Monday 27 July 2015

story.


Aku rasa aku dah lama tak update blog kan?. Bukan setakat blog, social media yang lain pun sama juga. Aku sibuk tolong mak aku kat kedai bazaar Ramadhan. Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, mak aku berniaga. Tapi, mak aku memang tak ambil pekerja lain. Dari A sampai Z adik aku dan aku sahaja. Yang lain semua sepupu dan kawan-kawan. Memang jarang la nak ambil pekerja lain.
Dari kami berdua kecil lagi, memang sudah dilatih (latih la sangat) dengan benda yang begini. Mak aku memang jenis tegas. Ayah aku pun sama. Macam entri aku sebelum ini, family aku sederhana sahaja. Kiranya, kalau aku dengan adik aku nak something, kena usaha la sendiri. Kalau 2-3 hari ini nampak rajin, makanya mak aku kasi lebih sikit. Wakaakaka. Kami memang tidak diajar untuk dapat something dengan mudah.  Aku dah start jadi ‘cashier’ daripada darjah 3. Mak aku tinggalkan kedai dan senarai harga untuk aku kira duit orang. Hahahahaha. Sama juga dengan adik aku. Memang berdikari sendiri dari dulu.

Ok, sambung cerita kat atas. Kadangkala bila berniaga bulan puasa ini buat aku realized something yang aku tak dapat beli di mana-mana. Serius.

1.       Ada lagi orang yang lebih kekurangan daripada kita. Perasan kan? Kadang-kadang kita mengeluh kita rasa kekurangan. Orang lain lebih banyak duit. Kita nak dapat apa pun susah. Tapi, sebenarnya ada lagi yang lagi susah daripada kita. Sepanjang bertahun-tahun aku jadi peniaga bazar ini, aku sudah jumpa ramai orang yang buat aku rasa ternyata Tuhan bagi hikmah aku dilahirkan dalam keadaan yang sebegini. Family aku jual nasi campur. Mak aku memang jarang nak masak benda yang ‘common’ macam kita makan seharian. Esp, jenis ikan. Sebab ikan di Langkawi ini nama ja pulau. Kalau mai musim ikan mahal, memang nasiblah. Mak aku akan masak menu yang rare macam ikan bawal putih masak kari, telur ikan masak kari. Benda-benda yang macam ini sebenarnya menu yang agak mahal. Seketul pun boleh cecah RM3 hingga 4. 
Nak tahu tak? Ada ramai orang yang hidup serba kekurangan yang tanya lauk satu persatu. Sebab nak cari yang murah. Tak mampu nak beli. Selalunya, ikan yang kategori ‘murah’ dan ‘common’ akan habis sampai jam 4 lebih. Hanya sejam. Boleh langsai lauk ini. Memandangkan ramai orang yang datang lewat, ikan kategori ini habis. Mereka cedok kuah (biasanya mak aku tak buang kuah yang ikan ini sebab tahu ramai orang yang menunggu), letak atas nasi dan bayar! RM 1.00 T____T Ada juga yang sayur sahaja. Sedih weh.

Kedai aku, selalunya pekerja asing akan berhenti. Paling banyak Indonesia dan Bangladesh serta Myanmar. Diaorang dah familiar dengan masakan mak aku. Tapi tu la, kadang-kala soalan yang aku rasa sedih gila “ibuk, jual lah nasi lemak seringgit macam selalu. Saya mau beli.” 
*mak aku jual nasi lemak pagi kalau bukan bulan puasa.  Sometimes, mak aku selalu bagi ja nasi dan cucur udang free untuk depa buka puasa.

Dulu, mak aku pernah jadi supplier barang untuk pekerja bawah ayah aku, Bangladesh. Korang tahu tak? Gaji depa RM27 sehari. Setiap hari mencangkul longkang. Yang buat aku tumpah air setimba ialah depa berbuka pakai air garam, perah asam limau. Hari-hari. Lepas tu, nak hebat sikit hiris bawang besar. Bayangkan tak???

Kita, buang sisa bertan-tan. Aku terbayang satu quote
 “Remember, while we are confuse to choose what kinda of food we wanna eat, there are some people don’t have any food”

2.       Ajar jadi sabar. Berniaga di bazaar Ramadhan sangat menguji kesabaran. Mental dan fizikal perlu kuat weh. Daripada tenaga sampai mental kena menghadap pelanggan yang berbagai ragam. J Mak aku start proses penyediaan bahan dari jam 8 pagi. Selalunya akan habis masak dalam jam 2. Jam 3 dah boleh start jual. Bulan puasa kalau masa hujan, memang jualan akan menurun sikit. Sabar. Dengan basah lencun. *kadangkala kalau angina kuat. Bulan puasa kalau masa panas, orang ramai, bolehlah tahan. Tapi tekak rasa nak minum. Serius. Tambah pula, orang ramai. Tak larat nak bercakap. Rasa kering air liur, Hahaha. 

kbai,

praktikum bahagian 1.



Alhamdullilah, aku dalam fasa praktikum. Banyak ibrah yang aku boleh ambil. Ada hikmah Tuhan hantar aku ke sini dan Tuhan berikan gerak hati kepada organisasi ini untuk menerima dan organisasi lain untuk menolak. Walaupun tidak diberikan amaun elaun, aku hanya bekerja untuk percuma, tapi kesannya amat besar. Sungguh, berada dalam lapangan masyarakat bukan sesuatu yang mudah.
Sebenarnya, aku tidak bertugas dari segi ‘praktikaliti’ computer , skills dan sebagainya. Aku diberi tugas untuk turun dalam lapangan masyarakat. Turun naik mahkamah untuk perbicaraan juvana, kanak-kanak, pergi hospital untuk siasatan kes, melawat dari rumah ke rumah untuk menghulurkan tangan. 
Tuhan Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Saban hari, ada sahaja pengajaran dan tarbiyah yang aku terima. Pertama kali bekerja di kaunter dan meja telefon buat aku termangu. Macam-macam ragam yang aku nampak. Namun, ada perkara yang lagi besar buat aku refleksi diri. Dalam kita mengeluh kesusahan, ada lagi orang yang lagi susah dari kita. Makanan dicatu sebab kekurangan duit, anak-anak keciciran. Belum kira lagi anak-anak yang tidak berupaya macam orang lain. Orang tua-tua yang sakit terlantar. Perkara yang berlaku setiap hari depan mata aku ini buat aku tersandar. 
Aku cakap kat seorang akak LBS 
Akak, selama akak kat sini apa yang akak rasa? Saya rasa sedih sangat bila tengok depa isi borang yang ada. Tak cukup makan dan pakai”. “ITulah pengalaman. Dulu akak pun macam tu jugak. Kita suka mengeluh kitalah yang paling susah. Tapi sebenarnya, ramai lagi yang susah dari kita”.

Ada juga kes yang aku terpaksa ke hospital dan mahkamah. Kadangkala keluar air mata tak sedar weh. Rembes. Tak sanggup nak masuk dengar perbicaraan dan interview. :’( Tapi sebab kerja. Aku terpaksa. Moga Tuhan berikan kekuatan untuk hari-hari yang mendatang.
Nanti aku cerita lagi ya…
J

Sunday 26 July 2015

“Daughter act like son


Aku punya ayat. Kalah KJ. Hahahaha. Hari ini aku bertukang kat kedai mak aku. Biasalah, family yang tiada anak lelaki ini, terpaksalah ambil alih tugas macam anak lelaki juga. Bertukang, mengecat, pasang paip dan bla.bla.bla. Actually, aku tak dak lah handal pun, tapi kalau dah terpaksa sangat tu boleh la nk pakai ilmu-ilmu ini. Sekurangnya, tak kena tipu dengan tukang-tukang yang ada. Lagipun, dah boleh jimat kos kalau ada kemahiran hidup begini. Chewaaaah. Tapi aku tak pandai masak. Konklusinya, kena cari ‘future’ yang reti masak. Supaya nanti boleh makan lah! Kalau tak, nanti…. kah!


Semuanya bermula sebab family aku ada ayah, mak, aku dan adik perempuan aku. Kekurangan tenaga lelaki dalam perkara sebegini memang antara faktor mengapa aku perlu belajar benda yang sebegini. Kadangkala, aku rasa tak nak pun belajar dan tak pernah buat pun. Tapi bila tengok ayah aku buat, belajar melalui pemerhatian la. Macamana nak ukur kayu, nak potong kayu, saiz paku, saiz hammer and etc. Sapa yang pernah datang ke bilik aku akan perasan kat siling penuh dengan ‘hodoh’ a.k.a. bekas cat yang tak tanggal. Kerja aku la tuh. Aku cat masa aku form 1 ka form 2 tah. Biasalah, budak-budak. Aku cat satu bilik. Angkat katil, tilam, tolak almari. Wakakakaka. Lepas tu, merungut penat.  Bila aku dah besar, aku mula fikir. Ada baiknya aku ada ‘basic’ pasal benda yang macam ini. Nanti kalau dapat suami atau housemate yang nak pergi cari mentol pun tak reti . Kan dah mendapat. Masing-masing tak reti. Pasang mentol pusing, dah kena bayar rm 10. Hahaha.
Mak aku cerita, masa aku kecik-kecik dulu, perangai aku memang agak ‘boy’ sikit. Sikit la. Kot. Entah. Sebab memang aku jenis lasak dan lebih aktif. *pernah hilang dalam shopping mall*. Peace! Mana la aku tahu. Masa itu, dah la mak ayah aku kerja kat Melaka. Walaupun tinggal lama, tak sama macam tempat kita tinggal kan? Kau tahu aku sembunyi kat mana? Dalam baju yang orang display. Pfffftttt. *facepalm.

Lepas tu, masa aku dah umur dalam 7 tahun – 9 tahun macam gitu, ayah aku selalu bawak aku ke gelanggang silat hujung kampung. Pergi tengok mandi minyak malam-malam. Ayah aku berlatih ramai-ramai tepi pantai. Ayah aku letak aku kat penjuru sebab aku akan moody kalau ayah aku tak bawa. (orang kedah panggil bebai) Wakakakaka. Start from that, aku belajar silat. Again and again sampai la sekarang. Walaupun, aku pemalas turun latihan.


Aku rasa posisi aku sebagai perempuan dalam keluarga yang tiada lelaki kot memaksa aku untuk behave like son. Walaupun, it is just benda yang kecil. It is awesome. :D Orang cakap aku kasar lah. Apa lah. Ok lah tu. Dari dok tergegeh-gegeh. Hahaaha. 

P/s : Aku tahu guna mesin rumput dan pandu traktor pembajak. Sebab aku dulu budak agroteknologi! Walaupun aku pendek. 

Saturday 25 July 2015

Islam : Sebuah agama pengharapan kepada manusia.

Islam. 
     Islam secara literasinya berasal daripada 3 perkataan utama : 
Aslama (submission, obedience) , salima (authentic, pure) dan salaam ( peace). 
Penafsiran terhadap perkara ini adalah jelas. Bagaimana dengan umat manusia yang disifatkan sebagai muslim. Secara asasnya, muslim adalah mempunyai satu set sistem kepercayaaan (belief) kepada satu Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai penyampai. 

Persoalan yang selalu aku pakai “ Do you with the concept of one God?”. “Yes, I do”. “Do you believe Prophet is Messager?” “Yes, I do”. “What do you think about Jesus? Is he prophet like Muhammad?”. “ Yes, I do”. Brother and sister, you are muslim. We do believe like you do. 

       Aku mula jatuh cinta dengan agama yang bernama Islam sebab aku jumpa sebuah pengharapan dalam agama ini. Kiranya dulu, Islam adalah dilihat sebagai agama yang agak menghukum. We should admit it. Keadaan ini berlaku apabila adanya ‘representation’ daripada autoriti majoriti muslim. Sedangkan ia berlaku sebaliknya. Autoriti majoriti muslim kerap kali menggunakan pendekatan penalti dalam sesuatu perkara dalam perdebatan terutamanya terhadap kumpulan sasar yang lain.

Kenapa aku katakan Islam sebagai agama pengharapan kepada manusia. Aku ada justifikasi aku sendiri sebagai manusia.

1.       Tuhan memberi harapan kepada manusia. Harapan kepada semua manusia. Sebab Allah al-Khaleeq. Maha Pencipta. Dia tahu segala sesuatu kelemahan hamba-hambaNya. Sering kali jatuh dan tersasar daripada landasannya. Tidaklah keterlaluan untuk dikatakan bahawa ada juga Tuhan ada menyebut dalam Al-Quran mengenai ‘penalti’ ini. Tetapi, lagi indah jika disebutkan adanya pengharapan yang Tuhan bagi kepada manusia. Misalnya, dalam juzuk 39 ayat 53 : Katakanlah: “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya, Allah mengampunkan segala dosa….”

        Tuhan ada lagi menyebut dalam ayat sambungan Dan kembalilah kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya…”.  Ada lagi sebenarnya ayat yang menggambarkan Tuhan banyak memberi harapan kepada manusia.  Lalu, tanyakan pada diri kita. Mengapa perlu dicari sebuah ‘penalti’ sedangkan masih ada harapan untuk manusia menuju ke arah Tuhan.

       Kalaulah ada orang yang bercakap seperti ini “Kau ini ahli neraka. Allah tidak ampunkan dosa”.    Bicarakan pada diri, hanya dosa syirik yang tidak diampunkan Tuhan. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutukanNya, dan akan ampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka ia telah melakukan dosa yang besar”.

2.       Tiada aniaya. Tiada sesiapa yang akan teraniaya. Hal ini dapat dijumpa dalam beberapa ayat Al-Quran. Misalnya, juzuk 4 ayat ke 40. “Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar”. Kebaikan juga akan diberikan kebaikan yang berlipat kali ganda".
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan yang sama dengannya; sedangkan mereka tidak dianiaya”. ( 6 : 160). Hal ini juga dapat dilihat dalam ‘formula mudah’ dalam Sahih Bukhari 8 : 498, riwayat Ibnu Abbas.

Niat baik tapi tidak dilakukan = pahala penuh
Niat baik dan dilakukan = 10- 700 kali ganda pahala
Niat jahat tapi tidak dilakukan = pahala
Niat jahat dan dilakukan = satu dosa.

       Keadaan ini juga menjadi satu pengharapan kepada manusia, apabila Islam ada menyatakan bahawa dosa boleh menjadi pahala. Bagaimana dosa boleh menjadi pahala?. Jom, kita lihat dalam juzuk 25 ayat 70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Justeru, konsep bertaubat dan mencari keampunan Allah telah melahirkan satu formula pengharapan kepada manusia yang banyak melakukan kerosakan supaya ada harapan dengan Tuhan. Keampunan daripada Tuhan itu masih ada selagi mana usaha kita sebagai manusia untuk memohon keampunan. “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya serta memaafkan kejahatan-kejahatan; dan Ia mengetahui apa yang kamu kerjakan."  Kejar! Masih ada harapan.

3.       Dosa yang dilakukan tidak diwariskan. Dosa yang dilakukan daripada orang yang terdahulu daripada kita adalah tidak diwariskan. Tiada! “Dan kemudian Nabi Adam menerima daripada Tuhannya beberapa kalimah, lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” ( 2 : 37 ) 


Banyak lagi justifikasi mengapa kita berhak tahu kita memilih Islam. 
:)