Wednesday 16 January 2013

musim exam adanya Tuhan...???

Alhamdulilah..hari nie dah lepas satu paper.. Sejarah Malaysia :) tp yg nak crita kat kat sini.. saya jawab faktor gagasan malaysia... hahahahaha... ambik risiko... kan3? sb dulu time stpm lari dari soalan lepas merdeka.... tpi sampai bila tak mau risiko..

balik dari exam td,ramai dah tarik beg dari kolej.. Sadis! mood:rindu langkawi...

org lain dah balik dr 10 haribulan.. saya balik 26... pergh... mana pedih pon.... hehehehe..xpa2.. :)
Disebabkan dah habis exam,jadual akan berjalan seperti biasa kan?

Antara fenomena yang kerap berlaku dalam kalangan kita sbg pelajar Islam ialah hilangnya istiqamah seperti yang dilakukan dalam masa peperiksaan...
Surau mesti penuh,surah yassin setiap malam kedengaran,berqiamulail, sunat dhuha.. tapi bila habis exam amalan yang kita buat tu dah hilang.. perasan kan?

apa kata,mulai hari kita sama-sama berazam dan bertekad di hati untuk melaksanakan semua amalan kita tu niat kerana Allah Taala... kan3? Pastu kita mulakan dengan langkah pertama... Logiknya,kita tak kan mampu berjalan seperti sekarang kalau kita tak mula menapak dgn langkah pertama....

JOm...
sama-sama laksanakan kerana Allah Taala...

Salam sayang,
Siti nabilah... hehe



Sunday 13 January 2013

Allah itu lebih mengetahui

Apa yang terjadi pada hari ini mungkin anugerah Allah terhadap diri ini..

Kadang-kadang Allah memberi kesenangan itu dalam kesusahan...

Apa yg terjadi pada hari nie juga menjadi pemangkin kepada diri ini supaya terus berjuang sehingga titisan perjuangan yang berpenghujung...

Ingatlah wahai diri,

sebaik-baik rancangan kita,rancangan Allah itu lebih istimewa :)

Allah memberi apa itu keperluan bukan apa itu kehendak...

Sabarlah wahai hati,

Dugaan ini terlalu kecil jika dibanding dengan perjuang-pejuang fi sabilillah yang dijamin syurga...

Allahurobbi, Engkaulah segala-galanya..


La Tahzan,

Anggap dugaan ini sbg hadiah Allah untuk kita lebih bersedia pada masa akan datang...


P/s:Permudahkanlah segala urusan kami untuk mencari jln keredhaanMu :)

Saturday 12 January 2013

dulu dan sekarang..

Assalamualaikum dan selamat pg... dah pg okey!
sekarang pkoi 2.01 pg...

*lpas study(nampak sgt menipu) =)

tetiba time tgh exam ni rajin plak nak update blog... pengaruh btoi la..

Perbezaan dulu dan sekarang:

situasi 1:
 dulu: kena tidoq sebelum pkoi 12 sebab tkot esok ngantok dalam kelas.
skrg: tak tidoq p kelas pon xpa... xda masalah(sb tu kadang2 amsomnia) *jgn tiru di rumah

Situasi 2:
dulu: masuk library tak boleh bawak beg,botol air dan sbgnya
sekarang:bawak 5 bj beg pun xkena tahan..siap boleh berkelah lg dalam library

situasi 3:
dulu:buku yang kita ambik dr rak library kena simpan balik kat rak atau troli
skrg:pakai tinggai lagu 2 ja... tak bgus nie.. melahirkan pelajar yang malas

situasi 4:
dulu:kalau lwt masuk kelas kena denda
skrg:masuk kelas 10 minit terakhir pun xpa... jnji sign .. (org lain buat bukan saya)

situasi 5:
dulu: cikgu panggil turun surau semayang maghrib berjemaah
skrg:tak da sapa pun nak pnggil kita melainkan diri kita sendiri yang langkah p

situasi 6:
dulu:makan kena tepat pada masa
skrg:2 pg pun boelh makan lg..

situasi 7:
dulu:lampu kena tutup tepat pkoi 11
skrg:lampu tak penah ttp lagi mtahari xterbit

situasi 8:
dulu:katil kena kemas sblum p kelas
skrg:katil kurang kemas sb malas nak kemas buku atas katil *mcm la rajin sgt kan

situasi 9:
dulu:nak mandi kena beratuq panjaaang
skrg:nak kawal 23 shower sorang pon boleh..

situasi 10:
dulu:cikgu selalu suruh kita wat keja sekolah,latihan
sekarang:lecture dtg bersyarah kat depan dan kita kna cari bahan sendiri



mood: tetiba rindukan zaman persekolahan !!!

Friday 11 January 2013

bangkitlah muslimah..!!

Assalamualaikum ... Alhamdulilah kita masih lg berada dlm rahmat Ilahi..

Saat entri ini ditaip,terasa sayu dalam hati hingga mampu menglirkan airmata.. mungkin Allah sengaja menemukan video itu untuk saya memuhasabahkan diri saya yg masih baru dalam menjadi seorang yang muslimah dan menyampaikan segala apa yang saya rasaakn sekarang kepada semua yang bergelar muslimah,muslimat,akhowat,wanita,kakak,ibu,anak,cik,puan dan sebagainya...

Hangat airmata mengalir apabila tertonton satu video nasyid perempuan yang bertudung labuh(saya tidak membahaskan hukum bernasyid depan ajnabi)...Subhanallah.. nasyid dari sebuah sekolah agama... sedap.. Tetapi apa yang membuat saya terkilan salah seorang dari ketua itu adalah penyanyi yang pernah satu ketika dahulu saya kagumi... Sejuk hati melihat dia berpewatakan sebagai seorang muslimah,bertudung bulat,berbaju longgar.. Sama-sama kita mendoakan agar dia kembali seperti dahulu... :)

Tapi perkara sebegini bukan hanya terjadi kat artis ja... ada juga dalam kalangan kita yang dulunya santun berhikmah dalam berbicara,terlalu menjaga pergaulan dan menjaga aurat dengan sempurna.. jatuh dalam curam yang sangat tajam.. Astagfirullah al A'zim...

Hari ini saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini agar tidak ramai wanita yang jatuh ke dalam jurang tajam...
Bukan niat saya untuk merendahkan maruah diri dan mengaibkan diri sendiri tapi sekadar dijadikan pengajaran.. Jika dahulu saya tidak pernah kenal erti tudung melainkan diasrama,sekolah dan majlis-majlis keagamaan serta tempat-tempat yang diperlukan untuk memakai tudung... saya dihantar ke sekolah yang diberi pendidikan agama yang cukup,kelas tajwid,taranum,usrah,tazkirah,hafazan surah-surah amalan kekasih Allah... Tapi saya langsung tidak endahkan.. Allah beri kelebihan kepada saya untuk menghafal dengan cepat tanpa perlu berusaha lebih seperti orang lain... selaku remaja yang mempunyai gejolak moden yang tinggi dan iman yang senipis,saya trus berada dalam lubang yang tajam itu... malah berasa bangga sb perempuan lain perlu bertudung walaupun ada sesetengah daripada orang sekeliling say terpaksa sb suruhan ibubapa... persepsi saya terhadap golongan yang terpaksa pakai tudung ni memang sangat rendah... Sebab lepas 10 km dari depan rumah tudung hilang.. tidak seperti saya,tiada paksaan sebab keluarga saya hanya menekankan "pakai tudung atau tidak itu terserah,tapi elok jika pakai tudung"..saya mengambil jalan untuk tidak bertudung...

ramai orang yg hairan mcmna boleh berubah secara drastik?
Sebab saya rasa Allah uji saya melalui kenikmatan.. Walaupun saya selalu melakukan dosa,meninggalkan solat,tidak membaca Al-Quran seperti dulu tetapi kecemerlangan dalam peperiksaan tetap menjadi milik saya... Saya mampu mengingat apa yang diajar oelh guru sampai sekarang... Sampai satu satu saat saya terfikir.."Allah beri aku nikmat tapi aku tidak pernah bersyukur"..bermula dari saat itu saya sudah mula mendekatkan diri saya dengan buku-buku agama,dan menjadikan amalan seharian saya di asrama dulu sebagai amalan harian... Apa yang membuat saya terkilan sampai sekarang, walaupun saya masih lagi mempunyai ingatan yang kuat,tetapi ayat surah hafazan yang dulu saya hafaz satu ayat pun saya tak mampu nak ingat.. Allahurobbi.. Nikmat yang Allah tarik dari saya... :'(

Saya dulu pernah terjatuh dalam lubang yang sangat dalam... Saya pernah merasa pahitnya nak bangun semula nak jadi seperti sekarang... nak istiqamah lagi,tak tahan dengan kata cacian orang lagi.. tapi Allah sentiasa bersama saya..Allah,Allah,Allah...

Sakitnya nak bangun dari kesilapan lalu,kekesalan dan terasa kejahilan masih menghantui,terasa sedih apabila tgk ada orang yang mcam saya satu ketika dahulu,saya malu apabila melihat mereka berpakaian seperti saya dahulu... Tapi sya nak tolong saya tak mampu... hanya doa saja yang mampu diiringkan..

Kepada semua muslimah yang dikasihi,jangan jadi seperti saya dahulu... hilang arah tuju sebenar dalam hidup... Jangan pernah menempuh kesakitan sebab kebodohan sendiri.. nak cari hidayah Allah tersangat payah,tapi Allah boleh hilangkan hidayah itu dari kita sekelip mata saja...




cemerlang itu bukan pada tulisan hasil pena

Assalamualaikum dan selamat petang..

Jam sekarang menunjukkan 1609 petang bertarikh 11 haribulan Januari 2013.. baru 11 hari dalam 2013..

Okey... disebabkan sekarang ramai yang tgh exam... demam exam la katakan.. .Tetiba ja rasa jeles pd kawan2 yg dah habis exam... rileks ja di rumah... heheheh
kepada sesiapa yg tgh exam,teruskan usaha anda... chaiyok3...
Bagus berusaha nie,tapi dalam berusaha jgn kita lalai dan lupa kepada pencipta yang Maha Memberi...

Jom bermuhasabah...

Perasan tak,
kekadang kita terlalu mengejar sesuatu tanpa kita sedar sesuatu itu diberi oleh Allah...
Perasan tak,
kekadang kita terlalu kusyuk membuat sesuatu tanpa kita sedar kita bg sisa atas nikmat yang Allah kurnia...

kan?

Mengungkap kata-kata nie.. nak jadi pelajar yang cemerlang itu bukan pada tulisan hasil pena tapi keikhlasan hati untuk bermunajat kepada Allah pada malam sepertiga...

Allahurobbi :') berapa kali kita bangun di sepertiga malam untuk mensyukuri nikmat yang Allah sentiasa berikan dan sebagai tanda tingginya pergantungan kita terhadap Allah...

kadang-kadang kita sanggup bangun sepertiga malam untuk study dan menelaah tapi dalam masa yang sama kita tak sujud pun kepada pencipta kita... Ya Allah,ampunkan dosa kami...

Sama-sama kita bermuhasabah diri dan berazam mulai hari ini aku nak jadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat...


Tuesday 8 January 2013

~labuhkan hatimu selabuh kerudungmu~

Assalamualaikum..

Entri kedua dlm minggu peperiksaan... lancar jari ini menggerakan sesuatu...

Tajuk:labuhkan hatimu selabuh kerudungmu.

Bukan untuk mengundang provokasi tapi sekadar untuk direnungi bersama...

Alhamdulilah,semakin ramai muslimah mula sedar akan bagaimana menutup aurat dengan sempurna..
Melabuhkan tutup kepala hingga ke dada dan bahu,melonggarkan sarungan,menutup apa yang diharam untuk dilihat oleh ajnabi... Menjaga pandangan,menjaga hati,menjaga pergaulan.... :)

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"...

Tetapi,mengapa golongan di atas perlu memingirkan golongan tidak seperti mereka?

bermuhasabahlah kita..

Bukankah golongan seperti di atas perlu menarik golongan tidak seperti mereka dari terjatuh ke dalam lubang yang curam...
Mengapa perlu ada persepsi "tidak boleh kawan sebab mereka tidak menutup aurat?"...

Labuhkan hati wahai muslimah,
Mereka juga seperti kita dahulu,ada perasaan ingin berubah ke arah yang lebih baik.. Mengapa perlu dipatahkan perasaan suci itu?

Bimbinglah bukan memandang dengan mata sebelah..

P/s:kita lihat ramai orang yang tidak menutup aurat,tapi kita tidak pernah melihat betapa ramai membuka aurat...