Thursday 27 June 2013

nabilah che musa umur 21 lah!


Hai guys..
Rajin pulop nak meng'update' blog kan?
*mentang-mentang rehat 10 hari sampai tak tau nak wat apa kat dalam kolej nie..
Nampak sangat sayang gaban sama itu Za'ba.

Ramai orang tak percaya bahawa Siti Nabilah binti Che Musa, anak kepada Che Musa bin Saad dan Siti Fatimah binti Dohat nie sudah berusia 21 tahun nak masuk 22 dah=,='
Adakah kerana faktor awet muda atau ke'mini'an saya? #pendek itu sensetip tau!




Bila nak pergi daftar apa-apa mesti orang tanya "adik nie umur berapa ya?" *dgn penuh sopan dan santun 
#kakak yang tanya muda lagi dari adik tau. hahaha.. sekali sekala rasa muda. tak salah kan?
"21 tahun" :)
"Owh,maaf kak. Ingatkan baru belasan tahun".
#ragu antara 2 faktor diatas.. 



Ada sekali tu pernah on the way to Times Square ada mcm lucky draw.. Sampai minta tgok IC dengan matrik kad.. hahahaha..
Boleh pulak cakap "aiyoo... I ingatkan you muda lagi"
*berbunga lagi sekali...


yang paling menusuk hati setiap kali jumpa kawan mak dan ayah "anak hang dah nak jadi anak dara dah nah, darjah berapa nie?" #dia tak tanya tingkatan dah,darjah.. DARJAH# =,='
Tingkatan tu quite okey, sebab rasa mcm remaja bukan kanak-kanak ribena.. hahahaha..
Peristiwa macam nie dah berlaku banyak kali,bukan sekali tau...
Mak pun menjawab dengan bergaya "Darjah apa, dah umoq 21 dah"
hahahaha..

Bila orang cakap kat mak "bagi apa kahwin muda-muda". huh! Aku 21 .. bukan umoq berbelas-belas.. 
*ramai orang yang salah faham,saya berumur belasan tahun..
hahaha.. tak pa...

Tapi ke"mini"an saya membawa seribu erti dalam hidup dalam mengajar erti syukur terhadap apa yang Allah jadikan.

1. Saya ada lesen D..
Walaupun jarang bawa,kira oke la pergi test JPJ sekali ja kan?
hahaha.. siap boleh jadi driver orang yg tinggi lagi..
Siapa? Mana boleh habaq!

2.Kelebihan jika berada di tempat yang rendah.
Contoh: kalau panjat gunung,ada rumpun buluh tumbang.. *tak leh nak langkah kot atas..
Orang mcam saya rileks merangkak dengan sempurna tanpa ada sangkut di kaki,kepala seperti org yang terlebih tinggi..

3. Baju dan kasut..
Disebabkan baju yang comel yang kanak-kanak ribena pakai..
 Rembat ja! Kasut pun sama..
Sampai form 4 pakai kasut dan selipar Buble Gummers.. Comel sangat!
Baju yang form 1 dan form 2 boleh pakai lagi.. wuhuhu...

4.merasa diri sangat comel apabila berjalan dengan orang yang lebih tinggi..
hahaha.. Comel kah? Tak comel pun rasa comel jugak... muahahaha...


*Moga Allah redha...
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan.. Saling lengkap melengkapi..

Salam sayang,
Siti nabilah binti Che Musa.

p/s: Impi suami yang tinggi lampai.. mampukah? haha...
Si dia? 180 maybe! belum masa nak ambil tahu. 






Wednesday 26 June 2013

#persediaan 1# exchange student programme# road to korea,Gwangju..

hai guys...
Alhamdullilah,td dah selesai sesi "briefing" untuk program pertukaran pelajar..
Saya sebenarnya telah terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar selama 6 bulan ke Korea. Dah lama dah tau keputusan tapi malas nak tulis.. hahaha..
Saya dapat Chonnam National University dan InsyaAllah akan further dalam bidang psikologi.. *sebab yang tu ja boleh transfer kredit... Psikologi pun dpt B semester nie.. hahaha.. Pihak pentadbiran said " jangan dpt C sudah,nanti kena repeat". Repeat? =,=' Kegusaran.

Tadi dalam program memang tak paham sgt pun.. hahaha.. sebab ada banyak prosedur yang nak kena ikut.. hahaha.. Konklusinya,bertanya kepada sesiapa yang faham..



Expenses?? Program ni 80 peratus ditanggung oleh Universiti dan 20 peratus lagi kita tanggung sendiri. #kenapa tak tanggung semua? Sebab exchange student ja pun bukan p sambung degree kat sana.. huhuhu..
tapi masa kita pergi nie,tak semua peratusan tanggungan dia beri sebab ia sebagai jaminan kita pergi.. sampai kat Malaysia lepas habis program nanti kena buat charity work untuk student foreign yang dtg ke Malaysia baru la lebihan itu akan diberikan..
Buat masa sekarang,permohonan dah diterima cuma belum officially lagi sebab pihak sana belum hantar surat rasmi kat student..
hew2..
 sekarang nie memang duit sgt2 diperlukan.. hahaha..So,cuti semester ini akan dikorbankan untuk menjana pendapatan.. Bukan senang nak pergi hidup kat negara orang.. Tambahan dapat pulak negara yang maju macam Korea tu..




Makanan? Halal food? sekarang tengah men'google'... *google ni memang baik dan manis kan?
muehehehehe..
Makanan dia akan bg sehari RM15.00 tapi kat sana kan mahal.. maknanya kena ada duit sendiri untuk hal-hal kecemasan.. Pergi pulak musim salji.. Maklumat menyatakan semasa program ini berlangsung, tahap suhu  ialah -24 degree.. Nama pun musim salji.. mesti la...Makan mesti la nak selalu.. dan yg penting jrg mandi dan banyak tidur..



Seronok pergi musim salji tapi satu masalah! iaitu pakaian...
Pakaian sgt penting sebab bahaya ketika musim sejuk melampau..
So,duit akan dikeluarkan lagi untuk kasut,baju,coat,sarung tgn,kaki,kepala,lutut dan sebagainya.. *sangat comel kan? sebab sarung tgn yang harga RM5 kat daiso tu saya dah beli...comel sgt.. ada bulu dengan ribbon kat handsock tu.. Winter coat pun dah beli.. Tentang pakaian ni saya akan buat entri yang baru.. tunggu ya!!

Lepas tu kelengkapan badan yang lain lagi.. mcm2 lagi sebenarnya..
tunggu entri seterusnya sebab persiapan sekrang baru 20 peratus..

Salam sayang.. 
Siti nabilah..
Selamat bermaghrib...
 
\

Tuesday 25 June 2013

Jerebu 2013?

hai guys...
Korang tahu kan?
sejak minggu lepas*ya ka* entah.tak ingat. Malaysia dilanda jerebu.
Punca? tak mau sebut. Indonesia salahkan Malaysia,Malaysia salahkan Indonesia.
Tapi hari ini dah keluar berita bahawa presiden Indonesia memohon kemaafan. :) Pemimpin yang berkaliber.
Sebenarnya masalah jerebu nie dah kerap berlaku.
yang seingat saya pernah semasa di tadika mak suruh pakai mask dan jgn keluar beli aiskrim sebab nanti sakit. Langit pun gelap berhari-hari.. Okey. Duduk diam-diam dirumah. Sepupu ajak main pun tak mau. Masa tu kan kanak-kanak lagi tak paham apa. Lepas tu terjumpa surat khabar lama tahun 1997 masa dah berumur belasan tahun. Oh, rupanya jerebu pada tahun tu.. *rumah saya banyak buku lama dan surat khabar lama* emak suka membaca, turun ke anak. Siapa? Saya la tuh.. hehehe..
Lepas tu ada lagi berlaku jerebu.. entah, tak ingat tahun berapa. Tapi tak teruk mcm dialami sekarang.
Sebab apa? sebab selalunya kedah dan perlis merupakan 2 negeri yang terakhir menghadapi masalah jerebu nie dalam Malaysia. Kena "buah last" (bahasa kedah). Tmbh pulak dok kat pulau. Memang tak teruk sgt la..

Ini pengalaman pertama saya meneruskan kehidupan tanpa ada bantuan sesiapa selain daripada Allah dan diri sendiri. Kalau kat rumah, mak dan ayah selalu bising-bising belikan mask untuk adik dan saya. Kalau kat hostel,setiap pagi kena pakai mask yang merimaskan. Maksu pulak setiap kali keluar rumah kena cuci tangan dan kaki,balik rumah lakukan perkara yang sama. Mandi kerap dan minum air kosong yang kerap.. hahaha..
Duduk bermastautin di Kuala Lumpur yang memang teruk sgt keadaan jerebunya mengajar erti berdikari. Mask kena beli sendiri,cari sendiri.. Rajinkan diri untuk mandi 3 kali sehari, kerap ke bilik air untuk buang hajat kecil,cuci tangan dan kaki sebelum buat apa-apa dan minum air secara konsisten---> sebab kerap pergi toilet,tak pa,baik untuk kesihatan.

Tapi jerebu nie memberi seribu satu makna kepada diri saya.. Besarnya kuasa Allah dalam mengatur kitaran hidup hambaNya dengan sempurna.
1. Menutup muka ketika keluar..
Sebenarnya dah lama nak pakai,tapi tak dak kekuatan nak pakai. Hanya tersimpan dalam loker sahaja. Lagipun nak pakai ni perlu kekuatan yang sgt kuat sebab orang suka pandang. :)
Fahamlah kenapa orang ckap berpurdah nie mendidik hati.. sebelum nie tak pernah rasa pun..
Hari ini hari keempat saya memakai tutup muka. Semuanya bermula dgn jerebu yang Allah jadikan. 
Ceritanya bermula apabila pg yang tidak disangka-sangka satu bilik berbau asap,nak pergi dewan makan rasa mcm tak mampu nk nafas sebab jerebu terlalu kuat kat sini. Petang tu nk pergi makan dengan sahabat-sahabat,dah risau.. tak kan tak precaution langsung, Mask memang tak dak dalam sekitar UM nie,kalau ada pun kt KPS dgn PPUM. Saya decided untuk pakai tutup muka. Mula-mula rasa rimas,panas,mcm kita pakai mask., tapi tiba-tiba rasa selesa dengan pakai mcm tu. Journey memakai tutup muka diteruskan lagi sampai ke hari ini. Tapi kalau dalam UM saya belum pakai lagi.. baru nk berjinak-jinak.. Saya hanya pakai kalau keluar daripada UM.. Doakan semoga saya beristiqamah dengan pemakaian sebegini. :)

Apa cerita menarik tentang penampilan saya ini ialah jeng..jeng.. jeng..
hahahaha.. Muhammad cakap dia lagi suka kalau saya suka pakai macam nie..
Jangan salah faham:)
Saya cuma bertanya pendapat kepada bakal suami saya sama ada dia boleh menerima keadaan saya seperti ini atau tidak. Dan yes! dia setuju. Dan siap pesan lagi, kalau boleh istiqamahkan pakai sepanjang masa...Alhamdullilah.. Mak saya juga bersetuju..

2. bermuhasabah setiap apa yang Allah jadikan.
Kita selalu merungut salahkan negara tu,salahkan negara nie,slahkan dia,salah sana,salah sini... Tapi kita tak pernah nak bermuhasabah hikmah Allah jadikan semua ini.
Kan?
Kita tak pernah pun bangun pagi ucap "Alhamdullilah" diberikan oksigen untuk terus beribadah di muka bumi Allah.. *kalau ada pun jarang kan?
Kalau hari hujan kita selalu merungut, sekarang tak hujan, kita yang ternganga.
Matahari dah tak nampak sinar.. rindu nak tgok matahari pagi,ptg,tghari.,sunset.. huhuhu...
Kita tak pernah nak bersyukur apa yang Allah beri... kan3?

Mungkin ini juga sebagai tanda peringatan kepada kita yg selalu melakukan kemungkaran di muka bumi Allah... Maksiat berleluasa,pencerobohan Alam sekitar,agama kita ketepikan.. 

#jom,bermuhasabah#



 


Chicken soup #best seller# MPH

hai guys.. :)
Tadi pergi MPH,
Lepas terjumpa satu buku,
siri dia banyak sangat
buku nie pasal cinta,parenting,perkahwinan,kawan dan sebagainya..
Isi kandungan bagus..
tapi tengok harga 49.90 =,='
Sedih kot..
Kumpul duit lagi la jawabnya..
Demi ilmu...
nie salah satu koleksi buku nie..
banyak lagi siri dia.. google search kat MPH..

Bye,
Assalamualaikum..


Salam syg,
Nabilah

Saturday 15 June 2013

tak suka kau =,='


aku tak suka kau. sebab kau sailang. kau tinggalkan dia tanpa sebab. kau pergi kepada perempuan yang lain. kau berbahagia sedangkan dia yang kau tinggalkan? Makan hati. Makan hati sebab kau mudah ucap cinta kat perempuan. Mudah juga kau ucap "kita putus". Lagi makan hati kau jadikan sehelai kertas putih sebagai tanda kau tinggalkan dia tanpa sebab. Tiada sebab. Sebab yang pasti kau tinggalkan dia.

***
 Kau bermanis cinta dengan perempuan yang lain pula. Update status rindu perempuan itu,cinta perempuan itu. Lagi sadis. Lagi sadis kau kata caci dia bagai. Nak kata kau hero. Hero cinta, Sakit. Sakit hati. Kau tak patut. Kau tak patut cakap kau tak pernah anggap dia kekasih. Dua hampir ke tiga tahun kau ucap rindu,kasih sayang dia. Tapi kau boleh cakap begitu. Kau kejam. Kejam dengan cinta. Tapi aku suka sebab kau tinggalkan dia.  kau tak hargai dia. Tak perlu dia memberi peluang kepada kau. 

***

Dia tunggu kau selama setahun. Tunggu untuk kau kembali. Tapi hampa. Kau tak pernah kembali untuk dia. Pohon maaf pun tiada. Dia sabar . Sabar tempuh hari mendatang. Nyata,dia mampu hidup tanpa kau. Sebab dia baru sedar dia ada orang lain yang takkan tinggalkan dia. Emak,ayah,adik,kakak,sahabat. Yang penting dia mengenal Maha Penciptanya. Dia kerdil. Kerdil dengan ilmu mengenal Allah. Allah. Hebatnya kasih sayang Allah. Ada dikala suka,ada dikala duka. Ya,dia temu cinta teragung.

***
Allah jadi cinta utama dia. Allah hadirkan si dia seorang yang jauh lebih baik dari kau. Manis,berbudi,beragama. Yang penting si dia pemalu dalam berani. Ya,akui si dia pemalu. Tapi si dia berani. Berani jumpa wali dia . Wali yang bakal si dia pegang masa dia menjadi halal kepada si dia. Bukan macam kau. Pengecut. Berani dalam media. Berbicara dengan lunak dan manis. Tapi pengecut.

***
Sekarang dia sedang berbahagia. Bahagia dengan si dia. Bahagia dalam rindu. Bertalikan cinta Allah. Merasai indahnya bercinta Allah melalui ciptaan Allah. Mereka bermujahadah. Bermujahadah nafsu.
Kau? Perempuan itu tinggalkan kau. Kau meroyan. Merayu-rayu agar kau diterima. Gila. Mana pergi semangat hero yang kau bangga dulu. Mana pergi maruah kau yang dulu kau julang.
Maaf,dia berpunya, Berpunya kepada si dia yang lebih menghargai. 

***
Kepada kau,nak cari cinta,cari dulu cinta agung. Cinta hawa nafsu tak bawa ke mana. Aku kesal dengan kau. Kau bermain kata tapi kau tak kota. Lepas tu, dia dapat yang jauh lebih baik dari kau. Kau jadi gila. Gila bayang.


  

Monday 3 June 2013

berdinner di Subang! tema-->retro =,='


hai guys..
Rindu hampa.... ngeh3..
Minggu lepas kolej buat dinner..
Tema: RETRO =,=' 
tempat:Subang ?? tak tau nama apa..

tema makanan: chinese food..
Nasib baik la tekak nie makan makanan nie.. he3..
berbaloi tak makan dari tengah hari...
memang kaw2 punya makan.. jom layan gambaq.. *ada berapa ja pun sebab fokus makan..


semua sedap! saat rindu masakan mak, tetiba ada masak asparagus. memang habbis-habisan berjuang untuk makan.. sampai tak sempat nk snap gambaq.. ^_^


wondering pakai baju apa??
Actually,malas nk pakai ikot tema sebab fokus nk p makan ja.. kah3..


STATUS:
tudung: bawal 45 plain 2 helai (pinjam roomate)
baju:raya tahun lepas (first time pakai)
kasut:sneakers ke kelas 
aksesori: gelang biru dan kuning(terjumpa dlm bagasi,yang lama punya)

*masa nie dalam surau
abaikan kiri dan kanan .. hak3..
nk jawab persoalan tudung nie bukan bidang 60 yang agak mahal macam kat butik..
tudung nie bidang 45 yang sehelai 5 ringgit..
*dia buat kita,bukan kita buat dia.. :D
inspires by : ukhti khadijah






dah habes...
Terima kasih kepada kementerian sebab bg minggu untuk berehat dan makan :D

selamat berehat..
Salam sayang,
nabilah..