"Setiap dari muslim itu adalah agen Islam" - Patma Pasya.
Lebih kurang macam tu lah skrip yang Patma Pasya cakap dalam filem 99 cahaya di Langit Eropah.
Setiap muslim yang mengucap dua kalimah syahadah adalah agen Islam dan ummah. Kita adalah model kepada Islam. Orang lihat kita, orang akan lihat Islam. Benar, setiap manusia itu ada kurang lebihnya. Tapi, tak salahkan kalau kita berusaha untuk jadi agen dalam perkara.
Hari ini aku nak cakap pasal "Dakwah bil Hal". Ataupun, dakwah dari perlakuan dan tauladan. Benda yang kita buat akan jadi teladan dan penyampaian dakwah kepada orang lain. Sebenarnya, dakwah bil hal ini adalah senang. Tapi, kita sia-siakan peluang yang ada untuk sampaikan dakwah Islam. Ramai orang yang cakap, dakwah itu perlu pergi masjid dan bla,bla, bla. Padahal, setiap masa kita adalah masa berdakwah. Walaupun tidak secara besar pun. Adalah sedikit.
Aku bagi contoh yang paling senang. Berapa ramai orang Islam yang susun pinggan cantik-cantik dan kemas meja dengan cantik selepas makan di kedai makan, rumah kenduri, restoran makanan segera mcm KFC?. Tak ramai. Padahal, ini juga adalah salah satu bentuk dakwah kepada orang lain. Dalam masa yang sama, kita dapat saham akhirat.
Begitu juga dengan senyuman. Rasullulah (PBUH) berikan galakan untuk kita senyum dengan mengumpamakan bahawa kita sedang bersedekah. "Senyuman itu satu sedekah". :) Senyumlah walau apa cara sekalipun. Ini cara dakwah yang paling senang. Senyuman itu dari segi psikologi pun memberikan satu aura yang positifkan. Bukan untuk diri kita sahaja. Tetapi juga untuk orang lain.
Ini untuk aku dan kau. Kita semua yang bernama muslim. Mengucap "La illah ha illah". Mulakan hari kita dengan pegangan aku adalah agen Islam dan Ummah. :)
Moga Tuhan memberkati setiap langkah perjalanan kita.
Moga ia juga jadi saham untuk menuju dunia abadi.
No comments:
Post a Comment