Tuesday, 16 June 2015

Serik nak bercinta? Atau serik dengan lelaki

Apa punya soalan ni. Hahahaha. Dua-dua ya. Kot. Maybe. Entahlah. Aku pun tak tahu macamana nak cakap. Sebab aku rasa pengalaman aku gelap sangat. LOL. Tapi tak dak la sampai anti lelaki terus. Ingat aku homo ka apa. Nauzubillah hi min zalik. 

Aku tak tahu la, sekarang ini aku rasa aku ada agak 'skeptikal' dekat lelaki. Sikitlah. Tak banyak. Actually, aku lagi ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Hurm. Mungkin sebab depa tak emosional kot. Hahahaha. Aku pulak jenis cakap 'garang'. Tapi still ada bff dari sekolah rendah dan menengah. Walaupun semua dah kawen. 

Ok, back to the topic. Yes, aku rasa dua-dua. Mungkin org yang pernah lalui macam aku akan rasa kot. First thing, hati aku tak shattered sebab mangkok hayon tu tinggalkan aku bersama perempuan lain yang baru kenai tak sampai... Entah lah. Aku rasa bengkak hati sebab bila libatkan family. Dapat bayangkan tak? Betapa susahnya perbincangan pakai facebook untuk majlis? Sebab masa itu aku di korea. Alih-alih seminggu selepas itu, boleh pulak hantar mesej "Maaf, kita terpaksa batalkan majlis sebab dah ada kenal orang lain. Terpulang nak terima macamana". Peliknya, aku tak nangis langsung. Aku rasa tenang. Mungkin sebab aku jauh. Kalau aku dekat, aku rasa boleh bertumbuk bagi dia sedar sikit. Dia bukan dah hancurkan hati aku. Dia dah hancurkan hati kedua family. Huh! Aku bagi kata dua "Pilih aku, teruskan majlis. Pilih dia, tinggalkan aku, Hang tiada pilihan". 

Start pada itu, ada beberapa pinangan aku tolak. Bukan tolak tuah. Tapi aku rasa.... Entahlah.Lagipun, alasan aku pakai kat mak ayah aku, nak sambung study. Nak sambung belajar. Malas fikir. Hahaha. Walhal, aku rasa aku serik pun ada juga. LOL. Tahu tak? Punya lama aku nak move on. Pointer aku lepas balik dari korea hari tu. Astaga. Jatuh sampai ke tahap. Seumur hidup aku, exam aku kat sekolah ke universiti tak pernah rendah sampai tahap macam tu. Hahaha.

Pasai ter'crush' tu, sesiapa pun tak tahu 'crush' tu. Ramai org tanya. Rahsia la woi. Dah nama pun crush. Hanya aku ja yang tau. Kah! Tapi aku jenis rileks. Aku malas nk fikir sebenarnya. Ada dua ja pendirian aku kat 'crush' ni, kalau ada jodoh aku kawen dengan dia, kalau tiada jodoh, dia kawen dengan orang lain, aku kawen dengan orang lain. Hahahaha. Tapi akhlak dia bagus sangat. Sopan doh. Aku rasa aku hyper lagi dari dia T___T. ex tahfiz biasalah. Aku nie setakat juzuk 30 ja woi. Tu pun kalau tasmik, tajwid kena tegur lagi.  Dia juga matang dari aku, aku lagi macam budak-budak T__T Tak pa lah. 


So, konklusinya, move on. Tapi mak ayah aku ada tanya. "Sampai bila nak bujang?". Tak kurang juga yang menasihati. Jangan tolak pinangan orang, nanti jadi tak laku. Ini jawapan aku, "Pertamanya, aku tolak dengan kehendak syarak. Dalam Islam, Islam membenarkan penolakan pinangan. Perempuan berhak untuk menolak pinangan". "Keduanya, nak pilih pasangan hidup bukannnya untuk kita rasa kita manusia yang sudah menang sebab kita sudah berkahwin dan ramai lagi yang bujang. Konon tak laku. C'mon, zaman millenium dah kot". "Ketiganya, macam aku ckp sebelum ini, the way of approach jadi prinsip aku. Jangan fikir yang berkopiah dan berserban sentiasa sambil pegang tasbih tu, tak berani nak mesej aku. Kalau dia berani mesej aku, cakap dia suka. Apatah lagi kat inbox yang orang tak nampak". "Keempatnya, aku yakin. Satu hari nanti Tuhan bagi yang terbaik untuk aku walaupun tidak sempurna".

Alhamdullilah, aku bahagia dan tenang sekarang. Ada hikmah la tu. Tapi tak jumpa lagi. InsyaAllah, nanti Allah buka mata nak bg jumpa hikmah ada la. :) Huhu. 




No comments:

Post a Comment