Tips nak beli sneakers ( converse )
Disebabkan aku ini memang pemakai sneakers converse. Aku nak bagitahu perkara penting kepada sesiapa yang nak membeli sneakers converse ( original).
1. Pastikan kau beli kat butik dia yang betul. Kalau aku, aku jenis tak suka pergi kedai yang campur-campur banyak jenis jenama kasut. Walaupun dia original, entahlah. AKu rasa ragu-ragu. Kalau aku lah. Depends on korang jugak.
2. Dah sampai kedai. Perhatikan made in apa. Paling nak sedap, made in USA. Tapi mmg rare nak jumpa zaman sekarang. Aku tak tahu nak cari kat mana. Kecuali bundle original yang boleh dipercayai. T___T . Tapi sepanjang aku bercinta dengan converse ini, ada dua made in yang lebih kurang sama la selesa dia. Made in USA dan made in Vietnam. Walaupun korang pergi kedai yang betul, made in tu penting. Sebab bagi aku, aku rasa lain sikit dengan made in ini. Kualiti dia lain bhai ~~~~
3. Kalau nak tahu original atau tidak, Dibelakang kasut ini ada tulis "Converse All Star". Tidak hanya "converse". Lambakan sneakers kat pasaran sekarang ada beza. Oklah. Kalau dapat yang RM 30 ++. Tapi kalau ada yang jenis cakap "Ini ori bang, kak". Dia bedal kau RM 100++ Sebab dia cakap original. Padahal dia beli RM 30 ++. Hati-hati weh. Melayang duit tak sudah. Hahaha.
4. Dia ada banyak jenis. Aku suka pakai yang classic. Pilihlah. Tapi kalau aku nak beli, aku akan round dan cari butik sampai puas hati. Biar berbaloi. Nanti hati nak pakai pun senang.
5. Nak converse lagi rare. Cari kat bundle. Kat situ banyak kasut yang rare. Kalau aku, aku suka kasut yang agak season. Tapi posibility nak dapat yang macam ini sekarang mmg sangat susah la. Aku tak tahu nak pergi mencari kat mana. T___T
6. Aku cakap sama lu. Pakai sneakers berbaloi. Sekali aku beli, aku boleh pakai sampai 3 tahun. Hahaha. Nanti aku nk kawen, aku nak pakai sneakers. Rare tak rare belakang cerita. Aku tak nak sakit kaki. :D
No comments:
Post a Comment