Friday, 27 September 2013

Novel dan Filem "bercinta selepas nikah" dah trending.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sekarang dah tengah malam di Korea Selatan. Alhamdullilah juga, rupanya dah sebulan menjadi pemastautin di bumi asing ini. Sekarang musim autumn(luruh). Baru dapat satu daun Mohabbatein. Sebab banyak lagi yang baru menguning dan tak luruh-luruh lagi.. Hehe.. Nak tulis mesej klat belakang daun tuh dan bawak balik Malaysia untuk sahabat-sahabat yang tersayang =)



Di tengah malam nie, tetiba terfikir nak tulis pasal entri ni. Dari dulu lagi selalu diskusi dengan sahabat-sahabat pasal ni. Lambakan novel dan filem "bercinta selepas nikah". Alhamdullilah,ramai yang dah sedar tentang bercinta yang digariskan dalam Islam dan mengikut syariat. Termasuklah nabilah si kecil T.T
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa saya baru mengetahui bahawa kapel itu "Haram" walaupun hanya bermesej dan tidak membuat apa-apa. Sebab bermesej tanpa keperluan. Masa tu ramai orang yang hentam nabilah "Pakai tudung labuh kena jaga ikhtilat,jaga maruah, jangan mudah-mudah nk bagi cinta,berhubungan sebelum nikah nie "haram" " *dalam erti kata ekstrem. Tapi nabilah just diamkan dan positifkan diri. Mungkin Allah hantar orang yang meng"hentam" nie sebagai wacana untuk nabilah terus nk cari ilmu. Dulu masa sekolah, selalu dengar ceramah,jangan kapel sebab haram. Tapi nabilah buat tak kisah, sebab nabilah tertanya-tanya kenapa haram. Kenapa tak boleh dalam Islam. Tak dak sapa pun nak explain. Biasa lah, masa tu jiwa muda. Prof Abdullah pun cakap kami generasi Y "Why". Sampai la, sampai satu jangka masa, bercambah-cambah kempen yang PMIUM buat. Ada talk, ada ceramah, ada kursus pasal "cinta" dalam erti kata sebenar. Alhamdullilah, baru paham. Dan dari situ nabilah dah start tekad dalam diri untuk perbaiki diri dan bagi semangat kat orang lain tanpa ada "hentam". *walaupun kadang-kadang tercicir juga tekad .Allah T.T Mungkin nabilah dah pernah menyakiti orang lain tanpa sedar. 
Kenapa berhubungan sebelum nikah nie tidak dibenarkan dalam Islam?. Sebenarnya, nabilah bukan seseorang yang po dalam bab nie. Nak tahu lebih lanjut. Korang beli la buku-buku yang dalamnya bermanfaat. =) InsyaAllah, balik malaysia nanti, nabilah akan berusaha untuk kongsi dengan korang.

SUDUT PANDANG KESAN.

Lambakan wacana media cetak dan elektronik yang memasukkan elemen nie bagi nabilah menunjukkan satu reaksi positif dan kesedaran yang positif terutamanya dalam kalangan remaja. Dah ramai yang sedar. Manisnya bercinta selepas nikah =) Lepas tu nk kawen cepat. Biasalah, jiwa muda. T.T
Tak perlu risau "Eh,normal ka aku rasa nak kawen". Normal sgt. Kalau tak rasa tu, tak tahu la. Mungkin Allah belum hadirkan lagi. T.T. Semangat nk kejar "cinta selepas nikah" jadi berkobar-kobar. Terutamanya yang memang dah ada "Someone". Dan nak bercinta secara halal. Nak jadi yang halal. Sapa yang tak mau bersama dengan orang yang kita sayang. Halal lagi tuh. Macamana nabilah tau? Sebab nabilah pernah juga rasa macam nie satu ketika dahulu. Lepas kita akan rasa "nak kawen nanti nak jadi sweet mcm nie".
Alhamdullilah, ramai yang sedar akan semua ini. Ramai juga yang dah ambil inisiatif untuk berkahwin.



Tapi dalam banyak-banyak "lambakan" nie tak banyak pun yang mention atas dasar apa perlu berkahwin.
Alasan yang paling biasa aku,dia dan kita rasa "nak berkahwin sebab nak elakkan maksiat".  Niat nak berkahwin hanya nak elakkan maksiat?. Dulu aku pernah fikir mcm nie. Dan pernah cakap kat family aku Nak kawen sebab nak elak maksiat. Dan alhamdullilah, Allah bagi kesedaran supaya family aku tolak first proposal. T.T. Sakit hati? COnfirm la. Makan nasi seminggu tak lalu. Sebab apa? Sebab asa tak kuat. Setiap malam menangis sebab dalam dilemma. Kalau teruskan hubungan,ia menjadi satu diluar batas syariat atau tinggalkan dia. Hubungan yang lama nak tinggal macam tu? "Ucap "We've to broke up". Bukan semudah cakap ABC. Dilemma juga bila fikir "Allah, banyaknya dosa sepanjang perhubungan ini".


Kebetulan, nabilah nie pulak kaki buku. Memang selalu beli novel. NOvel cinta exactly. Bertimbun di rumah. Setengah dah hilang p mana tak tau plus masa tu ada orang yang bagi sumbangan setiap bulan dari kampus dia. Masa tu "Ish,aku kena kawen sebab aku nak elak maksiat". Tak pernah terfikir pun nak beli buku-buku cinta yang bermanfaat cikit. Bagi isi hati yang dah sememangnya kosong. Bila nabilah selalu pergi talk,talk. and ceramah. Penceramah dan murabbi selalu suggest buku-buku yang perlu dibaca. Kakak-kakak yang dah berumah tangga pun selalu bagi nabilah buku-buku yang "manis" untuk dijadikan bahan bacaan.
Sebelum tu, dalam fikiran hanya fikir "nak kawen,nak kawen,nak kawen". Tapi tak buat apa-apa persediaan pun. Allah T.T 

Ayuh, kita muhasabah.
Checklist diri kita.
Asbab apa nk berkahwin "Sebab nak jadi romantik gaban macam dalam novel dan filem serta drama?"
"Sebab nak jadi mcm dia,kau dan sebagainya".
"sebab nak elak maksiat"
dan sebagainya. 
ATau 
"Sebab kerana Allah aku mahu dia jadi yang halal buatku".

p/s: Sekarang dah trending kat tweet, kat fb drama kat tv petang-petang bercinta selepas nikah. =)

nabilah bukannya orang yang layak untuk berbicara seperti ini sebab nabilah tidak lagi bernikah dan hanya berumur 21 tahun dan juga masih cetek ilmu. Kalau ada tips. Satu padang bola saya bukakan komen. 

Mungkin juga orang selalu anggap aku nak kawen sebab aku selalu update status kawen kt fb. Aku update status bukan sebab aku nk kawen. Tapi itu satu-satunya cara untuk aku tak hilang "sahabat" yang selalu tengok wall aku. Biar orang lain muntah hijau. Asalkan mesej aku sampai kepada "sahabat-sahabat". Aku nak tolong sebab aku rasa ramai juga yang nak bantu tapi... *malas nak cakap. Yang ada cuma tahu update "Mahalkan hargamu kepada sang lelaki". "Jangan jadi perempuan murah dan serahkan cinta kepada lelaki".
Kalau lah kawen tu senang macam cedok kuah satay masuk dalam mangkuk dah lama depa kawen boh!. Sedapnya. Nyum3.

Aku bukannya sokong "Eh,kapel la. Nabilah sokong". Tapi tegur bagi chill sahabat-sahabat. 
Tapi yang masih berkapel, just take it as easy. Berusahalah! dan pegang prinsip nie "Berjuang itu pahit sebab hasilnya mungkin lagi manis". Teruskan berdoa. ! Aku sokong dari belakang. Wakaka. Tinggalkan dia dan cakap pada diri sendiri "Allah atur kita dengan berhikmah, kalau dia jodoh aku dia akan paling balik kat aku dan bahagia sampai syurga Allah". Aku tahu payah gaban nak tinggal dan kurangkan perhubungan tapi mesti kuat kerana Allah. T.T Allah yang bagi ketabahan dan kesabaran dan kesabaran. Allah itu Maha Mendengar. Usaha! Hwaiting.! Sebab aku juga pernah rasa.

Kepada yang belum kapel, jangan nak cari masalah =) Bila dah terjatuh dalam alam "cinta",payah nak cari jalan keluar. Cakap kat dia yang minta kapel tuh "Tunggu sampai Allah bagi cinta halal".

Bye. Selamat malam. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment