Panduan solat perempuan ketika diluar negara ^__^
Aku dapat pertanyaan melalui email macamana nak solat bagi perempuan ketika ada diluar negara. Mungkin dia pernah tengok penulisan aku kt mana-mana page kot. InsyaAllah, aku akan jawab dengan sedaya upaya berdasarkan pengalaman yang seketika di negara bukan Islam. Solat kat negara bukan Islam ada salah satu cabaran yang boleh dikatakan hebat juga la sepanjang aku 5 bulan kat sana.
Ok, Let's start!
1) Pakai baju yang selesa (boleh bawa dalam solat) kiranya korang tak payah pakai telekung. Sebab bila travel. Selalunya beg akan dipenuhi dengan makanan, barangan, dan aku yakin korang takkan bawa beg yg besar travel dalam train. *serius nie. Kalau kat korea, aku duduk di gangnam. Nak pergi ke itaewon makan, kena tukar train banyak gila :/ *
So, back to the topic. Bila korang pakai selesa. Tak payah dah nak pakai telekung bagai. :) Boleh terus solat. Lagi satu, kalau bab pakai tudung, pakai tudung yang korang selesa sebab nt nk berwudhuk senang. Ada tempat yang toilet terbuka. T___T
2) Pastikan salah seorang dalam ahli kumpulan yang mempunyai apps solat (waktu solat, kiblat) sebabnya kedudukan matahari dalam penentuan solat sgt berbeza. Macamana eh? Aku nak cerita. Contoh, kalau musim sejuk, siang dia lebih pendek dari malam. Maghrib aku pernah jam 4.00 petang. 4.00 petang tu dah macam 8.00 malam. Subuh jam 7. Hahaha. Kalau puasa time nie, korang bilang la berapa jam. So, kalau ada apps nie. Lagi senang untuk korang solat. Tak dak azan ok. Alert sendiri.
3) Bawa botol kosong. Sila bawa botol kosong. Sebab ada toilet terbuka. So, isi air dalam botol. Berwudhuk dalam toilet. Sekian. Lagi satu, botol kosong adalah untuk kegunaan kebersihan:)
4) Bawa sejadah atau lapik. Sebab solat anda di mana-mana. Tepi jalan, bawah tangga, tempat parking. Dan sebagainya.
5) Solat bergilir. Kalau pergi group, solat secara bergilir. Sebab korang akan jadi perhatian. Macam retis. Ada yang sampai kena halau. Sebab solat. Sebab depa tak faham. Tugas yang tak solat inilah yang berperanan menerangkan kepada orang ini. :)
Mood : Craving chocolate moist cake.
kbai. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment