawah. tak perlu tergesa..

      Delete
  4. saya sedang ke arah itu,,tapi bermasalah bila pulang kerumah,,,masing2 pertikaikan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Nabila pun macam tu jugak mula2. Tapi buat tak tahu ja. Sekarang kat rumah dah tak buka tudung. hihi..Kalau kat rumah,start pakai tudung yang pendek tapi tutup dada. mcm tudung syria atau easy take off. Bagi depa biasa dulu. InsyaAllah, dah lama-lama nanti okey. ^_^

      Delete
    2. alhamdulillah.....saya pon rasa yang sama dgn nabilah..sgt susah masa awal perubahan,alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat2 yg sgt supportive.ramai yg pertikai perubahan, tapi ramai jugak yg menyokong..dan satu ayat dari seorang sahabat yg membuatkan saya kuat adalah "selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah akan mendekati kita.Allah itu sgt penyayang" :)

      Delete
    3. Seorang hilang. Allah ganti dengan ramai orang. Orang ramai yang membantu.. Teruskan berdoa semoga istiqamah. Dan Allah tak tarik nikmat kita nie :)

      Delete