Saturday 31 August 2013

Menapak dibumi korea satu tarbiyah.

Tetiba malam nie tak boleh tidur.. Wakaka..
Alasan: sebab minum kafein tadi.
=,='
Dah tahu sensitip minum juga.

Alhamdullilah,saat ini berada di bumi Korea sangat tenang.
Bersih,nyaman,cantik dan orangnya baik-baik.
Yang penting bilik dia mcm hotel.
Tunggu entri nah..

Tapi kat sini juga dirasakan satu tarbiyah yang kadang-kadang nabilah sendiri tak sedar.
Bila teringat kembali, ada hikmah Allah campak nabilah dan sahabat  kat sini.
Ya, tarbiyah.
Tarbiyah yang tak mungkin dapat kat tempat lain.
Allah T_T
 
Baru mengetahui bagaimana teguhnya pendirian dalam diri kita bila hijab perlu dibuka untuk pendaftaran kad Allen (kad foreign). Alhamdullilah,Allah dengar doa kami.
Masa kt Malaysia kurang sgt nk pertahan pasal aurat,tapi bila datang sini. Allah bagi kekuatan.
 
Baru juga tahu bagaimana berhati-hati dalam makan.
Kalau di Malaysia.hanya bedal. Tak tgok bahan-bahan.
Kat sini,Kena translate satu-satu bahan.
Baru boleh beli.
Pergi ke kedai yang paling murah 4,000 won (RM12++).
Allah T_T.
Belajar untuk tidak membazir.
 
baru tahu juga betapa berharga setiap minit dalam solat.
Dalam jadual mungkin terpaksa mencuri waktu solat dengan sempurna.
Ini Korea bukan malaysia yang ada waktu solat.
Ini atas diri kita.
Kalau nak solat, solat la.
Kalau tak nak, orang kiri,kanan,depan belakang, tak kisah.
Itu hal dengan Tuhan.
Allah T_T
Mohon diberi kekuatan.
 
Bagaimana merasai kenikmatan adanya masjid yang bersepah-sepah di Malaysia yang kosong tiada penghuni.
Masjid yang ada hanyalah 1 jam perjalanan.
Belum lagi mendengar azan yang berkumandang semenjak sampai di bumi ini.
Allah,merindui semua itu.
 
Masa di korea ni juga la nak belajar kitab agama lain.
It's not compulsory but I take it as my choice.
I love to read bible.
Eh,tak takot ka baca bible.
Mcm sifu cakap. Bila kita belajar kitab agama lain,masa nie la aqidah kita teruji.
hanya kita saja yang tahu mana takat aqidah kita.
i'm proud to tell non-muslim about our Quran
And i'm proud to learn about their religion.
Nabilah nak belajar semua kitab yang ada.
Quran study tak habis lagi, nak belajar kitab lain. :) 
It's gonna be like this.
You learn every minute. 
I'm still learning Quran. I'm also still learning other religion books.
It's not about religion.
It's about us.
If it's for our knowledgeable. Why not??
Bertukar pandangan terbuka dengan non-muslim tentang Islam.
 
Salam sayang.
 Nabilah
 
 
 

Assalamualaikum Korea...





HOmesickness.
Really.
Nasi Lemak.
Roti canai.
teh tarik.
Kimcham. 
=,='
Alhamdullilah,dah selamat sampai kat sini.
Alhamdullilah juga.
Allah dah bagi rasa tidur bukan di tempat yang selesa.
Nabilah dengan 2 orang lagi kawan tidur di airport (tak tidur pun) haha.
hari tu tidur di surau.
Hari lain tidur di atas tanah.
masa nie dalam plane.
Penerbangan nie ambil masa 6 jam lebih.
Series. Tired. Exhausted.
KL ke Busan.
Muka Bosan kan?












Kami makan nasi lemak dalam plane. :)
Alhamdullilah.


Dah sampai di terminal.
Kami naik train dari busan airport ke terminal nie.
Harga dia 1300 won (dalam 3 ringgit lebih la)
3 stesen.
Kami jalan kaki ke terminal ke seberang.
Jauh jugak :D
its okey. travel.





Berbincang semasa tunggu bas ke Gwangju.
masa kat korea ialah 18:36 p.m.
Awal sejam dari Malaysia. :)
Kos untuk ke Gwangju dalam 15,100 won (sila darab dengan 3.07/seibu won)


Dah sampai ke Gwangju. Muka penat. Sebab perjalanan dalam 3 jam lebih dari terminal.

Bas ni la kami naik. Pak cik bas nie sangat baik hati.
Subhanallah,semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada beliau :'(

Last but not least. Gambar yang hari nie punya.
Esok sambung cerita lain nah.
Ada benda lucu.
nantikan entri esok.
Daa.
Salam sayang,
Dari korea.
Nabilah.


Monday 26 August 2013

Persediaan pakaian pertukaran pelajar ke Korea.

lagi 3 hari nabilah akan bertolak ke Kuala Lumpur dan berlepas ke Korea dan bermastautin di sana selama setengah tahun. Sedih? Gila hang tak sedih.. hahaha.
hari ni nabilah nk update pasai pakaian untuk ke Korea memandangkan musim sejuk dan bersalji... hehehe..
nabilah dah lama draftkan. Malas nk publishkan..
Setelah dikaji, digoogle dan segala usaha. nabilah dapat banyak info tentang pakaian semasa musim sejuk.
Alhamdullilah,persiapan sekarang dalam 70 peratus. :)
Antara yang nabilah siapkan:
1. Winter coat /baju sejuk.
Baju nie tebal. Memang dalam dia panas. Tapi nabila rasa tak mampu pun nk tampung tahap kesejukan kat sana. Kesejukan disana adalah mencapai tahap bawah sejuk (negative) ..
So,selepas nie nabila akan terangkan mcmana nak bg panas untuk membantu baju sejuk nie jadikan badan kita lebih warm dan selesa.
Baju nie nabilah beli hanya RM10.00.. hahaha.
Beli terus 3 pasang.. nanti tak payah beli kat sana.. 
Kat mana nabila beli? Nabila beli baju nie di bundle taman dato harun, depan pasaraya matahari. ^_^ 
Murah kan?
Setiap baju yang nabilah pilih nie ada hoodie bulu. Hoodie nie boleh buang sebab dia ada butang untuk buang.
#baju nie labuh,macam baju muslimah.. :)
First time tgok dah berkenan.
2. Seluar jeans.
Seluar yang nabilah bawak nie semua seluar kitar semula yang nabilah simpan dalam almari selepas berlaku penghijrahan. Alhamdullilah,boleh pakai lagi.
Seluar ketat. Macamana nak pakai? Nampak aurat.
nabilah akan pakai jeans nie bila nabila pakai kain ~jubah atau baju kurung.~ 
Jeans yang ketat akan menjadikan tubuh kita lebih panas disamping menghindarkan kulit kita daripada melecur. ^_^ kerana liang-liang roma akan gugur kalau terlalu sejuk dan akhirnya menyebabkan gatal pada  kulit.
3.baju kait.
Alhamdullilah juga sebab nabilah jumpa baju nie dalam clearance stock kat Times Square *RM10 ringgit ja. 
baju nie nabilah pernah nampak dalam filem Korea. Depa pakai masa musim sejuk masa dalam kelas dan dalam rumah. So,nabilah beli la jugak.. hehehe.
tapi sekarang musim panas di malaysia pun orang pakai jugak.. kikiki. Tiru K-pop.
nabilah betudung labuh,
macamana nak pakai?
baju nie besar tapi singkat.
So,nabilah akan pakai baju muslimah mcm biasa dan sarungkan baju nie di luar. Sama ja fungsi dia. ^_^
4.Baju panas.
Baju panas nie orang pakai dalam. Bagi selesakan badan masa musim sejuk. ^_^
*baju nie orang sponsor.
Ada sorang kakak tu sponsor sebab dia pun baru balik dr Korea.
Alhamdullilah.
5.Seluar panas.
Seluar panas nie kena sentiasa pakai. Macam seluar asas la. baju dan selua panas nie kena pakai sekali. Fungsinya sama.
Seluar nie lebih kurang mcm legging. tapi kainnya lebih tebal dan panas.
Kak tu juga bagi. terima kasih kakak.
6.mafla.
Mafla nie untuk mengurangkan rasa sejuk. Lilitkan di leher.
:)
Comel ja kan.
Sekarang nabila ada 4 mafla. 
Satu yang lama.
2 baru beli kat bundle.. 2 helai RM5.
satu,ada orang hadiah dari us. (kawan mak bg).
Rezeki lagi.
7.Winter cap.
Yang nie yang lama.
nabila ambik yang mak punya.,.
Wakakaka.
Dah jimat duit utk beli.
yang kait punya lebih panas.
8.Penutup telinga.
penutup telinga nie nabila beli di DAISO midvalley.
Murah ja.. RM5.
Masa musim sejuk kena pakai ni sebabnya telinga akan berdengung dan rasa bergegar terutamanya ketika suhu sangat kritikal.. hehehe..
9.Winter socks.
Winter socks atau stokin panas nie nabila beli di DAISO juga.
RM5 sepasang.
nabila ambik sepasang ja sebab nabila dah ada banyak stokin.
Stokin PLKN ada lgi. Tapi dah hilang sebelah. hahaha.
10.hands socks.
Yang ini bertujuan untuk panaskan tangan. dan elak tangan dari melecur dan gatal-gatal..
nabila beli 3 di DAISO dan selebihnya handsocks yang biasa pakai tu ja..
11. Gloves.
yang nie nabila suka sgt.
hehe.
Sebab dia comel.
Dan brg yang paling mahal dalam semua barang di atas. ^_^
harga dia 29.90. =,='
Nabila jumpa di Times Square dalam kedai women winter. 
Comel kan?
12. Boot.
belum beli lagi. Nak beli di sana. :P
13.Sweater.
Sweater ni untuk tidur malam dan aktiviti dalam bangunan.
Sweater nie Muhammad sponsor tapi pinjam ja la. =,='
Sweater nabila nipis.. 
tak payah nak beli bila ada orang bg pinjam.. Wakakaka..
Dah. habes.. Bye... :)
Salam sayang,nabilah.

Sunday 25 August 2013

Subhanallah, hebatnya refleksi bersedekah.



Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al baqarah ayat 261) *sila rujuk kembali tafsir.

Janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Yang penting kita sebagai hamba kena berusaha,yakin,bersangka baik dengan Allah dan redha. :)
Allah baik kan? Kita ja yang selalu lalai dr mengingati dan mensyukuri apa yang Allah bg.. T_T

Allah mungkin pilih nabilah supaya nabilah gerakkan hati tulis entri nie untuk kita sama-sama bermuhasabah :)

Peristiwa nie berlaku semalam. (petang). Nabilah dah niat sebelum pergi ke Korea,nabilah nk beli kek untuk anak jiran nabilah. Tengah hari nabilah hang out and singgah di kedai kek kat Langkawi Parade. Adigos. Tengok harga mahal gila. Tapi gagahkan beli jugak. Kek tu besar cikit ja dari cupcake RM11. =,='
Tapi tak pa la.. Mungkin nt budak yg masih suci dari dosa tu akan doakan nabilah. Doa ahli syurga lebih mahal daripada harta. Nabilah bilang duit, dah hilang RM11 sebab beli kek tu.

Tapi janji Allah itu pasti. Tetiba ada seorang nenek saudara nabilah kasi RM20 untuk belanja pergi ke sana. Subhanallah. Dah lebih RM9. Dan Allah bg lagi pagi nie. Bila ada seorang mak cik dekat rumah bg RM 10. 
Maknanya,duit nabilah tak pernah berkurang tapi bertambah,dah jadi RM19.. Allah T_T.

Kesimpulannya, bersedekahlah. Walaupun sedikit tapi mahal harganya bagi orang lain. Nabilah cerita kat sini bukan sebab nak kita semua bersedekah sebab nak dapat ganjaran yang lebih tapi bersangka baiklah kepada janji Allah. 

Salam sayang,
nabilah.

Ujian itu Allah sayang. Sabarlah duhai hati.

Benar dan sungguh serta yakin. Ujian itu tanda Allah sayang. Terkadang kita lalai dan lupa kepadaNya walaupun kita adalah hamba dan Dia Pencipta. Dia datangkan ujian sebagai tanda peringatan supaya sentiasa mengingati Allah.. :'(
Ingatkan diri, ujian tu bukan hanya sekadar ujian dalam kesusahan tapi juga ujian dalam kesenangan. 
Kesimpulannya,dalam susah atau senang, sentiasa ingat Allah.
Kunci utamanya adalah SABAR dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sentiasalah bermuhasabah diri dengan tiap-tiap apa yang berlaku. Dan pegang dengan hati "Allah menjadikan sesuatu itu dengan berhikmah".
Salam syg,
nabilah.

Friday 23 August 2013

perihal hari pernikahan.


hai guys.
Rindu korang sesangat. Gaban.
Selamat pg!
:D
 
Alhamdullilah.
Best kan?
Bila hari yang kita nantikan dengan pasangan kita tiba juga.
Bercinta dengan cara yang halal.
Menangis masa baca lafaz sakinah.
Bukan menangis sebab sedih.
Tapi menangis sebab Allah hdirkan seseorang dalam hidup untuk jadi penyokong cinta.
Lepas akad nikah, terus buat solat sunat sama-sama.
pertama kali jadi makmum kepada suami dan sebaliknya.
Sweet kan?
Pertama kali pegang tgn yang halal buat kita. ^_^
Mohon supaya Allah redha.

Tapi,
Kita jangan lupa.
Solat fardu. :)
Mungkin kita anggap perkara nie sangat kecil dan remeh.
Tapi sebenarnya tak.
Masa ni la kita nak menguji sejauhmana hubungan kita dengan Allah.
Jangan terlalu sibuk layan tetamu istimewa sampai lupa yang di atas.
Allah .. Mohon kita dihindarkan.
Pakai baju berlapis-lapis.
Cantik :)
Malas nk buang sampai malas nak solat.
Dengan alasan. Takot tetamu kata. pengantin tak dak.
Tak elok.
Dalam soal ni bermuhasabah, apa yang harus diutamakan?

Nanti mesti orang akan cakap-ckp belakang "nabilah,hang tak kawen lagi, hang takkan tau betapa sibuknya pada hari kenduri nanti, Hang pandai la cakap."
ya,saya masih bujang dan masih belum berkahwin. InsyaAllah,bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
Peringatan ini untuk nabilah dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Ayuh.lakukan transformasi. ^_^
Jadi pasangan yang bercinta sampai syurga Allah..
MOga Allah redha.

Thursday 22 August 2013

Subhanallah...Rezeki yang Allah janjikan untuk orang yang bernikah.


hai gyus. menghitung hari utk menapak di bumi Korea. 

Alhamdullilah,semalam Allah gerakkan hati sesorang yang tersyg untuk tulis tentang rezeki selepas bernikah. Allah Maha Pemberi dan Pemurah. 


Sebagaimana yg tercatat Al Quran tentang janji Allah kepada orang-orang yang berkahwin:

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)

Janji Allah itu pasti. Apa yang berbeza hanya masa. Teringat kat Murabbi, Allah memberi  rezeki kepada hambaNya tidak cepat atau lambat walau sesaat. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berusaha dan akhirnya bertawakal kepada Allah tanpa ada gusar. Bersangka baik dengan Allah.

Sering kali kita dengar bila hal bernikah "Kerja gaji pun ciput,macamana nk bela anak dara orang".
"Kalau kahwin masa belajar, sapa nk tanggungjawab".
Ya,betul kalau tak dak usaha.
Selagi mana ada usaha,jangan risau Allah bagi.
Ada atau tidak rezeki dlm sesuatu perkara tu Allah yang tentukan.
Macam nabilah cakap td sentiasa bersangka baik dengan Allah.

"Eleh,dah tak dak duit. Rezeki nk masuk macamana?.
Orang selalu salah tafsir, rezeki tu duit.

Rezeki tu boleh datang dalam pelbagai.
Dapat result bagus lepas kahwin ~rezeki~
Dapat makanan percuma masa nak berbuka ~rezeki~
Dapat sponsor ~rezeki~
Impian tercapai ~rezeki~
Dapat rumah sewa murah ~rezeki~
Tetiab mak ayah kasi duit *walau lepas nikah ~rezeki~
Dapat jadi makmum suami ~rezeki~
Suami ajar Quran walaupun hanya kerja biasa ~rezeki~

Banyak rezeki. Cuma kita yang kadang tak sedar itu rezeki. Dan kita tak tahu nk bersyukur.
@_@

So,bersangka baik kepada janji Allah..






Sunday 18 August 2013

Tips yang berguna kepada yang baru belajar memasak (kuantiti dan kualiti yang banyak)


Antara yang menyakitkan badan bila buat benda yang banyak-banyak sebelum memasak.

1.Kupas ikan bilis.
Tangan mesti luka-luka kan kalau kupas ikan bilis nie. *ngada-ngada eh.
Cakap molek. Try buat ikan bilis yang 5 kg mcm nabilah selalu buat masa katering.
Jam!
cara nak mengatasinya senang saja. korang pakai ja plaster pembalut luka di lima-lima jari anda. Easy!
Cara yang paling senang juga beli ja yang dah dikupas.

2. Bawang.
Yg nie sangat sakit. Pernah kena 10 kilo kena kupas bawang. Senang ja. letak ja dalam besen dan letak aiq.

3. Kunyitkan lauk(ayam,itik,ikan dsb)
Kalau lauk nie setakat sekilo boleh la korang letak kunyit dan gaul satu-satu. Kunyit pun melekat elok.
Tapi kalau 10 kilo dan ke atas mcmana? Takkan nk habiskan masa untuk buat ja benda nie.
Letak kunyit dalam besen dan gaul seperti biasa. *tapi kunyit dia confirm kurang lekat dan kuning.
Panaskan minyak dan letak kunyit dalam kuali td. Mcm kita nk gaul. Nanti masa goreng,kunyit tu akan melekat. ^_^

Wednesday 14 August 2013

Entri ni tanpa backspace(pemada,/m atau undur belakang. silap:pemadam


Series. Entri ni un*apa aku nk tulis ni.
Sebenarnya nak tulis tanpa pada,m *silap dah, =,='

Malam nie malam kahmis *khamis. Kwan nabilah dah kawen prtg td. Haisy.Slah lagi. 
Alhmadullilah,dah jadi bini orang dah. Esok kenduri dia. nak pergi-nak pergi.
psst:nk ambik aura . man a tau kot2 aku ak*padia nie. mana tau kot-kot aku pulak lepas nie. Muahaha,.

Hamo. hampa paham kan nabilah cakap pa. hap *hrap paham. 

hari ni juga dah tinggal tak smpi 20 hari n*untuk nabilah berangkat korea. Sedih dan sadis T_T . beg baru 30 peratus . Persiapan? dalam 10 peratus ja. hahaha. 

Dah la. bye.

Sunday 11 August 2013

Yang namanya muslimah itu.

Yang namanya muslimah itu gusar,
Gusar bila harapan menggunung supaya menggalas erti penerus saf.
Muslimah juga gusar bila ada mata-mata yang memandang dengan penuh kebaikan
Sampaikan tiada ungkapan salah,
Padahal muslimah itu manusia biasa yang ada silapnya
Walaupun tak tahu dimana.
Menjadi bualan dan tontonan seperti model kepada orang lain.
kadang-kadang boleh jadi ibrah dan fitnah.
kami muslimah manusia biasa,
Insan yang bergelar hamba Allah.
yang ada cacat cela.
Bimbing kami sebagai muslimah yang kelemahan bukan kesempurnaan.


Kini korang boleh kongsi, berinternet, bersosial dan banyak lagi tanpa had dgn #DGmobileinternet! http://my.sharings.cc/httpmaisarahnajwablogspotcom/share/DGOTTbm

Saturday 10 August 2013

Nabilah bertudung labuh, bagaimana bersilat?


hai guys, jumpa lagi!

Someone asked me, pakai tudung labuh, mcmana kamu bersilat. Tak nampak aurat ka?

Okey, actually,bnda nie nabilah rasa tak menjadi masalah pun kat nabilah dan kawan-kawan yang lain.
Mcam nabilah cakap sebelum ini "Dia buat kita,bukan kita buat dia".

Pemakaian dia, pakai baju yang longgar, baju longgar,stoking dan tudung yang biasa pakai. Nabilah lebih selesa kalau pakai tudung 60 atau tudung ready made atau syria yang labuh. 

Mesti ada yang gusar keadaan kaki yang tidak ditutup. Nabilah pakai ja stoking tu.. Cuma buang kasut kalau dalam padang latihan. Alhamdullilah,tak dak masalah. Lari 10 round,setajam 4 penjuru semua okey :D 

Kalau training mingguan yang ada setiap hari Jumaat tu *series,tak rajin turun,hahaha. Nabilah selalunya akan buang stoking. Ops, jangan risau, dipisahkan antara lelaki dan perempuan.. Sebelah menyebelah dan hanya sedikit cahaya lampu. Tak terang. Hanya ditemani cahaya bulan atau jalan yang jauh.. Samar-samar. p/s: kalau di UM la..

latihan pencak silat yang sangat tak rajin nak turun nie.. Boleh bilang dgn jari berapa kali turun. hahaha.. Nabilah akan pakai stoking sebab latihan di tempat terbuka. Dan, tak menjadi masalah. Pakai stoking pun still boleh lari,lompat dan tendang serta tumbuk ;)

Mengenai baju silat yang dipakai semasa latihan dan persembahan. Ramai yang cakap tudung masuk dalam. Memang. Tapi ramai yang tak tahu,baju tu macam kita pakai coat. Masukkan ja baju tu bila nak masuk gelanggang. Lepas dah selesai buka balik. *kalau nak ambil baju,ambil saiz besar.
Alhamdullilah juga sebab abang-abang,kakak-kakak,cikgu selalu memahami..

Hidup pendekar seabad.
Singa UM mengaum!

p/s: kepada adik-adik yang nak masuk UM, nanti dtg daftar la sebagai ahli pssgm.

Daa..

Perkara yang berlaku apabila menjadi seorang "niqabis".


Hai guys..
lama rasa tak update blog yang berusang nie.. hahaha..
Saja buat2 sibuk.
Alhamdullilah, merasai nikmat beraya di Malaysia .. 
19 hari lagi bakal meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah sementara di bumi Korea.
*Allah bg rezeki..

Alhamdullilah juga sebab hari ni dah berapa bulan menjadi salah seorang niqabis. 
Benar, pakai niqab ini bukan satu perkara yang mudah.
Dan,positifnya,nak buat sesuatu yg baik bukanlah mudah tapi bukan mustahil.
Kan?

Penjelasan di sini bila ada soalan-soalan yang diinbox.


1. Nabilah mula berniqab sejak beberapa bulan yang dulu. Tapi ramai yang tak tahu. Hanya sahabat-sahabat yang terdekat shj mengetahui nabilah berniqab. Ya,beberapa bulan yang lalu semasa masih berada dalam semester di UM. Nabilah tak pakai niqab di UM sebab masih menyesuaikan diri dalam keadaan di fakulti yang hanya ada beberapa orang shj berniqab. *yang nabilah kenal seorang sahaja di fakulti yang berniqab. Keadaan ini kerana nabilah bukan dalam fakulti atau akademi pengajian Islam yang rata-ratanya berniqab. Nabilah pakai bila nak keluar UM.



2. Nabilah dah ada niat nak pakai niqab daripada dulu lagi. Sebelum nabilah bertudung lagi. Sebab apa? Nabilah pun kurang pasti kenapa. haha. Tapi,alhamdullilah, setelah melakukan perbincangan dengan orang yg arif pasai perkara nie, merujuk buku-buku iktiraf. Nabilah teruskan dengan memakai niqab.
Sebenarnya, pemakaian niqab ini ada khilaf. *nabilah tak boleh nk membicarakan disini sebab nabilah sendiri bukan daripada bidang ini, rujuk kepada yang pakar.


3. Nabilah akan lebih memilih makan dirumah berbanding di luar. Tapi ada juga makan di luar. Nabilah pakai niqab separuh(purdah) *sila google*. Nabilah akan cari tempat yang tersorok dan buka niqab tuh. Alhamdullilah, Muhammad dan adik  memahami keadaan nabilah. Mereka bertindak sebagai pelindung Nabilah.. haha.. Comel ja kan. Sama juga kawan-kawan nabilah. Kalau pergi open house,depa akan halau nabilah makan jauh-jauh dekat dalam rumah.. Muahahaha..


4.Cabaran dalam masa belajar berniqab nie memang ada. Tipulah kalau tak dak. 
* berkomunikasi. Mula-mula pakai niqab nie,  keadaan komunikasi sedikit sukar sebab nabilah belum pandai untuk mengawal suara supaya didengar oleh orang lain.. Haha.. kadang-kdg nabilah sampai kena ulang sampai banyak kali. Alhamdullilah.sekarang dah okey sikit. Dan 

*dipandang dengan pandangan yang pelik. Sesiapa yang mula berniqab memang akan rasa benda nie. Tapi bila dah biasa nanti okey la.. hihi.. Kalau masa kat KL, berniqab nie tak menjadi tumpuan sgt. Tapi bila kat Langkawi ia menjadi macam sesuatu yg pelik. Kat kawasan Nabilah agak kurang pendedahan tentang pemakaian yang mcm nie.


5. Alhamdullilah,banyak perubahan yang nabilah dapat rasakan selepas pakai niqab nie.
*rasa selamat dan tenang. Dulu kalau pakai tudung labuh pun,ada lagi mata yang memandang. Tapi sekarang mcm dah tak dak semua tu. Dan nabilah rasa tenang. Setiap kali naik bas atau LRT, mereka akan minta izin untuk duduk disebelah walaupun perempuan. Dan yang lelaki takkan duduk sesuka hati di sebelah. Rasa penghormatan dan selamat yang amat sangat.


6. Bagi nabilah,pakai niqab tak menjauhkan pun nabilah dengan orang-orang yang bukan pakai mcm nie. Sebab apa? Sebab nabilah rasa nabilah lebih banyak dapat kawan dengan non-muslim.  :) Seriesly,berniqab ini takkan menjadi penghalang untuk kita mencari mad'u kita. Sebenarnya,sikap kita sendiri. Bagaimana cara kita berkomunikasi dengan mereka nabilah rasakan lebih penting.
Nabilah hang out dengan adik nabilah, kawan-kawan dia yang free hair dengan biasa ja. Tak dak masalah pun.
Yang menjadi masalah bila orang-orang tu berbicara yang bukan sehaluan dgn kita,terus menjatuhkan hukum. Music underground, skate, music, hijabista. Terus cakap "Haram,tak boleh cakap macam tu".
Macamana orang nak dekat dengan Islam kalau mcm tu. Perlu perlahan-lahan la der.


Dah habis soalan.
Salam syg,
Nabilah.