Wednesday, 29 January 2014

Maaf, aku degil.

Buat masa sekarang, aku belum punya masalah berkomunikasi dan bertukar cerita dengan org-org yang masih keluar kelab malam, masih berkapel, masih "blonders". 
Belum ada lagi istilah mereka kurang hormat, diam,malas nk bagi pendapat bila tanya pasal Islam dan malu nk tanya pasal Islam.
Lain la kalau ada orang yang sungguh-sungguh sampaikan pasal Islam tapi ada sentimen "Aku ahli syurga,kau ahli neraka", "Aku bijak pandai tapi kau jahil".

Rileks peeps. 
Jangan kelam kabut. Mohon semoga Allah berikan kesabaran kepada kita dalam sampaikan Islam dan Allah beri kelembutan kepada mereka. 

p/s: Pesanan khidmat masyarakat.

Semalam aku update status nie. Saja bikin panas. =) 
Bukan saja-saja aku nk timbulkan kontroversi. Tapi aku nk timbulkan sikit rasa "empathy" kat org-org yang selalu cakap kat org2 yang aku mentioned aku atas tu adalah ahli neraka. Dan ada juga la antara mereka yang pernah berbincang dengan aku yang mereka dah cuba tapi golongan-golongan nie degil dan tak nak dengar nasihat. Dan aku cuma ckp SABAR. Sebab apa sabar? Sabar dalam memberi. Kalau hari ini nasihat dan beri ilmu, jangan pernah sangka bahawa ilmu itu akan diamal dalam masa satu saat. Masa akan diambil sama ada sekejap mahupun lama. Jangka pendek dan jangka panjang.  Kalau tak sabar. Memang ke laut.

Ada beberapa org yang kurang berpuas hati dgn status-status yang aku pernah keluarkan sebelum-sebelum ini. Seolah-olah nak menjatuhkan golongan-golongan yang ada sipi-sipi terkena tempias. :)
Maaf, aku seorang yang degil. Aku tak kisah org nak cakap apa kat aku. 

Sebab apa?
Sebab aku tahu tak ramai orang yang nk tolong orang-orang yang nak kenal Tuhan tapi tak nampak jalan. 
:'(
Ramai orang yang tahu cakap macam-macam tapi tak ramai nak ambil solusi untuk turun padang, terang dan fahamkan.
Yang tahu, bising cakap "ahli neraka, benda-benda yang buruk".
Macam aku cakap sebelum ini
Perjalanan setiap org tu tak sama.
Ada org dididik dengan agama dr dalam bayi lagi.
Ada yang sampai sekarang tak kenal Tuhan lagi

Sometimes, I feel so sad because some of the people who having a very good knowledge about Islam but they act like a judges. Judge the people using their own perspective. They don't put some "empathy" to the other people which is need their help as a muslim.

Aku berterima kasih kat bro yang inbox aku. Tapi seribu maaf, aku adalah nabilah si kecil yang degil. Takkan berhenti kalau aku rasa benda itu betul :)


No comments:

Post a Comment