Sunday 9 December 2012

Marah itu hanya perasaan

Assalamualaikum w.b.t,
huh! dah berusang blog nie kan3? tak sempat nak update...
hehehehe..sekarang pon masih ada tugasan yang masih belum di siapkan.. keh3

okey! hari nie saya nak cakap pasai kemarahan... Sebenarnya bg saya kemarahan itu hanyalah perasaan.. kita yang mengawalnya... tipulah kalau cakap saya tak pernah marah dan tak akan marah...
Bukan nak mengaibkan diri sendiri tapi saya mahu ia menjadi satu pengajaran agar tidak menyesal seperti yang dirasakan sekarang..kadang kala terfikir seperti kurang akal kerana perasaan marah...
Jika dahulu terlalu panas baran..pantang disanggah pasti menyanggah.... Tapi sekarang terpaksa behave demi perkembangan yang dialami sekarang... memetik kata seseorang yang menyayangi "perangai kamu juga harus dijaga seperti mana kamu menjaga diri kamu sekarang"..

Bukanlah sekarang tidak ada perasaan marah tetapi kurang sedikit marahnya seperti dahulu.. tiada lagi serang menyerang dan ketidakpuasan hati...
Dulu pantang cilap cikit mesti nak serang menyerang...

Nak tahu mcmna nk kawal marah kita...
1.apabila marah kat seseorang,berlalulah pergi daripada tgk orang yg dimarahi sambil beristigfar.

2.duduk dengan helaan nafas yang betul.

3.baring dengan helaan nafas yang betul

4.mandi untuk hilangkan kemarahan.

5.buat sesuatu yang anda suka..

6.buat aktiviti mencabar mcm turun silat.. tendang punch bag tu dengan sekuat tenaga ataupun hiking kat tempat berbukit.

7.tegurlah orang yg kita mrah itu seperti biasa... ikhlaskan juga hati....



Saturday 3 November 2012

usrah part 1

Assalamualaikum..
Okey ..sory guys..lmbat update.. sb minggu nie jadual memang pack sgt.. Semalam balik pkoi 1 pagi! sebab ada latihan silat... pergh!.jalan sorang2 kot... takot la jugak.. keh3.. pastu esok ada adat istiadat smpi petang..isnin ada oral,selasa presentation,khamis presentation...hurm.. good luck Nabilah!

Hari JUmaat lepas alahamdulilah dah bermula aktiviti usrah selepas beberapa minggu bertaaruf..
Okey!Usrah kami minggu nie cuma pengenalan usrah ja.. Tapi ada input yang berkesan..
Usrah nie sebenarnya berasal dari perkataan Arab bermaksud keluarga.Usrah nie bermula dari zaman nabi Muhammad lagi.kalau saudara-saudari masih ingat rumah Al-Arqam bin Abi Arqam dijadikan sebagai pusat sahabat-sahabat berkumpul.. itulah bermulanya proses usrah.. Selepas kejatuhan Islam dibeberapa ketika,usrah ini diteruskan semula oleh Imam Hassan Al-Banna.. Imam Hassan Al Banna memang tokoh pemimpin Islam yang cekal..Di saat empayar Islam jatuh,beliau dengan sahabat perjuangan bangkit untuk meneruskan ajaran Islam...
Tiba-tiba kak usrah yang dikasihi bertanya"aqidah zaman para sahabat dan zaman sekarang berbeza atau tidak?"...
Jawapannya ada dalam diri kita semua sbg umat Islam sekarang... :) Sama-sama kita bermuhasabah...

Tuesday 30 October 2012

bernikah semasa belajar itu bagus atau tidak?

Assalamualaikum w.b.t
 Hari nie topik hangat yg kian mendapat sambutan dari golongan muda yang cakna terhadap isu semasa...
Bukan hendak memprovokasi..Tapi ilham untuk hadir selepas sesi berkongsi pendapat bersama salah seorang sahabat sebelum berbuka tadi..
Usrah antara saya dengan salah seorang sahabat saya berkisar dengan nikah kahwin muda.. Walaupun tidak secara rasmi perbincangan (small talk tapi mampu memberi kesan dari segi ilmiah dan pembersihan jiwa)
Bermula dengan pertanyaan pendapat bolehkah berkahwin muda ini..?
Jawapan Ya dan tidak..
Ya apabila pasangan itu sudah bersedia dari segi ilmu,agama dan kebertanggungjawaban.
Tidak apabila pernikahan jika berdasarkan hawa nafsu semata-mata.. :)
Artikel nie bukan untuk menimbulkan konflik dan perbalahan tapi mencari sesuatu yang benar dan tersembunyi..
Nikah semasa belajar ada yang menyanggah dan ada yang bersetuju..
Pendapat saya? Yes! saya bersetuju....
Sepintas lalu teringat kepada sahabat yang mengingatkan saya jika rasa sudah mampu untuk bernikah teruskan niat suci kamu itu...
Saya mengakui,InsyaAllah sedang berusaha belajar untuk menjadi mampu begitu juga pasangan..Walaupun belum cukup haul sb ekonomi xstabil..Nak nikah nie perlu ada ilmu dan agama bukan duet shaja.. ada duet tp agama dan ilmu tiada tidak boleh..tp kalau ada agama dan ilmu,InsyaAllah Allah tolong...Saya bertanya lagi,patutkah saya bernikah semasa belajar? Cinta itu mendatangkan zina hati.. Rindu pada kekasih yang tidak halal walaupun sudah ada ikatan dan bertaaruf antara 2 keluarga...
Sahabat memblas pula,Allah akan memberi ilmu itu jika kita berusaha..tpi cuba kita fikir,kita berusaha dan Allah beri nikmat Dia dalam bentuk ilmu tapi dalam masa yang sama kita berbuat maksiat.(zina hati)...Ilmu yang kita dapat tu berkat dak?
Terdetik: Astagfirullah Al Azim...
Baru kini mengerti mengapa Rasullulah mengalakkan kahwin ketika remaja....
Tiada istilah gagal belajar sb nikah melainkan sikap manusia itu sendiri...




Ya Allah,permudahkanlah segala urusan pernikahan kami,Redha dan keberkatanMu itu kami cari..

Sunday 28 October 2012

lelaki dan perempuan serupa tapi berbeza?

Assalamualaikum,
Jam:5.45 pagi
Tarikh:29/10/2012
Hari tu dah janji nk update slot kedua kan?
 tajuk: man from venus
          woman from mars

berbeza tapi sama?

1.otak lelaki lebih besar dari otak perempuan.
2.lelaki lebih cenderung kepada penyerapan maklumat berbanding perempuan.Sebab 2 lah perempuan suka merewang fikiran ke tempat lain..Misalannya,time makan mesti fikir lepas nie nk wat apa kan? xmcam lelaki pakai men redah ja yg mana sempat.
3.Lelaki tidak boleh melakukan dua kerja dalam masa yang sama!.Tak mcam perempuan. Sebab tu lah perempuan jadi suri rumah
4.Hati lelaki lebih besar dari hati perempuan.
5.Muscle lelaki 40 peratus,muscle perempuan 20 peratus...sb 2 la perempuan tak boleh nk angkat berat.. tak dak kudrat mcam lelaki.
6.Perempuan lebih mudah dapat penyakit estoporosis berbanding lelaki sb mengandung,proses melahirkan.


Konsep ini dapat dibuktikan melalui beberapa perkara.
1.Al-Quran dan hadis.. Lelaki itu adalah pemimpin kepada perempuan.
2.Aurat.Aurat lelaki itu lebih ringan dari perempuan.Walaupun begitu,tanggungjawab lelaki itu lebih besar dari perempuan.
3.Harta.ikut hukum syarak,faraid harta dibahagi lebih kepada lelaki kan? Perempuan jangan risau,walaupun lelaki dapat harta banyak tetapi banyak lagi umat yang perlu ditanggung nafkahnya.:) seorang bapa perlu menanggung isteri,anak, dan ibu..Deal la kan? perempuan xpyh tanggung.. lau da yg tanggung pon sb nk tambah pendapatan.
4.Solat.Pernah terfikir tak kenapa lelaki ja yg wajib pergi berjemaah Solat Jumaat?
Nie alasan yang logik la... Lau perempuan diwajibkan pergi,siapa nk jaga anak yang kecil di rumah dan persiapan untuk makan? Kalau la anak kecil dibawa ke masjid,rasa mesti tok imam yang dok bca khutbah tu cakap cmnie"anak-anak kecil tolong diam" kan?
5.jihad di medan perang.Lelaki dibenarkan berjihad. Bagaimana pula dengan perempuan?
Dibenarkan cuma tidaklah digalakkan seperti lelaki...Sebabnya? Nanti bila perempuan meninggal di medan perang,tiadalah penerus generasi umat Nabi Muhammad yang berkaliber.


hurm... thats all.. tapi cuba renungkan sejenak.. Allah itu Maha Bijaksana.... Allah dah aturkan peranan lelaki dan perempuan secara adil dan serentak dengan fitrah manusia.. Oleh itu,adam dan hawa ini adalah saling lengkap melengkapi... Subhanallah!... Indahnya segala ciptaanMu..

Monday 22 October 2012

Islam yang hebat..

Assalamualaikum readers,
Sekarang jam menunjukkan pukul5.25 pagi..Alhamdulilah,masih diberi oksigen lagi pada hari ini..
Semalam balik lewat sebab tu la tak sempat nak update blog awal...:)
Semalam juga saya menghadiri sebuah majlis ilmu yang sangat bermanfaat... Yang saya sendiri pun tak percaya... Betapa kerdilnya kita di mata dunia.. saspen kan?
Semalam majlis tu di bawah persatuan mahasiswa islam universiti malaya(pMIUM)..majlis itu juga terbahagi kepada dua slot iaitu greatest of islamic scientics dan men from Vars and Wowen from venus...nmpak macam pelik cikit kan tajuk dia.. dengaq tajuk pun mcam agak menarik. dan teruja. Disebabkan ambil keputusan di sangat saat akhir untuk pergi ke majlis itu,buku nota pun tidak di bawa...Alhamdulilah ada juga ilmu yang digarap walaupun tidak sepenuhnya... Benarlah kiranya dulu Imam Syafie menulis di tapak tangan kerana tiada pena ketika mencari ilmu.. :)

SLOT PERTAMA:
1.Negara Islam masih banyak di dunia! Cuma kita yang kurang peka.
2.Kota baghdad merupakan pusat ilmuan dunia satu masa dulu(dalam sejarah ada disebut)
  info :




   -kota baghdad dulu mempunyai sebuah perpustakaan (kalau tidak silap darul hikmah) merupakan perpustakaan yang paling terbesar di dunia.Perpustakaan nie memiliki 6 milion buku.Subhanallah.Betapa besarnya pengaruh ilmu Islam satu ketika dahulu.Tetapi telah dimusnah oleh pihak musuh-musuh islam.
-Kota baghdad semasa pemerintahan Sultan Al mansur adalah berbentuk bulat yang mana pentadbirannya berpusat di tengah-tengah bulatan kerajaan itu.Kiri,kanan,atas dan bawah kota baghdad adalah berjarak 2 kilometer dari pusat pentadbiran(Radius) .Hal ini menunjukkan betapa pandainya pemimpin Islam ketika itu kerana beliau mengatakan bahawa jarak itu sengaja dibina untuk mengeratkan perpaduan antara pemimpin dengan rakyat dan rakyat dengan rakyat.Ada 4 pintu utama merupakan kubu pertahanan yang sangat kuat tetapi kota baghdad telah diserang oleh Mongol melalui rasuah terhadap pengawal pintu..Kota baghdad telah dimusnahkan dan hanya tinggal separuh daripada kerajaan bulatan ini.

3.Binaan yang dibina di India oleh intelektual islam disana tidak mengunakan pengikat untuk mengukuhkan bangunan itu sampai sekarang.Tak paham? okey,contoh: kalau kita letak atau ikat bata mesti la letak simen ditengah2 antara bata tu kan? tapi bangunan nie tidak.. cuma bata diselangi dengan bata sahaja.. Pernah terfikir mcmna intelektual islam nie buat? Hebat kan sebab dah beberapa ratus tahun,bangunan tetap utuh tiada runtuh.
4.teknologi dan barang-barang yang dicipta:
  1.Jam... Terkejut?Yes! saintis islam yang mula menemukan dulu jam nie.. Jam tu tidak menggunakan bateri dan masih hidup sampai sekarang dan menjadi penunjuk waktu solat kepada penduduk kota baghdad. Hebat kan ilmuan Islam nie... dah beratus-ratus,beribu tahun masih boleh guna tanpa perlu ganti seperti jam kita pakai hari nie.
2.kamera. Lagi la kan..sebenarnya perkataan kamera itu berasal daripada perkataan Arab(kalau tidak silap Kumra) tetapi disebabkan orientalis Barat ini tidak membaca dengan betul,mereka menukarkan kepada kamera.. Hebat sangat intelektual Islam nie...
3.Pen.
4.Penujuk alam semesta.. penunjuk alam semesta nie semalam gambar dia lebih kurang macam kompas,kt situ ada utara selatan,bulan,bintang mcm2 lagi.. sampai sekarang,pengkaji masih tidak mampu mentafsirkannya.
5.Tokoh ilmuan islam:ibnu haytham.. Ibnu haytham nie memang sangat terkenal dengan ilmu fizik. Beliau lah yang menemukan jumlah panjang dunia.nak tahu mcamna? hanya mengunakan 2 stick kayu! Subhanallah betapa hebatnya ilmuwan Islam ini.banyak karya-karya telah hilang...
6.Ilmu matematik.Ilmu matematik nie memang tidak terkira banyaknya. ada satu manuskrip yang telah diambil oleh Barat mempunyai beratus-ratus muka surat dan beribu equation yang sampai sekarang tidak mampu diselesaikan. Antaranya ialah algebric yang kita dok guna sekarang adalah hak milik ilmuwan Islam.
7.Ilmu perubatan:vaksin,pembedahan dan sebagainya...

P/s: hebatnya pemikiran orang Islam yang kita tidak pernah tahu dan tidak sedar..Dahulu,umat Islam sangat gemilang dengan ilmu yang hebat sehingga menjadi rebutan barat...

Thursday 18 October 2012

Sahabat

Assalamualaikum..and good day..
Say Alhamdulilah..Allah memberi udara sekali lagi untuk dihirup..
Hari nie keputusan JPA dah keluar..Tahniah kepada kawan-kawan,sahabat-sahabat yang dapat... Berikanlah sujud sebagai tanda syukur kepada nikmat yang Allah berikan.. Kepada sesiapa yang tak dapat..anggap ia sebagai satu platform untuk kita melonjak ke arah yang lebih baik..teruskan usaha,.. Pohon tahun depan pulak kan... bg pointer mantap cikit..
 Okey entri kali nie berkenaan sahabat.. Pada pendapat korang,apa itu makna sahabat?
Bagi aku sahabat nie terlalu umum.... Apabila dibuat kajian,ada pendapat yang mengatakan sahabat nie waktu senang dan susah,macam-macam lagi..
 Tapi bagi pendapat aku,sahabat nie seorang yang diutuskan Allah untuk mengingatkan kita kepada Dia..
Aku selalu tengok orang tulis camnie.. sahabat apa macam tu time senang ja ada,time susah xda....
Janggan cakap macam tu yer? Mungkin sahabat nie ada masa kita susah tapi kita tak nampak..
Macamna yer?
Contoh situasi: Si A bersahabat dengan si B,tetiba si A ditimpa kesusahan,Si B tak nak tolong...
Si A pun cakap cmni"dia bukan sahabat sb dia xnak tolong aku"... Tapi si A tidak tahu bahawa Si B nie sentiasa tolong dia... iaitu melalui doa... Doa yang mustajab adalah doa yang yang tidak diketahui oleh orang yang didoakan... betulkan jika saya salah...dah paham kan?

 Sahabat yang baik itu sahabat yang selalu mendoakan dan mengingatkan sahabatnya tentang Allah...Sahabat yang baik juga boleh menerima seadanya sahabatnya itu dan mendoakan kebahagiaannya bukan mendoakan keburukan.. :) Allah tidak memakbulkan doa orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain...
Sama-sama muhasabah diri..Kasih sayang antara sahabat itu tidak perlu ditutur..sb kadang-kadang tutur itu tidak selari dengan hati... Penguat rindu dan kekuatan silaturahim itu ada pada doa... Penghubung kasih sayang itu adalah Allah S.W.T.

Andai sahabat kita berjaya,teruskanlah berdoa agar dia terus berjaya dalam hidup dan kita tumpang gembira..
Andai  sahabat kita jatuh,teruskanlah berdoa agar dia terus bangkit dan berjaya...
SubhanaAllah betapa Allah Maha Pemurah...memberikan kenikmatan hanya melalui doa kepadaNya..
Kalau sahabat kita tu seolah-olah lupakan kita,,, percayalah bahawa dia tak pernah melupakan kita melalui Dia..

Fatimah Syarha:Persahabatan yang indah itu persahabatan LillahiTaala..

dah habis! Wallahua'lam bissawab... :)
Tengs for reading..



 
 

Friday 12 October 2012

cara menghilangkan stress

Assalamualaikum readers...
masa ni mesti student-student tengah stres kn?
Masa nie la assigment berlambak-lambak atas meja,buku nk ke ulangkaji sb ada kuiz,katil xsempat nak tgk (tp fb dgn blog sempat ja tgk kn) hari-hari ada aktiviti persatuan dan kolej.. Masa nie la bru nk pham pasaipa cikgu ckp kalau duduk kt universiti ni zaman tidoq... pantang hujung minggu mesti nk bangun tidoq lewat sebab dah satu minggu balik penat,.. kadang-kadang sampai malam sb attend banyak program.. masa gap yang ada perlu digunakan secara sempurna untuk ulangkaji pelajaran terutama sekali orang yang berpersatuan... penat kot... lpas satu tempat ke satu tempat yang lain... lau dekat xpa gak.. but its okey... nt leyh cita kt anak-anak .. keh3..
Alhamdulilah selepas beberapa ketika dah terbiasa dengan keadaan persekitaran... Walaupun kadangkala mcm xmampu suma keja dalam satu masa sorang-sorang.. kalau dulu mak dengan ayah atau mr tunang yang tolong wat dr A smpi Z ...tp sekarang kena berdiri atas kaki sendiri..
Saya ada beberapa cara untuk menghilangkan stress dalam kalangan kita : adik2 PMR,SPM dan STPM pon stress kan?.. keh3... biasa la 2..

1.baca lah AlQuran bagi yang muslim.
Sesungguhnya AlQuran itu adalah penawar bg segala penyakit..
InsyaAllah kalau selalu bca Quran kita senang nk tenangkan diri bila stress.
2.Menangis
Menangis tu jugak salah satu cara untuk menghilangkan stress
3.meluahkan
Carilah sahabat-sahabat yang boleh dipercayai..luahkan segala yang terpendam.. Dengan cara ini,dah hilang sikit beban stress.
4.Lakukanlah hobi anda..
Luangkan masa untuk memberi rehat kepada otak anda dan badann setelah melakukan aktiviti seharian..Sebagai contoh,mendengar muzik yang sentimental(jgn dengar lagu yang agak keras sb ia akan mempengaruhi emosi anda),tgk cerita korea..(part nie bnyak pmpuan buat kn?)dan paling bagus membaca buku yang membina.
5.tidur
Kadang-kadang stress nie berlaku akibat tidur yang tidak mencukupi,, ingat,otak itu perlu rehat...
Sebab tu lah..Allah menciptakn malam dan siang seiring dengan fitrah yang diperlukan manusia.

Tuesday 9 October 2012

dalam sebuah bas..

Assalamualaikum readers..
Saat ini baru ja smpi bilik... tp disebabkan kebosanan,saya mengambil keputusan untuk mengupdate blog usang :)

Ada satu cerita yang berlaku dalam bas td... hehehehe..tak ada cinta-cintun okey!(i'm been proposed okey...)
Saya dgn seorang sahabat nie... nma dia Sulyana tp kmi selesa panggil dia Su ja.. Kami dalam perjalanan ke kelas AlQuran kat pusat sukan(padahal kelas 2 kami p cri xda)...Masa dok tunggu bas 2,kami dah lewat dalam 5 minit cm2 la..dah la jauh,bas pulak asyik rehat ja..adess..sabaq ja la...

 Sampai satu saat , bas yg kami nk guna tu sampai..punya la ramai..sesak kot nk beratur...kt situ ramai la muslimah dengan perempuan non-muslim or etc(majoriti kaum perempuan la) berebut nk naik bas termasuklah saya dengan sahabat nie... sahabat saya dah terlepas ke perut bas,saya masih lagi berebut kt bawah,tiba2 rasa mcm ditolak... adess!ada sorang mamt nie.. dengan xgentlemannya tolak saya hingga kaum prempuan yang beratur di belakang terstuck sb baris dah kena potong... okey ..Sabaq lg... mungkin Allah nk uji saat kita nk p tuntut ilmu..

Situasi dalam bas,sendat tu xpayah nk cakap la kn...lpas dari satu destinasi ke satu destinasi,dah kurang orang.. saya pon dah dpat tempat duduk,tp kcian la kt sahabat nie sb glas beg berat..try la cri tempat duduk kt dia... ada satu tempat kosong kt sebelah perempuan Chinese,saya pon gamit la sahabat nie... yang rasa pedih hati,mamat yang sma tolak aku masa naik bas selamba ja p duduk tempat yang saya dah cop untuk sahabat..
Moral of the story:
 Entah tetiba rasa nak marah kt mamat nie sb tidak bertolak ansur dengan kaum perempuan.. Pentingkan diri sendiri :)Agak-agak la saudara...

Lelaki kalau betoi dia menghormati perempuan,dia xkan bg prempuan berhimpit dengan lelaki-lelaki...
Mungkin tafsiran salah,tp saya merasakan bahawa dia adalah seorang yang tidak layak untuk bergelar suami.. Tp xtahu la,, mungkin jodoh kn? kita xtahu..
Mungkin ada pendapat yang mengatakan bahawa "tak boleh ckp cm2 sebab kamu belum kenal dia"
Bak kata pepatah,tak kenal,maka xsayang...
Tapi kalau kamu suma di tempat saya kamu juga akan berpendapat dengan saya... Mungkin ada setengah lelaki sengaja menunjukkan kemachoan apabila memberi laluan kepada kaum hawa..Ada juga memang ikhlas.. Tapi bila difikirkan balik... sekurang-kurangnya dia ada pertimbangan untuk memberikan laluan kepada yang memerlukan..
Pandangan pertama terhadap sikap kita,orang akan mula judge... :)
 Orang kalau xsegak tp berbudi lebih baik daripada orang yg ada rupa tapi xda pekerti...
Jangan harap kamu akan memegang segulung ijazah,orang akan salute kamu seumur hidup...

Tuesday 2 October 2012

kahwin muda???

Assalamualaikum readers..
Sory lama xupdate blog yg sudah usang... :) keh3..
Alhamdulilah hari cukup sebulan aku bergelar mahasiswa ...

 Update kali nie bahaya cket ..he3.. tp nk ckp jugak...
walaupun aku xkawen lg dan bukan bergelar yg halal buat si adam yg tercipta,aku nk bahaskan tajuk nie..
Sapa yg nk bahas secara akademik boleh tinggalkan komen anda... hehehehe... Bahas 2 bukan untuk  mencari salah atau silap tp unutk memperbaiki sesuatu yg kurang..

Pertama:
Tiap kali bincang secara ilmiah,mesti ada orang cakap kawin muda nie xelok sebab xmatang dan ikot nafsu muda...
tp pendapat aku,kahwin muda ka tua sama ja sbb ikot kematangan pasangan yg berkahwin itu sendiri unutk menggalas tanggungjawab dalam melayari rumah tangga yg dibina ... chewah...
memang la kawin muda ada byk risiko terutama kepada pasangan yg keduanya masih belajar terutama dari segi komitmen terhadap belajar dan ekonomi yang belum stabil...
 Tapi berdasarkan pemerhatian dan kajian yang aku buat, aku tengok pasangan muda okey ja... kalau dulu rumah tidak disewa,lepas kawen boley ja sewa rumah sedangkan ekonomi masih pon belum sempurna... nk tau sebab apa? Sebab janji Allah untuk melimpahkan rezeki kepada yg bernikah unutk mendapat redha...
Xcaya? kalau dulu sebelum kawen naik moto,sekarang lpas kawen mampu beli kereta..antara sedar atau tidak,Allah beri rezeki...kita ja xperasan kn?
Pasai komitmen kat study tu,lau niat kita nk kawen btoi..insyaAllah berkat! 
Kedua:
tiap kali bincang pasai nie,mesti ada orang kata  kawen muda nie memang baik tapi kadar peningkatan cerai dalam negara juga meningkat..!
Bagi aku,benda mcm bergantung kat niat kita berkahwin..Altough,aku belum lg bergelar isteri..
contoh 1:kalau kawen sb pasangan tu cantik atau hensem/takot diambil orang,nt akan ada masalah sb cemburu yang melampau2.. ataupun sikap pasangan tidak  menepati ciri2 spt malas kemas rumah atau tidak suka masak unutk suami...
contoh 2: sebab kawin pangkat dan harta... akan hilang kasih sayang sebab rasa hormat hilang..
                Andaikan si isteri adalah bos,suami di bawah isteri...tidak mustahil si suami akan rasa tercabar dgn pangkat isteri...
Contoh 3:sensitif cket yg nie.. kawen sb nk memuaskan nafsu...apabila tidak mencapai apa yg tidak dikehendaki,mula lah ke arah penceraian..
Contoh 4: kalau kita berkahwin sebab untuk mendapat payungan redha Ilahi,InsyaAllah akan berkekalan...
   Indah jika redha Ilahi dicari bersama-sama dan ke Jannah bersam-sama...

Konklusinya,berbalik kepada niat kita,tak salah berkahwin muda atau tua.. yang penting niat kita dalam mencari redha Allah.. Komplikasi dalam rumah tangga adalah ujian dari Allah... Jika bernikah,telah sempurna sebahagian dari agama..

Islam telah mengesyorkan supaya kita memilih pasangan hidup berdasarkan:
1.agama..
kalau ada agama,InsyaAllah akan bahagia menjadi keluarga yang mawaddah wa rahmah..
2.keturunan:
keturunan nie bukan la bermaksud keturunan berdasarkan pangkat tp kesuburan pasangan untuk melahirkan umat junjungan Umat Muhammad.
3.Sekufu:
Ramai orang yg tidak setuju dgn bnda nie apabila aku bahaskan... sekufu tu bukan bermaksud pangkat ataupon harta,tapi sekufu dari segi pemikiran,tanggungjawab dan juga perasaan.
Macam la aku ckp kt atas td,kalau la perbezaan dalam hidup  yang terlalu ketara,boleh menyumbang ke arah penceraian.. kalau lah suami gaji 500,isteri gaji 3000, suami akan akan merasa rendah diri dan isteri semakin tertekan sb perbelanjaan ditanggung isteri..nampak? kepada akhi2 atau ukhti2 yang berasa kurang senang dengan statement nie,tolong betulkan yer.. :)
4.paras rupa:
paras rupa ini bukan lah cantik,tp manis dan elok dipandang dan mendamaikan jiwa..tapi kalau cantik,itu anugerah Allah kn?


P/S:tak salah pon kawen muda andai matang dalam menghadapi cabaran rumah tangga.. InsyaAllah bahagia.. Syaitan menangis apabila remaja bernikah :)post nie bukan sb saya nk bernikah muda, tp membahaskan pendpat tntg kawen muda yg dipandang enteng oleh sesetengah pihak... terima kasih..

 







Friday 21 September 2012

persepsi yg salah..

Assalamualaikum..
Helo readers..

disebabkan 3 buah buku tuh aku tak paham apa.. otak kena rest jugak kn.. meh kita update..

update kali nie.. pasai persepsi oleh sesetengah pihak yg dianggap betul tp sebenarnya salah.. :)

1.kalau nk p ke surau atau masjid perlu memakai jubah atau baju kurung..
   pakaian yg perlu dipakai adalah pakaian yg menutup aurat...pakai pakaian yg longgar dan tebal..
kalau pakai jubah atau baju kurung sekalipon.. jarang dan menampakkan susuk tubuh itu bukan menutup aurat namanya,,, :) lau pergi dengan pakai seluar ke surau atau masjid mesti ada orang pandang2..
memang la better pakai baju kurung atau jubah... tp jgn jadikan sesuatu yg boleh kepada yg tidak boleh..

2.lau nk nikah kena tunang dulu...
 yg nie xberani  la nk komen byk2... tp ari 2 ada terdengar suara ..dia ckp cmnie.. "mna boleyh nikah lg.. xtunang lg"... nk ckp la kt sini,tunang itu hanya sebut aku nk ambik hang jd isteri dah tunang.. nikah tak perlu tunang la.. cuma adat ja..

3.kenduri kahwin belanja oleh lelaki..
 Andaikan salah sila tegur sya yer.. sy pon bru dapat maklumat nie.. :)  Rasullulah S.A.W. telah menegaskan antara tugas ibu bapa ialah mengkahwinkan anak selain dari mendidik dan membesarkan dan memberikan nama baik...Ustad saya ckp antara perkara yg termasuk dalam mengkahwinkan anak ialah mencarikan jodoh,menanggung membiayai pernikahan..

4.lau semayang berjemaah,xleyh duduk dekat2 nt xselesa nk fokus dlm semayang...
semayang berjemaah itu perlu dirapatkan saf dan tumit sama.. lau x.. itu bukan nama jemaah,itu semayang sorang2 namanya.. alasan xmau rapt saf"rimas la nk duduk rapat2".....Rasullulah S.A.W sangat mengambil berat tentang saf ketika semayang berjemaah..

4.budak bising dalam surau tau masjid marah..
budak bising dalam masjid atau surau bising menggangu segala.. tp bila mak budak atau bapak budak bercakap atau mengumpat dimaafkan.. Satu lg persepsi yg salah! anak itu fitrah dia sebelum dia betul blajar mencintai masjid dan menghormati masjid.. 






Monday 10 September 2012

haluan siswa part 3..

Assalamualaikum guys..

Alhamduliah hari dah start masuk kelas.. ari nie ada kelas bahasa inggeris dengan sejarah(malaysia dan Asia) masuk ja dewan kuliah td,tiba2 asa "eh,mcm penah nampak keadaan mcm nie", SubhannaAllah! aku duduk di baris yg sama,cuma tempat duduk yg berbeza semasa mengikuti satu lawatan sambil belajar sekolahjamenengah dulu..Allah nk bg rezeki yg kita xtahu.. :) Dan tadi aku duduk di situ sbg pelajar...

okey readers, haluan siswa part 3 akan menyusul... hahahhahha..
 Masa nak last2 MHS nie, banyak kt fakulti ja..wat siswa mail,dengar ceramah tak ada apa yg menarik pon kecuali PELAPES dan SUKSIS...aku memang minat gila benda2 yg mcmnie.. p kem segala..kawad kaki biaq muka hitam mcm arang... unutk pengetahuan korang.. badan2 uniform nie bagus taw... lau kt um nie memang org salute la geng2 nie sb nanti bila dah terpilih akan diasingkan ke kolej lain lau SUKSIS lau xsilap kolej 12,PALAPES kolej 12 kot.. antara dua nie la... aku pon xpasti.. nk tgk kolej depa?
jap eh....
kolej kediaman ke dua belas...

kolej kediaman kelima... tgk lambang kt papan tanda kolej kelima 2...



Next,mlm terakhir kami bersama PM selepas acara kebudayaan..PM2 kmi wat cheers untuk kmi... best kot.. rasa dihargai dah kluar sikit tenaga dalam DTC.berbanding dengan depa yg 3 bulan pergi training.. Actually kmi ada byk cheers tp dilakukan hanya dalam kalangan Za'bahan .. hak cipta kolej Za'ba,,,. tak boleh dibawa keluar.. :) Terdengar suara sumbang "pa kelas Za'ba" cheers pon ala2 ja..cheers Siswa Um 2 berasal dari kolej ketujuh Za'ba... :) cuma ditukar kepada siswa UM.. (alumni yg crita okey!) :)

kitaorang pon tidoq dalam pkoi 3 pg sb nk celebrate...bgun2 ja dah pkoi 11 ..nseb bek la klas xda lg ari 2... tidak.. jenuh!...

Daa habis.. cecita tentang haluan siswa kt tempat hampa pulak..

Saturday 8 September 2012

haluan siswa part 2..

Assalamualaikum w.b.t..
Next update... lets begin.. :)
Dengan nama Allah yg Maha penyayang lagi pemurah..

  macam mana yer nk start.. Okey! 2-3 hari masa MHS okey la walaupon agak rushing sb suma borang2 perlu disediakan dari fakulti sampai la borang kolej.. pas2 cheers yg aku tak berapa suka... tp wat jgk lau dok kt belakang..
Masuk hari keempat bermulalah aktiviti yg mencabar fizikal dan mental untuk bergelar mahasiswa Universiti Malaya.oh! tidak.. guess what? kami suma freshie ada aktiviti kt Dewan Tunku Canselor(DTC) lebih kurang 1 km dr kolej KK Za'ba.. kami kena berlari anak2 ke sana ..tekan ckit berjalan  tapi LARI...eh eja balik lari... Hanya 2 kolej ja yg kena wat cm2.. tak cilap aq kolej 4 (aku pon xpasti ) dengan kolej aq.. penat? tahu xpa.. sakit kaki hanya Tuhan yg tahu... kolej lain rilek jer dalam bas dengan ber"air-cond"sambil melambai tgn kt kitaorg yg tgh lari.. hahahha.. tp okey jugak lari nie sb nk ajar kitaorang nk mengatasi rushing dgn masa dan meningkatkan balik stamina setelah 9 bulan makan tidur di rumah bela badan kn... nk pergi fakulti jalan kaki pon dah xkisah sb dah biasa kn? pg,petang,malam berlari untuk berulang alik dr DTC ke kolej dan begitulah sebaliknya... ynag kolej lain pelik dan pandang kmi semacam bila masuk ja DTC kenapa kmi diam seribu bahasa tanpa cheers mcm diaorang.. kt cini dah cita.. panas+penat+letih...xda tenaga.. dan lg 1 komposisi penghuni kolej kmi berbeza dgn kolej lain...


2 hari sebelum MHS berakhir..ada sesi dialog mahasiswa bersama negarawan  Tun Mahathir Mohammad ... dan dipancarkan secara live di IPTA seluruh negara... Wah! syok kot.. leyh tgk Tun dekat2.. :)
Malam 2 pulak ada sesi bersama idola Universiti malaya.. Actually kmi xaspect pon sapa yg menjadi tetamu jemputan malam 2.. apabila tetamu pertama masuk... "dipersilakan Mejar DR faiz (angkasawan kedua Malaysia 2) aku xtau pon selama nie dr faiz nie bekas student um.. :) untunglah lecterur time 2 kn..jumpa balik student yg dah berjaya..

nie mesti ramai yg org cemburu.. tp aq biasa2 ja..budak laki yg terlebih excited.. "mempersilakan Lisa surihani" mimpi ke aku nie... Subhanallah terlalu comel ciptaan Allah.. live depan mata... Xcaya? caya la... tak tipu nie..ramai la lelaki yg teruja mlm 2 sb kak lisa memang cantik..dan bermulalah cheers tuju untuk kak lisa..gmbar atas nie admin (pengacara majlis dengan lisa surihani_) dah caya?


part 3? akan menyusul InsyaAllah ..



haluan siswa part 1..

 Assalamualaikum w.b.t.
hai readers.. sory la.. lama xupdate blog.. tettiba ja rasa rindu nak menulis.. ;) kesibukan sangat mencemburui kita.. :P.. Alhamdulilah hari nie cukup seminggu aku berada di Universiti Malaya is the One! dan kolej the Za'bahan.. (bangga boley duduk dekat kolej yg membawa nama pendeta bahasa MElayu moden.. (Za'ba)..

  Minggu haluan siswa berjalan dengan lancar walaupon agak rushing ;) biasa la kn..nma pon orientasi...
Its begin like this.. Aku bertolak dari pulau kesayangan yg cantik dan menarik pada 30 ogos 2012.. 3 hari sebelum pendaftaran sebab byk sangat brg yg tak beli ... sambil menyelam minum air,kami satu family totally 12 org pergi melawat sekitar KL..

2 september 2012:
Pendaftaran berjalan dengan lancar dan sempurna... fail,topi,baju,beg suma diberi oleh pihak PM..
Punya la seronok dapat bilik,cri2 bilik rupa-rupanya dok kt tingkat no 4 dari 5 tingkat.. sakit kaki.. Excuse me! guna tangga okey... TANGGA... 2 bagasi,1 handbag,1 bag galas dan satu karung  besar barang2 keperluan lain.. seriously,penat.. tak lama lpas 2 ada announce "para waris dan ibu bapa diminta untuk meninggalkan kolej kediaman pada pukul 1 petang kerana  memberi laluan kepada perjalanan program minggu haluan siswa universiti Malaya.. ouch! dulu aku dok buli org time orientasi,sekarang aku pula kena buli...biasa la kan,hidu nie umpama roda ,sekejap kita diatas,sampai masa nt kita kt bawah...
 psst,....dulu time dok kt hostel 7 tahun xpenah nk toucing pon.. tetiba mai sini jadi touching,,, *mungkin sb kematangan dah ada.. cheeewaaah...

Dalam pukul 2 petang, kami pon turun dengan pakai baju yg dikehendaki dengan seluar slack... nseb baik bawak okey.. dah la xda size.. bermulalah... jeng2... ari first xda apa pon... cuma just kenai2 cm2 ja... tp xsuka dok dalam dewan 2 sb sakit pinggang.. hahahhaha.. PM kitaorang garang gila kot... terutama Pm dess dgn jax... tak penah nmpak senyum... ckp pon series ja dgn kwan2... Kalau lewat ja jga la...  tambahan pula lau tertinggal segala brang2 yg ada dlm beg 2... byk gila.. semak aku tengok.. tp ada kebaikan juga sb aq xtinggal brg kn...
Pasai mkn.. kmi diber makan mcm biasa seperti tinggal di asrama.. tp beza dia kmi ada bekas sendri ..lau kotor ,mknanya hampa malas basuh kn..bekas dia lebih kurang  macam nie:


time mula2..mlas kot nk makan..tp lpas 2 okey ja.... Yang pling lucu.. dah la  pkai baju serupa,beg serupa... pastu setiap kumpulan dipanggil "sel"hahahhaha..guess what? mcm pesalah..

P/s: mata dah ngantuk,time to sleep.. daa.. sambungan esok yer..



Thursday 23 August 2012

martial art..

Asssalamualaikum..


martial art?? .. entri bukan org bca pon kan.. kah3.. tapi nk tulis jugak... okey kawan2..martial art dalam bahasa melayu bukan  bahasa malaysia k! maksud dia seni  pertahanan diri..

Pasaipa perlunya benda nie... ramai perempuan ckp cmnie"masuk bidang nie lecey la ,nmpak kasar la"
yang laki pulak ckp" tenaga lelaki kuat 2 kli ganda dr prempuan tak  perlu p blajaq bnda2 nie suma..".
Saya tak kata suma berpendapat cm2... segelintir saja... hhuhuhu..

Kat dunia nie banyak jenis seni bela diri nie,, antara popular kt Malaysia nie:
1.Silat


Dalam seni silat ni ada banyak pecahan pulak.. contohnya Silat seni gayung Malaysia,silat gayung pusaka, silat cekak hanafi dan sbgnya..

2.Taekwando(pasai pa la susah sgt nk tekan hurup w nie)


3.silambam






4.wushu




  

Sebenarnya banyak lagi seni bela diri nie.. terpulang kepada kita nk pilih yang mana..

Pasaipa kita perlukan seni bela dia atau martial art nie?

1.antara sbb utama dia semestinya untuk mempertahankan diri (self defence) daripada perkara2 yg tidak diingini.
Yes! memang la orang tua2 ckp lau bnda nk jadi dia jadi jugak... tapi fikir sejenak andaikan perkara yg tidak diingini itu berlaku kepada diri sendiri,(tak mintak bg jadi,tapi andai jadi)apa yg kita nk buat,nk duduk berserah saja..? atau sekurang2nya bila dah ada martial art kita dah ada asas untuk bertahan... better dr berserah kn?.. :)

2. pertahankan orang lain yg berada di sekeliling..
like this... adik korang atau awek korang terutamanya lelaki takkan nk tgok saja tnpa usaha apa2.. sb 2 la.. martial art nie amat diperlukakn oleh kedua2 gender di Malaysia..


Natijahnya,Setiap yg berlaku itu ada hikmah yg tersembunyi. .Allah akan menegur kita dengan pelbagai  cara apabila melakukan kesilapan ...faktanya :Antara kita sedar atau tidak ..

Wallahua'alam bissawab... Jazakallahuminkum..


la tahzan .. :)

Assalamualaikum..

*tetiba ja touching di awal pg.. kah3..
alaupon xda foller tp ttp nk tulis jgk.. he3...

Setiap yang Allah berikan itu ada hikmah di sebaliknya.. Allah itu Maha Penyayang,dugaan tidak diberikan jika di luar kemampuan hambaNya :) ..sebab itu lah Allah ujukan sifat S.A.B.A.R. dan redha...
La tahhzan ,Innaallaha Ma'ana(jangan bersedih,Allah kan ada..

Bismillahirrohmanirrohim...

Im Happy No ! Gila kentang dak.....

Pssst:eh! bru perasan erk ..tulisan kt atas 2 mcm pelik sket.. huhuhuhu..
         Soory guys! My double u kt lappy nie dah rosak... that's mean.. nk lappy baru kot... huh!

gud nite ladies..

 Subhanallah,alhamdulilah,Allahuakbar..


Tuesday 21 August 2012

apa komen anda.. sekadar berkongsi :)

Assalamualaikum..

Next update,... rajin nk tulis nie..lepas p kedai buku tutup..mana pedih pon..grr..rindu kot nk bca novel dgn GenQ sy,,..(hobi selain dari makan,tidur,menulis kot ..kah3)

  .Peneman saya hari ini Mr BF a,k.a. PA saya dan bos sb byk benda pasai pelajaran dia yg urus dan sentiasa menemani di saat genting mcm nie.... bukan kita org berdua ja k..adik saya ada sekali...   full stop.. lepas urus urusan di bank,kedai gambar n etc,kmi pon gerak la ke langkawi parade sb perut dr pg xmakan kot. mana tahan... lepas makan kmi pon turun la ke bawah nk cari barang untuk hadiah besdey best frend saya...

   Sampai satu kedai 2..Jeng..jeng.. huhuhu..xsaspen pon cita nie,,,
ada Sekumpulan perempuan yang agak daring memandang ke arah saya dan adik saya... Malas gila kot nk ambik port pasai org xpuas hati nie.. (lagi dok pkiaq org xpuas hati,sampai bila nk maju) touching plak dah... Focus ok! Bukan nk provok depa dlm blog saya yg masih suci.... tpi nk cakap jugak... depa  pakai mcamnie.. hampa bygkan taw.. sluaq jeans yg ketat bersama baju yg agak pelik .. pakai tudung boley la tahan.. :) orang Langkawi panggil geng B***MA (sensored) sambil kami lalu dia cakap cmni kt kami"pikiaq elok kot".. Dalam hati saya berkata " kamu mengadili orang,orang juga sedang mengadili kamu"

Excuse me, fesyen pelik dgn simple adalah perkara yg berbeza..
Contoh: pakai jeans,jersey Malaysia,tudung yg bersesuaian stil nice walaupon tidak berfesyen kn?
nie dak pakai baju kotak2 seluaq kotak tudung wana terang nuh pin pakai yg org dak bg bentara kenduri...

Sunday 19 August 2012

hi,KL be nice to me..

Assalamualaikum ..

Ari nie dah 19 ari bulan.. pukul 12 tengah malam nie dah masuk 20 aribulan.. Maknanya............ 10 hari lg nk tinggal Langkawi... Excited + takot ..

Kuala Lumpur please be nice to me ok!...

Kadang kala rasa risau bertandang sebab Bandar metropolitan macam 2 berbagai dugaan dan cabaran
dunia perlu dihadapi... Semoga Allah menguatkan iman hambaNya untuk menepis godaan dunia..
Baru setahun jagung berhijab dan berjilbab kini terpaksa berhijarah ke tempat yang penuh dugaan.. Doakan juga semoga saya terus beristiqamah seperti sekarang...

tapi kekadang terasa keterujaan sebab impian untuk menuntut ilmu du Universiti pertama Malaysia kian tercapai.... Alhamdulilah ..rezeki Allah bagi....



Psst:nafsu nak shoping makin menebal...80 peratus dah otw..anda pula?

Tuesday 14 August 2012

Sejarah kertas 1 tingkatan 6

Assalamualaikum... Good day..

Minggu lepas ada junior /pelajar tingkatan 6 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini (2012) bertanya macamana nak belajar atau menepati sasaran dalam kertas 1 sejarah..
Okey,saya akan bagi tips yang mungkin boleyh membantu adik2 tau sesiapa sahaja :)

Tips :
1.Pastikan markah anda berada paling rendah pon setiap soalan adalah 20 markah.
(tak susah pun kalau rajin tengok skema jawapan atau soalan2 yang lepas..
2.Selepas dapat kertas soalan, perhatikan betul2 dan sgt2 teliti mana 1 soalan yang perlu dipilih.
  Caranya: cuba listkan setiap jawapan dari soalan secara contengan ttp boleh difahami .buat setiap soalan yg diberi..mungkin ia mengambil masa anda sedikit tp tidak membazir berbanding kehabisan waktu ketika anda buntu di tengah2 penulisan jwapan..ini secara tidak langsung akan menyebabkan gangguan..
3.Perhatikan soalan yang mempunyai banyak jawapan dan teruskan penulisan kamu dengan rasa yakin serta berdoa agar Allah mengingatkan apa yg telah kamu pelajari.
4.Buat rangka jawapan yang btul bermula dari pendahuluan ,isi dan penutup.
5.Cuba untuk jawab 4 soalan tersebut dengan sempurna.. jika ada usaha,akan ada rezeki..

Seterusnya,saya akan terangkan cara untuk merangka atau menulis:

1. pendahuluan.
- gunakan   4W 1H
What
When
Who
Why
How
-contoh
-penegasan soalan

Contoh kat bawah:

Jelaskan ciri2 zaman neolitik:
What:Zaman Neolitik ialah zaman prasejarah yang mengalami revolusi hasil tindakan manusia yang sudah mula menguasai alam sekitar./berikan maksud prasejarah..
When:Ia berlaku kira2 .........S.M. hingga ....... s.m
Who:Menurut Ahli arkeologi berdasarkan kajian yang mereka lakukan.....kalau boleyh sebut nama ahli arkeologi atau tokoh 2..
Why: Ia berlaku keran manusia pada masa itu sudah mula menguasai alam sekitar dalam kehidupan berbanding masyarakat pada zaman Paleolitk.
How:Kewujudan zaman ini dapat dibuktikan melalui kajian dilakukan oleh ahli arkeologi dengan menggunakan carbon14.


Contoh:
Contohnya,tinggalan kapak yang ditemui di......

PEnegasan soalan :
Penegasan soalan nie jangan sekali kali tinggalkan !
penegasan soalan nie akan memudahkan pemeriksa baca,, mcam kita la.. nk bca jawapan org susah kan... so,buat secara tersusun..

contoh penegasan soalan:
Terdapat pelbagai ciri-ciri zaman neolitik seperti tempat tinggal,peralatan,dan sebagainya..

ingat:Pendahuluan 2 sangat penting... jangan sekali2 tinggalkan..


Okey,dah habis. kalau isi gunakan cara yang sama mcm kat atas
 Penutup pula jadikan sesuatu yang positif..

minggu depan -->sastera ok! daa...



cita-cita..

Assalamualaikum all muslim,mujahadis,mujahid,mua'aalim,mua'dib..

Kai fahaluka/kaifahaluki? ana? Alhamdulilah,ana bilkhair...

tiba2 kekeringan idea nk tulis blog..hahahaha...  tak tau nk tulis apa..tp nak tulis jugak,sebab suka menulis a,k,a membebel dan banyak cakap.. :P
Eh,membebel banyak sangat sampai tak kena dgn title atas ---->cita2/ambition..

 Nak jujur nie,saya sebenarnya banyak sangat cita2..
Dulu masa kecik2 nk jadi penyanyi la,penulis la, macam2 lg.. yg paling lucu tulis dalam buku biodata kawan2 cita2 nk jadi polis atau tentera... (tak sedaq diqi tu mini dari org lain) huhuhuhu...
Tiba2 naik secondary sc hati2 kuat sgt nk jadi cikgu--->cikgu sejarah :)
mungkin suka cakap kot dan tulis2 a.k.a surat cinta...Jiwa nak jadi cikgu 2 terlalu kuat sampai tak mau nk beli no pin matrik...tolak Uitm.. semata2 nk masuk tingkatan 6.. Love u form 6! Kena pulak cikgu sejarah 1 yang baik hati dan bagai ayah yg suka bg nasihat.. huhuhu..
Alhamdulilah semakin kuat nak jadi cikgu sejarah..Punya la isi Upu boh sampai 4 pendidikan.. sejarah tetap di hati... tp tak lepas sebab ketaq lutut cakap Bahasa Inggeris.. spoil btoi...memang xda can la nk jadi cikgu macam member saya yg suka gelak (Awatif Abdul Halim)..
Tapi Alhamdulilah,rezeki Allah bg kot len pulak... Antrologi dan sosiologi... kena dengan jiwa kot!
Want to be like you cikgu Hashim ada master sejarah.. hebat kot..
Cikgu Hashim cakap:Nabilah,target master!... InsyaAllah kalau ada rezeki dan Allah permudahkan...

Tapi tetiba td terfikir: macamana lau tiba2 ahli arkeologi,pensyarah,cikgu,penganalisis sosio dah cukup? (maknanya ramai yang tanam anggur la kn)..sob :( ramai ja pascasiswa yang xda keja..
tapi masih ada alternatif lain kan untuk cari kerja ..1.yang paling glamour kawen dgn org agak berada(perempuan) jadi suri rumah dan isteri mitahli..2.bukak perniagaan sendiri lau ada modal kn? tp bantuan kerajaann dah banyak sekarang.. leyh jadi usahawan berjaya kn..

Saya dah ada cita2 andai ditakdirkan saya menjadi penganggur terhormat..haahhhahahha..
1.isteri mithali dan anak yg soleh dan ibu .. :)
2.cita2 yang paling besar dan agak mengarut.. tapi nk wat jugak
   nak buku kedai buku yang santai dan besar mungkin sebab orang yg agak suka menyukai buku susah mencari buku yg best2 kt Langkawi nie..Yuran yang nk dikenakan murah2 sahaja,,, lepak la bapa jam pon..tp xleyh bawak blik buku yg dibaca..kira mcam library la jugak... nk wat pokok tiruan besaq mcm dalam cita snow white.. hahahhahhah... seronok kot baca buku macam 2... tp asing laki pompuan... boley?


P/S: mesti ramai org yg cakap"awalnya rancang" tp xsalah kan..sekurang2nya ada jugak cita dan azam dalam hidup unutk dicapai..
Selain daripada capai duniya ,kita kena jugak capai akhirah,, :)
InsyaAllah ...



Monday 13 August 2012

beware apabila berada di hostel ..grrr...

Assalamualaikum dan selamat tengahari... good day!
Next, tetiba mai idea plak nk tulis nie..semalam lupa tulis.. sory guys:)
Our title today is beware kalau berada di hostel..(bahasa rojak) jgn guna pakai dalam exam okey!

perkara penting:
1.money(duit) perlu disimpan di tempat yg selamat.. kalau boleyh bawak dalam jumlah yang sedikit.. sebab kita tak tahu latar belakang roomate kita..
2.barang berharga macam telefon tangan (ceeewaahh),komputer riba,jam or etc tak perlu nk show off agar tidak putih mata apabila hilang.
3.Pastikan loker sentiasa dikunci dan pastikan disangkut di leher ..keh3.. guna tali yg selalu gantung kad matrik..
4.plg penting: pastikan ada kunci spear yg disimpan di tempat yg selamat..
5. boh pasword dalam gajet yg boleyh dibubuh.. hati manusia kita xtaw kn?
6.tulis nama pada stiap pakaian menggunakan permenant marker(bawak spare)..lau ada seratus pon,seratus jgk tulis nama.. bahaya k..terutama baju yg agak comel..
 Tambahan: kat semua barang termasuklah sikat dan sebagainya..
7.berdoa kepada Allah S.W.T agar dihindarkan dari segala sesuatu yang buruk..

DoA apabila barang hilang..
 1.Al fatihah (7 kali)
2.surah qulhuallahhu Ahad (7)
3.selawat(7)
4.membaca Ya hafiz (119 kali)
5.berdoa:
  Ya Tuhanku,aku bermohon supaya mengembalikan brg yg telah dicuri.
6.Yakin + tawakal... InsyaAllah :)




Friday 10 August 2012

shopping :)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulilah,hari ini segala yg dirancang berjalan dengan lancar dan jayanya yeah! (excited p sat plus penat)
--------> shopping fasa pertama dan kedua...
Fasa pertama:pagi
Fasa kedua :malam..
Okey! Dibawah nie sy akan list a.k.a senarai pendekkan keperluan yang boleh diguna pakai oleh pelajar yang akan tinggal di hostel..Semoga ini akan membantu rakan2 yang tidak pernah atau masih tidak biasa tinggal di asrama..

PAKAIAN(perempuan saja okey!)
1.baju kurung/jubah(sediakan banyak sikit sebab selalunya majlis2 pakai baju macam nie)
2.Tshirt (lengan panjang/pendek) ...
3.seluar sukan
4.Slack/jeans
5.Sweater /cardigan( untuk dipakai terutamanya pada hari cuti sebab malas tukaq baju yg pakai tidur)
6.Stoking/sarung kaki(jumlah yg diperlukan mengikut keaktifan diri..lau aktif berpeluh banyak la.. tp jgn terkejut lau tiba2 bawak 10 psang elok cuti tinggai sepasang sb da byk yg bertukar..hahhaha)
7.Skirt labuh/kain arung
8.kain dalam(diperlukan terutamanya bila pakai kain)
9.anak tudung(banyak sb minggu orientasi byk mengeluarkan peluh
10.tudung/selendang
11.Kain basahan
12.Kain batik(sangat diperlukan terutama yg malas basuh baju mcm aq nie,tgk2 sluaq suma basuh kt ampaian)
13.Inner baju/tudung
14.Sapu tangan
15.belt
16.pyjamas a.k.a baju tidur
RAPIAN DIRI
1.berus gigi
2.ubat gigi
3.pembersih muka
4.krim muka(untuk sapa yg pakai)
5shower gel
6.Shampoo
7.Deodorant
8.Sikat
9.perfume
10.Sanitary pad
11.tuala kecil/besar(pastikan ada spear sb tkot nt kotoq leyh ganti
12.Nail clip
13.bedak
14.ubat-ubatan
15.baldi(sederhana,sebab lau kecik nt xmuat nk boh bju yg berlambak2 tome minggu orientasi)
16.raga /basket untuk letak set mandian(sederhana sb nt leyh boh skali suma dan xda yg lupa
17.sepit rambut/getah
18.Losyen
19.sunblock(sapa yg tkot hitam kena jemuq panaih)
20.cotton buds
21.Tisu(wet/dry)
22.pin tudung yg banyak
22.shave
23.gAyung
24.span sabun
KASUT
1.kasut bertutup
2.kasut sandal
3.kasut sukan
4.kasut selipar(plih yg pling murah sb nk p tandas.. hygience stiap prg berbeza :) lau mahal cikit 2 untuk pakai2 bersiar2)
BERDOBI/CUCI
1.penyangkut (memang agak banyak diperlukan sb nt suka hilang) beli yg murah xla rugi
2.pengepit diperlukan supaya bila angin sepoi mai baju tak jatuh
3.bakul(baju kotor)
4.berus plastik/tembaga
5.Sabun baju biasanya boh dlm botol/baka berttp yg agak comel supaya mudah dibawa
6.penyangkut kasut supaya senang kering ksut
SOLAT
1.telekung
2.sejadah
3.AlQuran
4.Surah Yaasin
5.Al Mathurat(surah2 yg diamalkn oleh Nabi Muhammad S.A.W.---> dapat menjadi pendinding dr gangguan iblis dan syaitan)
6. Tasbih
BILIK/KAMAR/DORM
1.Cadar/sarung bantal(spare untuk emergency)
2.Selimut
3.kertas loker(pembalut buku) balut loker supaya cantik
4 jam loceng/tangan
5.tong sampah kecil
6.cermin
7. mangga(klu boleh sediakan 2 untuk loker buku dan pakaian)
8.plastik sampah
9.Kalendar penting untuk tgk tarikh nk blik
10.pewangi loker
11.jarum/benang/peniti/gunting
12.mug
13.sudu/garfu.chopstik
14.mangkuk
15.bekas air
16.thermos kecil
17.soft slipar
18.bantal
19.payung praktikal
lain2
1.CHARGEr laptop/fon/mp3(plg penting k)
2.extension plug(lg2 penting)
3.salinan ic dri sendri/ ibubapa/adik beradik/spm/stpm or etc banyak2
4.gambar pasport  sebanyak yg mungkin...

Da habes... :)
Hrap dapat membantu anda semua





Thursday 17 May 2012

saya suka sejarah

assalamualaikum w.b.t.
  Hari ini saya nak berkongsi cara belajar sejarah yang saya guna pakai semasa belajar di sekolah dulu :) hehe..
Setiap orang ada cara yang berbeza dalam mengulang kaji tapi tidak salah kan kalau kita berkongsi... Mana la tau mungkin berkesan.

Cara belajar saya:
1. Cari jawapan dalam buku teks sahaja..
   Kalau tidak jumpa,barulah gunakan sumber yang lain.
(kecuali tingkatan 6 sb kena byk cari maklumat)
2.Tulis muka surat halaman jawapan yang kita jumpa di hujung soalan.Hal ini akan memudahkan kita membuat semakan apabila mengulang kaji.
3.Gambarkan peristiwa yang ada dalam buku teks seperti gambaran cerita dalam televisyen atau novel atau lebih kurang.
4.Saya juga menggunakan nota kecil berwarna (kertas folio) untuk mencatat semasa cikgu mengajar.
5.Saya juga akan melukis gambar org lidi jika berkaitan tokoh dan menulis fakta dibelakang kertas itu! try la..
6.Manjakan diri dengan soalan-soalan sebenar.Keadaan ini untuk mengelakkan kejutan soalan semasa peperiksaan.
7.Semasa buat latihan atau ulangkaji soalan berbentuk kertas 2 (spm),rangka jawapan anda seperti skema permarkahan.
  Contohnya ---> Terangkan ekonomi masyarakat agraria.
                        Fakta 1:
                        Fakta2:
                        Contoh:
     
         Lebih kurang cmni la.. Isi jwapan betul..InsyaAllah ingat punya.

*saya ulangkaji guna buku teks sb time exam nt saya akan membayangkan buku teks itu.. tak caya? try la..
he3..

tips lain untuk tidak mudah lupa:(bg yg beragama islam)
1.bacalah Al-Quran walaupun cuma sekali sehari.
2.Cuba untuk penuhkan solat anda dan doa adalah senjata untuk berjaya :) Allah akan mempermudahkan.
3.Ubah niat hati dari "belajar sebab nk lulus exam" kepada  "belajar sebab nk penuhkan ilmu di dada dan mencari redhaNya.

P/S: lau ada apa2 soalan terus jer tnya ;)       Insya Allah lau mampu kita jawab sama2...

Sekian ...    

Tuesday 15 May 2012

guru : )

"Saya berjaya kerana redha dan pengorbanan guru-guru saya"


  Teingat ketika satu peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup saya dan sahabat2 saya yang khalil yang mana ketika itu berasa kecewa dihina dengan ungkapan "Pelajar tingkatan 6 saya doakan mereka semua gagal". Astagfirullah al A'zim. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan hati yang luluh ketika itu. 3 hari sebelum peperiksaan(tidak silap saya).
  Dengan pujukan seorang guru "Ramai guru yang sedang mendoakan kamu di sini,kamu jangan risau anak-anak".Alhamdulilah..hati kami kembali senang..
   
     Ada antara guru saya yang sangup meredah kegelapan 1/3 malam untuk bertahajud dengan anak-anak muridnya yang tersayang.Tepat 4.30 pagi guru tersebut sudah terpacak di depan pintu pagar asrama.Kami mengulangkaji bersama-sama sehingga azan subuh berkumandang lantas menunaikan sembahyang subuh bersama2..Ada juga yang sangup mengorbankan sedikit masa bersama anak-anak dan pasangan untuk mencurah ilmu setiap petang dan malam. :)
      Begitu besarnya pengorbanan seorang guru ... Hanya Allah yang mampu membalas.Setiap kali terimbau kembali pengorbanan guru terhadap saya.. hati menjadi sebak..Adakah saya yang bakal menjadi pendidik bangsa seperti mereka mampu melakukan pengorbanan yang besar seperti mereka?

Syukran jazilan ya Mua'alim...
Alhamdulilah,segala pengorbanan dan jasa guru-guru saya membuatkan saya dan sahabat-sahabat merasai erti sebuah kejayaan.

Selamat hari guru ya Mua'lim..

P/S:walau hebat mana pun kita,ingat la jasa dan pengorbanan guru. Ingat ya! Allah redha sesuatu ilmu itu jika gurunya redha :) doakan semoga saya mampu menjadi seperti mereka.