Wednesday 29 January 2014

Maaf, aku degil.

Buat masa sekarang, aku belum punya masalah berkomunikasi dan bertukar cerita dengan org-org yang masih keluar kelab malam, masih berkapel, masih "blonders". 
Belum ada lagi istilah mereka kurang hormat, diam,malas nk bagi pendapat bila tanya pasal Islam dan malu nk tanya pasal Islam.
Lain la kalau ada orang yang sungguh-sungguh sampaikan pasal Islam tapi ada sentimen "Aku ahli syurga,kau ahli neraka", "Aku bijak pandai tapi kau jahil".

Rileks peeps. 
Jangan kelam kabut. Mohon semoga Allah berikan kesabaran kepada kita dalam sampaikan Islam dan Allah beri kelembutan kepada mereka. 

p/s: Pesanan khidmat masyarakat.

Semalam aku update status nie. Saja bikin panas. =) 
Bukan saja-saja aku nk timbulkan kontroversi. Tapi aku nk timbulkan sikit rasa "empathy" kat org-org yang selalu cakap kat org2 yang aku mentioned aku atas tu adalah ahli neraka. Dan ada juga la antara mereka yang pernah berbincang dengan aku yang mereka dah cuba tapi golongan-golongan nie degil dan tak nak dengar nasihat. Dan aku cuma ckp SABAR. Sebab apa sabar? Sabar dalam memberi. Kalau hari ini nasihat dan beri ilmu, jangan pernah sangka bahawa ilmu itu akan diamal dalam masa satu saat. Masa akan diambil sama ada sekejap mahupun lama. Jangka pendek dan jangka panjang.  Kalau tak sabar. Memang ke laut.

Ada beberapa org yang kurang berpuas hati dgn status-status yang aku pernah keluarkan sebelum-sebelum ini. Seolah-olah nak menjatuhkan golongan-golongan yang ada sipi-sipi terkena tempias. :)
Maaf, aku seorang yang degil. Aku tak kisah org nak cakap apa kat aku. 

Sebab apa?
Sebab aku tahu tak ramai orang yang nk tolong orang-orang yang nak kenal Tuhan tapi tak nampak jalan. 
:'(
Ramai orang yang tahu cakap macam-macam tapi tak ramai nak ambil solusi untuk turun padang, terang dan fahamkan.
Yang tahu, bising cakap "ahli neraka, benda-benda yang buruk".
Macam aku cakap sebelum ini
Perjalanan setiap org tu tak sama.
Ada org dididik dengan agama dr dalam bayi lagi.
Ada yang sampai sekarang tak kenal Tuhan lagi

Sometimes, I feel so sad because some of the people who having a very good knowledge about Islam but they act like a judges. Judge the people using their own perspective. They don't put some "empathy" to the other people which is need their help as a muslim.

Aku berterima kasih kat bro yang inbox aku. Tapi seribu maaf, aku adalah nabilah si kecil yang degil. Takkan berhenti kalau aku rasa benda itu betul :)


Tuesday 28 January 2014

Belum masanya lagi.


Ribuan dan jutaan maaf sebab aku rasa belum masanya lagi. 
Masih lagi dalam proses menenangkan diri dan bermuhasabah. Mohonlah kepada Allah supaya Allah bukakan pintu hati ini sebab Dia adalah pemegang hati. Andai kata ada jodoh, akan bertemu jua. Kalau tidak di dunia, di syurga. InsyaAllah. =)

Kenapa tak terima?
Macam aku cakap kat atas, belum masanya lg. Allah akan bukakan pintu hati bila tiba saat yang tepat dan org yang tepat. Bukan serik, tapi sekadar berhati-hati dan masih ada perjuangan aku yang masih lagi jauh ketinggalan dr org lain. 



Monday 27 January 2014

Nabilah si kecil bukan seorang yang lemah lembut.

Yes, indeed. Nabila bukan seorang yang lemah lembut. Kasar tapi belum lagi mencapai tahap kurang ajar.
Bukan lemah-lembut tapi masih tahu adab. Dan akan menjadikan adab dan tatasusila sebagai pagar. Sebab dalam Islam, adab merupakan salah satu cabang penting. Dan nabila pegang kata- kata nie "Don't tell them you're muslim but show who you are". :)
Even I'm wearing a niqab, it;s doesn't mean I have to be a slave for the other people judgement. Bukan yang berniqab saja tp yang lain juga. Kadang-kadang nabila rasa annoying dengan benda-benda macam nie.
Benda-benda macamana?
Benda yg rasanya tak sesuai mengikut tempat, masa dan tarikh. 
Nabila tak suka akan "streotaip" yang annoying. Bila pegang buku yang pelik-pelik terutamanya "bahasa antarabangsa". Eh, kau baca buku bi?. Eh, kau baca novel Sophie Kinsella. Dush. Eager. Haha. 
Yang tu boleh blah lagi.
Yang plg tak blah. Bila org cakap nabila kasar bila berbicara menggunakan bahasa "Aku Kau". Haha.
Kenapa? Orang pakai niqab tak leh guna aku kau? . Huhu. Sorry, aku kurang biasa guna "ana-enti,akhi,akhowat" sebab bukan dr sekolah agama dan aku rasa benda tu tak menjadi masalah untuk nabila berkomunikasi. Salah satu sebab nabila menggunakan "aku kau" ialah bila ada berlainan jantina.
Nabila perempuan dan kebetulan dia tu lelaki. Lebih selesa dan efektif. 
p.s: Kalau rasa berlainan jantina dgn saya, sila mesej aku kau. ;) Kalau tak, aku tetap akan balas aku kau juga. Haha.
Plus: Guna aku kau bukan bermakna aku mencarut. Masih ada adab. Peace!
Then, aku selalu bersama dengan "org-orang" yang bkn macam aku. Haha.
Ini memang sarkastik. Sorry, Nabila tak lyn unsur-unsur "kemaluan" terhadap golongan ini.
Lagi malu kalau tak dak usaha nak sampaikan Islam dengan gigihnya =)
Cakap je la apa pun, asalkan nabila tahu apa kehendak nabila.
Bermula dengan takbir" Allah maha besar" dan diakhiri dengan salam "sebarkan kesejahteraan".
Sebarkan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Wednesday 22 January 2014

Tips "Backpack" Muslimah - Travel.

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan". (Al Mulk verse 15)
InsyaAllah, nabila akan kongsikan tips khas untuk muslimat ketika travel.
Berdasarkan pengalaman selama setengah tahun di tempat yang minoritynya adalah muslim. =)
1. "Saya selesa pakai baju ini".
Pilih baju yang selesa dan sesuai. So, beg korang tak pyh nak letak telekung, sejadah dan sebagainya.
Solat terus dgn baju yang dipakai.  Senang. Islam itu fleksibel dan mudah.
Nabila nk mention kat sini pasal tudung juga. Kalau boleh, jangan pakai tudung yang perlu lilit sana-sini sebab nanti nak ambil wudhu' agak susah =)
Tapi nabila pakai jugak selendang sebab nabila agak biasa dengan selendang.
Kalau yang belum biasa dengan selendang, nabila nasihatkan jangan pakai ... Haha.. 
Plus. Stoking jangan lupa!.
Kaki itu juga aurat =)
2. Botol jangan lupa.
Benda kedua yang sgt penting. Nampak macam kelakar bawak botol kosong dlm bag. Tapi ini versi serius.
Sebab toilet kat Korea tak dak aiq !
So, masuk toilet jangan terkejut kalau tak dak aiq!.
Disebabkan banyak toilet dia terbuka, (sinki kat luar)
Isi air dalam botol dan ambil wudhu' dalam toilet :)
 Lagi kegunaan botol nie ?
Fikir secara kritis. (critical thinking).
3. Kompas kiblat.
Penting. Sebab kalau pergi negara orang yang majoritinya non-muslim,tempat solat adalah "everywhere".
So,akan menjadi senang untuk cari sudut sesuai untuk solat. Bila muslim bersolat di tempat-tempat yang ratanya ada org bukan muslim plus "zero" pasal Islam berkemungkinan akan berlaku beberapa perkara yang tidak dijangka; orang akan rakam dan tangkap gambar. Ada satu peristiwa berlaku kepada muslimin ketika berjemaah di stesen subway; ahjussi (pakcik) pergi ke depan imam dan bercakap-cakap. Lepas tu muslimin tetap teruskan solat. *mestilah tak balas apa yang ahjussi tu cakap. Leas tu ahjussi tu macam marah-marah. Hahaha. Sebab tu kena cari sudut yang orang lain tak nampak dan tak menghadap org. Kalau menghadap org pun, pastikan kawasan yang tidak boleh diganggu dan ada orang yang jaga (solat gilir-gilir)
4. Jaga wudu'
Sebelum keluar, nabila akan ambil wudu' siap-siap dan jaga wudhu'. =)
Memang susah. Tapi tak mustahil.
Sebab muslimat, kena buka tudung, buka stokin. Sinki kat luar.
Ini namanya pengorbanan.
Moga Allah redha.
5. Makanan
Sebelum pergi kemana-mana, sila lakukan research. Makanan apa yang halal dan haram serta syubhah.
:)
Kalau kat korea, kitaorg akan guna link nie sebagai rujukan.
http://amirkorea.org/
Nabila sentiasa bawa snickers sebagai alas perut dan tambah tenaga sebab memang jarg jumpa makanan yang boleh dimakan. Haha.
Kalau roti handmade okey ja sebab dia hanya letak air tepung serta telur. 
Dia buat dan goreng kat situ . So boleh nampak :)
6. Bahasa.
You should! You need!
Sekurang-kurangnya basic. :)
Sebab senang bila nak berkomunikasi.
Naik taxi, arah, duit.;
Dan yang penting "kaka juseyo". Aka discount please. Haha.
Dan lagi satu, mereka akan hargai org yang boleh cakap bahasa mereka.
:)
Ini adalah ruangan dakwah! 
Ambil kesempatan.
p/s: And I realized something; dakwah ini kadangkala tak perlu diucap, perlu ditunjuk.
"Don't tell them you're muslim, but show them you're muslim".
Some poeple called muslim "terrorist".
Show them we aren't!
Salam syg, 
thank you sebab tunggu udate blog.
Tgh mengemas kini draft yang bersepah!.
Haha.