Dah tiba masanya untuk sesuatu yang pasti. mood:unstable.
Aku rasa dah sampai masanya untuk aku fikir sesuatu yang pasti. Haha. Baru aku sedar selama nie aku banyak habiskan masa-masa yang tersisa dengan sesuatu yang kurang pasti. Perancangan Allah sangat istimewa. Aku percaya dengan kekuasaan Allah. Aku yakin dengan kekuasaan Allah. Sebab aku rasa sejauh mana aku berlari, aku terbang,merangkak,berjalan dan sebagainya Allah akan bagi kalau sesuatu itu milik aku. Aku selalu tulis status yang berbaur macam nie "Allah tak pernah lewatkan apa-apa untuk hambaNya yang terpilih walaupun sesaat. Begitulah juga sebaliknya" Tapi realitinya tak pun. T.T
Kebelakangan yang berlaku buat aku jadi tabah dan nekad. Buat apa aku nk tunggu benda yang belum pasti sampaikan aku lupa ada benda yang pasti menanti di hadapan. Huhu..
Sedih melepaskan benda yang digengam selama ni. Gila kau tak sedih. Hanya orang yang tak waras saja tak dak perasan. Aku rasa buat masa sekarang aku perlu tenangkan diri dan relax. Kembali mencari kekuatan yang dah lama aku lupakan. Manusia selalu lupa pada Pencipta. Dah jadi mcmnie baru merangkak nak ingat Allah. T.T . Sayangnya Allah pada aku. Tapi aku tak pernah sedar sebab aku selalu leka. Dan aku rasa ada hikmah yang berlaku atas diri aku sekarang. Mungkin Allah ada lagi sesuatu yang istimewa. Aku tinggalkan dia kerana Allah dan kebaikan kami. Mana tahu satu hari nanti dia cari aku balik kerana Allah. Lepas tu, baru bercinta kerana Allah. Bukan mcm dolu-dolu. Dulu aku pernah tinggalkan dia sebab aku tak nak terlibat dalam kancah "Kapel" segala walaupun dah lama kami bersama. tapi sambung balik lepas kami rancang nk mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Tapi bila aku fikir balik, dia bukan yang halal lagi. Kalau seminggu lagi nk kawen pun, yang penting bukan halal lagi. Bila aku update status pasal kawen mesti orang ingat aku nak kawen *memang aku nk kawen pun. tapi tak semestinya aku gatal sgt nk kawen. Hahaha.
Mood aku sekarang unstable. huhuhu..Sebab sometimes aku rasa lost *biasala tuh. sometimes aku rasa semangat.Semangat nk kejar benda yang pasti. Aku nk kejar dean list yang selama nie aku tak heran pun. Aku nk sambung master dan dapat first degree yg selama nie aku rasa mustahil lepas aku kawen. Lagipun dia mcm cakap dia nk tunggu betul-betul bersedia. So, aku tunggu la sampai dia bersedia. Hahaha. Sekarang target aku untuk kawen masa belajar dah letak tepi sebab dia suruh tunggu sat,. *tunggu sat tu aku tak tau berapa lama. Kalau dia jodoh aku,dia cari aku balik. Kalau dia bukan jodoh aku. Aku jumpa dengan orang lain dan dia jumpa dengan orang lain. Kami bahagia. Itu namanya takdir. ^_^ Allah dah tulis kat Loh Mahfuz kan? tapi kalau tetiba minggu depan kami kawen, kawen la. Kuasa Allah. Sapa nak boleh lawan.
Kawan-kawan aku semua cakap aku nie kuat gilos.Tak sedih. = Sebab aku tak suka nk moody tak tentu pasal. Aku bukan seorang yang sukan mencampuradukkan emosi dan kerja. Sorry to say. Kalau gaduh dengan somebody maknanya kau kena gaduh dengan orang lain. Huhu. *tak professional dan matang. Bhaha. Pagi petang aku gelak la. Bila dok sorang-sorang dalam selimut ada sapa tahu? Kecuali Allah. Pada Allah aku bermohon setiap kali sebelum tidur agar diberi kekuatan. Kekuatan pada esok hari supaya aku mampu jalani hidup aku secara normal dan efektif.
Dan aku rasa dah tiba masa untuk aku fikir orang-orang yang masih banyak memerlukan aku. Bukan beerti aku femes ka apa. Tapi orang yang perlu aku gapai tangan bersama dengan aku menuju ke arah kebenaran. Ramai lagi orang yang perlukan aku. Perlukan bimbingan dan pertolongan aku. Golongan yang masih ber'free hair' macam aku dulu, golongan yang menutup aurat tapi belum sempurna, golongan orang bukan Islam yang nak orang approach Islam kat. Nak sebarkan dakwah. Dakwah yang aku rasa masih cetek ilmunya. Aku nk cari lagi ilmu supaya aku dapat bantu orang lain. Siapalah aku nak dibandingkan dengan orang syahid di jalan Allah. Imam Hassan Al banna, Syed Qutb, Zaman Rasullulah,khalifah.
Punya la aku fikir sesuatu yang tak pasti sampai aku lupa dengan ikrar kat diri aku.
"Sabiluna,sabiluna jihad". "Aku anak panah Islam, campaklah aku kemana sahaja"
Aku anak panah Islam. Aku ada tugas dan amanah untuk menjadi mata anak panah. Tapi aku lalai.
Aku mohon semoga kalian mendoakan aku supaya diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi badai ini..
;)
Salam sayang,
nabilah si kecil.
No comments:
Post a Comment