Pengucapan awam. Tanpa teks.
Pengucapan awam, presentation atau sebagainya tanpa tengok teks is quite hard actually. Tapi, aku yakin benda ini boleh diasah kan? Aku ada beberapa tips yang aku gunapakai semasa kena buat benda alah ini. Viva, and etc. Aku dilatih oleh cikgu sekolah. Alhamdullilah, agak berkesan jugak lah. Present tanpa ada teks.
1. Tenangkan diri. Yakin ja. Orang yang kat depan itu manusia juga. Nebes juga kalau bagi ucapan.
2. Latih depan cermin. Latih dan latih lagi. Latihan depan cermin ini sebenarnya adalah latihan ekspresi muka, gerakan bibir mulut (gerakan bibir mulut ini adalah perlu supaya mesej dan suara kita jelas dan lantang) dan hilangkan rasa takut.
3. Rakam. Aku jenis rakam sebelum presentation. Kalau on the spot gagap jugak. Tapi kalau viva, presentation. Berguna woi. Memang la nak tergelak dengar suara sendiri. Tapi ini satu koreksi untuk dengar perkataan kau sebut itu betul atau tidak. Jelas atau tidak.
4. Kedudukan postur badan. Penting! Sebab kalau postur badan yang tidak stabil akan buat nampak kurang yakin. Hurm. Aku biasa akan memainkan gerak tangan kat perut. Eh?. Sebab itu buat kau nampak yakin dan tak nebes. Dalam hati? Tuhan sahaja yang tahu.
5. Tips yang sangat penting. Buat research. Buat research betul-betul. Sebab nanti kalau kena tembak, boleh tembak balik. Hehe. Tak ada lah. Ini untuk buat kau yakin dengan apa yang kau nak cakap. :)
6. Belajar untuk tidak bawa kertas. Tahu tak? Bawa kertas tu akan buat kita percakapan akan limit and agak 'distracted' sebab kita berpandukan point dalam kertas. Tersekat nanti.
Kbai.
No comments:
Post a Comment