Alhamdullilah, aku dalam fasa praktikum. Banyak ibrah yang
aku boleh ambil. Ada hikmah Tuhan hantar aku ke sini dan Tuhan berikan gerak
hati kepada organisasi ini untuk menerima dan organisasi lain untuk menolak.
Walaupun tidak diberikan amaun elaun, aku hanya bekerja untuk percuma, tapi
kesannya amat besar. Sungguh, berada dalam lapangan masyarakat bukan sesuatu
yang mudah.
Sebenarnya, aku tidak bertugas dari segi ‘praktikaliti’
computer , skills dan sebagainya. Aku diberi tugas untuk turun dalam lapangan
masyarakat. Turun naik mahkamah untuk perbicaraan juvana, kanak-kanak, pergi
hospital untuk siasatan kes, melawat dari rumah ke rumah untuk menghulurkan
tangan.
Tuhan Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Saban hari, ada sahaja pengajaran dan tarbiyah yang aku
terima. Pertama kali bekerja di kaunter dan meja telefon buat aku termangu.
Macam-macam ragam yang aku nampak. Namun, ada perkara yang lagi besar buat aku
refleksi diri. Dalam kita mengeluh kesusahan, ada lagi orang yang lagi susah
dari kita. Makanan dicatu sebab kekurangan duit, anak-anak keciciran. Belum
kira lagi anak-anak yang tidak berupaya macam orang lain. Orang tua-tua yang
sakit terlantar. Perkara yang berlaku setiap hari depan mata aku ini buat aku
tersandar.
Aku cakap kat seorang akak LBS
“Akak, selama akak kat sini apa yang
akak rasa? Saya rasa sedih sangat bila tengok depa isi borang yang ada. Tak
cukup makan dan pakai”. “ITulah pengalaman. Dulu akak pun macam tu jugak. Kita
suka mengeluh kitalah yang paling susah. Tapi sebenarnya, ramai lagi yang susah
dari kita”.
Ada juga kes yang aku terpaksa ke hospital dan mahkamah.
Kadangkala keluar air mata tak sedar weh. Rembes. Tak sanggup nak masuk dengar
perbicaraan dan interview. :’( Tapi sebab kerja. Aku terpaksa. Moga Tuhan
berikan kekuatan untuk hari-hari yang mendatang.
Nanti aku cerita lagi ya…
J
No comments:
Post a Comment