Friday 31 May 2013

Dakwah "bergempita"

hai guys..
Semoga sahabat-sahabat yang awesome sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

hehehe..
Alhamdullilah,hari ini kita kita diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk berada di dunia.. ^_^

Go to the topics,
Dakwah bergempita.. hahaha..
Alhamdullilah, kita diberi kesedaran utk terus melakukan dakwah atau tarbiyah kepada orang yang sgt memerlukan..
Kita juga belum sempurna,tapi kalau bukan kita,siapa lagi yang menggerakkan?
kan3?
semoga urusan dakwah dan perkara yang baik kita bawakan ini sentiasa diupdate kerana Allah taala.,.
hanya ini yang mampu kita lakukan untuk agama Allah..
nak pergi berjuang membantu saudara-saudara kita yang tertindas kita tidak mampu..
hanya mampu berdoa dan melangkah meneruskan gerak kerja ini..
Dengan adanya teknologi media seperti sekarang ini,
gerak kerja kita akan semakin mudah,
Alhamdullilah...
*nak menyebarkan kebaikan,semua orang boleh melakukannya..Tidak kira anda ustaz ,guru, arkitek, penjual,peniaga hatta sesiapa sahaja dengan syarat adanya ilmu dan kesungguhan serta keterbukaan untuk menerima kritikan dan cabaran dlm melakukan kerja ini..
Saham dan bekalan kita nanti..

Boleh share benda-benda yang baik dekat fb,tweet,blog dan sebagainya * pastikan apa yang share tu betul..hehehehe :)

apa yang menjadi kekesalan ialah terlalu banyak orang yang berdakwah dan mentarbiyah dalam laman sosial...
Tapi,
bila 'subjek' depan mata kita tak hiraukan :)

Sebagai contoh:
Lebih 'common' kes nak suruh perempuan tutup aurat....Kita update status,share dan sebagainya "tutuplah aurat kamu dgn sempurna", "perempuan yang solehah itu hiasan dunia",video-video pengajaran---> sangat bagus benda ini berlaku.. sekurang-kurangnya orang yang baca itu mungkin akan terdetik dihati dan mudah-mudahan beroleh satu keinsafan.. Boleh jadi juga muhasabah buat diri(peringatan) dari masa ke masa..

Tapi????
Mengapa bila 'subjek' depan kita.. kita menjauhkan diri daripada dia..
tengok dari hujung rambut hingga hujung kaki..
dimana pendirian kita yang ada dlm status tu..
Malu bersahabat dengan orang yang free hair? pakai tudung singkat? pakai seksi?
Malu berjalan dengan orang yang dah rapuh harapan untuk hidup?
sentimen ini hanyalah untuk orang yg hanya selesa dgn dirinya sekarang tanpa mempedulikan orang lain... :)

p/s:lelaki juga ada aurat dan perlu juga menjaga pandangan seperti perempuan 

Saya amat berterima kasih kepada Matltutfi and the geng sebab mem'publish' Sebelah sayap'
True,ramai orang yang nk berdakwah dan mentarbiyah berdasarkan pandangan diri sendiri..
yang mana selesa kerana diberi pendidikan agama oleh keluarga,dihantar ke sekolah agama,dihantar ke kelas kafa sehingga merasakan diri seperti 'superior' dalam urusan dakwah dan tarbiyah..
Tapi pernah terfikir orang yang kita judge itu adalah orang yang tidak sama latar belakangnya??
Tiada latar agama,tidak tahu apa itu erti 'usrah',tidak tahu apa erti 'taman-taman syurga',tidak tahu apa itu 'ukhuwah'... :)
mereka tidak tahu akan semua ini!
Sapa lagi yang bertanggungjawab untuk memberitahu golongan ini kalau bukan kita?

Saya bersetuju juga dengan apa yang dikatakan murabbi ustaz Afdholul Rahman.
"Tahu tentang pembahagian hati hidup, hati sakit atau hati mati bukan lesen untuk kita mudah-mudah menghukum orang yang berbuat dosa. 

"Kau ni dah tak takut Tuhan ke? Hati kau dah mati agaknya."

"Orang yang hati mati je berani buat jahat, buat dosa itu ini." 

Sepatutnya tidak perlu disebutkan begini. 

Cukuplah beri harapan kepadanya supaya dia masih mahu bergerak melakukan perubahan pada dirinya.

Apa faedahnya kita menghukum seseorang dengan cara begitu kalau dengan cara itu hanya akan membuatkan dia telah merasa terputus harapan dengan Tuhan?

Bukankah Allah s.w.t. mengutuskan Nabi s.a.w. itu sebagai pemberi harapan baru kepada insan?

Maka, kenapa kita begitu gopoh mahu menghukum orang?

Yang lebih penting adalah memberikan rawatannya, bukan sekadar menyebutkan penyakitnya. Tidak ada faedahnya tahu penyakit sendiri tetapi tidak tahu bagaimana jalan merawat dan memulihkannya.

Bantulah insan dalam perjalanan menuju Tuhan !"

Benar,terkadang kita terlalu excited untuk menghukum orang tanpa ada kata pengharapan sehingga buat orang putus harapan :)

Pernah terlihat status "perempuan nie takkan tak tau hukum kot,budak kecik pun tau tutup aurat,kat sekolah takkan tak belajaq kot"
Benar, semua yg dikatakan, saya bersetuju...
tapi,
mcmana kalau 'perempuan' tu belajaq dalam kelas tapi tak dak praktikal kt luaq, tak dak kekuatan  nk bangun"?
kan?

saya bukan menyebelahi 'subjek' tapi kadang-kadang keterlaluan cara tegurannya..
tegurlah secara berhikmah..
Dan,
lapangkanlah dada dan fikiran mendekati 'subjek' dengan lebih berkesan..

Memetik kata-kata senior yang comel...
"lapangan dakwah dalam laman sosial tidak sama seperi lapangan dakwah dalam masyarakat"

So,mulai sekarang,kita bantulah sahabat-sahabat kita yang sgt memerlukan kita...
tak perlu menghukum mereka :)

Salam sayang,
nabilah..






Monday 27 May 2013

budaya melangkau agama? Fikirkan.. :)

Hai guys..
"Budaya melangkau agama"
Apa tu?
Budaya melangkaui agama,
Budaya  kita yang menetapkan walaupun dalam agama tak nyatakan..
Kadangkala ia mendatangkan kebagusan dan kadangkala ia terlalu melampau..hahaha
Kadang-kadang kita tak perasan budaya dijadikan seperti benda yang wajib dilakukan.. kalau tak buat BERDOSA @ TAK BAIK!
jom kita tgok contoh2:
Tempat solat
Sentimen kita: kalau nk solat pergi masjid,surau,kat rumah..
tempat lain tak boleh 
najis!
*ustazah saya pernah ckp selagi tak nmpak,bau najis tu,selagi tu boleh solat kat tempat berkenaan..
Saya tulis bnda nie ikut apa yang saya ketahui..
Jika ada percanggahan.. sila komen untuk keterangan semua orang mengenai hal ini..
Tanah itu bukan najis,lumpur itu bukan najis..
Kalau pergi kem,ustaz siap imamkan lagi dengan pakaian yang kami pakai tu..
Hiking okey!
jungle trekking..
lagi satu!! peluh itu bukan najis.. :)
#jap lgi mesti ada orang kata,nk jumpa Allah  kita pakai kotoq,nk jumpa manusia elok ja..
Memang la betoi, tapi Islam ini fleksible...
Jangan menjadikan alasan tiada surau,masjid,rumah untuk solat untuk kita tidak bersolat..
#macamana pulak kalau ada masjid,surau,rumah yang dekat tapi kita solat kat tempat len..
ikut pandangan saya okey ja..
Selagi tidak bernajis..
Buka pemikiran kita..
Jangan menjadikan budaya itu sebagai salah satu cabang untuk kita menyempitkan sesuatu yang mudah!

pakaian solat
budaya kita kalau nk solat perlu menggunakan telekung..
kalau solat pakai tudung,seluar,baju mcm kita dok pakai sekarang mcm dah berdosa..
Seolah-olah syarat nk solat itu bertelekung..
sedangkan pakaian solat itu menutup aurat *dengan sempurna..
kalau pakai skirt jeans pun boleh solat asalkan menutup aurat..
p/s:pakai telekung kalau jarang pun menjadi masalah jugak kan?
*kalau tak bawak telekung,tak dak telekung,masuk waktu solat.. maknanya tak payah solat?
#muhasabah dan fikir
pakaian untuk pergi ke masjid,surau atau kuliah agama 
kita sudah dibiasakan dengan amalan memakai baju kurung,jubah,abaya,baju melayu,berkopiah dan sebagainya..
Alhamdullilah,ianya bagus dalam proses penutupan aurat dan nampak sopan..
tapi jangan menjadikan budaya kita menggunakan pakai semua pakaian ini sebagai satu kewajiban..
kalau pergi kuliah agama,pakai tudung 45 dipandang mcm buat dosa..
tudung 45 tu bukan ukuran penutupan aurat yang penting aurat dijaga dengan sempurna.. kan?
p/s:kalau pakai seluar jeans pergi kuliah agama mulalah tengok atas bawah atas bawah..
><
pertunangan sebelum perkahwinan
pertunangan adalah keadaan di mana akan berlaku proses perkenalan pasangan..
bukan proses wajib untuk bernikah
Statement nie"tak leh kawen lagi,kena tunang dulu"(padahal dah kapel 10 tahun)
kalau tak berlaku proses pertunangan nie 
"mesti ada apa-apa kawen trus nie,risik dak apa dak terus kawen"
nampak dak permainan kat situ?? hahaha..
lepas tu,
kalau kapel tak leh bawak p merata-merata sebab tak dak ikatan..
kalau tunang boleh ja.. alasan:dah ikat bertunang,lagipun tak lama lagi nk kawen jugak.. =,='
dua situasi ini adalah sama iaitu tidak bernikah lagi..
konon:ada lesen L dah..
P ja tak lepas lagi...

Perkataan yang berkaitan dengan agama.
Contoh:I love Jesus..
psst: semalam ada senior tulis statement.. hahaha.. panas wall kot.. 
Tapi suka dgn statement tu.. sekurang-kurangnya orang yg bca terbuka ckit mengenai statement nie..
Saya juga love Jesus :)
#weh,hang nie nk murtad dah kot!!
#Mengucap balik,boleh terkeluar daripada Islam adik...
=,='
okey,nk terang..
perkataan jesus tu maksud Isa dalam bahasa Inggeris.. :)
kalau murtad,dah lama orang Islam luar negara yang murtad sebab baca tafsir dalam bahasa Inggeris.. :)
kalau nk tau pasai nie,selalu la attend interfaith talk (dialog agama)..
banyak ja dalam You Tube...
Contoh : tokoh dalam dialog agama ni Ahmad Deedat, Engku Fauzi,Bro shah Kirit..
Buku-buku pun banyak kat kedai.,Tapi pastikan penulis-penulisnya adalah berkualiti..

Pergi dengar pasai agama lain..
tak salah pun dengar,
#nanti mesti ada statement,"belajar agama lain boleh jatuh murtad.."
Orang ang keluarkan statement sebegini tidak yakin dengan akidah dia sendiri..
Takut terpesong dengar pasai agama lain.. :)
Sekarang semua orang dah terbuka..
"Belajar bible,belajar kitab veda" mcm mimpi ngeri takut terpesong..
 please,
selagi mna iktikad dan akidah kita kuat..
InsyaAllah..
Seperti kata senior saya "Ramai orang ckp Alhamdullilah dan gembira apabila ada orang mengisharkan dirinya Islam..tapi berapa ramai orang nk turun kerja lapangan untuk berdakwah mengenai Islam?"
:)
So,nk berdkawah memerlukan semua benda nie..
#belajar Al-Quran pun tak habeh, nk belajar kitab lain..
:)
Saudara,saudari..
Itulah namanya Dakwah, dakwah kepada orang lain di samping memperbaiki kelemahan diri..

Akad nikah kena pakai tudung,
yang memang dah menjadi budaya..
alasan:malu kepada TOk Kadi sebab beragama dan sebagainya..
tapi kata Allah??
pakai tudung sebab nak akad nikah kena dapat berkat daripada Allah masa angkat nikah..
nanti rumah tangga bahagia..
lepas akad nikah??
tak kira dah berkat dari Allah?
Fikirkan sejenak..
*statement atas bukan suruh bukak tudung time akad nikah..

Saturday 25 May 2013

Jangan share benda ini!!

hai guys :)
psst: entri ini menandakan bahawa empunya blog bangun tak tidoq balik lepas subuh bila weekend.. hehehe

"jangan share benda nie!"
okey guys,actually malas nk tulis entri nie.. tapi nk kena tulis jugak sebab dah terlalu banyak kat wall.. :)
huhuhu..

beberapa perkara yang pada pendapat saya kita tak perlu share :)

1. video atau berita kemalangan yang mengerikan..
ini bukan masalah mengerikan atau tidak ini soal penghormatan kepada jenazah atau si mati..
Ada yang share video sampai tak sanggup tengok..
*memang untuk pengajaran tapi respect to him/her, him/her family,freinds..
Kalau jadi orang yang terdekat kita apa perasaan kita..
Lepas tu.benda tu di share satu dunia...
:)
Kadang-kadang ada gambar dan video tu dalam keadaan mangsa mengaibkan,nampak aurat..
so,hentikan share benda macamnie..

2.gambar yang tidak menutup aurat..
kita menutup aurat,Alhamdullilah..
Tapi dalam masa yang sama kita share gambar orang yang tidak menutup aurat.. :)
plus 
kita upload jugak gambaq kawan-kawan yang tidak menutup aurat..
#sapa suruh tak tutup aurat?
Yes,betol soalan nie.. tapi tolong dia dengan tidak menyebarkan keaiban dia dengan tidak mengupload gambar dia depan public..

p/s: kalau yang dah menutup aurat dengan sempurna,tgok semula tag kita yang dipublic, sama ada aurat kita itu sempurna atau tidak..
kadang-kadang kita lupa..
So,spot cek sekarang!!

3.hadith atau tafsiran al-quran..
kita share dapat dah pahala,sebab share bnda yang baik..
tapi,
hati-hati!
banyak hadith-hadith palsu yang dishare..
nanti jadi kot len kan..
kalau boleh sebelum share tu,pastikan hadith tu sahih atau tidak..
Saya tak mahu komen banyak part nie,
sebab ini bukan bidang saya.. :)
tapi ada yang boleh bantu anda..
taraa...

*belum ada lagi buku ni.tapi orang ckp buku nie quite okey..
banyak lagi buku yang mcmnie..
pastikan tgok latar belakang juga.. :)

penggunaan perkataann melalui tafsir Al-Quran..
tafsir nie kita tak boleh nk tafsir ikut bahasa kita..
Setiap perkataan tafsir tu perlu dirujuk semula dengan hadith and etc..
kalau kita share,
takut nanti berlaku kesalahfahaman seperti yang ada pada masa ini..
so,
untuk mengelakkan kesalahfahaman ini berleluasa,
jgn share tafsiran ayat Quran yang boleh menimbulkan ke arah masalah ini..
*rujuk kepada murabbi pun boleh..
sebelum share tu,pastikan kita yakin,itulah yang betoi-betoi kita faham..

4.benda-benda yang kita tak pasti betul atau tidak..
kadang -kadang kita tershare benda yang kita tak pasti..
tak elok,
nanti akan menjadi satu fitnah kalau tak betoi..
:)

5.share benda yang tak senonoh..
Actually,benda nie dah ada dalam entri yang lepas..
tapi mungkin ada lagi yang belum baca..
okey,mcmnie..
kadang-kadang kita share benda-benda yang sangat =,-'
don't know how to describe..
Ingat,anak-anak kita menilai siapa kita,
semua orang menilai kita..
Allah juga Maha Melihat.. :)

dah.\ habeh..
Jom,turn makan nasi lemak,..
Salam sayang,
siti nabilah

Friday 24 May 2013

tak perlu takut untuk semua ini :)

Hai guys and good day sahabat yang awesome..

Takut nk jawab soalan? takut nk bertanya? takut nk menyuarakan pendapat? 
*it's normal lah.. belum sampai tahap abnormal lagi.. don't worry k?

Kadang-kadang kita takut nk jawab soalan walhal kita tahu jawapan itu. pasti! itu jawapannya!
Disebabkan rasa takut,malu dan sebagainya yang negatif2 nie berbisik gundah
kita pun menukar fikiran "Ah,tak payah jawab,mesti ada orang lain yang jawab, jangan risau"
Dalam psikologi ini dipanggil 'diffusion responbility'(mengharapkan orang lain melakukan sesuatu sedangkan kita sendiri yang berada kat tempat tu)
Contoh situasi diifusion responbility:
Ada kemalangan seorang makcik depan kedai makan,kita tak ambil pusing sebab ada orang lain kat situ yang kita yakin depa kan membantu makcik tadi.
Begitu juga dengan ketakutan tahap gaban kita nk jawab soalan walaupun kita tahu jawapan itu adalah pasti.. setelah tanya jiran kiri,kanan,depan,belakang,tengah.. dan mereka juga mengatakan..
"Jawapan hang betoi"
tpi usaha untuk menjawab soalan itu tiada kerana gaban punya takut..
It's okey..
Macamana pulak kalau jiran kita yang 3-4 relung kiri,kanan,atas, bawah. dan sebagainya tidak mengetahui akan jawapan itu??
Tidakkah mereka akan merasakan 'lackness of information' >pandai ja kan boh nama..
Kesian kan? 
Jiran kita yang tak tau jawapan terus-terusan tak tau,kita yang tau jawapan terus-terusan memantapkan minda kita dengan ilmu-ilmu kita melalui kognotif...
ha,kan dah tak adil.. kongsi kita-kita ja..
So, let's do together! berani menjawab soalan..

nie lagi satu takut tahap gaban iaitu bertanya soalan..
Kadang-kadang kita malu kucing + takut nk jawab soalan sampai persoalan kita dah bersarang dalam fikiran..
lastly, dah tak leh nk tanya..
"Peluang kadangkala hanya datang sekali sahaja,if we don't grab it,we wanna lose and become a loser!"
Sebenarnya,secara tak langsung bertnya soalan ni secara tidak langsung akan membina keyakinan kita untuk berhadapan dgn orang ramai :)
Ia juga memperbaiki 'soft skills'
Tak rugi pun bertanya, *tapi soalan yang relevan la..
sekurang-kurangnya asah keberanian kita ...
#malu sampai nk tanya sebab sesat jalan!


ketakutan gaban yang ketiga ialah menyuarakan pendapat atau cadangan 
Kadang kala kita rasa pendapat kita bercanggah dengan pendapat orang lain,
kan?
tapi kita tak suarakan pendapat kita..
#bukan debat atau apa, tetapi ini adalah untuk kepentingan bersama..
kenapa?
sebab kadang-kadang ada benda yang orang lain tak tau kita tau ,ada orang lain tahu benda yang kita tk tahu..
mesti ada sebab kan kenapa kita tetapkan pendapat kita.. 
So,mulakan sekarang,gerakkan keberanian dan pendirian.. *chewaahh
Tapi pastikan kita bukan TIN KOSONG...

Terlalu takut katakan 'tidak' 
sampaikan orang dah siap bash kita,kita diam!
sebab ada agent nie...

Keadaan ini telah munculkan apa erti "kena pijak kepala"


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perasan tak? daripada 3 things above, 
pokok pangkalnya " peduli kata orang"

So,
tak pyh peduli orang nk ckp apa..
"mulut orang tak leh tutup mcm mulut tempayan"


lagi satu,
BERANI!
kalau ikot cemas,nebes tu sampai bila-bila pun kita masih tahap yang sama kn3?
jom,

beranikan diri dengan 3 bnda nie..
jom ubah,inikalilah!

Salam sayang,
nabilah..







Tuesday 21 May 2013

My 'rezeki', your 'rezeki' and our 'rezeki' - Allah Maha Adil,sayang :)

Dear awesome sahabat,
I gonna miss you guys today.. hahaha...
Say "Alhamdullilah" because Allah gave us opportunities to woke up today :)
Dear awesome and adorable friend,
The gift that Allah gave to me is my 'rezeki'
Today, the 'rezeki' is mine.
Tomorrow can be yours,
Next can become our 'rezeki' 
Allah gives us 'rezeki' 
Dear,
our 'rezeki' Allah gives in the right time, 
Not too fast,not too late..
I believe the word "You get,what you give"
:)
For the first, I didn't like it..
But,
My sahabat said to me " Allah make something happens with wisdom,believe it".
I left my parents,I left my semester break when other students was in the homeland, I left my friend ceremony and my mum cooking while the other students don't
The day when I entered the program, 
I was in KL about 3 months without looking my parents,my family faces.
I sacrified my holiday 7 days,
I turned up my classes from 8.00 a.m 5.30 p.m every day.
*sometimes until 6.40 p.m.
I had to did public speaking in crowd
And important things,
I had to wake up early morning during my holiday and wear the casual clothes.. :) hahahaha
I also had to attended 2 days of skill classes during my busy weekend..
I'm also having a feeling that I don't have qualify to get this.. 
I'm not a dean students, 
Who don't have excellence result..
but i Believe "Allah make something with wisdom"
I take this as Allah gift,
but
It can be a test to me..
I wear this hijab less than 3 years..
Allah send me to the place that we all know it's can be tester for my istiqamah..
Today it's mine,
Tomorrow can be yours,
Next can be our 'rezeki'..
Believe me..
Pray for me :)
Change our niat "lillahi Taala"
Salam sayang,
nabilah..
#please pray for syria#

Monday 20 May 2013

ber'steamboat' di Floaming Stemboat ,Sunway PJS 11

Aktiviti nie sebenarnya jadi minggu lepas.. tapi didrafkan.. hahaha..
Tak da idea nk tulis..
Malam tu kami beramai-ramai dalam 11 orang *ramai kan? lebih dari seorang=,=
Kami exco OPKIM permadah, pergi makan steamboat dekat Sunway..
Masa si pengarah tu ckp nk p makan dinner
Saya dengan sahabat nie..
mesti p dinner kat tempat eksklusif nie..
Kah3..
Demand kan??
Dari UM, ambil masa dalam 15 minit cm2 ja untuk sampai ke situ.. #ada kena bayaq tol#
Lokasi: Sebelah dengan Sunway Piramid...dekat sgt.. jalan kaki pun boleh.. hew2..
Cerita bermula apabila turun ke kedai tu..
kedai tu nampak biasa ja..
Berbisik kat sahabat-sahabat"Psst,kedai mana nie?"
"tah,yang nie kot"


Kenapa?
Sebab kedai dia biasa sangat.. tak nampak mcm kedai steamboat pun..
tapi ada sign board.. *pelik kan saya nie*
Mula-mula tu tanya kepada si pengarah,
"berapa satu kepala nie?" p/s:seorang
dia jawab,"RM29.00"
mahal!!
#judgemental betoi.!!
Lepas tu kami masuk dalam sebab meja ditempah kat dalam..
Tarik balik kata-kata mahal tadi..
 tahu,hampa teruja kan nak tau..
biar gambar berbicara ;)
Thanks cik google..
Syang kau!
pilih sampai tak tau nak pilih

yang penting bebola dia sangat comel!!







Ada:aiskrim.\ +marshmellow+roti panjang+mcm2.

minuman: kosong+berkarbonat+ +kardial +ais kacang +abc + mcam2

makanan selain steamboat : makanan bergoreng +nasi +lauk + bebola goreng + mcam2

Desert: buah +asam +kicap :) tiga kali p angkut.. hew3.. yummy..

Series: In my opinion, yang nie lagi mengenyangkan daripada dok p hotel yang belum tentu sedap! kah3...


nie alamat dengan peta..

klik link dibawah:
http://www.flamingsteamboat.com/location.php

Salam sayang,
nabilah

P/s: terima kasih kepada pimpinan OPKIM
"sehati sejiwa bersama PERMADAH"

Friday 17 May 2013

Berkahwin VS belajar

Hai guys..
Mesti hampa pelik kan?
Minggu nie dok ckp ja pasai kahwin..
Hahahah
Relax.. belum tiba masa lagi..
Kalau tiba masa,kami panggil hampa,jgn dok risau..
*bERANGAN..

Let's start..
ADa yang tanya.. 
Kenapa perlu berkahwin sedangkan sebagai tugas pelajar kena tumpukan perhatian kepada pelajaran?
Yes, Maybe not..
In my opinion, its depends on individual situations..
Sebab,matlamat dan keperluan orang lain kan tak sama..

#macamana boleh tak sama?
Sedangkan semua belajar benda yang sama,umur sama, orang lain boleh ja belajaq..
Kawin lepas grad la nanti..-> orang lain boleh ja tunggu pasangan masing-masing smpi grad..

Persoalannya???
yang menunggu nie,menunggu dalam doa atau menunggu dalam foya?*ops,sory terkasaq..

Andai kata.(andai kata),tumpukan dalam pelajaran menjadi keutamaan,mengapa mesti ada istilah "kapel" dalam kamus belajar..
Dah nampak?

Selalu orang ckp mcnie..
"kalau betoi dia sayang kat hang,dia akan tunggu hang sampai grad"
Lebihan ada 3 tahun lagi..
Dalam masa 3 tahun,bersama-sama seperti belangkas dan manis pasangan.. hahaha..
Mana pergi keutamaan untuk tumpuan pelajaran..??
Make sense @@

Ada juga yang bertanya..
Andai kata, saya diberi pilihan,saya mahu memilih yang mana?
Saya akan bercakap begini,
"Belajar"-> kalau saya tiada apa hubungan dgn org lain yang dijangka menjadi pasangan hidup saya..
Tetapi
memandangkan saya adalah single but available (bukan kapel ok!)
Saya memilih jalan untuk kedua-duanya.. "belajar dan berkahwin"
Kenapa? 
Sebab saya tidak mahu dalam percaturan saya mendapatkan ilmu Allah,diselitkan dengan unsur-unsur yg kurang menyenangkan..


Menjadi pelajar cemerlang itu bukan sahaja pada pointer tapi cemerlang akhlak dan sahsiah :)


Dah jawab kan sayang...

Salam sayang,
Siti nabilah..

Thursday 16 May 2013

Arrangement for my wedding.. ~allahuma Ameen~


tau hampa dok baca dgn keterujaan,, hahaha... 
Sabaq sat..



Checklist for our wedding:
1.Fizikal dan mental
*Tubuh badan yang sihat
Nak kawen perlukan tubuh badan yang sihat dan bertenaga supaya generasi kita nanti lahir dalam keadaan sihat dan sejahtera..
Macamana nak dapatkan tubuh badan yang sihat?

#exercise regularly
Done! But sometimes.. Okey la,dari tak dak langsung kan3?
#healthy diet
Done! but sometimes juga..
Sebab tak leh nk tinggalkan lagi tabiat untuk makan sambil study..
Plus+++ tgh malam makan lagi..
But I'll try my best..
Chaiyok3!!

*Mental yang sihat dan waras
Mental yang sihat dan waras nie sgt penting sebab masa ni la kita kena guna sistem kognotif kita untuk berfikir secara rasional dan matang.
Kalau masalah yang kecil kita tak mampu berfikir dengan cara yg rasional, agaknya nanti dah ada amanah Allah camana yer??

2. makanan rohani tip top
Status:On the way.. 
Makanan rohani nie perlu ada untuk menyihatkan rohani..
Rohani dalam diri  sgt penting untuk menjamin kecintaan kepada Allah dan Rasul melebihi cinta yang lain..

*menghadiri majlis-majlis ilmu
Kenapa? 
Sebab ilmu Allah ni takkan terhitung..
Kalau kita tak dak ilmu,macamana kita nk jadi guru pertama kepada anak-anak?
Kalau kita tak dak ilmu,mcmana nak jadi assistant cik abg? *Abang???-> Tnggu hari nikah.

*Istiqamah awalkan solat..
yang nie, kita semua agak liat cikit la..
Tapi,sesuatu yg dilakukan dgn bersungguh-sungguh akan jadi kebiasaan kan?
JOm,solat awal waktu...
"Letakkan cinta Allah dan Rasul sebagai utama"

*baca buku bermanfaat.
bcalah buku-buku yang bermanfaat untuk masa depan..
hak3..
tak kisah pun buku apa..
janji memberikan manfaat.. 

buku yg menjadi cadangan untuk menambah ilmu rumahtangga :
1. men from mars, women from venus

2. buku cinta berlandaskan syarak.
#fatimah syarha- Cinta selepas Allah dan rasul,cinta high class dan sebagainya
#Ustaz hasrizal-murabbi cinta,aku terima nikahnya
#Hilal asyraf
#Ustaz zaharudin
#ustaz zahazan..
3.buku-buku sunnah Rasullulah
#Cara melayan isteri dan suami cara Rasullulah.
#saidatina Khadijah
p/s: jgn terlalu leka dgn sunnah perkahwinan sampai terlupa sunnah yang lain..

*perbanyakkan amalan sunat dan tunaikan wajib..
yang wajib kita semua tahu kan?
Jaga solat,puasa
Amalan-amalan sunat ni kita jarang beristiqamah kan3?
So,kena la istiqamah..
bangun solat malam
Baca AlQuran
Fahamkan tafsir
Puasa sunat..

3. hilangkan tabiat-tabiat yang tak patut ada dalam diri..
*kemas katil sendiri
ALhamdullilah, sekarang nie saya dah belajar kemas katil tanpa rasa malas..
psst: Walaupun ada jugak hari malas!
Bukan dulu malas kemas katil..
Tapi seminggu sekali tsunami rajin mai,
barulah berkemas katil tu..
Sekarang?? tara! dah rajin ckit..
okey la tu..
hak3..
*Stiap kali malas nk tarik cadar, teringat pesan mak "Mcamana nk duduk dengan org*kawen* kalau malas macamnie"
Automatik,rajin ja tarik cadar..TT

*basuh baju dan sidai dengan segera..
Dulu seriesly,lepas basuh,hangerkan, malas nak turun sidai,jemur ja dalam bilik..
Tapi sekarang??
hahaaha..dah rajin cikit..
Ckit ja? okey la tuh..

*belajar memasak dan mengemas rumah serta dapur..
Yang nie sgt penting..
Kena la belajar memasak..
Sebab keluarga yang sihat itu memerlukan makanan yang sihat..
macamana nak dapatkan makanan yang sihat?
masaklah sendiri supaya kita mampu kawal pemakanan tu.. 
kan3?
Pst: dh rajin jenguk blog masakan dan buku masakan.. tapi belum cuba lagi..
pastu basuh pinggan,mop lantai,kemas dapur..

*belajar menjahit..
Damn! sgt susah.. tapi sekarang dah oke  cikit la.. hak3..
bakal suami nie pandai guna mesin jahit tau..
So,kalau Saya tak reti.. Konfem.. kena bahan !!

*saving money
Part yg paling susah bebeno nak tinggai..
Setiap kali nak ambik sesuatu barang,fikir 2-3 kali untuk bayar sebab sekrang kena belajar untuk berjimat cermat amalan mulia..
Sekarang ni dah matang dlm buat buat checklist.. benda apa perlu dan tidak perlu..
Nanti dah kawen tak leh nk boros tau.. Sebab duit pecah dua..
Banyak nk kena fikir..

Dah habes? Dont know.. Ingat senang ka nak kawen... hahahaha..

Pesanan ini dibawakan khas oleh,
Siti nabilah binti che musa..

P/S: Akhir kata, nasihat ini bukan ditujukan kepada yang mahu berkahwin sahaja tetapi kepada semua orang..

Try hard to do Something Lillahi..
Kerana Allah Taala.. 

#Doakan Syria..






Monday 13 May 2013

minggu tiada kelas dan mem 'panda' kan mata -minggu ke 12

hai guys(kawan-kawan yang sangat awesome)
Minggu ini sejujurnya minggu tiada kelas bagi saya..
#bukan ponteng..
Ponteng tu sengaja..
yang nie tak dak kelas tidak sengaja + sengaja... hak3..

Baru setengah jam yang lalu sampai di UM setelah keluar pada pkoi 8 pg td..
*sibok bebenor cik nabilah nie..

Pagi tadi keluar untuk buat medikal check up dan pasport ^^
Ceritanya bermula.. jeng3

Pagi:

Lrt universiti sgt penuh org sampai kena tngu dekat sejam untuk naik..
Macamana boleh terlupa untuk bangun lewat sikit memandangkan hari isnin adalah hari yang sgt sibuk bg  org KL..

Sampai dekat PUDU dalam pkoi 9.30 pg.. ambil no,tangkap gambar(sebab background biru tidak dibenarkan)--> RM20 =,=
Lepas tu tunggu sampai 11.30 pagi..
"1121 kaunter 6"
Dengan selambanya bangun menuju ke kaunter,menyerahkan borang segala
tetiba abg imigresen tu ckp..
kena p JPN,tukaq ic..
Setelah puas merayu memandangkan masa dah suntuk..
dia ckp tak boleh..
2 jam saya menunggu!
okey,SABAR..
berjalan ke JPN depan jabatan Imigresen.. ambil no giliran.
Tgok no giliran 1166
tgok kat paparan 1114..
PARAH! medikal cek up tak buat lagi..

Member pun cakap sekarang dah pkoi 12..
pkoi 12.30 JPN tutup rehat sampai pkoi 2.45..
Fikir semasaknya sampai layu dan lunyai..
We decided to did check up kat bangsar.. memandangkan dekat Pudu ada klinik specialist sahaja..
Naik la LRT balik ke Bangsar..

Peristiwa di klinik
Klinik yang kami pergi memang service dia sgt tiptop!!
suka2.. nanti kalau demam nk p situ la ...hahahaha
#PPUM tidak menyediakan medikal check up =,= (patut ka?-> malaih nak pertikai,fikir secara dalam)
Dalam masa setengah jam,result keluaq,layanan mesra harga dia RM 85 (aku rasa harga better dari aku p hospital sebelum nie,dah la lambat, eh eh merungut pulak)
Klinik nie nama Medicare Bangsar .. jalan kaki ja dari LRT.. dekat sgt..

Lepas dah keluar result, tetiba member kena panggil lg sekali..
kena buat ujian darah tinggi lagi ^^
Satu benda yang saya tertarik kat sini..
Member ini disuruh berehat dulu untuk melepaskan tahap ketinggian darah agar tidak memusnahkan form kesihatan..
kalau tidak dalam mimpi la.. nk p exchange kalau darah tak turun..
2-3 kali cek darah member..
cuba kalau p klinik K,confirm suruh balik... pastu lama nk tunggu result..
tunggu smpi darah dia agak stabill
Alhamdullilah lepas..
doktor siap pesan lagi,kalau boleh minggu depan dtg lagi sebab nak cek semula bimbang berlaku apa-apa sebelum fly.. hew2..

petang:
col cik sulyana mujahidah al quds nak suruh teman p buat pasport lain apabila melihatkan hari rabu nie kena hantaq form..
Lepas tu,pergi buat IC sementara dengan mata mcm panda yang comel..
Dulu gelak jahat kat si Muhammad, pakai IC besaq..
La nie,kena setepek kat muka..

jabatan imigesen:
terbaca notis "system kawasan ini adalah dalam keadaan 'down',tiga hari 
hah! pg tadi silap hari bulan..
dok pkiaq hari khamis 15 haribulan!!
rupanya 16.. 15 nie kena submit dah!
Oh, korea!!

We decided to make it esok..
Kat sentul.. ambik masa sehari, kalau tak dak pun.. p shah alam, putrajaya.. bg juga boleh esok..
hahahaha

*kira p tadi memang memberi sumbangan kepada LRT.. RM 20.. :)

Esok? nk p wat pasport.. skip kelas lgi..
Lusa? Sayembara Puisi.. skip kelas lagi..
khamis.. INsyaAllah.. hahaha

Love you,
doakan saya..
huhuhu..








Saturday 11 May 2013

Prof kesayangan :)


Prof kesayangan saya dan sahabat-sahabat terutamanya Mujahidah Al-Quds..
Walaupun dia adalah seorang yg busy.. tapi suka dia!

nama: Prof redzuan othman..
Seorang yang lantang menyatakan pendapat dan berfikiran terbuka ^^ 
dan saya rasa dia seperti memahami akan pelajar.. hahaha
Hanya pelajar sejarah mengetahui akan ini
"INI KALILAH"
 sejam kelas dia.. 
memang rasa sat sgt.. hew2..

Prof nie dekan kat fakulti kami..
He's briliant,excellence,sporting habes..

Nie gambar beliau ;)




P/s: rabu nie dah nak bertanding.. ketaq!!


Salam sayang, nabilah;)

Friday 10 May 2013

book 2# Apa ertinya saya menganut Islam

Hai guys..
Alhamdullilah.. walaupun hari ini adalah hari yang sangat meletihkan, tapi update jugak... hew2  :P
Hari ini saya nak suggest satu buku yang saya rasa berguna untuk semua orang muslim.. Non-muslim pun boleh nak tambah pengetahuan tentang Islam guna buku nie..
BUku nie nama dia "APA ERTINYA saya MENGANUT AGAMA ISLAM"
 dalam nie bermula daripada diri,muamalah,dan sebagainya..
Sangat berguna..
Dah baca?
#saya pun baru baca setengah buku nie.. hew2...
masa sya beli dalam 9 ringgit lebih ja.. ^^
buku nie ada banyak kaler dan edisi.. ^^


Salam sayang,nabilah

Wednesday 8 May 2013

haisy.. -->kita kena redha versus kita kena pasrah

Hai guys.. disamping menunggu si mazni mengupdate assigment... kita update blog dulu..
"Redha versus pasrah"
Nampak sama tapi tak serupa..
Kita selalu tulis status,"kita kena redha.."
"Kamu kena redha"
sama tak dengan pasrah?
Tak sama!
macamana pula boleh cakap tak sama?
Redha itu bukan beerti menerima sesuatu macam tu sahaja tanpa kita berusaha sedikit pun.. 
kalau menerima sesuatu tanpa usaha itu namanya PASRAH :)
Ternyata redha dan PASRAH itu adalah perkara yang berlainan kan?
Lihat situasi kita sekarang.. Redha atau pasrah??

Kalau sesuatu terjadi atau menimpa kita,
Kita dituntut untuk redha terhadap apa yang berlaku dan meyakini bahawa Allah memberikan segala sesuatu itu untuk kebaikan kita.
Tapi kita juga dituntut untuk tetap berusaha..
 
PASRAH itu menerima segala sesuatu tanpa ada daya usaha sekalipun ^^

"Redha itu ikhlas,Pasrah itu Menyerah"

*kita selalu salah anggap perkataan "Redha" itu adalah menerima segala sesuatu tanpa ada usaha kan?

Dah tahu kan sekarang?

salam sayang, 
nabilah



Monday 6 May 2013

Soalan cepumas: perlu ka membaca??

Assalamualaikum dan hai readers yang comel lagi awesome.. : )
Rindu sangat dengan korang.. *bajet ja kan..
hari ini dah masuk 5 hari dok dalam bilik.. keluar bilik cuma pergi toilet.. makan apa yang ada dalam loker! 
Makan,baca buku,online,tidoq bangun.. Assigment? tak buat pun =,= malas tetiba ja.. hahaha

Lompat kepada topik..
Perlu ka membaca nie?
banyak pendapat yang akan dapat.
1.Bagus,untuk tambah ilmu
2.baca buat apa bukan masuk exam pun..
+++ macam2 lagi..

Dalam Al-Quran surah Al-Alaq :ayat 1 hingga 5)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;


Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -


Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -


Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Perasan tak? kita hafal surah nie tapi kita tak pernah ambil tau maksud dia.. ^^

Islam sendiri dah mengajarkan kita betapa pentingnya menuntut ilmu dan membaca..
Tapi adakah peratusan Umat Islam membaca itu melebihi peratusan orang bukan Islam membaca..
Lihat sahaja budaya membaca di negara-negara Eropah dan sebagainya..
Kita? hanya segelintir sahaja..

Alasan: tak payah baca,internet kan ada
            tak pyh baca,kita kan lepasan SPM sahaja.
            tak payah baca,aku tak minat,
*Membaca kat sini bukan buku teks atau buku nak periksa sahaja..

Buku yang kita takut nak baca.


1.buku perkahwinan.
Alsan yang kita selaku ucap:
"baca buku perkahwinan tu galak nak kawen la tu"
"tak mau la baca,aku bukan nak kawen lagi"

Pendapat-pendapat ini ada benar dan salah..
Tapi tak salah kan kalau kita ambil daripada sudut positif.. jgn ambil negatif..
"yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan" (chewaah)
Dari sudut positif,kita dah ada ilmu untuk mendirikan rumah tangga
Mendirikan rumahtangga nie bukan sekadar akad nikah dll lain tetapi pembinaan baitul muslim..
Contoh: kita lihat buku ustaz hasrizal: Cinta seorang murabbi,aku terima nikahnya..
Tengok tajuk macam romantik segala.. tapi dalam tu ada banyak sangat ilmu-ilmu parenting yang sgt berguna..
So,jom start khatam.. 


*tak rasa awal sgt ka nk baca buku-buku tu?"
menjawab persoalan ini,kita nak membentuk diri ke arah yang lebih baik memakan masa yang lama..
Mampukan mendidik atau membentuk diri ke arah yang lebih baik jika kita ada lagi sebulan untuk menjadi isteri/suami/ibu/ayah..
Mustahil!


2.buku-buku motivasi
kita jadi takot nak baca motivasi sebab kita rasa kita tak layak nak baca buku macamnie..
Kita cakap kita lepasan SPM,keja gaji pun tak berapa tak layak nak pbaca buku-buku mcmnie..
Jika sekarang kita tak bermotivasi,anak-anak kita nanti??
Buku motivasi ni kadangkala mampu menjadi peneman di kala kita kita down dan segalanya..



3.buku-buku sejarah
yang memang sangat ketara kita susah nak baca dengan alasan biasa.. aku tak ambil sejarah.. so,tak payah la baca.. lagipun sejarah nie bukannya memberi apa-apa pun..
Padahal kita tidak menyedari bahawa jika kita tak baca dan kaji balik buku-buku ini, "sejarah itu berulang" :)
Mengapa? 
kerana orang yang tidak mendalam sejarah lambat laun dia akan mengulangi sejarah yang lalu..
Tak perlu takut pun baca semua ini..
Pengetahuan kita yang penting.. tidak kira kita nie bukan lepasan u ka,bekas student sains ka,jurusan doktor ka..



4.buku pengetahuan negara-negara luar
kita menumpukan perhatian kepada isu negara kita sahaja.
Tapi kita tak peka kepada negara-negara luar..
Sampaikan apa yang berlaku di negara luar pun kita tak kisah
Alasan yang selalu kita bg ialah negara mereka tak penting buat kita..
Bgaimana kita megetahui akan perjuanagan rakyat Syria yang dilabel sebagai PEMBERONTAK SYRIA dalam kalangan media kalau kita tak membaca.



5.buku politik dunia termasuklah dalam negara.
sekarang kan tgh hangat pru,, huhu
nak letak jugak la dalam list,,
Sebab kalau kita tgk kt fb,blog,twitter and etc.. bukan membahaskan melalui ilmiah tetapi spekulasi..
Pastu share kat fb perkara yang kita sendiri pun tak tahu .. kan?
muhasabah balik..
Cek balik sama ada status kita itu adalah ilmiah atau tin kosong semata-mata.
kalau rasa tin kosong,kita padamla.. hehehe
Orait??



6.buku-buku atau majalah agama..
Kita malas nak baca ni semua sebab kita rasa tak penting untuk ambik tau ..
Ha la,sekarang kan.. banyak majalah-majalah yang sgt comel dan kiut..
hahaha
tapi kita tak sedar,sebenarnya ini adalah makanan jiwa kita..
kita tak leh la nak kejar ilmu pembangunan,ilmu ekonomi,ilmu segala2 tanpa kita ambil tau ilmu pembangunan sahsiah,..
Mengapa?
Sebab tiada guna kalau kita hebat dalam segala bidang tapi sahsiah dan akhlak tak dak..


Tegasnya *karangan BM
Mengapa kita perlu membaca?

1.Supaya kita tidak menjadi cerdik tapi dungu depan orang --> orang tak mudah la nak tipu atau bash kita sesuka hati.
2.supaya nanti kita jadi orang yang berilmu.. :) sebab tak guna juga kalau ada segulung ijazah kelas pertama tapi tak tau apa..
3.supaya kita sentiasa berpandangan jauh daripada orang lain.. tak dak orang nak kata kat kita "tolong jgn berfikiran sempit"
4.menjadi contoh kepada generasi kita... Macamana? kalaupun kita lepasan PMR tapi kita banyak ilmu,anak-anak kita akan hormat dan mencontohi kita..


*kita jangan pula lupa baca Al-Quran dan menghayatinya serta memahami Sunnah Nabi.. inikan panduan hidup kita.
Salam sayang,
nabilah..

Friday 3 May 2013

3.05.2013 -Penyatuan syabab Malaysia

hari ini 3.05.2013 Malaysia telah mencatatkan sejarah penyatuan syabab-syabab ,anak-anak muda di Malaysia.
Saya tidak membahaskan ini dari segi politik tetapi satu semangat yang luar biasa.. ^^
Seluruh Malaysia. Sabah,Johor,melaka,Kedah,Kuala Lumpur dan sebagainya bersatu dalam jiwa dan semangat..
Walaupun ada antara-antara pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini.. 
"meraih simpati dengan bunyi hon"
"tak kenang budi"
macam-macam lagi..
Orang-orang sebegini bagi saya agak kurang keterbukaan..
:) Cuba lihat dari sudut positif.. sebelum nie ada tak anak-anak muda berkumpul seperti  nie?
Tak dak kan? Bagaimana mereka mampu merancang satu Malaysia!
Lepasan sarjana,ijazah,spm,stpm dan sebagainya berkumpul tanpa ada buyers..
Hari ini dalam sejarah :)

Memetik kata-kata Soekarno,
"Berikan aku seribu orang tua,nescaya akan ku cabut semeru dari akarnya , berikan aku sepuluh pemuda nescaya aku akan goncangkan dunia"
 
Sekian,
Salam sayang, 
Nabilah..
 

Thursday 2 May 2013

idola saya di Malaysia :)


hai guys... 
Selamat ptg kepada sahabat-sahabat yang awesome..
hari ni nak bebel pasal.. 
heehehe.. 
Selamat membaca.. 
#mak dan ayah saya
Saya nak jadi macam mak dan ayah saya bilaman sangup bergadai untuk hantar saya belajar di sini.
mendidik,membesar,memberi makan dan melahirkan saya..
hew3..
Terima kasih mak dan ayah
#Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. farhan

saya suka ustazah Fatimah Syarha dan dr farhan sebab saya suka la... hahahaha (just kidding)
saya suka mereka berdua,bukan berdua tapi sekeluarga sebab saya rasa mereka adalah keluarga ciri sakinah dan rahmah.. :)
Bagaimana sopannya ustazah Fatimah syarha melontarkan kalimah-kalimah tetapi tegas bisa mengusik hati sesiapa shj yang mendengar.. ^^
Begitu juga dr farhan hadi..
Dan juga anak Ustazah,Haura..
Saya mahu membina keluarga seperti mereka :)
Sering kali mengingatkan shabab agar mencapai cinta Allah :)

#ustaz syaari

Ustaz yang sgt awesome! sering kali menggunakan perjuangan dan semangat Sultan Muhammad Al Fateh untuk disuntik ke dalam diri anak muda...
Saya dan sahabat sukakannya!
Dan 
Mula menghayati perjuangan pejuang-pejuang Islam yang dulu..

#A. samad said

A. Samad Said,sasterawan negara yang menjadi idola dari dulu hingga kini..
Beliau tetap mempertahankan apa yang dirasakan benar dalam puisi sebagai senjata..
Saya jua mahu begitu!
menjadi senjata untuk sesuatu dengan hanya pena..
Saya tetap sayangkan dia walaupun dia dicaci,dimaki,dikata..
oleh orang-orang tidak menghargai erti sastera.. ^^

#Ustaz hasrizal


buku-bukunya menjadi kegemaran saya.. 
*sesetengah orang cakap,buku dia buku cinta.. tak payah baca..
Tapi bg saya itulah persiapan kita membina ummah!
Ingat,bukan senang nak belajar bagaimana mahu menjadi ibubapa yang berjaya sekarang..
Anak-anak bukan seperti dahulu..
sesetengah ibubapa menghalang membaca buku cinta.. 
Tapi alhamdullilah, mak dan ayah sgt mengerti akan semua ini :)

#takkan sebulan lagi nak kawen baru nak baca mcamana nak jadi isteri,menantu,mentua dan ibu yang baik?
kan3?
JOm mula sekrang..!! Semangat..
hehehe

#prof Muhaya

Salah satu tokoh yang saya sangat kagumi..
Bagaimana dengan buku-buku semangat beliau menjadi pemangkin kepada diri saya untuk ke hadapan ^^
bukan saya sahaja,semua orang..
Lembutnya prof dalam berbicara...

#guru-guru dan pensyarah

#matlutfi
Yg salah satu penghibur di kala stress.. Vlogger yang terkenal di you tube..
Ala,youtube tu..
hahaha..
Respect,sebab mampu melahirkan video yang semua orang tgok,guling2 tiga kali, dan paling penting penuh mesej yang tersirat... 


#tuan guru nik aziz

Salah seorang pemimpin yang amat saya kagumi
Pergi ke kediaman beliau tanpa birokrasi,
tidak pernah dilihat berbaju batik,berseluar slack,
hanya seperti rakyat biasa,
makan talam bersama rakyat,
makan,tidur dalam sunnah Nabi Muhammad.
Sepanjang masa menjadi imam di masjid,..
Rumah sederhana,
rumah besar yang dimiliki dijadikan sebagai tempat berteduh untuk rakyat ketika dilanda banjir..
Mengimami jenazah orang yang dulu mencaci beliau..
Subhanallah..
Kami sayang murabbi kami :)

#fedtri yahya

Saya merasakan bahawa beliau adalah seorang yang sgt hebat.. Mengapa? kerana saya memegang kata-kata dr faizal.. "Orang yang hebat cakapnya sedkit,maknanya banyak"..
Ya,beliaulah..
Penyampaian beliau yang jelas,senang bekerjasama dan mungkin juga saya talktive.. hahaha

#sham kamikaze
minat sgt dengan gitar..
Beliau idola saya!
Dulu nak pergi kelas muzik,tapi saya bukan orang yang senang..
mampu pergi ke kelas muzik..
hanya Youtube jadi guru..
Tu pun kadang-kadang sebab tak mampu nak beli gitar ..
(ayat sedih boleh)
teringin nak dengar dia goreng depan2 mata...
okey la tu,daripada tak tau apa kan? orang bohong boleh kesan,.. hahaha
#ustaz azhar idrus
yang saya pasti ramai yang berkongsi idola ini..
Ustaz azhar kemah kening..
walaupun ada orang cakap beliau cakap kasaq la.. apa la..
Saya tetap suka dia..