Monday 31 August 2015

Sekolah part 2

Ok, lepas aku pindah ke sekolah biasa Tingkatan Tiga, aku jumpa balik kawan-kawan aku. Masa aku dok hostel, tak lah buas dan hyper sebab terkawal. Bila aku pergi ke Tingkatan Tiga, mula balik. Hyper. Ponteng kelas, tuisyen. Sebelah sekolah aku adalah sekolah teknik Langkawi. Ada pagar kecil yang membolehkan kami ‘fly over’ tanpa guard sekolah bawah ketahui. Kahkahkah. Lepas itu, pergi melepak. Kalau ponteng tuisyen pun sama. Tuisyen petang biasalah. Aku rasa aku tak belajar langsung. Last sekali, result aku jatuh.

Lepas itu, aku dapat tawaran ke teknik jurusan Agroteknologi. Dua tahun kat sini. Sekolah menengah Teknik Langkawi (Latech). Naik form 5, dilantik jadi ketua asrama. Damn it! Aku hurm…….. Biarlah. Masa kat sini, aku dah slow sikit sebab aku duduk hostel balik. Peraturan dia pun boleh tahan la. Pffftttt. Aku rasa kat sini aku lebih terbuka sikit sebab kat hostel dengan kelas aku tiada budak Langkawi. Kiranya, geng aku semua budak luarlah. So, behave sikit. Cumanya, bila balik cuti. Aku hyper balik. Masa tahap ini juga aku dah start acah-acah masuk bilik karaoke, club, wayang (masa ini wayang baru ada di Langkawi). Jahil betul aku. Tapi, aku perasan, masa nak dekat SPM, aku banyak study. Tak mcm PMR dulu. Hahahaha. Alhamdullilah, result membanggakan.



Lepas tu, sambung tingkatan 6. Dan masuklah Universiti Malaya!!!
Dah tahun akhir dah woi. Cepatnya masa berlalu.

Sekolah part 1.

Naik sekolah menengah, aku duduk sekolah asrama. Sekolah itu aliran rancangan khas. Aku tak suka pun sebenarnya. Hahaha. Tapi memandangkan mak ayah aku tak kasi aku pindah jauh, so, aku pergi ja la. Aku dapat tawaran. Biasalah lepas UPSR. Maktab Mahmud dan sekolah ini. Memang tak lah aku nak pilih Maktab. Memang rare gilalah. Dengan free hair, blonde, short pants. Jauh panggang dari api noks.


Aku redha pergi ke sekolah ini. Kat sekolah ini, aku diwajibkan ambil bahasa Arab. Aku ambil dua tahun. Tetiba, aku rasa nak memberontak. Sebab aku tak suka persekitaran dia. Jahil betul aku. Aku ingatkan sekolah kebangsaan biasa macam tu, walaupun aliran agama (bahasa Arab ja pun yang lebih dari kelas lain) peraturan macam sekolah agama. Aku ingat lagi, aku paling tidak suka kelas bahasa Arab. Aku dah la jenis nak ambil tahu dalam kelas, ustaz setiap hari akan masuk, suruh bangun, dan hafal fiil mudarik, mardi dan sebagainya. Setakat hafal, kacang ja. Kahkahkah. Masalahnya, dalam setengah jam. Dia suruh tutup buku dan berdiri atas kerusi. Lepas tu, sapa yang jawab cepat dia boleh duduk. Dalam kelas aku ada dalam 40 lebih. Aku selalu last. T____T. Dalam tak suka aku dalam bahasa Arab ni, aku tak pernah dapat B. A sepanjang dua tahun. Malangnya, aku rasa aku tak nak belajar.


Benda yang paling aku tak suka sepanjang aku duduk kat sekolah ini ialah ada tasmik. Kena pergi menghadap ustaz warden hafal surah pendek juzuk 30. Huwaaaa….. :’( kalau hafal time kelas tak pa la jugak. Ini tidak, hari Jumaat lepas Subuh. Orang hari Jumaat nak tidur, nak outing. Tapi, aku berjaya jugalah tasmik dan hafal tu. Hurm,


Sebenarnya, banyak benda yang aku tak suka masa aku kat sekolah ini. Pertamanya, sebab aku dilantik jadi pengawas asrama. Pengawas asrama; biro disiplin.  Aku tak suka bila aku pegang jawatan, aku nak suruh orang benda yang aku tak buat. Antaranya ialah pakai stokin. Dulu, masa tingkatan satu. Stokin ini tidak wajib pun. Tapi, entah macamana. Ada ustaz baru masuk dia wajibkan stokin. Gila protes. Tapi, aku tak pakai juga. Lepas solat subuh biasanya ustaz akan tanya “Siapa yang tidak pakai stokin semasa nak turun ke surau”. Reramai angkat tangan. Kena berdiri kat depan. Kahkahkah. Memang tak lah. Aku rasa aku hipokrit sangat masa ini. Sebab aku kat luar tak pakai tudung, pakai short. Tetiba nak masuk hostel kena pakai macam tu.

Lepas tingkatan dua, aku minta pindah. Aku pindah ke sekolah biasa juga dan aliran biasa.


Cerita bersambung nanti……

Aufa Rafiq :Andai mati yang terbaik untuk adik.

Muhammad Aufa Rafiq, insyaAllah bakal penghuni syurga Allah. Kakak harap Aufa mampu untuk jadi kuat. Berkali-kali tenat, Tuhan masih bagi nyawa untuk adik terus kuat. You are the fighter bro:’( Setiap kali kakak pergi kepada Aufa, kakak selalu bisik, andai Aufa nak pergi dari dunia, pergilah dengan tenang adik. Jangan risau, syurga tempatmu.


Dalam masa dua bulan berulang-alik lihat Aufa, kakak rasa sayang sangat. Mungkin Aufa adalah insan yang Tuhan bagi sebagai hikmah untuk kakak bermuhasabah sepanjang praktikum. Aufa amanah Allah daripada Tuhan untuk kakak dapatkan pembelaan. Tapi, kakak tidak mampu untuk pergi sejauh itu.


Aufa, anak yang baik dan tak banyak ragam. Jujur. Setiap kali panggil menoleh. Walaupun, aufa terlantar. Ibubapa Aufa yang langsung tidak ambil tahu keadaan Aufa lagi buat kakak rasa Aufa anak yang baik. Aufa mengingatkan kakak bahawasanya anak adalah sebuah amanah dari Allah untuk dijaga sampai satu masa Allah panggil kembali. Mana mampu untuk insan lain lihat Aufa sampai begitu. Pesan kakak sekali lagi, kalau Aufa rasa Aufa tidak mampu lagi untuk bertahan. Pergilah dengan tenang sayang. Syurga Allah menanti Aufa.


My dear son, Muhammad Aufa Rafiq. Allah sedang merahmati Aufa. Andainya mati itu yang terbaik untuk Aufa. Kakak redha. 

Cara mendapatkan makanan halal di Korea Selatan


Hari ini, aku nak berkongsi cara untuk mendapatkan makanan halal di Korea Selatan. Bagi aku, yang dilemparkan jauh oleh universiti Malaya dan Universiti Chonnam yang sudi menerima aku apa adanya *chewaah, makanan halal di Korea agak susah. Kalau boleh refer post aku yang sebelum ini, ada aku cerita ‘survival’ makanan masa 6 bulan di sana.

1. Sentiasa periksa laman web amir Korea. Laman web ini memang sangat membantu masa di sana. Laman web ini dalam bahasa Melayu, setiap makanan yang direfer kepada mereka akan diberikan status halal, ragu-ragu dan haram untuk dimakan. Setiap makanan tersebut akan dinyatakan sebab-musabab. Misalnya, ada ramen yang tidak boleh dimakan sebab mengandungi gelatin haiwan. Ada ramen yang boleh dimakan sebab mengandungi gelatin tumbuh-tumbuhan. Korang boleh search laman amir korea. Kat situ banyak panduan.

2. Interaksi dengan masyarakat sekeliling. Ini benda serius. Kecuali kalau yang bahagian Seoul, kitaorang akan tuju itaewon. Syurga makanan halal. *hahahaha* Kalau kat kawasan yang agak rural sikit, memang kena bercakap dalam hangul. Bertanya dengan ahjumma dan ahjussi. Tak pun, bina connection dengan buddy korea. Make sure he /she can speak English. Kalau korang ke Korea, memang berserah sangat lah. Tak lancar pun, kena cakap juga. Selalu tulis kat kertas, eja. Sadis! Tapi, itulah semangat nak belajar. Alhamdullilah, ada benda yang aku ingat lagi.

3. Bawa makanan bertin. Paling selamat! Tapi, kalau macam aku sampai 6 bulan memang keringlah nak bawa banyak-banyak. Kalau travel untuk backpack mungkin boleh. Lepas tu, beli nasi yang dalam bekas dan panaskan. Kat korea, dia ada nasi yang ready made. Tinggal nak panaskan ja. Selalunya, kat kedai-kedai dia akan ada microwave untuk digunakan. Ada satu pasar raya kegemaran kita orang, CNU. Bolehlah korang nak makan dalam itu selepas panaskan makanan.

4.       4.  Aku pernah kehabisan stok makanan sebab minggu khinzir universiti. Hahaha. Tak boleh makan. Just makan roti, nasi kosong, curi kimchi dari cafeteria dan chili flakes. Selang seli dengan buah dan coklat. Kat sana, boleh makan coklat peppero, snickers, kitkat dan lotte yang huruf-huruf tu. Tapi aku selalu makan snickers.

5.       5. Aha, makanan kegemaran aku juga yang dijamin halal. Camchi bab. (Bap = nasi, chamchi = tuna). Dia bentuk segi tiga. Balut dengan seaweed. Yummmy!
Ok bai.

Malas membaca, malu bertanya dan sesat jalan.



“Malas membaca, malu bertanya dan sesat jalan”. Iqra’ bis mirab bikal lazi qala’. Bacalah dengan nama Tuhanmu. Seruan Tuhan dalam Al-Quran mengenai membaca. Malangnya, ramai umat Islam sekarang yang malas membaca. Sudahlah malas membaca, malu bertanya. Akhir sekali, sesat jalan.

Banyak orang berkata “Jangan baca banyak sangat buku, nanti sesat ikut barat”. Itu petanda bahawa orang itu sedang mengajar kita menjadi dungu yang berbunyi bodoh. Nak melakukan sesuatu perkara yang menongkah arus bukan mudah. Banyak juga halangan.

Kalau kau baca buku falsafah, mereka akan cakap kau liberal. Beralih kepada hak asasi manusia, mereka akan cakap kau pendokong hak asasi manusia LGBT. Biarlah. Orang nak cakap apa pun. Yang penting, otak kau tidak lemau. 


Sunday 30 August 2015

Inspirasi kepada manusia lain.


Hurm, kadangkala aku terfikir juga. Apa sumbangan aku terhadap orang lain. Tiada. Sangat kosong.  Menjadi inspirasi kepada orang lain itu bukan perkara yang mudah. Tapi, tidak mustahil bukan?. Cuma kita sahaja yang tidak bertindak positif dalam sesuatu perkara. Selalu sangat negatif berbanding positif. Mungkin. Entah. Apa-apa pun, semoga hari-hari yang mendatang menjadikan diri kita lebih baik daripada hari ini dan semalam.

Perempuan dan ‘relationship goals’ : Perkahwinan sebagai matlamat utama.


Girl’s stuff. Keep talking about marriage, prince charming and what so ever. Hahaha. No doubt. Gotta admit. I am one of em. Tapi ada banyak perkara yang aku rasa (ulang : aku rasa) tidak selesa apabila bercakap dalam soal ini menjadikan perkahwinan itu sebagai matlamat utama dalam hidup bernama perempuan. Bila aku cakap pasal benda ini, aku rasa aku ala-ala pejuang tegar feminis.


Aku ada justifikasi aku sendiri kenapa aku ada pandangan bahawa perkahwinan itu tidak boleh menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia seolah-olah ianya adalah satu titik akhir kehidupan perempuan. Like seriously, banyak benda lagi perempuan boleh buat. Ada orang cakap kat aku, mak ayah kita ok sahaja. Bahagia. Lepas kahwin bahagia. Aku cuma nak beritahu satu sahaja. ~zaman dah berubah~. Aku rasa sebagai perempuan, aku perlu hadirkan satu konotasi yang agak ‘negatif’ supaya kita lebih berhati-hati dalam sebuah perkahwinan. Aku bukanlah nak cakap semua lelaki tidak guna. Tidak! Tidak sama sekali. Walaupun hanya segelintir sahaja yang memalitkan bau busuk ‘tahi’ lembu dalam kalangan reputasi lelaki yang agak sado dan maskulin. Kah! Tapi, perempuan sekarang perlu ada visi dan misi yang jelas dalam kehidupan. Sepanjang aku melihat perkara-perkara yang berlaku dalam masalah rumah tangga. Kesan yang paling nampak, ketindasan terhadap perempuan. Tak percaya? Sila lihat, ibu tunggal yang ‘struggle’ dalam rumah tangga dalam membesarkan anak-anak. Dulu, aku ada seorang kak angkat. Asal Kuala Lumpur. Mak dia selalu pesan kepada kawan-kawan perempuan “Bina diri sendiri, bagi ada pendapatan dan berdikari. Baru kahwin”. Mula aku tak fikir sangat pasal ayat ini. Dah lama aku selidik. Ada betulnya juga. Frasa orang yang lebih tua ‘makan lebih garam’ mungkin betul di sini.


Mak akak angkat aku ditinggalkan oleh suaminya seorang diri. Tanpa sijil pendidikan. Tanpa apa-apa. Dia membesarkan anak dia seorang diri di Kuala Lumpur dengan menjual kuih tepi jalan sampai anak dia masuk universiti. Inilah, pengalaman ajar kita supaya melihat dengan lebih jelas. Bayangkan, dalam dunia ‘Malaysia’ yang sudah melangkah jauh ke hadapan berbanding dahulu, adakah kita sebagai perempuan mampu untuk ‘survive’ jika berlaku apa-apa selepas berkahwin.
Sungguh, aku tidak minta perkara buruk yang berlaku apabila kita mula menapak dalam alam rumahtangga. Tetapi, bayangkan kalau suami meninggalkan kita sama ada cerai hidup dan cerai mati?? How we gonna survive without any pendidikan or kemahiran. Aku tidak kisah sama ada perempuan itu belajar tinggi atau tidak. Yang penting, mulai saat ini, bina nilai (value) untuk menongkah arus. Aku bagi misalan, perempuan yang belajar tinggi boleh guna sijil pendidikan yang sedia. Bagi yang sebaliknya, gunakan segala jalan yang ada untuk kita sebagai perempuan ambil kemahiran. Sekurangnya, kita tidak menjadi manusia yang pupus dalam zaman. Masa ini, barulah terfikir. Tiadanya tweet ‘relationship goals’. Relationship goals itu semua orang ada. Tapi, perlu ingat. Kita harus ada persediaan.