Friday, 5 June 2015

Cara aku move on?


Ok. Ini sebenarnya yang aku dah draft daripada mingu-minggu yang lepas. Cara nak move on. Hurm. Aku pun tak tahu macamana aku move on. Hahaha. 

1. Sibukkan diri dalam aktiviti persatuan. Lepas aku balik dari Korea hari tu jadual aku mmg full sampai ke akhirnya. Program aku yang akhir tak silap aku TAMAR pmium. Kah! Setiap hari akan rasa penat, tidur lewat gila, bangun awal gila. Ada satu hari tu, program homeless. Sampai rumah jam 3 pagi, terus sahur, solat sunat, subuh, al-mathurat, pergi program. Hahaha. Gila. 
Masa aku balik dr korea tu pun, mmg minggu first sem aku dah start program. Hujung minggu tak lekat rumah. First, Xcamp. Second,FD Permadah Third, Fourth dan sebagainya. Konklusinya sibukkan diri. Tapi masa tu pointer aku mmg jatuh teruk gila khinzir. Tapi tak pa. Asalkan hati bahagia. Cheeeewaaah.

2. Banyak buat perkara sunat. Bagi aku setiap kejadian itu ada hikmah. Mungkin kadang-kadang kita lupa dengan Tuhan. Memanglah, manusia. Allah rindu nk dengar doa kita. Perbaiki yang wajib, banyakkan sunat. Selalu bangun solat malam. Minta Tuhan tenangkan hati. Selepas subuh, lazimkan baca mathurat dan yassin. 

3. Bagi kucing makan.  Aku tak lawak weh. Serius nie. Bagi makan kucing itu 'relief' tapi depends on individual jugak. Mungkin sebab aku ni pencinta kucing. Aku lebih cenderung untuk tenangkan hati ke arah binatang macam nie. Comel kot. Macam aku. Hahahaha.

4. Baca. Bacalah sebanyak mungkin buku yang kau ada. Cari kepuasan sendiri. Kalau kau suka makan, makanlah yang sedap-sedap. Kalau aku, baca buku dah boleh buat rasa puas. :)


Apa-apapun, pasti ada hikmah ! 
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment