Thursday, 6 October 2016

6 Oktober 2016

Hari ini tanggal 6 Oktober 2016. 

Hari ini hari bersejarah kerana hari aku ambil jubah konvokesyen.
Pejam celik, pejam celik, pejam celik. Hari yang dinanti selama 4 tahun dah tiba.
Aku teringat dulu semasa kecil, cita-cita aku tulis 'ingin belajar sehingga ke menara gading'.
Tuhan makbulkan juga cita-cita aku yang aku tulis dalam biodata kawan-kawan.

Tuhan Maha Kaya dan Tuhan Maha Tahu.
11 hari lagi sejarah besar bakal berlaku.
Aku akan naik ke pentas Dewan Tunku Canselor untuk terima sekeping kertas gulung. 
Makin lama aku berfikir, aku senyum. 
Rencana Tuhan rupanya indah sekali. 

Pakai topi petak,
Pakai jubah besar.
Ambil gambar.
Letak dalam frame.
Ibu dan ayah akan gantung di rumah. 

Impian aku dari kecil. 
Tadika , sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.

Terima kasih kehidupan.
Terima kasih universiti Malaya kerana ajarkan aku erti jerih, sepak, terajang, senyum ketawa dan menangis dunia. 

Saturday, 4 June 2016

Serius wei. Penat edit fyp. Tambah bab bibliografi dengan typo. 

Wednesday, 30 March 2016

Perkara kahwin ini fikir sampai ke lampin anak!

Aku rasa macam dah banyak kali aku up pasal benda ini. Nak kahwin perlu fikir sampai ke lampin anak! Aku qoute kata ustaz hasrizal dalam buku beliau. (Aku sangat-sangat mencadangkan orang-orang yang mahu berkahwin baca buku ini! Berguna sampai bila-bila!) 
Dalam fasa alam rumah tangga, selain daripada fikir mahu secepat mungkin untuk mahar dan hadiah perkahwinan (hantaran), ada lagi benda besar perlu fikir. Selepas bernikah. We should think wise and wider. Masa awal-awal memang dah kena bahagi 'Siapa yang mahu bayar rumah?', 'Siapa yang mahu bayar bil utiliti?' , 'Siapa yang mahu bayar kereta?'. Fuh. It is totally make sense what is Ustaz Hasrizal said. *mohon lap peluh kat dahi* Lain la kalau kawen dengan orang yang duit berkepok. Hahaha. Tak payah fikir. LOL. 

Nak kawen, kena bersedia mental dan fizikal. Dalam bab pertama ustaz hasrizal ada menyebut ada dua perkara yang mencabar. Pertama harga diri. Harga diri selalu orang kaitkan dengan 'sekufu'. Aku malas nak bahas pasal sekufu ini. Tapi, ya. Perlu bersedia dengan tanggapan orang terhadap kita dan pasangan. Contohnya; orang sekeliling akan cakap 'eh, macam tidak padan', eh itu. eh ini. Belum kira lagi bab yang sensitif macam agama - kurang beragama. Ia terpulang kepada pasangan nak handle macamana kan? Aku sebagai perempuan. Aku rasa benda ini penting. Sebab sebagai perempuan, setinggi mana pun kita, sejauh mana pun kita. Prioriti kita adalah kepada lelaki yang kita pilih sebagai suami. Contoh : Suami cuma boleh al-fatihah dan mampu imamkan kita. Kita boleh mengaji dengan lancar. Suami tetap menjadi imam dan kita makmum. Itu harga diri. Perlu mencari keidealan. Alah, ada beza antara orang yang tahu dan yang mahu. Kalau diberi antara dua ini, pilihlah yang mahu. Sebab jalan yang kita pilih itu adalah menuju Tuhan kan? Put our ultimate goals towards Him. Find someone who is 'teachable'! And be some which is 'teachable!'.


Kedua, komitmen kerja
Kalau yang kedua-duanya bekerja dalam masa yang sama mungkin tiada masalah. Yang kena bersedia ialah orang yang bekerja dalam masa yang tidak masa. Shift yang berbeza. Duduk satu rumah; isteri keluar jam 7 pagi. Suami balik 8 pagi sebab shift malam. Isteri balik jam 6. Suami dah nak keluar ke kerja. Routine be like this. You can't simply meet each other. Huhu. Apa yang penting ialah persediaan sebenarnya. 


Ok, bye. Nanti ah. Aku sambung. Malas nak tulis lagi. 

Tuesday, 29 March 2016

Jangan pernah mengharap sempurna.

Sambungan entri aku sebelum ini.

Jangan pernah mengaharap kepada yang sempurna dan mencari-cari yang sempurna. Apabila kita mencari yang sempurna, expectation kita terhadap orang lain adalah dia seorang yang sempurna. Sebaiknya kelebihan itu perlu dipanjatkan syukur sebab ia akan menutup kekurangan kita dan kekurangan itu diredhai dan ditutupkan dengan kelebihan kita. 

Nak tahu?

Sifat orang yang berjaya itu ada sifat yang bukan bersendirian. Sifat yang berjaya itu adalah berjaya membawa orang lain bersama-sama dengan kita. :)

Thursday, 10 March 2016

Yang sempurna.

Kenapa memilih yang sempurna? Bagi aku, benda ini adalah penyakit. Terlalu mencari kesempurnaan. Aku percaya kepada satu perkara, apabila kita mencari sesuatu yang sempurna, apa yang kita akan jumpa seberapa banyak kekurangan berbanding kesempurnaan. 

Manusia itu tidak pernah sempurna. Allah tidak pernah memberikan satu kata dalam Al-Quran bahawa Dia telah menciptakan manusia itu sesempurna makhluk. Allah menyatakan bahawa Dia menciptakan manusia itu sebagai sebaik-baik ciptaan. 

Oleh itu, mengapa kita perlu mencari yang sempurna?

Sedangkan tiada manusia yang sempurna. Carilah yang terbaik bagi diri kita. Terbaik untuk diri kita tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Orang lain melihat sesuatu perkara itu tidak terbaik untuk kita. Tetapi, kita rasa itu yang terbaik untuk kita. Begitu juga, sebaliknya. Carilah, carilah yang terbaik. Jangan mencari yang sempurna. 

Saturday, 30 January 2016

Kahwin bukan macam main kahwin di dalam pondok masa kecil.

Dulu, aku kanak-kanak normal yang bermain kahwin di bawah pokok atau pondok. Dalam permainan ini, akan ada seorang isteri sebagai ibu dan seorang suami sebagai bapa. Kadangkala, ambil anak patung barbie menjadi anak. 

Seringkali selepas habis memasak, si anak akan digambarkan menangis dan ditepuk perlahan sebagai tanda mendodoikan! 

Bila aku besar, aku baru sedar main kahwin-kahwin itu amanah. Amanah besar. Sebut kahwin bukan macam kita main kahwin-kahwin. Tanggungjawab. 

Aku selalu berkata kepada adik-adik  junior aku yang sedang dilanda krisis mahu berkahwin, kahwin ini bukan setakat akad nikah, kenduri tapi hampa kena fikir sampai anak hampa masuk universiti dan bekerja! 

Dari sekecil-kecil perkara lampin anak sampailah ke kertas dia print untuk projek akhir tahun! 


Dan, aku nak jelaskan perkahwinan adalah satu perjudian hidup manusia. Sama ada kau nak tersungkur ataupun jalan terus. Bagi aku yang perempuan ini, pilih suami itu macam pilih syurga dan neraka. Pilihlah yang betul-betul yang diyakini sebabnya. Jangan pilih sebab kau saja-saja mahu berkahwin. A big no! 

Makanya, apa-apa jua keputusan yang kita ambil itu adalah tanggungjwab kita sendiri. Dan, kerana itu aku tidak mudah untuk menyatakan ya kepada sebuah perkahwinan. Kalau aku katakan ya, maknanya aku berada dalam situasi yang aku benar-benar yakin. 


Dalam fikir pasal perkara ini, aku harap semua org bersifat realistik. Matikan otak-otak dengan drama chenta yang memberikan kesempurnaan. Perkahwinan bukan membawa kepada maksud kesempurnaan. Tetapi, kelengkapan. 

Sunday, 24 January 2016

Once I decided to get married.

Once I decided to get married, people should know how serious it is.

Aku tak tahu la, kenapa? I open my heart to one stranger. 100 per cent totally stranger. Aku tak pernah kenal. Tak pernah jumpa. Hanya muzik yang jumpakan kami. 

Aku rasa ini kerja gila. Setelah hampir 4 tahun aku tutup pintu hati. Aku sengaja tutup sebab aku rasa tidak bersedia. Aku tolak beberapa lamaran daripada pihak-pihak tertentu untuk menjadi perempuan yang hati sado. 

Kali ini, aku adalah loser. Loser kepada strangers. Kalau dia adalah manusia yang menipu, maknanya aku adalah mangsa tertipu. 

We are in stage of knowing each other. Hope it will going well. 

Thank you Kurt cobain! 

Aku harap segalanya dipermudahkan Tuhan untuk hari-hari yang mendatang. Ingat senang nak menjadi seorang bini. Kekeke. Kena masak hari-hari. Benda paling aku benci. 

Untuk memberikan keadilan kepada semua org, perkara ini akan diumumkan selepas beberapa ketika kejadian. Sama ada sebulan, setahun atau lebih untuk aku cakap kat korang. Kakakakaka. Kejam. Doakan kepada aku dengan dia yang baik-baik sahaja. Aku adalah manusia yang sangat jiwa berantakan; takut untuk berada dalam perhubungan. 


And, 
I should say, the best man win. He is the best and he won.