Monday 21 July 2014

Curang.

Curang;
Bagi aku perkataan yang sgt jengkel;
Aku malas nk ulas panjang-panjang pasal makna curang ini
Semua org tahu
Sebab banyak lagu-lagu 'curang' tercipta.
Ramai sahaja manusia-manusia yang curang
Aku bercakap soal manusia
Bukan kucing-kucing kat rumah aku
Sekejap dengan si A , B dan C
Anak muka lain-lain walaupun lahir tarikh sama.
Manusia yang curang adalah manusia yang tamak
Tak sedar diri dan tak kenang budi
Itu kot namanya 
Gajah besar depan mata tidak nampak
Kuman seberang laut jelas terlihat.

 ini sangat relevan kepada manusia-manusia curang
Cari alasan yang berbagai-bagai
Bagi aku bila
Cakap "tidak" bila tak nak
Tak perlu dolak dalik

 sedang mainkan hati manusia 
Bukan hati kambing 
Untuk kau buat masak kunyit.
Ramai orang terkena benda ini
Jujur.
Berkecai.
Tapi pegang prinsip ini
"Hari ini kau buat kat orang, esok orang buat kat kau"
Bezanya cuma masa.
Lambat atau cepat
 
Kalau tidak kena pada dia
Tapi kena pada orang sekeliling dia
Rasa tempias sakit.
Mak dan ayah aku cakap jangan berdendam
Tuhan hantar nanti.

Saturday 21 June 2014

Ulasan viral Zulaikha Adam.


Sebenarnya, aku pun terkejut bagaimana viral ini boleh berlaku dengan begitu pantas. Aku nk ulas kat sini memandangkan semua orang persepsi mereka sendiri. Kata-kata semangat dan tak kurang juga kata-kata tohmahan.
Aku malas nak bergaduh dekat page yang berlambak-lambak menviralkan perkara ini sebabnya aku rasa 'wasting time'. Aku malas. Asyik putar benda yang sama. 

1. Berpurdah tapi kurang sopan kerana menggunakan perkataan "aku" sebagai kata ganti diri pertama.
Kenapa? Apa masalahnya? Adakah dianggap kurang ajar bila menggunakan aku. Oh, kalau berniqab ini perlu menggunakan perkataan ana-enti, ukhti-akhi?. Diharamkan guna perkataan aku?
Ini sungguh dangkal. 

2. Soal "tidak adil"
Ramai orang yang salah faham dengan status kak olai. Bila membaca dengan emosi. Sungguh, aku rasa tiada masalah bila membaca dengan tenang. Pemakaian seksi tidak mematuhi kod peraturan dibiarkan bebas. Ya, aku setuju. Sememangnya purdah memang tidak dibenarkan dalam dewan peperiksaan. Dan, perkara ini baru diberitahu. Sebelum ini, tiada pun sebut pasal benda ini. Malah, dalam kod etika pemakaian yang dipaparkan di papan kenyataan pun tiada pernyataan ini. Kod etika pemakaian purdah ini hanya boleh didapati di akses bahagian peperiksaan. Hanya dalam itu! Tiada hitam dan putih.
Ramai orang yang komen membandingkan kes di UM ini dengan universiti masing-masing. UIA, UITM,UPM dan sebagainya. Ada lagi, tapi aku malas nak taip. Sememangnya situasi anda dengan UM adalah berbeza. Kerana apa? Kerana dalam dewan peperiksaaan UM, anda akan menemui insan-insan atau manusia yang memakai seluar pendek atas lutut, berselipar, seluar carik kat lutut, bersinglet, berbaju atas pusat, berambut perang, memakai rantai (lelaki) yang sememangnya melanggar kod etika pemakaian seperti mana purdah melanggar kod etika. Tak percaya? Mohon dtg UM. 
Malangnya, hanya purdah dijadikan isu. 
Dan, aku pun rasa tidak adil juga. Sebabnya, kalau diikutkan larangan pemakaian purdah seharusnya bergerak seiring dengan etika pemakaian tidak sopan yang lain. 



p/s : Aku harap benda ini jelas dan terang. Mohon hentikan perbuatan khianat membuat page yang lagi memburukkan keadaan. Mohon hentikan juga memberi komen-komen dangkal yang korang sendiri pn tak tahu apa yang sedang berlaku. Sekian :)

Surat buat kak Zulaikha Adam tersayang.


Kak olai, 
Nabila tak tahu tahu kat mana kak olai sekarang. 
Dan, nabila tahu kak olai masih dalam keadaan baik dilindungi oleh Allah.
Bagaimana viral yang berlaku.
Tabahlah.
Mereka takkan pernah faham apa yang sedang berlaku
Hanya empunya diri sahaja mengetahui.
Allahu :'(


Wednesday 18 June 2014

Lebih kurang sama dgn cerita aku.


Aku terbaca satu kisah dalam ruangan luahan hati. Lebih kurang sama la dengan cerita aku. Sailang menyailang. 

Tapi aku suka dengan jawapan yg majalah tu bg. 
1. Ambil kata-kata Hamka, " Cinta adalah suci bg org yg mengenal erti cinta selaras agama. Cinta itu pintu kasih, pintu syg dan pintu kasihan. 
2. Cinta yg bersandarkan nafsu tak kekal lama sebabnya dia terlalu mabuk.
3. Dia bangga dgn kemaksiatan yg dia lakukan, Allah sedang mencabut rasa malu dan iman sedikit demi sedikit.
4. Perpisahan adalah satu rahmat dan nikmat Allah; dia bukanlah pasangan baik dan tak layak untuk org yg sentiasa berusaha menjaga kehormatan.
5. Allah akan kurniakan org yg baik jika kita baik dengan Allah.
6. Mengetahui baik itu apabila Allah buka hati untuk menilai apa yg terjadi .

Sunday 8 June 2014

They're my strength which Allah sent.


They're my strength which Allah sent to me after my family and close friends. Subhanallah, indahnya peraturan dan perancangan Allah. Saat aku hilang seseorang lebih ramai yang datang. Aku bersyukur sebab adanya mereka ini dalam kamus. Mcamana aku boleh jumpa mereka itu sangat panjang ceritanya. Yang penting kami saling berkait rapat. Walaupun aku kat Langkawi, ayuni kat pahang dan amalina kat Langkawi juga tapi aku tak pernah kenal siapa dia. Takdir telah menemukan. :)
Bermula dengan perkahwinan Ayuni dengan si along. Aku start kenal 2 orang budak nie. Pergi ke Pahang sama-sama untuk kenduri ayuni. So, kami memang rapat. Tapi belum pernah hang macam malam itu. Along tu dah memang satu kepala sebabnya umoq pun sebaya dengan kami. So, no wonderlah dia yang jadi kami punya kameraman dan driver hari tuh. Haha. Buat kerja gila. Pusing langkawi dan makan ja lebih. 
Aku rasa mereka punya kekuatan yang disalurkan kepada aku, aku tak mampu pun nak balas balik :'(
Thank you guys. 
Masa aku kat Korea, saat tak dak sapa2. Depa inilah yang dok bg semangat. Mulanya depa 2 yang eksited lebih. haha. Tapi takdir Allah. Ternyata malam itu jadi saksi mereka akan terus jadi kekuatan aku. :)






Ini namanya amalan tidak sihat. Bila aku nk study ja mesti jadi kot lain

Go away from me coffee, nescafe,tiramisu!!


Aku sebenarnya alergik 'heavy caffeine'. Aku tak tahu la aku alergik ka hapa. Tapi aku yang mendefinisikan untuk diri sendiri. Hoho.

Terutamanya 3 benda yg aku sebut kt atas tu. Kopi, nescafe dan tiramisu.
Aku memang tak leh minum. kalau minum, boleh jadi macam PANDA sebab tak tidur. Aku pernah masa form 6. Cantas adik junior aku punya air milo. Punya la sedap. Aku memang sapu tanpa tanya "ini air apa". 
Masa last tetiba terfikir nak tanya "Adik, ayaq padia nie. Rasa milo dia lain". "Neslo kak b"(nescafe plus milo). Aku rasa macam nak tersembur. Control. 2 hari aku tak tdoq. Dan aku rasa letih sangat sebab aku memang tak leh tidoq. Aku try untuk merehatkan diri selepas balik sekolah sebelum waktu study. Sebab itu memang time aku tidur. Time tu aku rajin turun study sebab aku biro study. Hoho. Tapi tak leh juga. pffttt.
Memang dr dulu lagi aku tak leh minum . Kalau tak mata memang segar. Aku tak kisah kalau mata segar untuk study 2-3 jam tapi 2 hari. Dan aku exhausted selepas itu. 

Macam tu juga bila aku termakan kek. Selalu yang nampak warna coklat tu aku akan buat prediction itu kek coklat! Mkan punya sedap. Rupanya coklat tiramisu -_-'
K fine. 
Menjadi panda sekali lagi.

So, sekarang bila dah matang sikit. Dah pandai jaga mkan. =3

k bye.

Wednesday 4 June 2014

Kenapa memakai niqab berwarna hitam tidak warna lain?


Mungkin orang perasan kot. Dan ada beberapa orang yang tanya aku pasal ini. Kenapa aku pilih warna hitam? Ada banyak sebab.

Senang untuk makan.
Dulu, aku makan buka ja niqab. Tapi rasa segan nak buka sekarang. So, aku makan tanpa buka. Mampu juga akhirnya :'( Kenapa aku kata senang? Sebabnya kau boleh makan apa sahaja tanpa perlu berjaga-jaga niqab akan kotor. Kalau kotor pun, tak nampak. Nampak dak permainan kat situ?.

Lagi selesa.
Lagi selesa sebab bila hitam orang tak perasan sgt. Dan ramai orang pakai. So, tak jadi warna yang "rare".
Selesa bila berjalan. Dan orang tak tengok sangat. Lain la kalau pakai "shine bright like a diamond".

Bagi aku, ok ja nak pakai niqab warna asalkan tak nampak shining. Contohnya: niqab kaler hijau, tudung kaler merah, baju kaler kuning. 


muslimah .


Aku tak tahu nak cakap macamana. Alhamdullilah, aku dah berniqab dalam setahun. Allah jua Maha Hebat dalam merancang. Walaupun aku sah macam ini, tapi aku still tak leh nak adapt dengan karakter yang sering digambarkan kepada perempuan yang berniqab; lemah lembut. Aku tak tahu sama ada aku rasa aku perlu lagi lemah lembut. Lemah lembut??. Mungkin, Satu hari nanti. Tapi buat masa sekarang aku lebih selesa untuk tidak berlemah lembut. Walaupun akan ada skeptik negatif kat aku. Contohnya, orang akan kurang suka dengan kau bila kau outspoken benda yang kau rasa kau tak puas hati. Aku rasa mungkin sebab mereka assume aku adalah seorang yang bercakap lemah lembut dalam nada suara yang rendah. Aku pernah la terfikir, aku nk jadi macam itu satu hari nanti. Tapi kadang-kala aku terfikir juga, kenapa aku perlu jadi orang lain. Aku dah jadi macam ini.

Dan aku rasa ramai lelaki kat luar sana yang nakkan perempuan yang lemah lembut. Dan tak ramai yang nak orang yang suka serbu macam aku. Tapi aku suka lagu Fynn Jamal. 150 juta kali. 
 Aku yakin ada yang akan terima =)

Saturday 31 May 2014

hijrah underground


Aku rasa aku nk buat jugak novel nie.

Waras.


Waras.

Surat khabar atas meja
Sakit waras
Kalau aku baca
Jadi serabut
Kalau tidak baca aku dungu
Dungu dalam massa 
Gila buntu

Aku kira waras
Tapi tidak juga
38 teruna rogol 2 dara
Orok kecil putus leher.

Waras.
Hilang sudah waras manusia
Otaknya di kepala ada. 
Warasnya di lutut.
Sebab itu jadi dungu.
Nak kata binatang tidak juga.

Aku hairan dan tanya
Ini waras atau tidak.









Friday 30 May 2014

Benda pelik yang aku buat kat asrama.


1.Roti iron
Roti Gardenia dan roti zarina yang dapat time minum malam. Buka plastik dan ambil roti.
Ambil test pad balut roti dan iron. Rasa macam roti bakar. Serius. Wa cakap sama lu.

2.Milo iron
Milo 3 in 1. Aku tebuk lubang banyak2 guna jarum. Dan aku iron.*mohon lapik dengan kain. sebab plastik Rasa dia macam coklat bar. Aku tak tipu la.

3.Maggi dalam gayung.
Benda yang paling aku rasa aku tak percaya aku buat. Tapi inilah sejarah aku dan maggi. Masak maggi dalam gayung. makan ramai-ramai.

4. Makan maggi tanpa masak.
Maggi kari. Buka serbuk dan makan bersama mi tanpa masuk. Rasa macam mamee. haha. Cara makan pun macam mamee. 

5. Serbuk milo jadi snek.
Sebab malas nk bancuh kat water cooler. -_-'
Nasib baik aku nie alergik kopi dan nescafe. Kalau tak, aku dah join kawan-kawan aku meratah nescafe 3 in 1.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tulis nie sebab aku rindu zaman asrama. Masa aku form 1 sampai form 5. Aku tak dak nakal sgt. Walaupun nakal la jugak. Tapi masa aku form 6, aku pindah sekolah. Sekolah yang aku kira boleh tahan la.  Tapi sama ja dengan sekolah lama aku yang dulu-dulu. 
Kalau sekolah tu bagus pun, aku yang buat hal. haha. 
Aku ingat boleh dikatakan setiap petang aku dengan kawan-kawan aku akan menyelinap keluar pergi McD, KFC dan jalan-jalan. Time petang, riadah.
Time cuti solat subuh sampai cikgu dtg bukak lampu bilik. 
Selalu jadi garang kat adik-adik. Biro study kot. Masa aku jadi biro disiplin dan ketua asrama lagi aku tak boleh blah. Aku pun tak tahu macamana nama aku tercalon.
macam vengong.
Time study pasang lagu kuat-kuat. 
Esoknya mandi dalam gelap. Ceh. Sebab warden tutup suis utama. :/
Kau dapat bayangkan betapa nakalnya. Sungguh, aku tak sangka.
Then,aku rasa time tu aku macam makan puji sikit la sebab cikgu selalu bg kereta. Alasan nk pergi print. Tapi melencong tempat lain. Kereta cikgu tu ibarat macam kereta kami. kami yang selalu drive. Cikgu naik motor. Cikgu K.
Sekarang nie dah tak rasa macam dok kat hostel. Dan aku rasa dulu aku aktif dan main-main jugak. Tapi time study aku fokus. Tapi sekarang macam dengan apa g.
Masa kat sekolah awal tahun gelap sebab kawad kaki, bola jaring, hari sukan.

Thursday 29 May 2014

Seluar jeans.


Hari tu aku pernah update status pasal aku pergi ke majlis ilmu pakai seluar jeans. Betul ok.
Walaupun aku dah pakai tudung agak labuh. Tapi aku still tak leh tinggal jeans dan khakis. Cumanya agak longgar sikit. Tapi biasalah. orang akan "expectation" lebih bila dah masuk majlis2 macam itu. Ada orang ckp kurang beradap. Setuju. Tapi masa tu aku tak belajar lagi adab-adab. Aku bukan nak bohong atau tipu. Aku tak tahu lagi apa-apa. Aku zero. Sebab aku mengaku aku jarang ke masjid dan surau kecuali surau asrama. Orang lain mungkin buat tarawih. Aku start buat tarawih masa aku form 1. Tu pun sebab aku dok asrama. Balik asrama memang aku tak pergi. Aku start solat tarawih kat masjid kg aku masa aku first year. Aku serius. Aku bukan main-main.Kalau kat asrama aku wajib pakai baju study; baju kurung yang sama warna dengan semua orang. Warna purple. Kasut hitam dan tudung bawal putih ada tanda nama. *Gila skema. Pfft.  So, masa aku pergi majlis tu aku tak tahu apa-apa. Dan aku tahu mesti ramai org akan tgok aku pelik. Semua orang pakai jubah, kain,baju kurung. Aku dtg pakai seluar jeans. Pakai baju muslimah. Tu pun tak labuh. Masa itu dlam proses hijrah lagi. Aku kurang biasa pakai seluar yang kaler hitam tu dan skirt. Sebab aku dulu pakai short pants dan jeans serta khakis. So, nak jadi mcm sekarang ambil masa dan agak susah untuk aku. Bila aku tgok balik jenis baju yang aku pakai dulu. Macam vengong ja. Terasa malu dengan diri sendiri. Kalau aku dapat undur masa. Tapi tak mampu kan :'(  "Sejarah adalah sejarah. Sejarah adalah kebenaran. Sejarah telah berlaku". 

Mungkin aku nie jenis redah dan buat tak tahu. Aku pergi majlis-majlis macam tu jugak. Sebab aku pegang prinsip kalau kepala tak tutup sekalipun, a.ka. tak tutup aurat; janji hati nak belajar. Mana tahu, itu jalan yang Allah bagi untuk jadi insan yang lebih bagus dan sempurna =)
tapi sekarang aku dah tak pakai seluar jeans sebab aku rasa aku kena tinggal benda-benda macam itu. Macam aku cakap aku dalam fasa "kewanitaan". *huh! 
Seluar-seluar aku yang aku rasa macam dengan apa lagi aku still simpan. Sebab aku rasa benda tu yang buat aku jadi kuat istiqamah sebab aku rasa aku dah tak nak kembali ke jalan yang dulu

Kesimpulannya kt sini, aku persilakan dan aku nk ajak semua org. Pergi majlis ilmu sebab Ilmu itu bernilai. Aku rasa kita zalim kat diri sendiri bilamana kita halang diri kita daripada pergi ke majlis ilmu sebab kita mcm tu. Kita tak minta pun jadi mcm tu, sapa yang tak nak jadi solehah kan?, tipu la klau yang tak nak.
Yang penting usaha, Aku berckp bukan atas kapasiti org lain tapi kapasiti aku sendiri.
Biar org nk ckp apa, sebab mulut manusia sentiasa akan berckp. Pekakkan telinga. Orang tak tahu latar belakang kita mcmana. Kita ja yang tahu kan?

Regards of love;
Nabilah si kecil.

Wednesday 28 May 2014

kemalasan untuk aku ke kelas


"malas". Sungguh, kemalasan aku untuk ke klas semakin menjadi-jadi. Padahal dr dulu lg aku memang suka ponteng kelas. Terutamanya kelas bio dan kimia. Aku selalu bg alasan perut aku masuk angin dan pak cik pejabat tu pun bawak la naik van pergi hospital. Aku suka ponteng berjemaah. Aku memang akan buat hal kalau kelas yang aku rasa aku tak leh nk go on. Tapi aku suka kelas math. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku sekarang menjadi lembap bab mengira. Aku rasa sebab sudoku. *alasan. Aku dulu suka main sudoku dan searching word. Time rehat makan kit kat. Jangan salah faham sebab aku kat langkawi coklat memang murah. Setiap kali outing aku beli bundle. Yang dalam dia ada 12 bar. Aku akan bawak sehari 2. Hujung minggu aku beli lagi. 

Aku tak leh nk buang rasa skip kelas. Masa first year awal semester ja. lpas tu hampeh. -_-'
Aku cuba. Tapi aku tak boleh jugak. Aku rasa aku ok ja bab bangun tidur, Tak dak masalah. 
Tapi, satu ja masalah aku; aku jadi tak semangat klu klas yg aku kurang minat. klas aku pkoi 10, aku siap pkoi 8. Tapi, aku tak jd nk p. Perangai apakah???

Aku bukan anarkis ok!. Tapi aku rasa aku lebih suka kelas yang ajak aku fikir dan org mngajar yg suka berkongsi cerita. *aku memang pelik pun. Maksud aku kelas yang aktif dan bertukar pendapat. Bukan kelas yang bernada krik3. Sunyi ,simpan lepas  tu balik. Aku ada kelas macam tu sem ini. Aku rasa 5 kali ja aku pergi kelas tu. Aku pernah satu hari tak dtg kelas. Tapi malam tu aku stay kat UM sampai pkoi 11. Sebab aku pergi wacana ilmiah. Dan aku lebih suka ilmu luar kuliah. Aku pun tak tahu kenapa. Dan aku tak suka exam sebenarnya. Haha. Tapi aku go on jugak sebab dah namanya sistem. Kalau aku tak ikut sistem, aku jugak yang lingkup nanti.

Maybe org akan ckp skip kelas nie tak bagus. memang pun. Tapi aku pegang prinsip; ilmu luar kuliah. Aku skip klas sebab aku pergi wacana. Semester depan aku dah pelajar tahun ke3. Aku harap kemalasan aku ke kelas tidak menjadi lagi. Dan aku perlu berhati-hati dalam memilih subjek. tak jd mcm semester ni. tunggang langgang. 

Road to new si kecil.



Sunday 25 May 2014

Perjuangan yang aku rasa aku dah tinggal jauh.


Aku rasa perjuangan aku yang agresif dah lama aku tinggalkan. Lebih kepada lagha. Aku tak tahu kenapa bila aku fikir balik, aku sia-siakan masa yang ada. Padahal ramai lagi yang perlukan aku. Dan aku juga perlukan satu tarbiyah supaya aku kuat dalam berjuang. Aku bukan baiah dengan manusia sahaja. Tapi aku baiah dengan Allah. Nak jalankan tanggungjawab aku. Sahabat aku cakap. Kena banyak bermuhasabah. 
Allah. hari ini baru tersedar. Aku sebenarnya anak panah Islam. Berjuang ke jalan Allah.

Aku rasa dah tiba masa untuk aku serahkan jiwa dan raga ke jalan yang benar. Tiada lagi lagha yang keterlaluan. Hidup penuh daki-daki dosa. Buat siang hari, malam taubat. Esok buat lagi. Allahu :'(

Walaupun aku masih di persimpangan "turning point" tapi aku rasa itu bukan alasan aku untuk berada dalam comfort zone yang aku ada. Aku susah nak hilangkan core grunge aku :'( Susah. Tapi aku akan cuba. Allah.
Mungkin Allah tgh detikkan hati aku untuk cari magfirahNya. Walaupun nampak aku mcm ini tapi aku masih belum sempurna. 

Ya, Allah. Jauh tersasar aku dari jalanmu.

Saturday 24 May 2014

tinggalkan dunia grunge dan underground.

\

Aku rasa dah tiba masa untuk aku lupakan dunia grunge dan underground.
"Turning point".
Kadang kala aku terfikir. Smpai bila aku nk mcm ini. Sampai aku kawen? Ada anak? Ada cucu.



2013. Tahun ajar jadi "manusia".


Baru bulan 5 2014. Bulan ke 5 2014. 5 bulan yang lalu adalah 2013.
Entri yang dah lama aku draft. Ceh. Banyak benda yang jadi sepanjang 2013. Suka dan tragis. 

1. Hamster kesayangan aku dah bertukar title jadi ibu.
Hamster aku dah beranak masa aku kat KL. Dah jadi nenek. Tapi yang tragisnya anak hamster itu dimakan oleh siapa aku tak tahu. Sama ada ibu atau bapanya. Dah la lahir seekor anak. Tengok-tengok dah hilang dalam sangkar. Aku optimis bahawa dia bakal melahirkan seekor lagi anak sebagai zuriat warisan keturunan. Malangnya, terjadi perkara kedua.

2. Hamster jantan aku melarikan diri,
Aku pun tak tahu macamana beliau mampu melepaskan diri dari dalam sangkar itu. Me'lempen'kan badannya dan keluar melalui pintu sangkar T_T Tiadalah proses pengawanan. Ceh.

3. Hamster betina aku mati.
Yang nie paling tragis. Aku bela hamster nie dari besar ibu jari. Belum mampu berjalan lagi. Tapi setelah 3 tahun, dia mati sebab sakit. Aku mengoogle dan tanda-tanda kematian menunjukkan bahawa dia terkena kanser mulut. Lidah dia membesar sampai tak leh makan, T_T

4. Aku pegang snow.
Tahun 2013 jadi bermakna sebab kali pertama aku pegang snow. Bukan snow ict yang tipu-tipu. ini betul-betul. Aku dengan kawan-kawan aku main snow mcm nk gila, Hari-hari tunggu snow. nmpk sgt org malaysia "perak" tak pernah nmpk snow. Buat snowman yang kepalanya petak mcm adudu. Hodoh benar! tapi kisah apa. Jnji aku boleh cerita kat anak cucu. Tok dulu buat snowman. #bajet

5. Bajet melancong sebulan kt korea.
Aku rasa aku bajet menjadi pelancong kat korea. Lepas habis exam. Aku duduk bajet mcm pelancong kat Korea. Padahal pergi study. Haha. Setiap minggu aku dengan kawan-kawan aku pergi Namdaemun. 

6. Aku belajar cakap Korea.
Sebenarnya, aku tak suka sangat dengan bahasa Korea. Sebab dia susah. Tapi aku jadi suka sebab aku boleh bagitau kat pakcik taxi aku nk pergi mana, pergi kedai nk makan apa, nak mintak diskaun dan harga berapa. Yang paling penting "dueji isoyo?". a.k.a Babi ada tak?. *cadbury dah tak leh makan sebab syubhah. Dan ada DNA babi.

5. Berlaku sailang-menyailang saat menghitung hari.
Yang aku rasa paling tragis dalam hidup dalam banyak kejadian. Kalau aku diktaktor. Aku dah pergi ketuk kepala minah dengan mamat tu. Aku rasa tragis bila family dah buat macam-macam. Lu relax ja menyailang. Tapi kisah apa aku. Benda tepi jalan. Noktah. Tapi aku rasa bagus jugak sebab aku dah bagi sepatah dua kata penggulungan kat mamat tu. Puas hati. Gila kalau aku biar tanpa aku bagi kata-kata hikmah. rugi weh. 

6. Aku mkn odeng.
Ini bukan sarkastik. Tapi odeng memang sedap time winter. Aku hirup bersama sup panas.
\Craving woi!

7.pro M menang.
Aku sebarkan semangat ke "pro M" aku dari Korea . Alhamdullilah menang. Dan aku menunjukkan solidariti aku terhadap Amir Aimang. DK. Rare. Tapi aku rasa jiwa aku bersama geng2 ini.

8. Aku jadi Islam minoriti,
Susah babe! jadi Islam minoriti. Banyak dugaan. Tapi alhamdullilah aku masih mampu bertahan sampai aku balik kt malaysia.

9. Besdey aku ada org sambut.
Dah byk tahun aku tak sambut besdey. Sebab aku tak bgtau org bila besdey aku. Dan aku tak tahu mcmana budak2 tu boleh find out. Oh ya! masa kat sana 3 mingu turut2 kami sambut besdey. So, muka pun dah mcm kek.

10. Aku dpt roommate yang satu kpala.
Masa kt korea. Dia plg cool. Selalu skip kelas korea sekali. Dan tidur sekali. how i miss her!.
Eating bananas. 

11. kawan lama aku dah ramai kawen,
ok. memang ramai.

12. Tahun aku tanpa assigment panjang beribu,
kat sana assesment. so, tak dak tugasan sampai tak tidur mlm. Aku enjoy student life kat korea!

"the lack of self confidence" sebab pendek.


Well said, ramai org yg cakap kat aku "aku pendek". Memang pun aku pendek. 145 cm ja. 
Dah kira terbantut. Haha. Like "Do I care". Bila org ckp 'kependekan' adalah salah satu sebab utama kurang keyakinan; bg aku itu satu ke'konon'an yang melemahkan self esteem . Tak pyh nk kisah sgt apa org cakap.
Tertipu dengan cakap media "tinggi itu cantik". Memang la cantik. *mungkin. Tapi bagi aku itu cuma persepsi. Persepsi yang sering dicipta oleh masyarakat.
  Bagi aku, pendek itu sesuatu yang unik. Aku bukan cakap kosong. Contoh situasi: orang akan cakap kau muda bertahun-tahun dari usia sebenar. haha.

Dan bagi aku, keyakinan itu dtg dr hati. kau yakin apa yang Allah bg ini berhikmah. Orang akan hakimi kau not based on physical appearances tapi sejauh mana otak kau mampu beri idea bernas. Huhu. Dlm erti kata mudah, cantik tapi otak tepu tiada guna juga. 

Btw, cakap kt diri. pendek itu cantik dan comel. Pendek itu unik.

Friday 23 May 2014

Bila sahabat terdekat kau sudah bergelar isteri


Bila sahabat yang paling kau dterekat dah bertukar status. Kau akan rasa lain macam. Sebak. Cepatnya masa berlalu. Pantas. Dulu kau satu bantal, satu tilam. makan satu talam. sebiji coklat bahagi 2. Sekarang dia dah jadi milik orang lain :'(
Dulu, sama-sama berjanji nak naik pelamin sekali. Tapi kau pergi dulu naik pelamin.
Kalau ikut perancangan naik sama-sama dan benar akan terjadi dan aku naik dulu. Tapi takdir Allah tiada siapa yang boleh lawan kan? Allah takdirkan perpisahan untuk aku saat aku menghitung hari. Nasib baik belum invite kawan-kawan. Kalau tak, kenduri air mata babe!
Apa-apa pun tahniah, sahabat.
Semoga kau bahagia di samping suami tercinta!

Aku nak minta maaf juga sahabat sebab aku masih belum mampu untuk pergi kenduri kahwin orang lain. Dengar lafaz akad nikah dan makan kat walimah. Kalau aku pergi pun sebab mak aku paksa dan aku akan pastikan orang yang buat kenduri adalah orang yang aku tak kenal. :'(
Aku masih belum jumpa kekuatan untuk aku sertai majlis macam itu. 

Nampak aku tenang. Tapi hati berkocak bila tengok gambar-gambar kawan aku kawen. Aku kan minah cengeng.!
 

Kali pertama bertanya "Anda suka politik?"


Kadang-kala aku terleka jugak bila baca bab-bab politik. Mungkin orang yang kali pertama jumpa dengan aku takkan perasan. Sebabnya, aku tak suka bicara politik bila tidak perlu dan hanya buka mulut bila aku rasa perlu. 
Kadang-kadang aku sengaja mahu menguji orang yang katanya suka politik. Bukan sekadar suka-suka menguji. Tapi mahu menilai bagaimana sikap "melatah" dalam bicara politik. Aku pernah kena marah beberapa kali oleh beberapa orang bila orang itu tanya "suka politik?". Aku cakap "Tak." Dan daripada riak muka nak marah, bertukar kemerahan. Lantas, dihamburkan kata-kata bahawa aku seolah-olah tidak suka dengan apa yang ada dalam Islam. Dalam Islam, ada diajar berpolitik. Titik. Dan kadang kala aku sengaja cakap "Orang yang main politik sekarang kotor". Kena marah lagi. Aku cakap benda yang benar. Setiap hari, kau perhati dan analisis. Dalam ruang lingkup politik itu sendiri pasti ada tangan-tangan kotor. 
Dan daripada sini, aku dah mula menilai orang itu begitu dan begini. :)

Nak sampaikan bahawa Islam mengajarkan politik, kena perlu jatuhkan hukum orang itu tidak suka apa yang Islam ajarkan. Itu namanya taksub =) Dah ramai yang macam ini. Bukannya nak ambil langkah nk terang. Menghambur lagi ada. 
Sebagai orang yang belajar politik dan tahu asas politik. Kena jadi orang yang berdiri tengah-tengah. Walaupun aku ada cenderung kepada pihak A tidak semestinya aku kena mengtaklid buta menerima semua pihak A buat tanpa ada kritikan. Itu kurang bagus namanya. Dan mengenai status-status aku di laman sosial, ramai orang cakap aku "MACAI". Tak kisah pun. Sebab kalau mereka panggil aku "MACAI" mereka lagi "Macai" sebab tahu telan dan suap makan dan hadam. 


Tuesday 20 May 2014

Bird and peace


Can't see birds fly everyday.
I miss one place.
Can see the birds flying over the blue sky
Flying out when sun rising
Flying home when it's getting dawn.
Really,
calmness
The bird's voices.

I miss beach.
I miss island.

Wednesday 7 May 2014

Free school;education for homeless child.


Actually, I was thought about this for a long time ago. It's one of my dreams since I was in form 6. I read about personal giving free education to homeless in India to and I think I should do something like this in Malaysia.

Monday 5 May 2014

Pengorbanan, peminat underground tapi chegengg ,


Dah banyak minggu aku fikir benda ini. Dan, hari ini aku jumpa. Betul ckp si khalis , redha manusia ni pyh nk cari, kejar redha Allah. Baru aku sedar, sekuat mana kau berkorban dan bergadai, tapi ada sentimen dr org lain yang ckp "aku kurang gemar dgn budak nie". Orang takkan nmpk babe! Org akan lihat kau kurang berkorban walaupun kau dah korban. Pasti kau pnas hati bila org ckp seolah-olah kerja kau kurang, tapi org yg selumber kata bagus. Haha, btw, aku bkn kisah sgt pun. Cuma ini peringatan diri aku sendiri dan org lain juga. Korban diri,masa dan tempat hanya untuk Allah. Buat kerja sendiri, sebab kau dah baiah dgn manusia akan pegang jawatan dan baiah dengan Allah bahawa kau akan tanggungjawab. Kalau kau rasa kau dah habis upaya, alhamdullilah, dan tak pyh nk heran dengan walaupun org ckp kau kurang bagus; mungkin juga kurang berkorban. Oqang kedah kata biaq p. Dan klu kau rasa kau sambil lewa sampai ganggu kerja org lain, mohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan kau pada hari ini.

Aku follow underground, pkai chuck taylor, bca buku indie, tapi aku memang chenggeng.
Dulu tak sgt pun, sekarang terserlah kewanitaan yang chenggeng.

p/s: biasalah, org macam aku yang bukan sopan ala-ala muslimah bukan orang nk suka sgt. Cakap aku kau ja, redah panggil orang "bhai".

Sunday 27 April 2014

Attraction no 3 in Seoul # Namsan Tower (Love Lock)





Hai guys!
Ok. Hari ini aku nk cerita pasal namsan tower. 
Perjalanan kami bermula seawal jam 9.00 pagi *yoo* betul kot.
Masa nie udara dia sejuk, tapi tak dak snow. So, senang sikit nak jalan. Tapi perlu bawa benda-benda yang diperlukan masa snow. Snow cap/ glove/ boots/ shawl/

Aku malas nk taip.

ini tangga cinta.
banyak movie buat kat sini.
Nampak sebahagian view seoul !
Ini adalah stesen pertama.
Masing-masing penat gila lepas panjat tangga .


Love pad.
Berjuta-juta,
Kat sini aku abadikan cinta aku dan ribiyyun.


Lovelock station :)











info: klau nak ke sini, baik beli kunci mangga siap2. Sebab memang mahal . 
Actually, ada cable car. tapi kami decided untuk jalan sebab view kat bawah cantik.

Good nite.
aL-MULK jangan lupa!

Monday 31 March 2014

Hello Kitty Cafe #seoul No 10.




dah no 10?.
Haha. Yang lain aku belum update lagi. InsyaAllah, ada masa aku update.
Hari nie aku nk cerita pasal Hello Kitty Cafe. 
Hello kitty cafe sangat comel dan "girlish".
Serius.
Plus: aku obses pink *obses ka?
Dan aku suka kartun-kartun macam nie.
 Jom layan gambar.

Comel?
Ini hot choco.
^_^ 
Roti Hello Kitty ^_^




Buzzer yang comel gaban!
Kalau kat Korea, kebanyakan kedai atau cafe segera akan menggunakan sistem buzzer. So tak dak la semak sgt nk beratur kat depan kaunter dan menyusahkan kepada pelanggan dan pekerja. :D



Serius, comel cafe nie.



Harga?
1 cawan = 3,900 won
roti = 4,000 won

Bye!

Wednesday 26 March 2014

PI? Pondok? Sekolah agama. Sungguh sensitif. Terasa.

 Nampak simple. Tapi kadang kala tersentap juga. Masa first time dulu, aku mcm nak protes.
Aku rasa tak salah pertanyaan tu. Taaruf. Tapi bila masuk bab intonasi dan cara bertnya buat muka jadi panas.Macam post-post aku sebelum ini aku kadang-kadang tak nak ambil tahu, tp kadang-kadang aku macam terasa sebu dalam hati.
Sebu bila org tnya "kat PI ambil kos apa?". "eh, saya bukan budak PI. Saya budak sains sosial. Ambil anthropology and sociology". Dia tnya lagi " Anthopology dan dakwah?". Senyum tapi dalam hati rasa mcm nk sembur. Bukan aku nak cakap, aku tak suka nak dilabel sebagai budak-budak Pengajian Islam,pondok dan sebagainya. Tapi aku rasa benda yang aku pakai dan semua muslimat pakai ini adalah untuk semua pelajar yang bergelar "muslim" bukan hanya untuk orang yang ambil pengajian tertentu sahaja. 
Mengucap 2 kalimah syahadah. Islam dan praktikkan Islam. :) Simple.
Kadang-kadang aku rasa terlalu tinggi sentimen pakaian. Yang tak bertdung labuh cakap orang tudung labuh ini budak pengajian Islam, sekolah pondok, sekolah agama. Yang bertudung labuh pula cakap orang yang tak bertudung labuh ini tak "muslimah".  And so on.
Bagi aku soalan ini, soalan sensitif. Bagus tanya. Aku tak kata salah. Tapi cara tanya itu perlu berkias. 
"Dari fakulti mana?". Lagi senang kan?. Kadang-kadang orang yang aku kenal pun cakap aku budak pengajian Islam,sekolah agama,pondok. Sahabat-sahabat aku yang baru bertudung labuh yang masih lagi mencari kekuatan kadang-kala menangis bila orang tanya macam tu. "Weh, salah ka budak bukan pengajian islam, pondok,sekolah agama pakai macam ni". "Tak salah, malah patut berbangga. Islam tak pernah ajar untuk menjuzuk-juzukkan pakaian setiap orang mengikut apa yang dia belajar. Bezanya di sisi Allah itu adalah taqwa.".
"Lagi satu sejauhmana ilmu yang kita guna untuk memberi manfaat kepada Islam".
Sungguh. Aku nak terus terang. Aku bukannya ada sentimen fakulti itu, fakulti ini. Belajar itu, belajar ini. Sekolah itu, sekolah ini. Sebab aku rasa perlu ada variasi manusia yang bernama 'kawan' untuk saling bantu-membantu. Tapi kadangkala kita tak perasan, pertanyaan kita tu betul. Tapi cara kita tanya itu adalah salah.
Macam orang yang berkahwin la. Jaga pertuturan bila tanya mereka tentang anak. Bila nk dpt anak.
Sekian, bebelan.

Tuesday 25 March 2014

Dah bosan.


Menghilangkan "stress" mencari maklumat untuk pembentangan minggu depan :D

Tetiba hari nie rajin pulak nk mengupdate. Aku cuma nk bagitau aku dah bosan. Bosan ikut fesyen. Makin dikejar, makin jauh. Haha. Orang yang rapat dengan aku ja tahu pasal perubahan ini. Kalau dulu, masa mula2 aku pakai tudung, aku still pakai shawl tapi aku labuhkan. untuk tutup bahagian dada. Sumpah, dari dulu aku memang tak dak tudung bawal. Kalau ada pun kaler hitam dan putih. Tu pun sebab aku duduk asrama. Haha.
Percayakah anda bahawa aku mempunyai shawl lebih dari 40 helai. Dan semuanya didermakan kepada adik aku. Even she's free hair. Mana tahu, tetiba hidayah menerpa, nak pakai tudung dengan sempurna. Aku buang kat tong MDL (majlis daerah langkawi). Yang mungkin shawl tu berguna kepada orang lain. 

Then, aku lebih prefer untuk pakai tudung berjahit tengah. Tapi tudung aku tak dak la labuh sgt. =)
Sebabnya, aku lebih selesa. Selesa nak pakai. Selesa nak iron (part yang aku paling malas baq hang), selesa untuk tunaikan solat. Kalau pakai yang tak jahit tengah tu, aku rasa macam lambat sikit nak bersiap terutamanya bila bersolat kat tempat yang ramai orang, macam masjid Jamek sebab tempat ambil wudhuk dia kat luar. Then, nak keluar kadang2 ramai sgt lelaki. So, kena pakai sesempurna mungkin sebelum keluar dr tempat wudhuk. 

Aku juga lebih selesa pakai tudung 45. Sebab senang nak iron :peace. senang jadi bentuk muka :peace dan senang untuk dipakai serta ianya lebih murah berbanding kalau aku beli tudung bidang 60. T_T Mencecah puluhan ringgit. Sebab tu aku jarang ada tudung bidang 60. 3 helai ja. Haha. 

Kalau nak tutorial shawl dengan aku, boleh ja datang jumpa aku. Haha. Kita tutorial sama-sama. =) 

p/s: AKu selesa dengan keadaan sekarang. Yang baru nk berjinak-jinak dalam menutup aurat, teruskan usaha anda! Walaupun payah, tapi Allah ada. Dialah sebaik-baik penolong dan tempat bergantung serta mengadu.

Tuesday 4 March 2014

Apabila diri sendiri yang membataskan diri.

Aku malas nk komen panjang pasal ini. Tapi aku sendiri dah tengok macamana corak yang berlaku sekarang. Kalau orang lain cakap "jumud", marah. Padahal diri sendiri yang mencorakkan "jumud".
Nak tahu pasal "jumud". Sila google sendiri. Rajinkan diri.
Bagi aku, tak kisah kau akan setuju atau tidak. Sebab setiap orang ada pandangan sendiri.
Pandangan sendiri dibentuk oleh persekitaran dan kita yang mencorakkan. :)
Kadangkala, aku rasa "annoying" bila ada perbatasan diri yang melebih-lebih sedangkan Islam tak ajar pun macam tu.
Aku bagi contoh: 
Aku pernah jumpa org tak nak pakai baju-baju yang agak moden. Dah tak nak pakai lepas tu bermulalah label melabel. Sungguh, naif dan sadis. Asalkan tidak bertabarruj dan mematuhi piawaian yang Islam gariskan. =)
yang paling aku rasa agak nak bebal sikit bab-bab membaca.
Jujur. Aku sedih. Bila org Islam sendiri membataskan diri sendiri dalam pelbagaikan sumber. 
"Yang buruk jadi sempadan, yang baik ambil".
Bataskan diri hanya dalam satu arah. 
Lepas tu bila org ckp pelik sikit, *walaupun masih berlandaskan Quran dan hadith which is bg aku kritis dan kreatif, bermula acara label-melabel.
p/s: Maaf, aku tegas. 

Sunday 2 March 2014

Penat.

"Kau tak penat?". Si A bertanya.
 
Si B menjawab, "Penat. Penat sangat. Nak kejar kelas, tutorial. Pergi masa matahari belum muncul, balik bila matahari dah hilang". Tidur hanya 4-3 jam. Kadang-kala ja tidur 5 jam. Itu pun dah rasa lama sangat. Ada banyak benda yang masih terbengkalai".
 
"Kalau kau rasa penat. Tak terkejar. Berhentilah.".
 
Si B Senyum.
"Ini infak. Mana tahu kepenatan ini jadi ganjaran bila kita susah nanti. Bila dah ada kat dalam kerja-kerja ni, jangan pernah berharap bahawa kita akan bersenang-lenang dan tak penat."
 
Si B hela nafas dan sambung lagi,
"Bersyukurlah sebab Allah dah pilih kita untuk ber'penat' di jln ini".
 
p/s: Ustaz aku pernah ckp tapi masa tu aku tak ambil port sgt.
Belajar dan cemerlang itu adalah ujian.
 
 

Wednesday 29 January 2014

Maaf, aku degil.

Buat masa sekarang, aku belum punya masalah berkomunikasi dan bertukar cerita dengan org-org yang masih keluar kelab malam, masih berkapel, masih "blonders". 
Belum ada lagi istilah mereka kurang hormat, diam,malas nk bagi pendapat bila tanya pasal Islam dan malu nk tanya pasal Islam.
Lain la kalau ada orang yang sungguh-sungguh sampaikan pasal Islam tapi ada sentimen "Aku ahli syurga,kau ahli neraka", "Aku bijak pandai tapi kau jahil".

Rileks peeps. 
Jangan kelam kabut. Mohon semoga Allah berikan kesabaran kepada kita dalam sampaikan Islam dan Allah beri kelembutan kepada mereka. 

p/s: Pesanan khidmat masyarakat.

Semalam aku update status nie. Saja bikin panas. =) 
Bukan saja-saja aku nk timbulkan kontroversi. Tapi aku nk timbulkan sikit rasa "empathy" kat org-org yang selalu cakap kat org2 yang aku mentioned aku atas tu adalah ahli neraka. Dan ada juga la antara mereka yang pernah berbincang dengan aku yang mereka dah cuba tapi golongan-golongan nie degil dan tak nak dengar nasihat. Dan aku cuma ckp SABAR. Sebab apa sabar? Sabar dalam memberi. Kalau hari ini nasihat dan beri ilmu, jangan pernah sangka bahawa ilmu itu akan diamal dalam masa satu saat. Masa akan diambil sama ada sekejap mahupun lama. Jangka pendek dan jangka panjang.  Kalau tak sabar. Memang ke laut.

Ada beberapa org yang kurang berpuas hati dgn status-status yang aku pernah keluarkan sebelum-sebelum ini. Seolah-olah nak menjatuhkan golongan-golongan yang ada sipi-sipi terkena tempias. :)
Maaf, aku seorang yang degil. Aku tak kisah org nak cakap apa kat aku. 

Sebab apa?
Sebab aku tahu tak ramai orang yang nk tolong orang-orang yang nak kenal Tuhan tapi tak nampak jalan. 
:'(
Ramai orang yang tahu cakap macam-macam tapi tak ramai nak ambil solusi untuk turun padang, terang dan fahamkan.
Yang tahu, bising cakap "ahli neraka, benda-benda yang buruk".
Macam aku cakap sebelum ini
Perjalanan setiap org tu tak sama.
Ada org dididik dengan agama dr dalam bayi lagi.
Ada yang sampai sekarang tak kenal Tuhan lagi

Sometimes, I feel so sad because some of the people who having a very good knowledge about Islam but they act like a judges. Judge the people using their own perspective. They don't put some "empathy" to the other people which is need their help as a muslim.

Aku berterima kasih kat bro yang inbox aku. Tapi seribu maaf, aku adalah nabilah si kecil yang degil. Takkan berhenti kalau aku rasa benda itu betul :)


Tuesday 28 January 2014

Belum masanya lagi.


Ribuan dan jutaan maaf sebab aku rasa belum masanya lagi. 
Masih lagi dalam proses menenangkan diri dan bermuhasabah. Mohonlah kepada Allah supaya Allah bukakan pintu hati ini sebab Dia adalah pemegang hati. Andai kata ada jodoh, akan bertemu jua. Kalau tidak di dunia, di syurga. InsyaAllah. =)

Kenapa tak terima?
Macam aku cakap kat atas, belum masanya lg. Allah akan bukakan pintu hati bila tiba saat yang tepat dan org yang tepat. Bukan serik, tapi sekadar berhati-hati dan masih ada perjuangan aku yang masih lagi jauh ketinggalan dr org lain. 



Monday 27 January 2014

Nabilah si kecil bukan seorang yang lemah lembut.

Yes, indeed. Nabila bukan seorang yang lemah lembut. Kasar tapi belum lagi mencapai tahap kurang ajar.
Bukan lemah-lembut tapi masih tahu adab. Dan akan menjadikan adab dan tatasusila sebagai pagar. Sebab dalam Islam, adab merupakan salah satu cabang penting. Dan nabila pegang kata- kata nie "Don't tell them you're muslim but show who you are". :)
Even I'm wearing a niqab, it;s doesn't mean I have to be a slave for the other people judgement. Bukan yang berniqab saja tp yang lain juga. Kadang-kadang nabila rasa annoying dengan benda-benda macam nie.
Benda-benda macamana?
Benda yg rasanya tak sesuai mengikut tempat, masa dan tarikh. 
Nabila tak suka akan "streotaip" yang annoying. Bila pegang buku yang pelik-pelik terutamanya "bahasa antarabangsa". Eh, kau baca buku bi?. Eh, kau baca novel Sophie Kinsella. Dush. Eager. Haha. 
Yang tu boleh blah lagi.
Yang plg tak blah. Bila org cakap nabila kasar bila berbicara menggunakan bahasa "Aku Kau". Haha.
Kenapa? Orang pakai niqab tak leh guna aku kau? . Huhu. Sorry, aku kurang biasa guna "ana-enti,akhi,akhowat" sebab bukan dr sekolah agama dan aku rasa benda tu tak menjadi masalah untuk nabila berkomunikasi. Salah satu sebab nabila menggunakan "aku kau" ialah bila ada berlainan jantina.
Nabila perempuan dan kebetulan dia tu lelaki. Lebih selesa dan efektif. 
p.s: Kalau rasa berlainan jantina dgn saya, sila mesej aku kau. ;) Kalau tak, aku tetap akan balas aku kau juga. Haha.
Plus: Guna aku kau bukan bermakna aku mencarut. Masih ada adab. Peace!
Then, aku selalu bersama dengan "org-orang" yang bkn macam aku. Haha.
Ini memang sarkastik. Sorry, Nabila tak lyn unsur-unsur "kemaluan" terhadap golongan ini.
Lagi malu kalau tak dak usaha nak sampaikan Islam dengan gigihnya =)
Cakap je la apa pun, asalkan nabila tahu apa kehendak nabila.
Bermula dengan takbir" Allah maha besar" dan diakhiri dengan salam "sebarkan kesejahteraan".
Sebarkan kesejahteraan dan kebahagiaan.