Ok, lepas aku pindah ke sekolah biasa Tingkatan Tiga, aku
jumpa balik kawan-kawan aku. Masa aku dok hostel, tak lah buas dan hyper sebab
terkawal. Bila aku pergi ke Tingkatan Tiga, mula balik. Hyper. Ponteng kelas,
tuisyen. Sebelah sekolah aku adalah sekolah teknik Langkawi. Ada pagar kecil
yang membolehkan kami ‘fly over’ tanpa guard sekolah bawah ketahui. Kahkahkah.
Lepas itu, pergi melepak. Kalau ponteng tuisyen pun sama. Tuisyen petang
biasalah. Aku rasa aku tak belajar langsung. Last sekali, result aku jatuh.
Lepas itu, aku dapat tawaran ke teknik jurusan
Agroteknologi. Dua tahun kat sini. Sekolah menengah Teknik Langkawi (Latech).
Naik form 5, dilantik jadi ketua asrama. Damn it! Aku hurm…….. Biarlah. Masa
kat sini, aku dah slow sikit sebab aku duduk hostel balik. Peraturan dia pun
boleh tahan la. Pffftttt. Aku rasa kat sini aku lebih terbuka sikit sebab kat
hostel dengan kelas aku tiada budak Langkawi. Kiranya, geng aku semua budak
luarlah. So, behave sikit. Cumanya, bila balik cuti. Aku hyper balik. Masa
tahap ini juga aku dah start acah-acah masuk bilik karaoke, club, wayang (masa
ini wayang baru ada di Langkawi). Jahil betul aku. Tapi, aku perasan, masa nak
dekat SPM, aku banyak study. Tak mcm PMR dulu. Hahahaha. Alhamdullilah, result
membanggakan.
Lepas tu, sambung tingkatan 6. Dan masuklah Universiti
Malaya!!!
Dah tahun akhir dah woi. Cepatnya masa berlalu.
No comments:
Post a Comment