Thursday, 17 May 2012

saya suka sejarah

assalamualaikum w.b.t.
  Hari ini saya nak berkongsi cara belajar sejarah yang saya guna pakai semasa belajar di sekolah dulu :) hehe..
Setiap orang ada cara yang berbeza dalam mengulang kaji tapi tidak salah kan kalau kita berkongsi... Mana la tau mungkin berkesan.

Cara belajar saya:
1. Cari jawapan dalam buku teks sahaja..
   Kalau tidak jumpa,barulah gunakan sumber yang lain.
(kecuali tingkatan 6 sb kena byk cari maklumat)
2.Tulis muka surat halaman jawapan yang kita jumpa di hujung soalan.Hal ini akan memudahkan kita membuat semakan apabila mengulang kaji.
3.Gambarkan peristiwa yang ada dalam buku teks seperti gambaran cerita dalam televisyen atau novel atau lebih kurang.
4.Saya juga menggunakan nota kecil berwarna (kertas folio) untuk mencatat semasa cikgu mengajar.
5.Saya juga akan melukis gambar org lidi jika berkaitan tokoh dan menulis fakta dibelakang kertas itu! try la..
6.Manjakan diri dengan soalan-soalan sebenar.Keadaan ini untuk mengelakkan kejutan soalan semasa peperiksaan.
7.Semasa buat latihan atau ulangkaji soalan berbentuk kertas 2 (spm),rangka jawapan anda seperti skema permarkahan.
  Contohnya ---> Terangkan ekonomi masyarakat agraria.
                        Fakta 1:
                        Fakta2:
                        Contoh:
     
         Lebih kurang cmni la.. Isi jwapan betul..InsyaAllah ingat punya.

*saya ulangkaji guna buku teks sb time exam nt saya akan membayangkan buku teks itu.. tak caya? try la..
he3..

tips lain untuk tidak mudah lupa:(bg yg beragama islam)
1.bacalah Al-Quran walaupun cuma sekali sehari.
2.Cuba untuk penuhkan solat anda dan doa adalah senjata untuk berjaya :) Allah akan mempermudahkan.
3.Ubah niat hati dari "belajar sebab nk lulus exam" kepada  "belajar sebab nk penuhkan ilmu di dada dan mencari redhaNya.

P/S: lau ada apa2 soalan terus jer tnya ;)       Insya Allah lau mampu kita jawab sama2...

Sekian ...    

No comments:

Post a Comment