Tuesday 30 October 2012

bernikah semasa belajar itu bagus atau tidak?

Assalamualaikum w.b.t
 Hari nie topik hangat yg kian mendapat sambutan dari golongan muda yang cakna terhadap isu semasa...
Bukan hendak memprovokasi..Tapi ilham untuk hadir selepas sesi berkongsi pendapat bersama salah seorang sahabat sebelum berbuka tadi..
Usrah antara saya dengan salah seorang sahabat saya berkisar dengan nikah kahwin muda.. Walaupun tidak secara rasmi perbincangan (small talk tapi mampu memberi kesan dari segi ilmiah dan pembersihan jiwa)
Bermula dengan pertanyaan pendapat bolehkah berkahwin muda ini..?
Jawapan Ya dan tidak..
Ya apabila pasangan itu sudah bersedia dari segi ilmu,agama dan kebertanggungjawaban.
Tidak apabila pernikahan jika berdasarkan hawa nafsu semata-mata.. :)
Artikel nie bukan untuk menimbulkan konflik dan perbalahan tapi mencari sesuatu yang benar dan tersembunyi..
Nikah semasa belajar ada yang menyanggah dan ada yang bersetuju..
Pendapat saya? Yes! saya bersetuju....
Sepintas lalu teringat kepada sahabat yang mengingatkan saya jika rasa sudah mampu untuk bernikah teruskan niat suci kamu itu...
Saya mengakui,InsyaAllah sedang berusaha belajar untuk menjadi mampu begitu juga pasangan..Walaupun belum cukup haul sb ekonomi xstabil..Nak nikah nie perlu ada ilmu dan agama bukan duet shaja.. ada duet tp agama dan ilmu tiada tidak boleh..tp kalau ada agama dan ilmu,InsyaAllah Allah tolong...Saya bertanya lagi,patutkah saya bernikah semasa belajar? Cinta itu mendatangkan zina hati.. Rindu pada kekasih yang tidak halal walaupun sudah ada ikatan dan bertaaruf antara 2 keluarga...
Sahabat memblas pula,Allah akan memberi ilmu itu jika kita berusaha..tpi cuba kita fikir,kita berusaha dan Allah beri nikmat Dia dalam bentuk ilmu tapi dalam masa yang sama kita berbuat maksiat.(zina hati)...Ilmu yang kita dapat tu berkat dak?
Terdetik: Astagfirullah Al Azim...
Baru kini mengerti mengapa Rasullulah mengalakkan kahwin ketika remaja....
Tiada istilah gagal belajar sb nikah melainkan sikap manusia itu sendiri...




Ya Allah,permudahkanlah segala urusan pernikahan kami,Redha dan keberkatanMu itu kami cari..

Sunday 28 October 2012

lelaki dan perempuan serupa tapi berbeza?

Assalamualaikum,
Jam:5.45 pagi
Tarikh:29/10/2012
Hari tu dah janji nk update slot kedua kan?
 tajuk: man from venus
          woman from mars

berbeza tapi sama?

1.otak lelaki lebih besar dari otak perempuan.
2.lelaki lebih cenderung kepada penyerapan maklumat berbanding perempuan.Sebab 2 lah perempuan suka merewang fikiran ke tempat lain..Misalannya,time makan mesti fikir lepas nie nk wat apa kan? xmcam lelaki pakai men redah ja yg mana sempat.
3.Lelaki tidak boleh melakukan dua kerja dalam masa yang sama!.Tak mcam perempuan. Sebab tu lah perempuan jadi suri rumah
4.Hati lelaki lebih besar dari hati perempuan.
5.Muscle lelaki 40 peratus,muscle perempuan 20 peratus...sb 2 la perempuan tak boleh nk angkat berat.. tak dak kudrat mcam lelaki.
6.Perempuan lebih mudah dapat penyakit estoporosis berbanding lelaki sb mengandung,proses melahirkan.


Konsep ini dapat dibuktikan melalui beberapa perkara.
1.Al-Quran dan hadis.. Lelaki itu adalah pemimpin kepada perempuan.
2.Aurat.Aurat lelaki itu lebih ringan dari perempuan.Walaupun begitu,tanggungjawab lelaki itu lebih besar dari perempuan.
3.Harta.ikut hukum syarak,faraid harta dibahagi lebih kepada lelaki kan? Perempuan jangan risau,walaupun lelaki dapat harta banyak tetapi banyak lagi umat yang perlu ditanggung nafkahnya.:) seorang bapa perlu menanggung isteri,anak, dan ibu..Deal la kan? perempuan xpyh tanggung.. lau da yg tanggung pon sb nk tambah pendapatan.
4.Solat.Pernah terfikir tak kenapa lelaki ja yg wajib pergi berjemaah Solat Jumaat?
Nie alasan yang logik la... Lau perempuan diwajibkan pergi,siapa nk jaga anak yang kecil di rumah dan persiapan untuk makan? Kalau la anak kecil dibawa ke masjid,rasa mesti tok imam yang dok bca khutbah tu cakap cmnie"anak-anak kecil tolong diam" kan?
5.jihad di medan perang.Lelaki dibenarkan berjihad. Bagaimana pula dengan perempuan?
Dibenarkan cuma tidaklah digalakkan seperti lelaki...Sebabnya? Nanti bila perempuan meninggal di medan perang,tiadalah penerus generasi umat Nabi Muhammad yang berkaliber.


hurm... thats all.. tapi cuba renungkan sejenak.. Allah itu Maha Bijaksana.... Allah dah aturkan peranan lelaki dan perempuan secara adil dan serentak dengan fitrah manusia.. Oleh itu,adam dan hawa ini adalah saling lengkap melengkapi... Subhanallah!... Indahnya segala ciptaanMu..

Monday 22 October 2012

Islam yang hebat..

Assalamualaikum readers,
Sekarang jam menunjukkan pukul5.25 pagi..Alhamdulilah,masih diberi oksigen lagi pada hari ini..
Semalam balik lewat sebab tu la tak sempat nak update blog awal...:)
Semalam juga saya menghadiri sebuah majlis ilmu yang sangat bermanfaat... Yang saya sendiri pun tak percaya... Betapa kerdilnya kita di mata dunia.. saspen kan?
Semalam majlis tu di bawah persatuan mahasiswa islam universiti malaya(pMIUM)..majlis itu juga terbahagi kepada dua slot iaitu greatest of islamic scientics dan men from Vars and Wowen from venus...nmpak macam pelik cikit kan tajuk dia.. dengaq tajuk pun mcam agak menarik. dan teruja. Disebabkan ambil keputusan di sangat saat akhir untuk pergi ke majlis itu,buku nota pun tidak di bawa...Alhamdulilah ada juga ilmu yang digarap walaupun tidak sepenuhnya... Benarlah kiranya dulu Imam Syafie menulis di tapak tangan kerana tiada pena ketika mencari ilmu.. :)

SLOT PERTAMA:
1.Negara Islam masih banyak di dunia! Cuma kita yang kurang peka.
2.Kota baghdad merupakan pusat ilmuan dunia satu masa dulu(dalam sejarah ada disebut)
  info :




   -kota baghdad dulu mempunyai sebuah perpustakaan (kalau tidak silap darul hikmah) merupakan perpustakaan yang paling terbesar di dunia.Perpustakaan nie memiliki 6 milion buku.Subhanallah.Betapa besarnya pengaruh ilmu Islam satu ketika dahulu.Tetapi telah dimusnah oleh pihak musuh-musuh islam.
-Kota baghdad semasa pemerintahan Sultan Al mansur adalah berbentuk bulat yang mana pentadbirannya berpusat di tengah-tengah bulatan kerajaan itu.Kiri,kanan,atas dan bawah kota baghdad adalah berjarak 2 kilometer dari pusat pentadbiran(Radius) .Hal ini menunjukkan betapa pandainya pemimpin Islam ketika itu kerana beliau mengatakan bahawa jarak itu sengaja dibina untuk mengeratkan perpaduan antara pemimpin dengan rakyat dan rakyat dengan rakyat.Ada 4 pintu utama merupakan kubu pertahanan yang sangat kuat tetapi kota baghdad telah diserang oleh Mongol melalui rasuah terhadap pengawal pintu..Kota baghdad telah dimusnahkan dan hanya tinggal separuh daripada kerajaan bulatan ini.

3.Binaan yang dibina di India oleh intelektual islam disana tidak mengunakan pengikat untuk mengukuhkan bangunan itu sampai sekarang.Tak paham? okey,contoh: kalau kita letak atau ikat bata mesti la letak simen ditengah2 antara bata tu kan? tapi bangunan nie tidak.. cuma bata diselangi dengan bata sahaja.. Pernah terfikir mcmna intelektual islam nie buat? Hebat kan sebab dah beberapa ratus tahun,bangunan tetap utuh tiada runtuh.
4.teknologi dan barang-barang yang dicipta:
  1.Jam... Terkejut?Yes! saintis islam yang mula menemukan dulu jam nie.. Jam tu tidak menggunakan bateri dan masih hidup sampai sekarang dan menjadi penunjuk waktu solat kepada penduduk kota baghdad. Hebat kan ilmuan Islam nie... dah beratus-ratus,beribu tahun masih boleh guna tanpa perlu ganti seperti jam kita pakai hari nie.
2.kamera. Lagi la kan..sebenarnya perkataan kamera itu berasal daripada perkataan Arab(kalau tidak silap Kumra) tetapi disebabkan orientalis Barat ini tidak membaca dengan betul,mereka menukarkan kepada kamera.. Hebat sangat intelektual Islam nie...
3.Pen.
4.Penujuk alam semesta.. penunjuk alam semesta nie semalam gambar dia lebih kurang macam kompas,kt situ ada utara selatan,bulan,bintang mcm2 lagi.. sampai sekarang,pengkaji masih tidak mampu mentafsirkannya.
5.Tokoh ilmuan islam:ibnu haytham.. Ibnu haytham nie memang sangat terkenal dengan ilmu fizik. Beliau lah yang menemukan jumlah panjang dunia.nak tahu mcamna? hanya mengunakan 2 stick kayu! Subhanallah betapa hebatnya ilmuwan Islam ini.banyak karya-karya telah hilang...
6.Ilmu matematik.Ilmu matematik nie memang tidak terkira banyaknya. ada satu manuskrip yang telah diambil oleh Barat mempunyai beratus-ratus muka surat dan beribu equation yang sampai sekarang tidak mampu diselesaikan. Antaranya ialah algebric yang kita dok guna sekarang adalah hak milik ilmuwan Islam.
7.Ilmu perubatan:vaksin,pembedahan dan sebagainya...

P/s: hebatnya pemikiran orang Islam yang kita tidak pernah tahu dan tidak sedar..Dahulu,umat Islam sangat gemilang dengan ilmu yang hebat sehingga menjadi rebutan barat...

Thursday 18 October 2012

Sahabat

Assalamualaikum..and good day..
Say Alhamdulilah..Allah memberi udara sekali lagi untuk dihirup..
Hari nie keputusan JPA dah keluar..Tahniah kepada kawan-kawan,sahabat-sahabat yang dapat... Berikanlah sujud sebagai tanda syukur kepada nikmat yang Allah berikan.. Kepada sesiapa yang tak dapat..anggap ia sebagai satu platform untuk kita melonjak ke arah yang lebih baik..teruskan usaha,.. Pohon tahun depan pulak kan... bg pointer mantap cikit..
 Okey entri kali nie berkenaan sahabat.. Pada pendapat korang,apa itu makna sahabat?
Bagi aku sahabat nie terlalu umum.... Apabila dibuat kajian,ada pendapat yang mengatakan sahabat nie waktu senang dan susah,macam-macam lagi..
 Tapi bagi pendapat aku,sahabat nie seorang yang diutuskan Allah untuk mengingatkan kita kepada Dia..
Aku selalu tengok orang tulis camnie.. sahabat apa macam tu time senang ja ada,time susah xda....
Janggan cakap macam tu yer? Mungkin sahabat nie ada masa kita susah tapi kita tak nampak..
Macamna yer?
Contoh situasi: Si A bersahabat dengan si B,tetiba si A ditimpa kesusahan,Si B tak nak tolong...
Si A pun cakap cmni"dia bukan sahabat sb dia xnak tolong aku"... Tapi si A tidak tahu bahawa Si B nie sentiasa tolong dia... iaitu melalui doa... Doa yang mustajab adalah doa yang yang tidak diketahui oleh orang yang didoakan... betulkan jika saya salah...dah paham kan?

 Sahabat yang baik itu sahabat yang selalu mendoakan dan mengingatkan sahabatnya tentang Allah...Sahabat yang baik juga boleh menerima seadanya sahabatnya itu dan mendoakan kebahagiaannya bukan mendoakan keburukan.. :) Allah tidak memakbulkan doa orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain...
Sama-sama muhasabah diri..Kasih sayang antara sahabat itu tidak perlu ditutur..sb kadang-kadang tutur itu tidak selari dengan hati... Penguat rindu dan kekuatan silaturahim itu ada pada doa... Penghubung kasih sayang itu adalah Allah S.W.T.

Andai sahabat kita berjaya,teruskanlah berdoa agar dia terus berjaya dalam hidup dan kita tumpang gembira..
Andai  sahabat kita jatuh,teruskanlah berdoa agar dia terus bangkit dan berjaya...
SubhanaAllah betapa Allah Maha Pemurah...memberikan kenikmatan hanya melalui doa kepadaNya..
Kalau sahabat kita tu seolah-olah lupakan kita,,, percayalah bahawa dia tak pernah melupakan kita melalui Dia..

Fatimah Syarha:Persahabatan yang indah itu persahabatan LillahiTaala..

dah habis! Wallahua'lam bissawab... :)
Tengs for reading..



 
 

Friday 12 October 2012

cara menghilangkan stress

Assalamualaikum readers...
masa ni mesti student-student tengah stres kn?
Masa nie la assigment berlambak-lambak atas meja,buku nk ke ulangkaji sb ada kuiz,katil xsempat nak tgk (tp fb dgn blog sempat ja tgk kn) hari-hari ada aktiviti persatuan dan kolej.. Masa nie la bru nk pham pasaipa cikgu ckp kalau duduk kt universiti ni zaman tidoq... pantang hujung minggu mesti nk bangun tidoq lewat sebab dah satu minggu balik penat,.. kadang-kadang sampai malam sb attend banyak program.. masa gap yang ada perlu digunakan secara sempurna untuk ulangkaji pelajaran terutama sekali orang yang berpersatuan... penat kot... lpas satu tempat ke satu tempat yang lain... lau dekat xpa gak.. but its okey... nt leyh cita kt anak-anak .. keh3..
Alhamdulilah selepas beberapa ketika dah terbiasa dengan keadaan persekitaran... Walaupun kadangkala mcm xmampu suma keja dalam satu masa sorang-sorang.. kalau dulu mak dengan ayah atau mr tunang yang tolong wat dr A smpi Z ...tp sekarang kena berdiri atas kaki sendiri..
Saya ada beberapa cara untuk menghilangkan stress dalam kalangan kita : adik2 PMR,SPM dan STPM pon stress kan?.. keh3... biasa la 2..

1.baca lah AlQuran bagi yang muslim.
Sesungguhnya AlQuran itu adalah penawar bg segala penyakit..
InsyaAllah kalau selalu bca Quran kita senang nk tenangkan diri bila stress.
2.Menangis
Menangis tu jugak salah satu cara untuk menghilangkan stress
3.meluahkan
Carilah sahabat-sahabat yang boleh dipercayai..luahkan segala yang terpendam.. Dengan cara ini,dah hilang sikit beban stress.
4.Lakukanlah hobi anda..
Luangkan masa untuk memberi rehat kepada otak anda dan badann setelah melakukan aktiviti seharian..Sebagai contoh,mendengar muzik yang sentimental(jgn dengar lagu yang agak keras sb ia akan mempengaruhi emosi anda),tgk cerita korea..(part nie bnyak pmpuan buat kn?)dan paling bagus membaca buku yang membina.
5.tidur
Kadang-kadang stress nie berlaku akibat tidur yang tidak mencukupi,, ingat,otak itu perlu rehat...
Sebab tu lah..Allah menciptakn malam dan siang seiring dengan fitrah yang diperlukan manusia.

Tuesday 9 October 2012

dalam sebuah bas..

Assalamualaikum readers..
Saat ini baru ja smpi bilik... tp disebabkan kebosanan,saya mengambil keputusan untuk mengupdate blog usang :)

Ada satu cerita yang berlaku dalam bas td... hehehehe..tak ada cinta-cintun okey!(i'm been proposed okey...)
Saya dgn seorang sahabat nie... nma dia Sulyana tp kmi selesa panggil dia Su ja.. Kami dalam perjalanan ke kelas AlQuran kat pusat sukan(padahal kelas 2 kami p cri xda)...Masa dok tunggu bas 2,kami dah lewat dalam 5 minit cm2 la..dah la jauh,bas pulak asyik rehat ja..adess..sabaq ja la...

 Sampai satu saat , bas yg kami nk guna tu sampai..punya la ramai..sesak kot nk beratur...kt situ ramai la muslimah dengan perempuan non-muslim or etc(majoriti kaum perempuan la) berebut nk naik bas termasuklah saya dengan sahabat nie... sahabat saya dah terlepas ke perut bas,saya masih lagi berebut kt bawah,tiba2 rasa mcm ditolak... adess!ada sorang mamt nie.. dengan xgentlemannya tolak saya hingga kaum prempuan yang beratur di belakang terstuck sb baris dah kena potong... okey ..Sabaq lg... mungkin Allah nk uji saat kita nk p tuntut ilmu..

Situasi dalam bas,sendat tu xpayah nk cakap la kn...lpas dari satu destinasi ke satu destinasi,dah kurang orang.. saya pon dah dpat tempat duduk,tp kcian la kt sahabat nie sb glas beg berat..try la cri tempat duduk kt dia... ada satu tempat kosong kt sebelah perempuan Chinese,saya pon gamit la sahabat nie... yang rasa pedih hati,mamat yang sma tolak aku masa naik bas selamba ja p duduk tempat yang saya dah cop untuk sahabat..
Moral of the story:
 Entah tetiba rasa nak marah kt mamat nie sb tidak bertolak ansur dengan kaum perempuan.. Pentingkan diri sendiri :)Agak-agak la saudara...

Lelaki kalau betoi dia menghormati perempuan,dia xkan bg prempuan berhimpit dengan lelaki-lelaki...
Mungkin tafsiran salah,tp saya merasakan bahawa dia adalah seorang yang tidak layak untuk bergelar suami.. Tp xtahu la,, mungkin jodoh kn? kita xtahu..
Mungkin ada pendapat yang mengatakan bahawa "tak boleh ckp cm2 sebab kamu belum kenal dia"
Bak kata pepatah,tak kenal,maka xsayang...
Tapi kalau kamu suma di tempat saya kamu juga akan berpendapat dengan saya... Mungkin ada setengah lelaki sengaja menunjukkan kemachoan apabila memberi laluan kepada kaum hawa..Ada juga memang ikhlas.. Tapi bila difikirkan balik... sekurang-kurangnya dia ada pertimbangan untuk memberikan laluan kepada yang memerlukan..
Pandangan pertama terhadap sikap kita,orang akan mula judge... :)
 Orang kalau xsegak tp berbudi lebih baik daripada orang yg ada rupa tapi xda pekerti...
Jangan harap kamu akan memegang segulung ijazah,orang akan salute kamu seumur hidup...

Tuesday 2 October 2012

kahwin muda???

Assalamualaikum readers..
Sory lama xupdate blog yg sudah usang... :) keh3..
Alhamdulilah hari cukup sebulan aku bergelar mahasiswa ...

 Update kali nie bahaya cket ..he3.. tp nk ckp jugak...
walaupun aku xkawen lg dan bukan bergelar yg halal buat si adam yg tercipta,aku nk bahaskan tajuk nie..
Sapa yg nk bahas secara akademik boleh tinggalkan komen anda... hehehehe... Bahas 2 bukan untuk  mencari salah atau silap tp unutk memperbaiki sesuatu yg kurang..

Pertama:
Tiap kali bincang secara ilmiah,mesti ada orang cakap kawin muda nie xelok sebab xmatang dan ikot nafsu muda...
tp pendapat aku,kahwin muda ka tua sama ja sbb ikot kematangan pasangan yg berkahwin itu sendiri unutk menggalas tanggungjawab dalam melayari rumah tangga yg dibina ... chewah...
memang la kawin muda ada byk risiko terutama kepada pasangan yg keduanya masih belajar terutama dari segi komitmen terhadap belajar dan ekonomi yang belum stabil...
 Tapi berdasarkan pemerhatian dan kajian yang aku buat, aku tengok pasangan muda okey ja... kalau dulu rumah tidak disewa,lepas kawen boley ja sewa rumah sedangkan ekonomi masih pon belum sempurna... nk tau sebab apa? Sebab janji Allah untuk melimpahkan rezeki kepada yg bernikah unutk mendapat redha...
Xcaya? kalau dulu sebelum kawen naik moto,sekarang lpas kawen mampu beli kereta..antara sedar atau tidak,Allah beri rezeki...kita ja xperasan kn?
Pasai komitmen kat study tu,lau niat kita nk kawen btoi..insyaAllah berkat! 
Kedua:
tiap kali bincang pasai nie,mesti ada orang kata  kawen muda nie memang baik tapi kadar peningkatan cerai dalam negara juga meningkat..!
Bagi aku,benda mcm bergantung kat niat kita berkahwin..Altough,aku belum lg bergelar isteri..
contoh 1:kalau kawen sb pasangan tu cantik atau hensem/takot diambil orang,nt akan ada masalah sb cemburu yang melampau2.. ataupun sikap pasangan tidak  menepati ciri2 spt malas kemas rumah atau tidak suka masak unutk suami...
contoh 2: sebab kawin pangkat dan harta... akan hilang kasih sayang sebab rasa hormat hilang..
                Andaikan si isteri adalah bos,suami di bawah isteri...tidak mustahil si suami akan rasa tercabar dgn pangkat isteri...
Contoh 3:sensitif cket yg nie.. kawen sb nk memuaskan nafsu...apabila tidak mencapai apa yg tidak dikehendaki,mula lah ke arah penceraian..
Contoh 4: kalau kita berkahwin sebab untuk mendapat payungan redha Ilahi,InsyaAllah akan berkekalan...
   Indah jika redha Ilahi dicari bersama-sama dan ke Jannah bersam-sama...

Konklusinya,berbalik kepada niat kita,tak salah berkahwin muda atau tua.. yang penting niat kita dalam mencari redha Allah.. Komplikasi dalam rumah tangga adalah ujian dari Allah... Jika bernikah,telah sempurna sebahagian dari agama..

Islam telah mengesyorkan supaya kita memilih pasangan hidup berdasarkan:
1.agama..
kalau ada agama,InsyaAllah akan bahagia menjadi keluarga yang mawaddah wa rahmah..
2.keturunan:
keturunan nie bukan la bermaksud keturunan berdasarkan pangkat tp kesuburan pasangan untuk melahirkan umat junjungan Umat Muhammad.
3.Sekufu:
Ramai orang yg tidak setuju dgn bnda nie apabila aku bahaskan... sekufu tu bukan bermaksud pangkat ataupon harta,tapi sekufu dari segi pemikiran,tanggungjawab dan juga perasaan.
Macam la aku ckp kt atas td,kalau la perbezaan dalam hidup  yang terlalu ketara,boleh menyumbang ke arah penceraian.. kalau lah suami gaji 500,isteri gaji 3000, suami akan akan merasa rendah diri dan isteri semakin tertekan sb perbelanjaan ditanggung isteri..nampak? kepada akhi2 atau ukhti2 yang berasa kurang senang dengan statement nie,tolong betulkan yer.. :)
4.paras rupa:
paras rupa ini bukan lah cantik,tp manis dan elok dipandang dan mendamaikan jiwa..tapi kalau cantik,itu anugerah Allah kn?


P/S:tak salah pon kawen muda andai matang dalam menghadapi cabaran rumah tangga.. InsyaAllah bahagia.. Syaitan menangis apabila remaja bernikah :)post nie bukan sb saya nk bernikah muda, tp membahaskan pendpat tntg kawen muda yg dipandang enteng oleh sesetengah pihak... terima kasih..