Tuesday, 15 May 2012

guru : )

"Saya berjaya kerana redha dan pengorbanan guru-guru saya"


  Teingat ketika satu peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup saya dan sahabat2 saya yang khalil yang mana ketika itu berasa kecewa dihina dengan ungkapan "Pelajar tingkatan 6 saya doakan mereka semua gagal". Astagfirullah al A'zim. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan hati yang luluh ketika itu. 3 hari sebelum peperiksaan(tidak silap saya).
  Dengan pujukan seorang guru "Ramai guru yang sedang mendoakan kamu di sini,kamu jangan risau anak-anak".Alhamdulilah..hati kami kembali senang..
   
     Ada antara guru saya yang sangup meredah kegelapan 1/3 malam untuk bertahajud dengan anak-anak muridnya yang tersayang.Tepat 4.30 pagi guru tersebut sudah terpacak di depan pintu pagar asrama.Kami mengulangkaji bersama-sama sehingga azan subuh berkumandang lantas menunaikan sembahyang subuh bersama2..Ada juga yang sangup mengorbankan sedikit masa bersama anak-anak dan pasangan untuk mencurah ilmu setiap petang dan malam. :)
      Begitu besarnya pengorbanan seorang guru ... Hanya Allah yang mampu membalas.Setiap kali terimbau kembali pengorbanan guru terhadap saya.. hati menjadi sebak..Adakah saya yang bakal menjadi pendidik bangsa seperti mereka mampu melakukan pengorbanan yang besar seperti mereka?

Syukran jazilan ya Mua'alim...
Alhamdulilah,segala pengorbanan dan jasa guru-guru saya membuatkan saya dan sahabat-sahabat merasai erti sebuah kejayaan.

Selamat hari guru ya Mua'lim..

P/S:walau hebat mana pun kita,ingat la jasa dan pengorbanan guru. Ingat ya! Allah redha sesuatu ilmu itu jika gurunya redha :) doakan semoga saya mampu menjadi seperti mereka.









No comments:

Post a Comment