#persediaan exchange student#dokumen penting#
hai guys.
Jumpa lagi.. ^_^
tetiba suka nak mengupdate blog.
hehehe.
hari ni nabilah nak cerita pasai dokumen penting kalau nak keluar negara. :)
Mostly untuk pertukaran pelajar.
1.Passport.
yang nie sangat penting. Kalau dah dpt result bahawasanya anda terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar yang akan mengikuti program pertukaran pelajar atau outboud dan mahu ke luar negara,sila buat passport dengan cepat dan sempurna. Supaya apa? Supaya tidak termengah-mengah seperti siti nabilah yang due date hantar passport adalah sehari! merayu kat pegawai imigresen tu bak hang! Alhamdullilah,dpat siap dalam masa 48 jam. Pepagi buta lepas pertandingan puisi terus lari laju2 pergi ambil pasport. Bukannya dekat, dari UM ke sentul! kena tukar 2 train. -_-
Lepas tu lari balik pula ke Um sebab kena hantar sebelum ptg.
Untuk request nak dapatkan passport nie, korang kena ada beberapa benda penting.
1. gambar passport.
Gambar pasport yang berlatarbelakang putih. *yang nampak dahi,pipi. (series,muka besaq dalam pasport.. wakakaka)
2.Borang.
Korang kena isi borang. Yang nie masa pergi ke pejabat imigresen pun boleh isi.
3. Duit.
Korang kena sediakan duit. Sebab duit kena bayar dulu sebelum dtg ambil pasport. Nabilah buat untuk 2 tahun =RM100 .
4.Identitiy card atau kad pengenalan
Perlu diingatkan bahawa kad pengenalan yang dibwa tu bukan kad pengenalan umoq 12 tahun.
Nabilah kena pergi tukar ic.-_-
2. Tiket flight.
yang nie penting juga. Sebab kalau tak dak yang nie tak leh nk p mana-mana la..
Caution:
*lihat tarikh dan jam dengan betul. Sebetulnya!
Don't be late.
Kalau flight pepagi buta mcm nabilah hari tu, better prepare sesiap.
Kami tidur airport ja hari tu sebab check in pkoi 6 lebih.
*Kalau pergi group, korang bawak ja luggage berapa berat pun.. it's okey.
Macamana tu?
mcm kami tempah secara group hari tu,seorang adalah 30 kg. Darab dengan 6 orang.
30 kg x 6 = 180 kg.
Dia akan kira total semua. Dia tak kira sorang-sorang.
Maknanya korang boleh bawak sampai cukup 180 kg. ^_^
3,Visa.
Visa nie korang perlukan gambar mcm gambar passport..
Lepas tu sampai kat kedutaan tu, kena isi borang. Korang isi borang tu.
Then siap!
Bayar ikut harga yang dia cakap.
Kalau pergi Korea,hari tu nabilah kena bayar RM160.00
Oh, ya! ada lgi .
1. tiket flight perlu ada. (copy).
nie untuk rujukan depa.
2. Surat pengesahan dari pihak berwajib (kalau di UM, kami guna surat pengesahan dari ISC).
Surat pengesahan bantuan kewangan. *untuk exchange student.
4.Kad pengenalan
Kad pengenalan nie perlu supaya kalau berlaku kecemasan, ia berguna.
Contoh kecemasan: Pasport hilang.
Requirement for exchange student programme.
1. Surat penarikan diri daripada universiti.
Just tulis surat rasmi cakap korang nk keluar dari universiti untuk semester berapa dan kenapa?
Dan hantar kepada fakulti.
Fakulti akan sahkan.
Lastly,tunggu sampai surat penarikan diri tu dah diterima.
2.surat pemberitahuan kepada pemberi kewangan (sponsorship)
Which means PTPTN,JPA.
yang nie sgt temeh dan remeh. Kena turun naik. Ambik surat tu, ini.
*TERUTAMANYA PTPTN!
*nabilah tak hantar pun. sebab banyak sgt prosedur plus lagi seminggu nak fly.
Memang tak la..
3.Surat pengesahan dari universiti yang korang nk pergi.
Sebelum kita fly,akan ada surat daripada universiti yang terbabit sebagai tanda dia tawarkan kita dan dia dah terima maklumat yang kita hantar kat kita.
akak ambil courses apa?
ReplyDeleteakak ambil course apa kat UM?
ReplyDeleteAntropologi dan sosiologi (major) dan sejarah (minor)
Delete