Saturday, 25 July 2015

Islam : Sebuah agama pengharapan kepada manusia.

Islam. 
     Islam secara literasinya berasal daripada 3 perkataan utama : 
Aslama (submission, obedience) , salima (authentic, pure) dan salaam ( peace). 
Penafsiran terhadap perkara ini adalah jelas. Bagaimana dengan umat manusia yang disifatkan sebagai muslim. Secara asasnya, muslim adalah mempunyai satu set sistem kepercayaaan (belief) kepada satu Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai penyampai. 

Persoalan yang selalu aku pakai “ Do you with the concept of one God?”. “Yes, I do”. “Do you believe Prophet is Messager?” “Yes, I do”. “What do you think about Jesus? Is he prophet like Muhammad?”. “ Yes, I do”. Brother and sister, you are muslim. We do believe like you do. 

       Aku mula jatuh cinta dengan agama yang bernama Islam sebab aku jumpa sebuah pengharapan dalam agama ini. Kiranya dulu, Islam adalah dilihat sebagai agama yang agak menghukum. We should admit it. Keadaan ini berlaku apabila adanya ‘representation’ daripada autoriti majoriti muslim. Sedangkan ia berlaku sebaliknya. Autoriti majoriti muslim kerap kali menggunakan pendekatan penalti dalam sesuatu perkara dalam perdebatan terutamanya terhadap kumpulan sasar yang lain.

Kenapa aku katakan Islam sebagai agama pengharapan kepada manusia. Aku ada justifikasi aku sendiri sebagai manusia.

1.       Tuhan memberi harapan kepada manusia. Harapan kepada semua manusia. Sebab Allah al-Khaleeq. Maha Pencipta. Dia tahu segala sesuatu kelemahan hamba-hambaNya. Sering kali jatuh dan tersasar daripada landasannya. Tidaklah keterlaluan untuk dikatakan bahawa ada juga Tuhan ada menyebut dalam Al-Quran mengenai ‘penalti’ ini. Tetapi, lagi indah jika disebutkan adanya pengharapan yang Tuhan bagi kepada manusia. Misalnya, dalam juzuk 39 ayat 53 : Katakanlah: “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya, Allah mengampunkan segala dosa….”

        Tuhan ada lagi menyebut dalam ayat sambungan Dan kembalilah kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya…”.  Ada lagi sebenarnya ayat yang menggambarkan Tuhan banyak memberi harapan kepada manusia.  Lalu, tanyakan pada diri kita. Mengapa perlu dicari sebuah ‘penalti’ sedangkan masih ada harapan untuk manusia menuju ke arah Tuhan.

       Kalaulah ada orang yang bercakap seperti ini “Kau ini ahli neraka. Allah tidak ampunkan dosa”.    Bicarakan pada diri, hanya dosa syirik yang tidak diampunkan Tuhan. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutukanNya, dan akan ampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka ia telah melakukan dosa yang besar”.

2.       Tiada aniaya. Tiada sesiapa yang akan teraniaya. Hal ini dapat dijumpa dalam beberapa ayat Al-Quran. Misalnya, juzuk 4 ayat ke 40. “Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar”. Kebaikan juga akan diberikan kebaikan yang berlipat kali ganda".
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan yang sama dengannya; sedangkan mereka tidak dianiaya”. ( 6 : 160). Hal ini juga dapat dilihat dalam ‘formula mudah’ dalam Sahih Bukhari 8 : 498, riwayat Ibnu Abbas.

Niat baik tapi tidak dilakukan = pahala penuh
Niat baik dan dilakukan = 10- 700 kali ganda pahala
Niat jahat tapi tidak dilakukan = pahala
Niat jahat dan dilakukan = satu dosa.

       Keadaan ini juga menjadi satu pengharapan kepada manusia, apabila Islam ada menyatakan bahawa dosa boleh menjadi pahala. Bagaimana dosa boleh menjadi pahala?. Jom, kita lihat dalam juzuk 25 ayat 70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Justeru, konsep bertaubat dan mencari keampunan Allah telah melahirkan satu formula pengharapan kepada manusia yang banyak melakukan kerosakan supaya ada harapan dengan Tuhan. Keampunan daripada Tuhan itu masih ada selagi mana usaha kita sebagai manusia untuk memohon keampunan. “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya serta memaafkan kejahatan-kejahatan; dan Ia mengetahui apa yang kamu kerjakan."  Kejar! Masih ada harapan.

3.       Dosa yang dilakukan tidak diwariskan. Dosa yang dilakukan daripada orang yang terdahulu daripada kita adalah tidak diwariskan. Tiada! “Dan kemudian Nabi Adam menerima daripada Tuhannya beberapa kalimah, lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” ( 2 : 37 ) 


Banyak lagi justifikasi mengapa kita berhak tahu kita memilih Islam. 
:) 

No comments:

Post a Comment