Salam jumaat. Hari nie dah 3 hari nabila cuti. Hew2..
Actually,nak tulis nie sebenarnya 50-50. Takut orang terasa. Tapi kalau tak tulis, takut nabila dengan orang lain buat lagi. :'(
Sebenarnya entri nie dah lama bersarang. Tapi tak tahu nk start mcmana. hehe.
Semuanya bermula apabila nabila nampak video pre-wedding someone. Dalam video tu ada adegan yang tak sepatutya dilakukan oleh pasangan nie walaupun mereka dalam menghitung hari nak jadi yang halal. Menghitung hari pun masih lagi belum halal kan :'( perempuan tu cantik sgt. Adore her sebab dia cantik,pandai, lemah lembut. Ada juga pre engage.
mcam kita tengok sekarang, ramai sgt yang buat pre-wedding, pre-engage. It's okay. But, kita orang Islam kan? Perlu jaga adab dan tata tertib bukan sahaja masa berumahtangga tapi juga awal perkahwinan. Ada juga video-video yang menarik tapi terjaga ketertiban dan adabnya. Misalnya, video ustazah amie. Alhamdullilah, tenang dan mendamaikan. Sejuk mata melihat. ^_^
Berbalik kepada soal pre-pre ni semua. Nabilah dan semua orang pun rasa tak perlunya adegan pegang-pegang tangan, pegang bahu, tengok-tengok, jeling dalam video tu. :)
Photoshoot. Tak salah photoshoot tapi perlu diingat. Nak berumahtangga sebab nak dapat redha Allah kan?. Nk dapat anak-anak yang cerdik dan bagus . Nak tolong kita dalam kubur nanti. Permulaannya juga mestilah sesuatu yang baik :)
Seperti kata sifu saya, Che'wan dalam bengkel. Bergambar juga tapi redha Allah yang penting. Adegan tidur atas rumput bersama pasangan, cium pipi dan sebagainya *sewaktu dengannya*sebenarnya tak perlu pun untuk tunjuk romantik. :)
Pegang Al-quran perempuan dok sebelah pun dah nampak sweet sgt. ^_^
Tak manis kan orang pandang tidur atas rumput. Melompat sana-sini. Buat sekadar yang perlu berlandaskan syariat Islam. Muslim kan?.
Pandangan Allah itukan lebih utama. :)
Nak bercinta sampai syurga,usaha perlu lebih..
p/s:Kepada yang dah buat dan terbuat. Masih belum terlambat untuk padam dan mohon keampunan dari Allah ^_^
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Kepada yang masih bujang dan belum berkahwin mcm nabila nie. Ayuh,lakukan transformasi untuk membina ummah yang berjaya di dunia dan akhirat.
Salam jumaat,
nabilah.
Sayang korang<3
No comments:
Post a Comment