Apabila diri sendiri yang membataskan diri.
Aku malas nk komen panjang pasal ini. Tapi aku sendiri dah tengok macamana corak yang berlaku sekarang. Kalau orang lain cakap "jumud", marah. Padahal diri sendiri yang mencorakkan "jumud".
Nak tahu pasal "jumud". Sila google sendiri. Rajinkan diri.
Bagi aku, tak kisah kau akan setuju atau tidak. Sebab setiap orang ada pandangan sendiri.
Pandangan sendiri dibentuk oleh persekitaran dan kita yang mencorakkan. :)
Kadangkala, aku rasa "annoying" bila ada perbatasan diri yang melebih-lebih sedangkan Islam tak ajar pun macam tu.
Aku bagi contoh:
Aku pernah jumpa org tak nak pakai baju-baju yang agak moden. Dah tak nak pakai lepas tu bermulalah label melabel. Sungguh, naif dan sadis. Asalkan tidak bertabarruj dan mematuhi piawaian yang Islam gariskan. =)
yang paling aku rasa agak nak bebal sikit bab-bab membaca.
Jujur. Aku sedih. Bila org Islam sendiri membataskan diri sendiri dalam pelbagaikan sumber.
"Yang buruk jadi sempadan, yang baik ambil".
Bataskan diri hanya dalam satu arah.
Lepas tu bila org ckp pelik sikit, *walaupun masih berlandaskan Quran dan hadith which is bg aku kritis dan kreatif, bermula acara label-melabel.
p/s: Maaf, aku tegas.
No comments:
Post a Comment