Friday, 13 September 2013

Terima kasih PMIUM.


Alhamdullilah, hari ni hari cuti dan bolah berehat sepuasnya. Tapi ada keja sekolah.. wakaka..
Alhamdullilah juga, sebab Allah bagi ilham untuk tulis entri walaupun dari dulu nak tulis tapi malu kucen sebab junior lagi kan?.
dah seminggu dah nie jadi kakak.. *cett.

Perancangan Allah itu berhikmah. Sejak kebelakangan nie terlintas kenapa Allah hantar nabilah belajar di UM. Universiti yang duduk dalam hiruk pikuk kota. Sibuk. Daripada pulau berhijrah ke kota. Kenapa Allah gerakkan hati nabilah supaya tolak keputusan ke USM dengan sewenang-wenangnya. Dan kenapa tak lepas temuduga IPG dan tolak keputusan untuk ke UiTM dalam bidang sains. 

Sebab Allah nak temukan jodoh nabilah dengan PMIUM. Apa itu PMIUM? Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. First time kenal dengan PMIUM nie masa hari pertama masuk ke UM. Pakai baju hijau tunggu depan gate. Sejuk mata memandang semua kakak-kakak yang pakai tudung. ^_^
Masa tu juga cukup setahun nabilah bertudung. Hari tu juga hari pertama nabilah pakai tudung labuh (bidang 60). Hari pertama juga sampai di za'ba. 

Allah hantar PMIUM sebagai kekuatan dalam diri nabilah selepas penghiijrahan. *Relevenkah PMIUM dalam kalangan mahasiswa?. Releven bagi orang-orang macam nabilah yang baru nak merangkak mengenal Tuhan. Beri kekuatan supaya kuat menggapai redha Allah dan "kerana Allah". Releven juga sebab daripada PMIUM nabilah kenal "Usrah". Sebelum ke UM, nabilah tak pernah tahu pun usrah tu apa. Alhamdullilah juga sebab usrah tu la jadi kekuatan saat lemah, sebab ada adik beradik yang membantu nabilah. Terima kasih korang-korang T_T. Kalau tak dak usrah nie,tak tahu kat mana nabilah sekarang. Adakah masih macam dulu? Wallahu'alam. Hujung minggu juga diatur dgn sempurna. Kalau dulu weekend tidoq ja memanjang. Tapi dah ada usrah varsiti.. dapat juga ilmu.

Alhamdullilah juga sebab Allah hantar PMIUM untuk nabilah terus mencintai ilmu. Kalau dulu baca buku mengarut-mengarut. Tapi sekarang dah tambah koleksi dengan buku-buku bermanfaat. *walaupun ada lagi buku-buku mengarut.

Alhamdullilah juga sebab nabilah sekarang dah terbit rasa sayang kepada saudara-saudara kita yang dalam keseksaan. Di Mesir,Syria,Rohingya,Palestin. Kalau dulu nabilah selalu berfikiran macam nie "Ala,kalau aku sorang yang boikot,orang lain tak. Tak jadi juga". KFC,McD,Starbucks,Johnson,Nestle(dah tak minum milo) bukan jadi kegemaran sekarang. Sebab apa? Selalu pergi program-program PMIUM.

Daripada situ juga kenal orang-orang yang selalu bantu nabilah, tgh-tgh malam buta pergi ambil nabilah kat fak untuk tidur kat rumah persatuan.. kekekeke. Nak dtg korea bermacam-macam pesanan. *siap ada bg list apa yang nak bawak.  Sehari sebelum dtg, bertalu-talu mesej dari kakak-kakak yang comel.
Pergi rumah persatuan, tolong masakkan makanan. dapat makan free plus sedap.

P/s:nukilan nie sekadar suka-suka dari si kecil .Semoga Allah terus beri kekuatan kepada PMIUM untuk terus berjuang membawa orang-orang yang tersasar ke jalan yang betul :)

Salam sayang dari bumi musim luruh.

No comments:

Post a Comment