Hamba Al-Khaleeq yang berhati tisu; tidak sempurna. Biar rebah kaki, asal tidak mendongak bila memandang ke bawah.
Monday, 9 September 2013
Perkara kecil tapi sebenarnya besar pada hari kawen.
Cerita pasal kawen ja..
Nak kwen dah ka?
Bukan la nabilah nk kawen.
Tapi bila ada org minta tolong tulis kat blog, nabilah sampaikan.. ^_^
Semoga Allah redha dengan niat kita..
Apa benda yang kecil tapi besar tu?
simple tapi besar.
jom list:
1. Cuku bulu kening.
Cukur bulu kening untuk nampak cantik.
Antara benda yang simple tapi selalu orang buat.
Alasan: Cukur bulu kening untuk naikkan seri..
Dah salah dah niat tu.
diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Cantik kerana Allah ^_^
Allah dah bagi kening cantik dah kan?
Ramai yang mengadu. Parents atau adik beradik,suku sakat suruh cukur bulu kening sebab adat turun temurun. Ceritakan dengan penuh kelembutan tapi tegas!
Mohon Allah permudahkan ^_^
2. Tabarruj.
Bulu mata palsu.
Ramai yang pakai bulu mata palsu sekarang. Sebab pakej dalam mekap kan?
Alangkah indahnya kalau guna kecantikan semula jadi ^_^
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Maskara
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Mekap tebal.
Mekap tebal juga bertabarruj.. ^_^
3. Ketidaksempurnaan aurat.
Yang nie perlu dititikberatkan. Sebab apa? Untuk memperoleh keredhaan Allah. Hari kawen kan hari yang kita nk berkat supaya nanti lahir umat Muhammad yang soleh dan solehah.
Bagaimana ketidaksempurnaan aurat?
1.Baju atau kain yang jarang.
Banyak sgt baju-baju pengantin yang jarang sampai menampakkan warna kulit dan bayang batang tubuh..
So,berhati-hati.
Andai kata baju tu jarang tapi longgar, pakai lah inner yang longgar disdalam supaya tak nampak benda yang tak sepatutnya.
2,baju yang ketat.
Baju yang ketat sampai menampakkan bentuk tubuh badan juga menjadi trend. Bukan hanya baju. Kain juga. ^_^
Nak dapat redha Allah dalam rumahtangga kan? berusahalah untuk dapatkan redha Allah.
3. Pakai tudung tapi tidak menutup dada.
Nabilah tak mahu komen yang "free hair" masa kawin sebab dah ternyata salah dari segi hukum. Tapi yang pakai tudung tapi tidak menutup dada. Ramai yang tak tahu pasal nie. Tudung selalu dimasukkan dalam baju untuk nampak kemas.. Tak boleh adik,abg,kakak. Kita bertudung perlu tutup dada. Paling sedih bila ada orang yang bertudung labuh diluar waktu perkahwinan pun buat juga. Sebab apa? Sebab ramai yang tak tahu akan keadaan ini.
tersentap mendengar kata Ustaz, "Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik?". Hari yang sepatutnya diberkati Allah akan dilaknat sekiranya wanita itu tidak menutup aurat dengan betul, contohnya memasukkan tudung ke dalam baju.
Apatah lagi yang memakai 'bonggol unta' di atas kepala, tudung yang jarang sehingga menampakkan leher dan dada (contoh: beberapa jenis tudung bawal), tudung yang melekat ke dada dan menampakkan tali baju dalam (contoh: tudung jenis lycra), tudung adik (contoh: tudung instant saiz S) dan pelbagai lagi jenis fesyen tudung.
Nabila tak tahu hukumnya yang sebenar dan tak berapa nk cakap dari segi hukum
Tapi dari segi adap dah salah.. cium dahi isteri depan org.. ^_^
Jangan risau.
Lakukan transfomasi.
Buat apa yang Rasullulah lakukan. pegang ubun-ubun isteri.
Dan bacalah.
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadamu dari keburukannya dan keburukan yang engkau tetapkan atas dirinya”
p/s: Laig sweet dari cium dahi tadi.
6. Upacara yang karut marut.
Mandi bunga.
mandi bunga sebab nak bagi naik seri.
Mandi bunga sebab nk bagi buang sial.
Dah jatuh syirik dah tau ^_^
Kepada yang belum berkahwin mcm nabilah nie. Nanti lakukan transformasi. ^_^
nak capai redha Allah dalam rumahtangga perlu ada usaha.
yang dah berkahwin? Dulu masa kawin buat benda-benda nie. Pohonlah keampunan kepada Allah. Allah kan Maha Pengampun.
tima kaseh atas ingatan
ReplyDeleteSama-sama kak yah.. Ingatan untuk nabila jugak.
Delete