Saturday 28 September 2013

Panggilan rindu.


terdampar di tanah asing
Dicengkam rindu
Rindu dengan panggilan agung.
5 kali sehari memanggil
Tapi aku manusia yang selalu tak endah
Baru terasa hilang

Teruskan bersemangat wahai sahabat! Allah ada.


Selamat petang. kat sini dah pkul 6.30 ptg. Dah gelap mcm pkul 8. Dan dah masuk waktu maghrib. ^_^
Entri nie untuk sahabat-sahabat aku yang tersayang. Hehe.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi.
Kerana Allah aku menulis.

Firstly,aku nak minta maaf kepada sahabat aku yang "shocking" bila aku appearkan aku punya gambar kat fb. Walaupun tak jelas tapi mereka kenal aku. Dan banyak inbox masuk tanya pasal tu. Dan aku ada yang aku belum balas sebab aku rasa belum masanya aku jawab dan aku akan cuba jawab disini. InsyaAllah, aku harap entri ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat aku yang tersayang. Walaupun terpisah dah bertahun-tahun,tapi hampa masih ingat aku. Dari sekolah rendah sampai la sekarang. hehe. terima kasih.. ^_^

Untuk pertanyaan bila aku start semua ini. 
Bila Allah sentuh hati aku untuk bermuhasabah atas apa yang aku pernah lakukan selama ini.. ^_^ Aku malas nak cerita apa yang aku buat. Korang sendri yang pernah kenal aku,korang akan tahu.. =)
Sebenarnya aku masih baru, dan aku belum ada kekuatan utk men"figura"kan diri aku. Sampailah aku sampai di bumi asing ini. Aku men"figura"kan diri aku walaupun cuma sedikit. Mengambil sedikit semangat dan dorongan daripada anda semua supaya menjadi lebih bermanfaat. Bukan untuk menfigurakan diri untuk "akhi", "muslimin" menginbox mesej yang aku rasa tak perlu dalam diri untuk pameran. Cukuplah sekadar orang kiri kanan belakang depan kenal. Bukan diluar orang-orang yang aku tak perlu. Tak perlu nk tulis kalimah-kalimah yang membuat orang-orang yang tak berkenaan tulis "Calon isteri dambaan lelaki soleh". Sebab aku tak perlu semua tu. Aku nak chill. Tak terkurung dalam orang-orang yang control aku.

Teruskan melangkah mencapai redha Allah.
Aku pun masih baru lagi. Dan aku rasa tak layak pun nak tulis semua ini. Cuma aku nak doa korang supaya aku terus berada dalam landasan yang betul dan diredhai Allah.Doakan semoga aku istiqamah.

Bagaimana rasanya?
Alhamdullilah,buat masa sekarang,Allah bagi ketenangan yang luar biasa. Doa korang semua jadi penguat. terima kasih kepada yang inbox dan tak lokek bagi nasihat supaya aku kuat. Seriesly,rasa sakit nak bangun masa jatuh ke jalan yang bukan lurus satu masa dulu. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan. Aku bangun sendiri. Tanpa ada orang bantu. Tapi Allah tetap ada. Dan aku dah tekad, aku nak bantu sahabat-sahabat aku yang "nak" tapi tak kuat. macam aku dulu.. Hehe.
Aku juga masih manusia yang kurang sempurna. 

Formula:
tak payah pedulikan. Tak payah pedulikan apa yang orang cakap. Tak payah pedulikan apa yang orang selalu update. Status yang aku rasa patut korang pedulikan ialah status-status yang mcam nie 

"Wanita yg tidak menutup aurat ibarat makanan yg tak ditutup. Sang lalat bebas menghinggapinya".

prmpuan ibarat gula2.. yg bertudung ibarat gla2 yg brbungkus, yg tidak brtudung pula gula2 tidak brbungkus bila trjatuh ke lantai , yg tidak berbungkus yg kotor"


Tak payah peduli? Sebab apa? Mereka hanya tahu berbicara. Tak tahu pun situasi kita macamana. Aku dengan korang sama ja.. Bukan dari sekolah agama. Bukan dari keluarga yang kuat agama. Tak punya pengetahuan agama yang luas. 
tak tahu usrah, tak tahu semua. tajwid pun tunggang terbalik.
Aku juga sama macam korang..
Aku pernah rasa USELESS! bila aku baca status macam nie. Macam orang yang dah tak guna. Tak jumpa jalan keluar. Disamakan dengan binatang yang kotor, benda yang paling bawah. yang paling keji. 
tapi dah lama-lama aku buat tak peduli. Sebab mereka menjalankan tugas menyebarkan apa yang depa rasa perlu.

Depa cakap macam tu sebab depa dah tahu usrah,ilmu mereka tinggi berbanding dengan kita. Sebab tu depa selalu merendahkan kita. Sebenarnya, Islam sendiri tak pernah ajar macam tu. Rahmat dan kasih sayang Allah lagi banyak. Konklusinya,jangan peduli. Yang penting, kita usaha. Minta doa dengan Allah. Mohon diberi kekuatan.

Kekuatan
Kekuatan itu sangat perlu dalam diri. Sebab kadang-kadang bila kita bangun, kita kan jatuh kembali. Biasalah, orang yang baru bertatih. Sekejap jatuh, sekejap bangun. Sekejap sakit ,sekejap baik. 
Yakin dengan prinsip nie. 
"Aku nak buat baik, Allah hantar orang yang baik untuk aku".
Yakin dan bertawakal.


Akhir sekali.
Kerana Allah aku menulis. 
Aku harap semoga kita semua terus diberikan hidayah olehNya. 
InsyaAllah, kalau ada benda yang aku boleh bantu,aku akan bantu.
teruskan bersemangat dan berusaha. Aku sentiasa di belakang hampa.
Mohonlah dengan Allah supaya tabah dan kuat untuk bangun..

Salam sayang.
Dari bumi dingin.
Korea.















Friday 27 September 2013

Santapan makan tengah hari.


Hari nie 28 september 2013. Sekarang berada di bumi Korea. Suhu sekarang tengah dingin sebab musim luruh. ^_^ 

Santapan nasi tengah hari aku hari ini. Nasi sejuk yang digaul bersama sardin sejuk dan ditambah sedikit sos. Rasanya? Not bad. Sejuk dan macam nasi goreng.  Aku harap aku tak mengalami masalah kembung perut lepas nie sebab tak dak satu lauk pun yang panas. 
Sebab apa? Sebab microwave rosak.

Aku turun dari tingkat 15 dengan perut kosong dari semalam. Dan microwave rosak!!!
Sabarlah duhai hati..
Aku rasa nk menangis ja time tu.
Wakaka.
Tapi sekarang aku dah okey sambil menikmati rezeki yang Allah bagi. 
Aku rasa mcm dah melayang sebab aku dapat makan.
Dan aku rasa kat sini aku tak boleh memilih.
"Eh,makan nie sedap". "Eh,makan nie tak sedap".
Sebab aku dah tekad. 
Datang ke Korea nie sebagai satu tarbiyah.
Nak didik supaya rendahkan hati. 
Bukan rendah diri. ^_^

Sebenarnya dah 2 minggu aku hanya makan nasi berlaukkan kimchi. Sebab dari minggu lepas hanya ada pork dan ayam serta daging. Tak dak hemul (seafood),tak da vege (ada,tapi dah dicampur dengan ham). Jemu? Confirm la jemu. Wakaka. Tapi aku makan ja. Sebab dah lapar. Kalau masa nie aku wat perangai macam dolu-dolu *memilih makanan* memang lapar la perut aku. Nak beli? Ramyon 2 ribu .. Darab dengan 3.09 .. Rm6 lebih duit kita tahu? .. hahaha.. Aku bukannya nak berkira bab makan nie. Tapi aku kena pandai manage duit. Kalau makan luar hari-hari confirm la pokai. Wakaka. Nak makan sedap tunggu balik Malaysia. Sebab masakan mak aku best in the world.. Hehehe..


Aku mohon doa semua orang supaya aku doberi ketabahan menjalani hidup kat sini. Sebab hobi aku makan dan tidur serta membaca dan bermain muzik. Tapi kat sini, ada yang dah hilang kecuali tidur. Makan kat sini susah, nak cari buku b.i kat sini susah, plus gitar kat sini mahal dan aku tak bawak dtg korea. Mungkin Allah bg peluang untuk aku lupakan sedikit demi sedikit benda yang selalu buat aku lalai..

Doakan aku sejahtera sahaja kat sini. 

Novel dan Filem "bercinta selepas nikah" dah trending.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sekarang dah tengah malam di Korea Selatan. Alhamdullilah juga, rupanya dah sebulan menjadi pemastautin di bumi asing ini. Sekarang musim autumn(luruh). Baru dapat satu daun Mohabbatein. Sebab banyak lagi yang baru menguning dan tak luruh-luruh lagi.. Hehe.. Nak tulis mesej klat belakang daun tuh dan bawak balik Malaysia untuk sahabat-sahabat yang tersayang =)



Di tengah malam nie, tetiba terfikir nak tulis pasal entri ni. Dari dulu lagi selalu diskusi dengan sahabat-sahabat pasal ni. Lambakan novel dan filem "bercinta selepas nikah". Alhamdullilah,ramai yang dah sedar tentang bercinta yang digariskan dalam Islam dan mengikut syariat. Termasuklah nabilah si kecil T.T
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa saya baru mengetahui bahawa kapel itu "Haram" walaupun hanya bermesej dan tidak membuat apa-apa. Sebab bermesej tanpa keperluan. Masa tu ramai orang yang hentam nabilah "Pakai tudung labuh kena jaga ikhtilat,jaga maruah, jangan mudah-mudah nk bagi cinta,berhubungan sebelum nikah nie "haram" " *dalam erti kata ekstrem. Tapi nabilah just diamkan dan positifkan diri. Mungkin Allah hantar orang yang meng"hentam" nie sebagai wacana untuk nabilah terus nk cari ilmu. Dulu masa sekolah, selalu dengar ceramah,jangan kapel sebab haram. Tapi nabilah buat tak kisah, sebab nabilah tertanya-tanya kenapa haram. Kenapa tak boleh dalam Islam. Tak dak sapa pun nak explain. Biasa lah, masa tu jiwa muda. Prof Abdullah pun cakap kami generasi Y "Why". Sampai la, sampai satu jangka masa, bercambah-cambah kempen yang PMIUM buat. Ada talk, ada ceramah, ada kursus pasal "cinta" dalam erti kata sebenar. Alhamdullilah, baru paham. Dan dari situ nabilah dah start tekad dalam diri untuk perbaiki diri dan bagi semangat kat orang lain tanpa ada "hentam". *walaupun kadang-kadang tercicir juga tekad .Allah T.T Mungkin nabilah dah pernah menyakiti orang lain tanpa sedar. 
Kenapa berhubungan sebelum nikah nie tidak dibenarkan dalam Islam?. Sebenarnya, nabilah bukan seseorang yang po dalam bab nie. Nak tahu lebih lanjut. Korang beli la buku-buku yang dalamnya bermanfaat. =) InsyaAllah, balik malaysia nanti, nabilah akan berusaha untuk kongsi dengan korang.

SUDUT PANDANG KESAN.

Lambakan wacana media cetak dan elektronik yang memasukkan elemen nie bagi nabilah menunjukkan satu reaksi positif dan kesedaran yang positif terutamanya dalam kalangan remaja. Dah ramai yang sedar. Manisnya bercinta selepas nikah =) Lepas tu nk kawen cepat. Biasalah, jiwa muda. T.T
Tak perlu risau "Eh,normal ka aku rasa nak kawen". Normal sgt. Kalau tak rasa tu, tak tahu la. Mungkin Allah belum hadirkan lagi. T.T. Semangat nk kejar "cinta selepas nikah" jadi berkobar-kobar. Terutamanya yang memang dah ada "Someone". Dan nak bercinta secara halal. Nak jadi yang halal. Sapa yang tak mau bersama dengan orang yang kita sayang. Halal lagi tuh. Macamana nabilah tau? Sebab nabilah pernah juga rasa macam nie satu ketika dahulu. Lepas kita akan rasa "nak kawen nanti nak jadi sweet mcm nie".
Alhamdullilah, ramai yang sedar akan semua ini. Ramai juga yang dah ambil inisiatif untuk berkahwin.



Tapi dalam banyak-banyak "lambakan" nie tak banyak pun yang mention atas dasar apa perlu berkahwin.
Alasan yang paling biasa aku,dia dan kita rasa "nak berkahwin sebab nak elakkan maksiat".  Niat nak berkahwin hanya nak elakkan maksiat?. Dulu aku pernah fikir mcm nie. Dan pernah cakap kat family aku Nak kawen sebab nak elak maksiat. Dan alhamdullilah, Allah bagi kesedaran supaya family aku tolak first proposal. T.T. Sakit hati? COnfirm la. Makan nasi seminggu tak lalu. Sebab apa? Sebab asa tak kuat. Setiap malam menangis sebab dalam dilemma. Kalau teruskan hubungan,ia menjadi satu diluar batas syariat atau tinggalkan dia. Hubungan yang lama nak tinggal macam tu? "Ucap "We've to broke up". Bukan semudah cakap ABC. Dilemma juga bila fikir "Allah, banyaknya dosa sepanjang perhubungan ini".


Kebetulan, nabilah nie pulak kaki buku. Memang selalu beli novel. NOvel cinta exactly. Bertimbun di rumah. Setengah dah hilang p mana tak tau plus masa tu ada orang yang bagi sumbangan setiap bulan dari kampus dia. Masa tu "Ish,aku kena kawen sebab aku nak elak maksiat". Tak pernah terfikir pun nak beli buku-buku cinta yang bermanfaat cikit. Bagi isi hati yang dah sememangnya kosong. Bila nabilah selalu pergi talk,talk. and ceramah. Penceramah dan murabbi selalu suggest buku-buku yang perlu dibaca. Kakak-kakak yang dah berumah tangga pun selalu bagi nabilah buku-buku yang "manis" untuk dijadikan bahan bacaan.
Sebelum tu, dalam fikiran hanya fikir "nak kawen,nak kawen,nak kawen". Tapi tak buat apa-apa persediaan pun. Allah T.T 

Ayuh, kita muhasabah.
Checklist diri kita.
Asbab apa nk berkahwin "Sebab nak jadi romantik gaban macam dalam novel dan filem serta drama?"
"Sebab nak jadi mcm dia,kau dan sebagainya".
"sebab nak elak maksiat"
dan sebagainya. 
ATau 
"Sebab kerana Allah aku mahu dia jadi yang halal buatku".

p/s: Sekarang dah trending kat tweet, kat fb drama kat tv petang-petang bercinta selepas nikah. =)

nabilah bukannya orang yang layak untuk berbicara seperti ini sebab nabilah tidak lagi bernikah dan hanya berumur 21 tahun dan juga masih cetek ilmu. Kalau ada tips. Satu padang bola saya bukakan komen. 

Mungkin juga orang selalu anggap aku nak kawen sebab aku selalu update status kawen kt fb. Aku update status bukan sebab aku nk kawen. Tapi itu satu-satunya cara untuk aku tak hilang "sahabat" yang selalu tengok wall aku. Biar orang lain muntah hijau. Asalkan mesej aku sampai kepada "sahabat-sahabat". Aku nak tolong sebab aku rasa ramai juga yang nak bantu tapi... *malas nak cakap. Yang ada cuma tahu update "Mahalkan hargamu kepada sang lelaki". "Jangan jadi perempuan murah dan serahkan cinta kepada lelaki".
Kalau lah kawen tu senang macam cedok kuah satay masuk dalam mangkuk dah lama depa kawen boh!. Sedapnya. Nyum3.

Aku bukannya sokong "Eh,kapel la. Nabilah sokong". Tapi tegur bagi chill sahabat-sahabat. 
Tapi yang masih berkapel, just take it as easy. Berusahalah! dan pegang prinsip nie "Berjuang itu pahit sebab hasilnya mungkin lagi manis". Teruskan berdoa. ! Aku sokong dari belakang. Wakaka. Tinggalkan dia dan cakap pada diri sendiri "Allah atur kita dengan berhikmah, kalau dia jodoh aku dia akan paling balik kat aku dan bahagia sampai syurga Allah". Aku tahu payah gaban nak tinggal dan kurangkan perhubungan tapi mesti kuat kerana Allah. T.T Allah yang bagi ketabahan dan kesabaran dan kesabaran. Allah itu Maha Mendengar. Usaha! Hwaiting.! Sebab aku juga pernah rasa.

Kepada yang belum kapel, jangan nak cari masalah =) Bila dah terjatuh dalam alam "cinta",payah nak cari jalan keluar. Cakap kat dia yang minta kapel tuh "Tunggu sampai Allah bagi cinta halal".

Bye. Selamat malam. Assalamualaikum.


Thursday 26 September 2013

Bolehkah saya berbangga jadi pelajar aliran sekular?


Saya berbangga jadi pelajar aliran sekular. Confirm kontroversi lepas nim. Wakaka.
Tak tahu la mcmana nk tulis. Hehehe.

Sekular nie maksudnya memisahkan agama dan aspek lain dalam sesuatu. 
Berbangga nie bukan bermaksud aku sokong sgt nk jadi pelajar sekular nie. Nabilah lagi sejuk tengok budak-budak yang belajar ilmu agama. Pndai ilmu QuranIlmu mereka lagi tinggi dari aku yang belajar bukan aliran agama. T.T
Dulu, nabilah rasa kenapalah aku nie belajar sistem sekular nie. Tapi bila aku fikir balik, ustazah pernah cakap kt nabilah, jangan mudah perkataan "Kalau". Allah dah takdirkan kita kat sini, kita kena redha. *REDHA bukan PASRAH. =)

1.SOALAN-SOALAN YANG SENTAP.
Antara soalan-soalan yang buat nabilah sentap sampai dagu ialah:
"Awak ambil aliran agama kat UM tu?".
"Eh, tak la. Nabila ambil antropologi".
"Owh, antropologi dan dakwah?"
"Bukan, antropologi dan sosiologi,bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial".
Dan senyum.

For the first time, dalam fasa pertama. It makes me annoyed. Nabilah pernah marah-marah dengan berprinsip "pakai macam nie bukannya hak eksklusif  untuk student yang beraliran agama sahaja". Tapi dah lama-lama,alhamdullilah. Nabilah berfikir secara positif. Mana tahu doa mereka makbul. Nabilah cuma aminkan saja. Mana tahu juga, doa ini turun kat little caliph nanti. Jadi ustaz dan ustazah yang mendoakan nabila dunia dan akhirat kan?. hehe..

2. PAKAI MACAM USTAZAH.
Nabila aminkan doa ini. Tapi ternyata nabilah bukanlah seorang ustazah dan bakal ustazah. Nabilah adalah bakal ahli psikologi dan sejarah =) Mungkin juga satu hari nanti adalah seorang suri rumah dan usahawan. =)
Berpakaian ni bukan hanya untuk yang bergelar pelajar tapi MUSLIM. Nabilah seorang muslim dan InsyaAllah akan beristiqamah dalam berpakaian sebegini. Doakan tau!

3.BELAJAR SEKULAR NIE TERUK!
Pernyataan yang nabilah pernah dapat sampai sekarang ingat. "Hantar anak pergi belajar sekular tu macam hantar anak ke neraka. Mengaji Quran pun tak boleh nanti. Nanti mak ayah mati, baca yassin pun tak reti.". Gulp. Masa tu nabilah dalam form 3*rasanya. Start dari peristiwa tu nabilah selalu salahkan mak dan ayah nabila kenapa tak hantar nabila pergi kelas fardu ain, pergi sekolah agama. Tapi bila dah matang, alhamdullilah, baru paham. Ada hikmah Allah hantar.

Prinsip "Liar".
Ramai yang cakap orang belajar sekular ni "liar". Nabilah pun tak nafikan "liar", Tapi bukan semua. Hanya segelintir.
 Tapi biasalah "stigma".
Yang ni bagus dan yang nie tak bagus. People can't stop talking. Just let it go. ^_^

"Tak menjaga ikhtilat". 
Memang. Ramai di fakulti. Ikhtilat nie maksud dia pergaulan lelaki dan perempuan. Tapi jangan lupa juga ikhtilat itu bukan hanya yang nampak. Yang tak nampak juga  ;)
Mesej kat phone pun sama juga :p

4.RUGI BELAJAR TAPI TAK DAPAT PAHALA AKHIRAT.

Ouch. Sadis ngat eh ayat nie. Nabila juga macam tu. Fikir macam nie. Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab apa? Sebab bukan jenis ilmu yang perlu dilihat. Tapi ke mana ilmu itu disalurkan. Adakah ke jalan Allah atau campak ja ke laut. Biar nampak gah!
Lihat sejauhmana keberkesanan ilmu itu dalam Islam. 
Sahabat nabilah pernah cakap kat nabilah "Orang barat*yang dikata-kata bawa propaganda mengkaji AlQuran sampaikan ada tahap orang Islam sendiri belum mampu buat. Sahabat pernah beli buku yang ditulis oleh orang Barat tentang Islam. Ada yang kita sendiri pun tak pernah tahu. Bila dikaji balik, masyaAllah. Benar. Tak semestinya belajar ilmu "Barat" ini status langsung tak berguna.

Allah ukur melalui TAQWA.
So,kepada sesiapa yang berada di situasi nabilah, jangan dok sedih-sedih nah. Allah tahu yang mana terbaik untuk hambaNya. Allah pilih kita dijalan ini dengan ber"HIKMAH". Ada sebab. Yakin dengan Allah.

5.SEKULAR MENGAJAR SAYA LEBIH TERBUKA MENERIMA DAN MEMBERI

Nabilah dah mention kat atas. "Allah pilih dijalan ini dengan berhikmah". Alhamdullilah,nabilah dah jumpa hikmahnya. =)

Orang selalu cakap orang belajar subjek sekular ni berbagai-bagai. Bercitra. Nabilah akui. Dan alhamdullilah, disebabkan persekitaran nie nabilah lebih terbuka dalam menerima dan memberi. 

Bagaimana prinsip menerima dan memberi?
Menerima apabila diberi sesuatu ilmu dan memberi sesuatu kepada orang lain.
*eh,semua orang ada la .
Yes,indeed. Everyone has it. 

Tapi berbeza kan?
Nabilah pernah dengar orang berbicara. "Aku malu jalan dengan perempuan seksi dan tak pakai tudung".
Nabilah yang dah terbiasa dengan keadaan ini tak pernah malu. Kenapa nak malu?. Sepatutnya lagi malu bila kita tak mahu bantu. Nabilah ramai kawan yang masih free hair, yang pergi kelab malam, yang social life dia tak mcm Islam. Seperti kata seorang kakak yang saya kagumi, inilah padang dakwah yang sebenar. Aku lebih suka sampaikan Islam ikut cara mereka. Bukan hanya HENTAM!CACI! MAKI!. Islam tak pernah ajar macam tu kan?. 

seriesly,sometimes i feel angry with the other "people" yang selalu nak kias-kiasa bagai. Jadilah perempuan seperti coklat yang dibalut dengan cantik bukan yang dibuka plastik dan dihurung dengan lalat. Kau tahu macamana rasanya bila ada status mcm nie?? USELESS. Macam perempuan yang hina tak dak maruah. 
Best disamakan dengan lolipop busuk dibuang dalam tong sampah!

Kadang-kadang kita lupa kan? Nak bagi orang tahu Islam itu indah tapi dalam masa yang sama kita perlihatkan Islam itu dalam erti kata sebaliknya.

Konklusinya, apapun ilmu yang ada yang membezakan kita hanyalah sejauhmana kita gunakan ilmu di jalan Allah. =)

Tidak kira kita dalam aliran agama atau sebaliknya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.






Tuesday 24 September 2013

Lantera Jiwa.


Gamitan rindu untuk aku bernada lagi
Lincah mengatur tari atas tulisan
Sungguh
Aku rindu.
Rindu dalam tawa
Rindu dalam tangis
Bagai baru semalam aku bernada
Iringin muzik mencuit jiwa
Mencurah suara dari nada
Hanya yang berjiwa sama
Akan punya jiwa sama.
Terasa sejuk kaki diayun
Berdiri di khalayak
Dan terus bernada.





Monday 23 September 2013

Dah tiba masanya untuk sesuatu yang pasti. mood:unstable.

Aku rasa dah sampai masanya untuk aku fikir sesuatu yang pasti. Haha. Baru aku sedar selama nie aku banyak habiskan masa-masa yang tersisa dengan sesuatu yang kurang pasti. Perancangan Allah sangat istimewa. Aku percaya dengan kekuasaan Allah. Aku yakin dengan kekuasaan Allah. Sebab aku rasa sejauh mana aku berlari, aku terbang,merangkak,berjalan dan sebagainya Allah akan bagi kalau sesuatu itu milik aku. Aku selalu tulis status yang berbaur macam nie "Allah tak pernah lewatkan apa-apa untuk hambaNya yang terpilih walaupun sesaat. Begitulah juga sebaliknya" Tapi realitinya tak pun. T.T
Kebelakangan yang berlaku buat aku jadi tabah dan nekad. Buat apa aku nk tunggu benda yang belum pasti sampaikan aku lupa ada benda yang pasti menanti di hadapan. Huhu..
Sedih melepaskan benda yang digengam selama ni. Gila kau tak sedih. Hanya orang yang tak waras saja tak dak perasan. Aku rasa buat masa sekarang aku perlu tenangkan diri dan relax. Kembali mencari kekuatan yang dah lama aku lupakan. Manusia selalu lupa pada Pencipta. Dah jadi mcmnie baru merangkak nak ingat Allah. T.T . Sayangnya Allah pada aku. Tapi aku tak pernah sedar sebab aku selalu leka. Dan aku rasa ada hikmah yang berlaku atas diri aku sekarang. Mungkin Allah ada lagi sesuatu yang istimewa. Aku tinggalkan dia kerana Allah dan kebaikan kami. Mana tahu satu hari nanti dia cari aku balik kerana Allah. Lepas tu, baru bercinta kerana Allah. Bukan mcm dolu-dolu. Dulu aku pernah tinggalkan dia sebab aku tak nak terlibat dalam kancah "Kapel" segala walaupun dah lama kami bersama. tapi sambung balik lepas kami rancang nk mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Tapi bila aku fikir balik, dia bukan yang halal lagi. Kalau seminggu lagi nk kawen pun, yang penting bukan halal lagi. Bila aku update status pasal kawen mesti orang ingat aku nak kawen *memang aku nk kawen pun. tapi tak semestinya aku gatal sgt nk kawen. Hahaha.
Mood aku sekarang unstable. huhuhu..Sebab sometimes aku rasa lost *biasala tuh. sometimes aku rasa semangat.Semangat nk kejar benda yang pasti. Aku nk kejar dean list yang selama nie aku tak heran pun. Aku nk sambung master dan dapat first degree yg selama nie aku rasa mustahil lepas aku kawen. Lagipun dia mcm cakap dia nk tunggu betul-betul bersedia. So, aku tunggu la sampai dia bersedia. Hahaha. Sekarang target aku untuk kawen masa belajar dah letak tepi sebab dia suruh tunggu sat,. *tunggu sat tu aku tak tau berapa lama. Kalau dia jodoh aku,dia cari aku balik. Kalau dia bukan jodoh aku. Aku jumpa dengan orang lain dan dia jumpa dengan orang lain. Kami bahagia. Itu namanya takdir. ^_^ Allah dah tulis kat Loh Mahfuz kan? tapi kalau tetiba minggu depan kami kawen, kawen la. Kuasa Allah. Sapa nak boleh lawan. 
Kawan-kawan aku semua cakap aku nie kuat gilos.Tak sedih. = Sebab aku tak suka nk moody tak tentu pasal. Aku bukan seorang yang sukan mencampuradukkan emosi dan kerja. Sorry to say. Kalau gaduh dengan somebody maknanya kau kena gaduh dengan orang lain. Huhu. *tak professional dan matang. Bhaha. Pagi petang aku gelak la. Bila dok sorang-sorang dalam selimut ada sapa tahu? Kecuali Allah. Pada Allah aku bermohon setiap kali sebelum tidur agar diberi kekuatan. Kekuatan pada esok hari supaya aku mampu jalani hidup aku secara normal dan efektif. 
Dan aku rasa dah tiba masa untuk aku fikir orang-orang yang masih banyak memerlukan aku. Bukan beerti aku femes ka apa. Tapi orang yang perlu aku gapai tangan bersama dengan aku menuju ke arah kebenaran. Ramai lagi orang yang perlukan aku. Perlukan bimbingan dan pertolongan aku. Golongan yang masih ber'free hair' macam aku dulu, golongan yang menutup aurat tapi belum sempurna, golongan orang bukan Islam yang nak orang approach Islam kat. Nak sebarkan dakwah. Dakwah yang aku rasa masih cetek ilmunya. Aku nk cari lagi ilmu supaya aku dapat bantu orang lain. Siapalah aku nak dibandingkan dengan orang syahid di jalan Allah. Imam Hassan Al banna, Syed Qutb, Zaman Rasullulah,khalifah. 
Punya la aku fikir sesuatu yang tak pasti sampai aku lupa dengan ikrar kat diri aku.
"Sabiluna,sabiluna jihad". "Aku anak panah Islam, campaklah aku kemana sahaja" 
Aku anak panah Islam. Aku ada tugas dan amanah untuk menjadi mata anak panah. Tapi aku lalai.
Aku mohon semoga kalian mendoakan aku supaya diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi badai ini..
;)
Salam sayang,
nabilah si kecil.

Saturday 21 September 2013

Cerita lelaki dan perempuan 2# Halangan dan tegas.


Hai guys..
Hari nie topik kita agak santai.. cer.. gitu!
Kisah lelaki dan perempuan 2#.
Tetiba hari nie tergerak hati nk tulis entri nie sebab dah fikir lama nak buat.. wakaka..
Sesuai dengan title "Blogger yang malas update blog".

Ramai yang kapel kan? Lepas tu, bila ada kempen-kempen cinta ; "bercinta selepas nikah itu Indah", "Cinta yang halal", "Destinasi cinta". Akan terdetik kat hati yang selama nie apa yang kita buat tu salah. Bercinta dengan cara yang tak betul. Sapa cakap cinta sebelum nikah tu haram. Tak haram selagimana mampu. Mampu tak berhubung. Mampu jaga batas dan sebagainya. Tapi persoalannya,terletak kat diri kita. Adakah "mampu"? Mampu untuk tangkis segala. ? Memang kita mampu. Tapi asal buka tb ja ada cerita romantik. Asal buka fb,tweet, ada sweet-sweet. Mampu? Saya tak tahu. Tnya diri sendiri. Mampu atau tidak.
"bermujadah itu pahit sebab pengakhirannya manis". :)

Tapi bila rancang nak ke arah jalan yang halal. Pasti ada halangan. Halangan utama ialah ibubapa. Especially student. Oh,jangan risau. Aku juga mcm tu dulu. Kena tolak mentah-mentah. Rileks la. Chill. It's common. Gilos. Tak pernah-pernah ckp pasal kawen, tetiba hantar mesej nk minta izin kawen. Seperti kata kak yuni" Wrong time and wrong place".. wakakaka. Takkan yang nie pun nk bebai. Sedih? Menangis. Perempuan dgn airmata tak dapat dipisahkan ..Lelaki tak tahu la.. Ombak dan badai dalam rumahtangga lagi besar dari kena tolak mentah-mentah sebelum kawen boh!. Think positif. Allah bagi ikut keperluan bukan kehendak. Ambil masa yang ada nie untuk timba ilmu. Kalot nk kawen, berapa kali khatam buku pasal baitul muslim,buku fardhu ain?. Bacalah, sebab membaca nie mematangkan diri. Misalnya,ramai sgt yang update status"Perempuan nusyuz". Tapi tak ramai yang tahu lelaki juga boleh nusyuz. Ops. Sila baca sendiri. :)
Hadiri majilis-majlis ilmu. *bukan ilmu rumahtangga saja. Yang lain juga. Nanti anak-anak tanya pasal konflik Mesir ka, Syria ka.. nampak sgt tak tau. #peringatan untuk aku juga.

Halangan kedua ekonomi. Kalau kawen awal mestilah ekonomi pun belum stabil lagi.Mungkin ada orang yang pandang ekonomi nie sebagai faktor major selain dari ibubapa. Ramai yang melenting bila sebut pasal hantaran. Haha.. aku juga. Sebab apa? sebab dari pemerhatian aku ramai orang yang perkahwinan dia hanya 4-5 ribu bahagia sampai sekarang. Tapi yang beribu-riban nie tak sampai 10 tahun dah berpatah arang. *malas nk komen pasal nie sebab dari pemerhatian aku ja.. haha.. korang selidik la tempat korang punya.. #tapi tak semua la..^_^. 
Bagi nabilah,parents actually tak tengok pun masa hantaran kawen tuh. Tapi tengok mcmana kita urus wang. Nie kalau setiap minggu dok shopping memang tak la.. Beli kasut la,handbag la.. Kalau kaki shopping macam nabilah nie senang ja nk stop. Buat buku kira-kira. Lepas tu buat list nk beli apa. Beli baju 2 bulan sekali. Lepas tu stopkan makan kat kedai-kedai yang brand-brand. Starbucks,mcD,KFC *bg sapa yang tak boikot la. 

yang tu ja kota halangan utama.. Wakaka..

Tapi ada lagi satu masalah. Sikap suka ambil lewa. Sikap suka ambil lewa nie lebih berat kepada lelaki. *sesetengah ja la.. 
Ada orang yang mengadu kat nabilah "X nie mcm tak mau ambil tahu pasal benda-benda nie". Lelaki. Realiti. Ayah aku pun mcmtu jugak. Sampai lesen expired 5 bulan pun tak sedar sampai la mak yang ingatkan. Kalau nak pergi mana-mana pun sambil lewa ja. Ustaz ilyas cakap lelaki nie "cool". Tapi sometimes cool perlu kena pada tempat -_-.
Actually, bukan dia tak mau ambil tahu tapi suka buat sambil lewa. Bila ingatkan baru nk gegeh. Adigos. 
Perempuan yang agak kurang "cool" nie perlu tegas sebab laki kan cool. Bagitau ayat yang tegas cikit. Kalau tak jadi juga, memang dia belum bersedia. So, jangan fokus kepada benda yang tak pasti. Dia sendiri belum bersedia. Fokus la kepada benda yang dah bersedia. Contoh: kalau korang studying, just focus on study sampai berjaya dan tunggu sampai dia bersedia. *tunggu kat sini bukan maksud kapel balik, Tapi bermujahadah. Kalau ada jodoh, Allah akan permudahkan. Allah akan bg kesediaan. Jangan risau. Kalau bukan jodoh, sekurang-kurang satu fokus dah tercapai. Berjaya dalam pelajaran. "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. "

Macamana nk buat ayat tegas?.
Part nie yang paling gua suka. Jangan dok buat ayat-ayat sarkastik a.k.a sengal tahap melampau. Nak tahu mcmana? Macam nie "Awak,awak sayang saya tak? Kalau awak sayang saya, kena la kawen cepat-cepat, saya dah lama tunggu awak".. @_@ muntah hijau. Jadillah pasangan yang matang cikit. Dah 20 lebih kan? Nak kawen kan? Belajar jadi yang matang. Nak tengok matang ka tak. Tengok cara mesej. Kalau rasa-rasa belum matang lagi, sila matangkan diri. p/s:Aku dulu tak matang juga,tapi sampai bila nk jadi tak matang. Belajarlah jadi yang matang. *Exclude mesej-mesej mcm tuh -_-  mesej macam tu hanya sesuai untuk budak bawah 18 tahun ja.
p/s: aku bukanlah matang sgt tapi tak dak la sampai unmatured.
Ayat tegas mcm nie "Kalau kamu nk proceed ke step yang seterusnya,silakan. Saya menerima dengan hati terbuka. Tapi kalau belum bersedia, saya akan fokus dalam pelajaran dan tunggu sampai kamu bersedia."
So, kalau dia cakap dia nk proceed, tengok balik usaha dia. Kalau sambil lewa juga. Just focus on your own career without of thinking him/her. Kalau dia betul mahu,dia akan buat persediaan, Dan start langkah. Kalau dia tak mahu,just leave him/her. Bagi dia bermuhasabah sendiri apa yang rasionalnya. Ingat,percaturan nie bukan sesuatu benda yang mudah, Nak kawen bukan sehari dua. 
Jangan risau,kalau dia dah bersedia,dia akan cari balik dan lebih bagus sebab dah halal terus. Kalau dia tak cari balik tu,maknanya dia bukannya jodoh yang tertulis Loh Mahfuz.





Friday 20 September 2013

Aku mahu jadi seperti mereka.


Dari dulu lagi aku nk sangat jadi mcm depa. Jadi idola kat orang lain. Jadi contoh kat orang. Sentiasa bg ilmu kat orang lain. Tapi Allah belum takdirkan itu berlaku. Ada hikmah disebaliknya. :)
Aku yakin Allah pasti akan makbulkan doa kami satu hari nanti dan aku rasa tak lama lagi. Kenapa guna frasa tak lama lagi? Sebab kata-kata itu satu doa. Aku mahu yakin sehabisnya kepada Allah Taala. Setiap kali orang tanya. Aku akan jawab. InsyaAllah tak lama lagi. Sebab apa?Sebab lepas tu orang itu akan mendoakan "Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah". Aku pun ucapkan ameen.

Si Isteri  sahabat yang baik kepada aku. Setiap kali aku dan dia ada masalah, kami kongsi cerita. Lepas nangis, lepas tu gelak-gelak dan gosip-gosip pasal dua orang. *Adalah,rahsia. Si husbandnya pula tukang gelak bila aku dengan bini dia dok bersembang. 

Seriesly,aku ikot perkembangan depa dari awal sampai la sekarang. Sebab si husband dia tu adalah my future bro in law. Merangkap abg aku punya future husband. Daripada diaorang nie la aku tahu perkembangan si dia *kalau korang nk tahu la.. ha3.. 

Si husband nie kami kenal kenal dari sekolah rendah *rasanya. Sebab dia pengawas sekolah rendah. Kebetulan, aku satu kelas dengan adik depa. Rapat la juga masa sekolah rendah.(dalam erti kata lain kami semua satu sekolah sampai sekolah menengah) It's totally different after nikah dengan isteri dia. Aku sendiri pernah cakap dengan isteri dia "seriesly, dia nmpak berbeza lepas dia jumpa dengan awak". I admitted it to her. And, she just saying "Alhamdullilah". Tetiba aku pulak yang touching lebih bila dia cakap mcm tuh. haha. Mengong. Nampak sangat aku budak cengeng.

Dia selalu bg semangat kat aku supaya terus berusaha. :) dah berbakul nasihat dia bagi untuk aku terus nak melangkah ke step seterusnya.. haha... Sampai la sekarang.. hew2.. terima kasih awop. Sayang awop.
Time aku sedih nk mampus,aku selalu text dia.. lepas tu, dia pun dengan penuh dedikasinya memberikan nasihat. hhaha *bakal guru maklum la..  

Masa first proposal aku ditolak, depa belum kawen lagi dan belum jumpa lagi. Kiranya si adik minta dulu la pada si abg. Lepas si abg nie jumpa, terus kawen dengan mudahnya. Nampak kan? Perancangan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Orang lain yang minta dulu,oang lain yang dapat. Tapi ada hikmahnya. Hikmahnya apa? supaya si adiknya dan aku kembali berusaha untuk menimba ilmu dan belahar menjadi matang sebaik mungkin. Dan sekarang mereka berdua menjadi tulang belakang kami. Dok tolak dari belakang supaya kuat mcm depa juga. haha. Kami baru 2 kali ditolak. Depa 4 kali. Saya ulang 4 kali.. hehehe. Kami tak hebat lagi la tuh.. hew2..

Sekarang nie mereka dah top untuk jadi panel utk talk di sekitar kampus. Jadi hot kapel. Bukan kapel yang haram tapi halal di sisi Allah. Buat apa sahaja orang jadikan contoh. :)
Dan aku juga pernah cakap kat si isteri "Allah jadikan perancangan itu dengan berhikmah, Allah beri dugaan tapi Allah dtgkan kesenangan iaitu menjadi penyampai ilmu kepada orang lain.Ganjarannya besar".

Dan disebabkan mereka juga aku jadi tekad untuk teruskan matlamat aku. Dugaan yang besar tu kadangkala perlu untuk matangkan diri. Dan, keyakinan dengan janji Allah terbukti dengan perkahwinan mereka.

Dari sekolah menengah lagi aku punya impian untuk jadi macam depa. Tapi Allah belum jadikan lagi. Aku harap satu hari nanti Allah berikan kami peluang yang sama seperti mereka. 
 
Sayang awak teacher. Sebab selalu bagi semangat kat berdua. Supaya tabah.

Jangan pilih yang cantik dan segak, tapi sejuk dan bersih.


Hai guys..
Semoga kalian sentiasa berada dalam keredhaan Allah ^_^

Sepanjang nabilah kat Korea nie,pemerhatian kasar nabilah terhadap budak-budak korea ni ialah obses kepada kecantikan. *Mostly la.. Sebab diaorang suka makeup dan pakai baju santek-santek. ^_^
Joging pun pakai mekap,pergio makan pun. Lelaki juga. Percaya atau tidak? Lelaki guna hair dryer. Pakai lipstik dan sebagainya. Ada member korean cakap ramai orang Korean yang plastik sebab mereka buat plastic surgery :)

Keadaan ini sama juga dengan Malaysia.hehe.. Ramai yang nk cantik dan segak. *Tapi tak da la sampai kronik buat palstik surgery. ^_^ 
Segak dan cantik tu subjektif. Setiap orang punya pandangan yang berbeza. Bagi nabilah, cantik tu bila kita tengok dia,kita tenang. Walaupun kita tak kenal dia. Salah seorang yang nabilah rasa cantik ialah arwah Yasmin J huncwick. Walaupun kami tak pernah kenal dekat tapi pernah la dua tiga kali terserempak kat sekolah. Masa arwah dah meninggal, nabilah tetiba menangis sebab terasa sedih sangat. T_T padahal tak kenal pun.. Dia memang cantik. Cantik akhlak,cantik bahasa dan cantik ilmu. Muka dia rasa 'sejuk' bila pandang. AL-Fatihah. Semoga rohmu tenang di sana. 

Berbalik pada cerita cantik dan segak tadi. Tak guna jadi cantik dan segak mcm hotstuff tapi akhlak dan perangai tak mcm hotstuff.. Maki orang sana sini. :) Budi bahasa tidak terjaga. Orang yang cantik pun dah nampak cantik bila orang lihat perangai. So, ayuh, perbaiki akhlak dan keperibadian kita supaya cantik di mata Allah dan disenangi oleh hamba-hambaNya.

Kadang kala jadi hairan juga dengan orang yang cantik nie. Update status "selamat malam". Capai 1000 like!! *pengsan.. haha.. Tapi tak kisah pun, sebab Allah dah beri kecantikan dan kelebihan kat dia. masing-Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi semoga kelebihan yang kita ada ni digunakan di jalan yang benar. hehe.

Tapi main point yang nabilah nak cakap kat sini ialah soal kebersihan. Tak guna sgt jadi cantik dan segak tapi kurang pembersih. -_-
Baju bersepah-sepah. Kasut letak merata-rata. Stokin. Handsocks bergelimpangan.
Towel letak merata-rata.

Please la. Take care of your cleanliness. Jadi pembersih sikit. Ada beza antara orang yang malas dengan orang yang pengotor.


Sekian, ceramah pendek dari si kecil. ^__^

Thursday 19 September 2013

Adakah perlu pre-wedding atau pre-engage dan photoshoot?.


Salam jumaat. Hari nie dah 3 hari nabila cuti. Hew2.. 
Actually,nak tulis nie sebenarnya 50-50. Takut orang terasa. Tapi kalau tak tulis, takut nabila dengan orang lain buat lagi. :'(

Sebenarnya entri nie dah lama bersarang. Tapi tak tahu nk start mcmana. hehe.
Semuanya bermula apabila nabila nampak video pre-wedding someone. Dalam video tu ada adegan yang tak sepatutya dilakukan oleh pasangan nie walaupun mereka dalam menghitung hari nak jadi yang halal. Menghitung hari pun masih lagi belum halal kan :'( perempuan tu cantik sgt.  Adore her sebab dia cantik,pandai, lemah lembut. Ada juga pre engage.

mcam kita tengok sekarang, ramai sgt yang buat pre-wedding, pre-engage. It's okay. But, kita orang Islam kan? Perlu jaga adab dan tata tertib bukan sahaja masa berumahtangga tapi juga awal perkahwinan. Ada juga video-video yang menarik tapi terjaga ketertiban dan adabnya. Misalnya, video ustazah amie. Alhamdullilah, tenang dan mendamaikan. Sejuk mata melihat. ^_^
Berbalik kepada soal pre-pre ni semua. Nabilah dan semua orang pun  rasa tak perlunya adegan pegang-pegang tangan, pegang bahu, tengok-tengok, jeling dalam video tu. :)

Photoshoot. Tak salah photoshoot tapi perlu diingat. Nak berumahtangga sebab nak dapat redha Allah kan?. Nk dapat anak-anak yang cerdik dan bagus . Nak tolong kita dalam kubur nanti. Permulaannya juga mestilah sesuatu yang baik :)
Seperti kata sifu saya, Che'wan dalam bengkel. Bergambar juga tapi redha Allah yang penting. Adegan tidur atas rumput bersama pasangan, cium pipi dan sebagainya *sewaktu dengannya*sebenarnya tak perlu pun untuk tunjuk romantik. :)
Pegang Al-quran perempuan dok sebelah pun dah nampak sweet sgt. ^_^
Tak manis kan orang pandang tidur atas rumput. Melompat sana-sini. Buat sekadar yang perlu berlandaskan syariat Islam. Muslim kan?.
Pandangan Allah itukan lebih utama. :)
Nak bercinta sampai syurga,usaha perlu lebih..

p/s:Kepada yang dah buat dan terbuat. Masih belum terlambat untuk padam dan mohon keampunan dari Allah ^_^
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Kepada yang masih bujang dan belum berkahwin mcm nabila nie. Ayuh,lakukan transformasi untuk membina ummah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Salam jumaat,
nabilah.

Sayang korang<3

 


risiko kawen muda.

When someone said to me *walaupun aku tak kawin lagi*. "Impian kau dari dulu sampai sekarang nak kawen muda, andaikan Allah benar-benar takdirkan ia berlaku,kau sanggup hadapi risiko? Kawen muda bukan senang. Tambahan pula kau masih belajar. I'm smiled. And start asking her "Opinion kau?".
"Kalau ikut aku, aku pentingkan pelajaran dulu sebab aku rasa itu yang utama". "Hurm, aku juga sama. Matlamat aku pun mcm kau. Jelas. Tapi matlamat aku dua. Bernikah muda dan berjaya dalam pelajaran."
"Aku dah tekad dari aku sekolah menengah lagi."
"Sekarang salah satu matlamat aku dah hampir-hampir walaupun aku tak tahu kesudahannya mcmana. Tapi aku yakin, selagimana aku berusaha. Allah pasti akan beri."

Risiko kawen muda. Semua orang pasti tentang risiko. Aku juga. Bagi aku,sahabat-sahabat yang dalam dilemma bila hasrat perkahwinan mereka ditolak secara mentah sebab ibubapa takut risiko anaknya ketika kawen muda. Aku juga mcm tu dulu. Tapi kita sebagai anak perlu bijak. Jangan nak terus protes,bebai tak tentu hala. Kalau tanda protes atau bebai tu adalah tanda kita belum bersedia untuk menghadapi ombak dan badai dalam rumahtangga. Suami tegur sikit ,bebai. Isteri tegur cikit, bebai. Dah sama-sama bebai. Jadi kot lain. Pantai yang mana tak dihempas ombak. Bagi aku juga, setiap kali akad nikah tu ada risiko dia tersendiri. Tak kisah kau kawen umur 30 ka,19 ka,50 ka. It's not about age. It's about your maturity. 
Ada umur 19 tahun tu lebih matang dari orang yang umur lebih. 

Perkahwinan itu lagi berisiko bila tak dak ilmu. Tahu nak seronok ja. Alasan, nak menghalalkan hubungan. Memang la. Tapi matlamat yang jelas perlu ada. Kalau nak menghalalkan hubungan,kawen 2 hari lepas tu cerai. Tapi kalau kerana Allah.??

Kenapa aku tekad sgt nie? Sebab aku tgok orang-orang sekeliling yang beri aku semangat. Mula-mula aku takut juga sebab aku pun masih muda. Tapi Allah hantar orang-orang sekeliling untuk bagi semangat. 
Aku tengok kak yuni dengan along besar dugaan mereka dalam perkahwinan. Mereka mampu hadapi dengan baik walaupun masing-masing belajar dan belum punya tabung yang sempurna. Allah bagi kemurahan rezeki kepada mereka. Kak yuni selalu bagi semangat kat aku, janji Allah itu pasti. Allah janji dia nak bagi, dia bagi. Taufiq dan sarah. Dua-dua masih belajar. Punya anak lagi. Hantar taska. Hari-hari jual dadih. Suami isteri jual dadih. Untuk tampung hidup. Alhamdullilah, mereka bahagia. Sebab apa? Allah yang beri keberkatan. Betapa ramai orang yang bergaji besar tapi rasa tak cukup. Mereka masih belajar. Punya anak. Hanya jual dadih setiap hari. Ambil tempahan pelanggan. Anak bukan hantar kat ibu dan ayah tapi jaga sendiri. Hantar taska. Kenapa mereka dipermudahkan. Allah ada. Allah bantu. Ramai lagi kawan-kawan aku yang kawen muda,dilanda dugaan. Alhamdullilah,hari ini berjaya. Malah,lebih berjaya dari orang lain. *Org yg kutuk-kutuk ckp tak bahagia kawen muda. Aku juga lihat. Orang yg dulunya tak femes lgsung di fakulti jadi femes, bukan sebab dia kawen muda, tapi sebab jadi pelajar dekan setiap semestr lepas kawen... yg gagal tu sebab tak tahu nk bahagi tanggungjawab. 

Aku menulis nie sebab aku sendiri nak tulis. Walaupun nanti akan ada orang yang cakap. Bahagia itu bukan pada awal perkahwinan. Kawen pun belum, boleh tahu diri bahagia ka tak. Cuma satu ja aku nk cakap "Kalau mahu bahagia, letakkan langkah pertama dengan bahagia". Bagaimana mahu letak langkah pertama?.
Allah is one. Allah perlu letak no satu. Rasullulah. Aku pun tak tahu pengakhiran aku mcmana. Tapi aku yakin dengan apa yang Allah berikan. Allah beri bahagia kepada sesiapa yang berusaha. Mohonlah kepada Allah.   


Bamboo Park. Damyang.


Ha. hari ni nabilah pergi ke satu tempat yang menaik. *Menarik la. Walaupun perjalanan jauh.. hew2.
Tempat tu namanya Damyang. Di Damyang ni ada Bamboo Park atau Taman Buluh.
Kalau dari Chonnam University ni ambil masa nak dekat sejam la jugak untuk sampai ke Damyang nie.

Kami pergi dalam berkumpulan. International student. Mostly, exchange students program dan hanya ada seorang ja sunbae yang full time study kat sini. Seriesly,best hang dengan depa. Nak tahu kenapa?
Dalam group tu ada pelbagai rumpun dan bangsa serta negara; Malaysia;Indian and Malay ; Indonesia;Sundra,Batak,dan sebagainya; Brunei dan United States. Yang paling best, ada 2 warganegara yang berbeza tinggal di negara yang berbeza *aku pun tak tahu nk terang macamana. hahha.
First, Annisa. Annisa nie asalnya dari Indonesia tapi dah menetap kat Malaysia lama dah. Second,Jeremy. Budak US. He's philipines. Tapi family dah berhijrah ke US dan masih boleh bertagalog! Hehehe. tapi tak fluent sgt la. 

Okey,start cerita dari mula balik yer. Kitaorang bertolak dalam pukul 9 lebih mcm tu la dari Chonnam. Lepas tu ambil bas turun ke Gwangju Hospital dan ambil balik bas ke Damyang. ^_^
Kosnya: daripada Chonnam ke Gwangju Hospital (1200 won). Dari Gwangju Hospital ke Damyang (1700 won). Masa sampai tu memang tepat2 masa untuk luch hehe..

Disebabkan kak izzah (student brunei) dah penat-penat msak untuk kitaorang. Kami pun buka la tikar bentang dan makan bersama-sama Tapi tetiba guard yang kat situ cakap "Tak leh makan". -_-
Sabar. *tahan lapaq dari pagi kot. 
So,kami decided untuk pergi jalan-jalan dan pergi makan di tempat yang betul 
Hehe. Masa perjalanan tu best sangat sebab rasa sejuk. Kiri kanan pokok buluh. Dan banyak patung panda. Dan patung panda tu jadi mangsa interframe masuk dalam gambar kami. haha.. 
Penat nak menulis.. 

Jom layan gambar dulu.















Damyang ni selalu orang shooting. Nie salah satunya, Lupa filem apa. ^_^


Pernah lihat? Dlam filem. :)






Salam satu permainan tradisional Korea. Kena baling masuk dalam buluh. :)
Skor tertinggi:Kak felin dan Aaron!


Penah lihat??


Pernah lihat juga??


Pernah lihat juga??


Atap / bumbung dia totally kayu balak. :)




Padi sedang menguning dan pokok dah semakin hilang daun :)


Dah habis??
Habis dah..


p/s:Ada caption gambar pernah lihat???
Ada episod runningman kat sini!!!




Wednesday 18 September 2013

BUmi Korea satu tarbiyah 2# Belajar erti sebenar perkataan "muslim"di bumi asing.


Hai guys. Lama bebenor tak update. Lepas cek earning serupa dengan tulis banyak. Haha.. Just kidding.
Hari tu nabilah dah tulis entri pasal ni. Tapi tak detail.http://nabilahsikecil.blogspot.kr/2013/08/menapak-dibumi-korea-satu-tarbiyah.html  haha.. *rajin la pulak. 

berada di bumi asing yang tak pernah jumpa orang Islam di kawasan berdekatan sgt menguji kesabaran dan keimanan. Allah. Tapi kuatkan hati juga. Sebab apa? Sebab Allah hantar ke sini dengan berhikmah. Kita yg belum sedar. Seriesly,for the first time, rasa mcm nak balik Malaysia dengan cepat-cepat. Tapi bila fikir balik. Sampai bila mahu berada di negara sendiri tanpa merasai bagaimana rasanya berada di negara orang. Negara yang seratus peratu berbeza budaya, adat resam,makanan dan sebagainya dari tempat kita. So, nabilah ambil ini sebagai cabaran dan pengajaran. Yang elok ambil, yang tak elok, jangan buang tapi perbaiki.

Antara halangan-halangan mcm nabila cakap kat entri yang lalu:
1. Makanan dan minuman.
Nabilah sekarang di gwangju. Sangat susah nak dapat makanan yg totally dari muslim. We just take a vege dan ikan. Tu pun kadang-kadang nasi kosong. Sometimes roti kosong dan pizza. *setelah diseleidiki beberapa kali. Nak dapat makanan yang halal kena naik bas dan train. Naik bas dalam 20 minit. Naik train dalam 30 minit. Tambang? Toksah dok tanya la.. haha.. bas 1200 won (dalam 4 ringgit) dan train 1200 won jugak. Pergi dan balik. Lepas tu kena jalan kaki pergi ke tempat.
 Actually tempat tu memang diusahakan oleh muslim seratus peratus. Orang dari Indonesia. Restoran yang jual makanan indonesia dan barangan runcit dari negara-negara jiran. (Malaysia,Indonesia dan Thailand!!).
Betapa terujanya nabilah bila dapat makan maggi siam kegemaran. Makan soto ayam yang pedas.!
Semoga Allah redha dengan perjalanan dalam mencari sesuatu yang hak. :)

Ada yang berkata "Dah darurat kan, boleh la makan ayam dan daging". Actually, ayam dan daging diragui ke"halalan"nya sebab proses dalam penyembelihan. Kalau macam kat malaysia memang la boleh makan. Tapi kat sini, kita sendiri pun tak pasti. 
Okey merujuk kepada keadaan darurat. *Dalam buku yusuf al qaradhawi.
"Imam Malik memberikan suatu garisan, iaitu sekadar kenyang, dan boleh menyimpannya sehingga mendapat makanan yang lain".
"Tentang binatang darat, al-Quran tidak jelas menentukan yang haram, melainkan babi, darah, bangkai dan yang disembelih bukan kerana Allah".

Firman Allah*sila rujuk.
"Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia telah haramkan atas kamu, kecuali kamu dalam keadaan terpaksa." (al-An'am: 119)

"Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan daging haiwan yang disembelih(menyebut nama selain Allah), bukan kerana menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
`
So, kat sini masih ada sayur kan. Masih ada ikan kan. Masih ada roti. 
Ustaz nabilah pernah cakap "makan sekadar untuk meneruskan hidup". :)

Plus:Ingredient dalam tin atau apa2 pun masih meragukan. Perlu tanya dengan orang yang tahu baca bahan :)

Makanan itu kan jadi darah daging kita.
Nanti ibadat kita dan hati kita senang Allah nak terima.

Allah kan maha Penyayang. 
Usaha mencari yang halal penting di sini.!
Biar hanya makan nasi kosong tapi Allah redha. 
kat sini, kita makan nasi kosong.
Kat Palestin,Syria,Rohingya, Somalia?
Bersyukurlah. 
Makanan tu kadangkala satu ujian.
Di tempat kita makan mewah, kat sini apa salahnya berkesederhanaan.

2.Solat.
Masa kita bumi yang asing daripada Islam ni la masa untuk kita didik supaya dekat dengan Allah. Waktu solat kat sini alhamdullilah,nabila tak clash dengan kelas kecuali solat maghrib. :)
Kita nk solat ka tak nak solat ka semua orang tak peduli. Ini antara kita dengan Allah.
Tempat solat??
Memang tak dak masjid dan tak dak surau.!
Kalau nk pergi masjid kena naik bas dalam setengah jam. :)
*lelaki ja pergi untuk solat jumaat. 
Masjid tu hanya sebesar bilik tutorial. tak besar. Moga Allah redha usaha mereka. :)
So,korang solat kat mana?
Solat kat tepi tangga, depan lif, tempat penjalan kaki.
Najis??
Jangan risau, selagi mana kita yakin dan tempat yang kita solat tu tak dak pun najis. sah solat kita. :)
Nanti ada la orang ckp "Tak elok solat kat tempat mcm tu, baik guna surau dan masjid ja. -_-
*Aku harap satu hari nanti orang yang selalu cakap mcm nie dapat teroka dengan lebih luas. :)
Pergi jordan,bercambah orang solat tepi jalan,atas jalan,tepi longkang.
ps:kalau tak jumpa masjid atau surau tak payah solat la..
Sarkastik.. 
hehe.



3.Pakaian.
Alhamdullilah,Allah beri kekuatan untuk terus betistiqamah dalam pemakaian. Satu-satunya orang yang pakai purdah(cadar-orang Indonesia panggil). Sometimes rasa awkward sebab orang pandang-pandang. Tapi bila fikir balik masa ni la nak jadi "real dai'e". 
Masa first day masuk, banyak orang pandang. Tapi i take it easy. Lepas tu macam-macam persoalan yang timbul daripada mereka.
Antara soalan-soalan yang timbul "Why you wearing this cover?". Ada soalan yang paling lawak tapi dalam masa yang sama berguna "Did you wear a foundation?". Dan nabilah pun jawab balik "hehe, nop! it saved my budget monthly". Nabila menjawab persoalan-persoalan yang ada ni dengan penuh berhati-hati dengan bantuan buku dr zakir naik masa pergi kem dakwah non-muslim tempoh hari. Alhamdullilah.
Sampaikan ada satu scene pak cik nie tgok ja nabilah, dan nabilah beri tunduk hormat. Then,he asked me(in korean language). "Why you wear this cover" #paham sebab dia tunjuk muka dia.. haha. Nabila pun jawab la. "Chonan muslim imnida". Oh,muslim??. De. hehe.. pak cik tu pun senyum dan lambai.
Sepanjang kat sini, tak pernah merasa mcm depa tak leh terima nabilah bila pakai mcm nie. Tapi makin rapat. Dan nabilah pun rasa, perhubungan nabilah dgn non-muslim lebih baik daripada dulu. Selalu makan sekali, kongsi makanan, kongsi cerita. hehehe. Presentation dlam kelas pun, alhamdullilah, mereka terima. Terasa Allah permudahkan urusan nabila kat sini. :)

Actually,ramai exchange students dengan full time yang tak pakai tudung, sexy. Roomate nabilah sendiri pun. Tapi nabila jadi tak kisah nak bergurau,berjalan,makan sama-sama. Sebab nabilah tahu tugas nabila kat sini selain belajar. I just take it as my task. Mungkin Allah pilih kita untuk bawa orang lain ke jalan Allah. ;)
Nabilah senang bila dia tanya waktu solat, pasal haid, cara pakai tudung walaupun dia life dia tak mcm Islam.  Dan dia dah start solat walaupun tak penuh. Nabila pun tahu ramai sgt orang yang kutuk dia, Tapi Nabila tak kisah nak kawan dengan mereka sebab mereka pun makhluk Allah juga. Mana tahu satu hari nanti dia jadi lebih baik dari kita. Hati manusia Allah yang pegang. Hew2..

Tapi dalam kegembiraan ini, ada satu musibah yang Allah timpakan. We need to take off our hijab untuk alien card. Allahu T_T. Dah berusaha sedaya upaya turun naik. Lawan. Tapi tetap tak boleh. Tapi kak yuni cakap. Tak pa, lupakan dulu harta dunia. Nabilah pun rasa mcm tu. Apalah sgt nk beli sekeping kad sim,kad bas dengan harga sebuah aurat yang Allah pelihara, jaga aib. Terlalu tinggi harga sebuah aurat jika dibanding dengan sebuah telefon,sekeping kad bas dan sekeping kad sim. 
T_T
Terasa penindasan di bumi yang asing..

Kat sini,korang nak pakai mcmana pun ikut suka. Tak pakai apa pun tak pa. Tapi selagi ada iman dan kasih sayang. Tak tergamak untuk melakukan. :)
Sekarang nie baru nak masuk autumn. maknanya panas lagi. Buddy nabilah yang super sexy*hehehe(but i do love her very much sebab dia cantik dan baik) asked when we're walking "You guys covering your whole body, it's hot?". Nabilah dengan member pun cakap "Not.it's cold sis!". Tapi masa tu memang sejuk. *bg malaysian. Hew2.. 


Salam sayang dari korea. 
Semoga Allah redha.. ^_^
Sayang korang kerana Allah taala.




Tuesday 17 September 2013

Ajari bukan caci.

Tak tahu kenapa sebak bila ada orang cakap benda-benda mcm nie "Kau nasihat sikit suruh dia pakai elok-elok", "pakai mcm apa lagi, nk tunjuk kat semua orang" dan sewaktu dengannya.

Memang betul apa yang diucapkan tu. Tapi kerja kita adalah mengajar bukan mencaci.
Sometimes, aku rasa awkward dengan orang yang suka menjadikan kejahilan orang sebagai satu bahan jenaka. Yes, truly. I admit it! Benda-benda mcm tu sometimes kita rasa akan mcm nie "Eh.dia nie tak dak rasa malu ka?, "Depa nie tak dak rasa malu ka". Tapi perlu bermuhasabah kembali. Sifat meng'eleh'kan orang adalah sifat yang keji berbanding orang yang kita rasa jijik.

Eleh. Takkan tak tahu cara pakai kot.
Eleh. Mak bapa dia tak reti nk ajar la tuh.
Eleh.Eleh.Eleh.

Eleh la la selagi kita mampu. 
Lepas tu tugas kita terus campak tepi sebab "eleh".

Nampak?
Actually,aku malas nak taip. Tapi aku terpaksa taip sebab aku rasa mcm ramai sgt orang ada sikap eleh nie termasuk aku sendiri kadang-kadang. 

Kita selalu jadikan orang lain sebagai bahan untuk gelak,bahan untuk jenaka sampai kadang-kadang kita lupa tugas kita. T_T

Bila kita cakap "eh.dia pakai baju sampai nampak dada".
tanya kembali kepada diri kita adakah kita menghukum dia berdasarkan dia tak pakai tudung?
Kita tak menghukum diri kita sebab kita pakai tudung?
Periksa kembali diri kita. yes, we wearing a tudung and hijab. But,it is covering our dada?
Tudung singkat nmpak dada juga tidak menutup aurat.
In the other words, kita sama ja mcm dia. Tapi beza cuma tutup rambut :)

Dah habis berleter.
Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau. Dan kepada kita yang sudah ditarbiyah,berdoa semoga hidayah kita tidak ditarik kembali. Sebab apa? Sebab hati itu Allah yang pegang.

Selamat beramal ^_^


Friday 13 September 2013

Terima kasih PMIUM.


Alhamdullilah, hari ni hari cuti dan bolah berehat sepuasnya. Tapi ada keja sekolah.. wakaka..
Alhamdullilah juga, sebab Allah bagi ilham untuk tulis entri walaupun dari dulu nak tulis tapi malu kucen sebab junior lagi kan?.
dah seminggu dah nie jadi kakak.. *cett.

Perancangan Allah itu berhikmah. Sejak kebelakangan nie terlintas kenapa Allah hantar nabilah belajar di UM. Universiti yang duduk dalam hiruk pikuk kota. Sibuk. Daripada pulau berhijrah ke kota. Kenapa Allah gerakkan hati nabilah supaya tolak keputusan ke USM dengan sewenang-wenangnya. Dan kenapa tak lepas temuduga IPG dan tolak keputusan untuk ke UiTM dalam bidang sains. 

Sebab Allah nak temukan jodoh nabilah dengan PMIUM. Apa itu PMIUM? Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. First time kenal dengan PMIUM nie masa hari pertama masuk ke UM. Pakai baju hijau tunggu depan gate. Sejuk mata memandang semua kakak-kakak yang pakai tudung. ^_^
Masa tu juga cukup setahun nabilah bertudung. Hari tu juga hari pertama nabilah pakai tudung labuh (bidang 60). Hari pertama juga sampai di za'ba. 

Allah hantar PMIUM sebagai kekuatan dalam diri nabilah selepas penghiijrahan. *Relevenkah PMIUM dalam kalangan mahasiswa?. Releven bagi orang-orang macam nabilah yang baru nak merangkak mengenal Tuhan. Beri kekuatan supaya kuat menggapai redha Allah dan "kerana Allah". Releven juga sebab daripada PMIUM nabilah kenal "Usrah". Sebelum ke UM, nabilah tak pernah tahu pun usrah tu apa. Alhamdullilah juga sebab usrah tu la jadi kekuatan saat lemah, sebab ada adik beradik yang membantu nabilah. Terima kasih korang-korang T_T. Kalau tak dak usrah nie,tak tahu kat mana nabilah sekarang. Adakah masih macam dulu? Wallahu'alam. Hujung minggu juga diatur dgn sempurna. Kalau dulu weekend tidoq ja memanjang. Tapi dah ada usrah varsiti.. dapat juga ilmu.

Alhamdullilah juga sebab Allah hantar PMIUM untuk nabilah terus mencintai ilmu. Kalau dulu baca buku mengarut-mengarut. Tapi sekarang dah tambah koleksi dengan buku-buku bermanfaat. *walaupun ada lagi buku-buku mengarut.

Alhamdullilah juga sebab nabilah sekarang dah terbit rasa sayang kepada saudara-saudara kita yang dalam keseksaan. Di Mesir,Syria,Rohingya,Palestin. Kalau dulu nabilah selalu berfikiran macam nie "Ala,kalau aku sorang yang boikot,orang lain tak. Tak jadi juga". KFC,McD,Starbucks,Johnson,Nestle(dah tak minum milo) bukan jadi kegemaran sekarang. Sebab apa? Selalu pergi program-program PMIUM.

Daripada situ juga kenal orang-orang yang selalu bantu nabilah, tgh-tgh malam buta pergi ambil nabilah kat fak untuk tidur kat rumah persatuan.. kekekeke. Nak dtg korea bermacam-macam pesanan. *siap ada bg list apa yang nak bawak.  Sehari sebelum dtg, bertalu-talu mesej dari kakak-kakak yang comel.
Pergi rumah persatuan, tolong masakkan makanan. dapat makan free plus sedap.

P/s:nukilan nie sekadar suka-suka dari si kecil .Semoga Allah terus beri kekuatan kepada PMIUM untuk terus berjuang membawa orang-orang yang tersasar ke jalan yang betul :)

Salam sayang dari bumi musim luruh.

Thursday 12 September 2013

Kisah korea 2#Tarbiyah daripada makan . ^_^


Hai guys.
Dari td menelaah "The Death of Martha".
Muntah hijau *macam kau baca kan nabilah, tgok fb stengah jam. Tgok buku 5 minit.
Lepas tu dok mengogoi tak paham.. bla..bla.. *

Rasa dah lama kan tak update blog.. wakakaka... 
Alhamdullilah,nabilah sihat kat sini. baru 2 minggu kan? Dan semangat sgt sebab autumn on the way! Daun dah menguning. dan setiap pagi pasti ada gerimis.. Ouch.

makanan halal kat sini susah sgt nk dapat. Melainkan hanya makan sayur dengan kimchi. Kadang-kadang nasi kosong ja.. Allah T_T Tapi rezeki juga kan.. Kalau sahabat dan saudara kita di negara teluk, Palestin,Rohingya,Syria. Tak makan pun..

Seriesly, nabilah kadang-kadang rasa putus asa dgn makanan.. Tapi cepat beristigfar. Ada hikmah Allah hantar nabilah beribu batu dari tempat yang nabilah boleh makan everything tanpa cek apa2.. janji ada cop jakim. Dulu kalau kat malaysia, sepanjang masa makan. Sometimes, tak habis pun. Buang ja mcm tu. 

Tapi bila sampai sini. Kesabaran amat diperlukan!
Setiap menu perlu diteliti dengan elok dan cermat. *bm aku berterabur.
Kalau student dr UM, Chonnam National University (CNu) akan bagi free meal. Alhamdullilah,duit dah jimat. Tapi ujian Allah dtg lagi. Nak menguji sebenarnya. Kadang-kadang dalam sayur pun ada letak benda yang umat Islam tak boleh makan..
Ada satu cerita sadis.. Rasa macam nak nangis ja time tu.. Sob3 :'(

Masa tu lunch. Ada kimchi dengan sayur ja boleh makan. Ambil la sayur tu dengan rakusnya *nasib baik tak letak atas nasi(kuah taruk atas). Dah duduk, lepas aaron cakap "This dish you can't eat. It has a pork". Allah T_T. Masa tu pulak nabila tak ambik kimchi. So, kami ramai-ramai makan nasi kosong ^_^
Habis okey nasi tu..

Kadang-kadang nampak mcm sedap sgt keropok, coklat,aiskrim *benda yang aku suka makan mostly. Tapi tak boleh makan. Kitaorang pernah nampak ayam goreng, daging goreng. Tapi tak leh makan T_T

Sungguh. di bumi korea ni satu tarbiyah.

plus! kalau nk beli something tgok hangul satu/satu/satu/ walaupun sebiji coklat cek oi!
kalau kat malaysia? Jangan harap. Bila org cakap tak halal baru hegeh nk boikot. 

Dah habis. nanti sambung lain.. hehe..

salam sayang, 
nabilah.

Monday 9 September 2013

Perkara kecil tapi sebenarnya besar pada hari kawen.

Cerita pasal kawen ja..
Nak kwen dah ka?
Bukan la nabilah nk kawen.
Tapi bila ada org minta tolong tulis kat blog, nabilah sampaikan.. ^_^
Semoga Allah redha dengan niat kita..
Apa benda yang kecil tapi besar tu?
simple tapi besar.



jom list:
1. Cuku bulu kening.
Cukur bulu kening untuk nampak cantik.
Antara benda yang simple tapi selalu orang buat.
Alasan: Cukur bulu kening untuk naikkan seri.. 
Dah salah dah niat tu.
diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Cantik kerana Allah ^_^
Allah dah bagi kening cantik dah kan?
Ramai yang mengadu. Parents atau adik beradik,suku sakat suruh cukur bulu kening sebab adat turun temurun. Ceritakan dengan penuh kelembutan tapi tegas!
Mohon Allah permudahkan ^_^
2. Tabarruj.
Bulu mata palsu.
Ramai yang pakai bulu mata palsu sekarang. Sebab pakej dalam mekap kan?
Alangkah indahnya kalau guna kecantikan semula jadi ^_^
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Maskara
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Mekap tebal. 
Mekap tebal juga bertabarruj.. ^_^

3. Ketidaksempurnaan aurat.
Yang nie perlu dititikberatkan. Sebab apa? Untuk memperoleh keredhaan Allah. Hari kawen kan hari yang kita nk berkat supaya nanti lahir umat Muhammad yang soleh dan solehah.
Bagaimana ketidaksempurnaan aurat?
1.Baju atau kain yang jarang.
Banyak sgt baju-baju pengantin yang jarang sampai menampakkan warna kulit dan bayang batang tubuh..
So,berhati-hati. 
Andai kata baju tu jarang tapi longgar, pakai lah inner yang longgar disdalam supaya tak nampak benda yang tak sepatutnya.

2,baju yang ketat.
Baju yang ketat sampai menampakkan bentuk tubuh badan juga menjadi trend. Bukan hanya baju. Kain juga. ^_^
Nak dapat redha Allah dalam rumahtangga kan? berusahalah untuk dapatkan redha Allah.

3. Pakai tudung tapi tidak menutup dada.
Nabilah tak mahu komen yang "free hair" masa kawin sebab dah ternyata salah dari segi hukum. Tapi yang pakai tudung tapi tidak menutup dada. Ramai yang tak tahu pasal nie. Tudung selalu dimasukkan dalam baju untuk nampak kemas.. Tak boleh adik,abg,kakak. Kita bertudung perlu tutup dada. Paling sedih bila ada orang yang bertudung labuh diluar waktu perkahwinan pun buat juga. Sebab apa? Sebab ramai yang tak tahu akan keadaan ini.
tersentap mendengar kata Ustaz, "Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik?". Hari yang sepatutnya diberkati Allah akan dilaknat sekiranya wanita itu tidak menutup aurat dengan betul, contohnya memasukkan tudung ke dalam baju. 

Apatah lagi yang memakai 'bonggol unta' di atas kepala, tudung yang jarang sehingga menampakkan leher dan dada (contoh: beberapa jenis tudung bawal), tudung yang melekat ke dada dan menampakkan tali baju dalam (contoh: tudung jenis lycra), tudung adik (contoh: tudung instant saiz S) dan pelbagai lagi jenis fesyen tudung.
Mahu tahu lebih lanjut? Klik sini.

4. Kelekaan kepada perkara yang wajib dibuat.
Perkara yang wajiib dibuat? Apa tu? Solat fardu sehari semalam 5 waktu. ^_^
jangan sampai leka layan tetamu sampai lupa waktu solat.
Masa akad nikah , boleh buat solat sunat tapi masa hari kenduri terlupa perkara yang wajib.
Nk dapat redha Allah? berusahalah.
Nabilah pernah buat entri nie. http://nabilahsikecil.blogspot.kr/2013/08/perihal-hari-pernikahan.html
5. Upacara batal wudhuk.
Upacara batal wudhuk(cium dahi isteri).
Nabila tak tahu hukumnya yang sebenar dan tak berapa nk cakap dari segi hukum
Tapi dari segi adap dah salah.. cium dahi isteri depan org.. ^_^
Jangan risau.
Lakukan transfomasi.
Buat apa yang Rasullulah lakukan. pegang ubun-ubun isteri.
Dan bacalah.
 “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadamu dari keburukannya dan keburukan yang engkau tetapkan atas dirinya”

p/s: Laig sweet dari cium dahi tadi.

6. Upacara yang karut marut.
Mandi bunga.
mandi bunga sebab nak bagi naik seri.
Mandi bunga sebab nk bagi buang sial.
Dah jatuh syirik dah tau ^_^


Kepada yang belum berkahwin mcm nabilah nie. Nanti lakukan transformasi. ^_^
nak capai redha Allah dalam rumahtangga perlu ada usaha.

yang dah berkahwin? Dulu masa kawin buat benda-benda nie. Pohonlah keampunan kepada Allah. Allah kan Maha Pengampun.

Selamat beramal. Transformasi Ummah kerana Allah.