Sunday 20 October 2013

Dai'e ~paksa versus tegas~ Moga Allah redha


Hai guys. 
tengah buat assigment. Tetiba semangat nk tulis blog.. Wakaka. 

Pernah tak? Kita sampaikan sesuatu kat orang, tapi orang tu tak nak terima. Adakah sebab memang orang tu tak nak terima atau cara kita memberi yang salah?

Sometimes, bila kita ada orang cakap dia dah ada niat nak menuju stage yang lebih baik tapi turn back tanpa sebab. Kita nasihat tapi tak berkesan. Sedangkan dia dah ada niat. Kenapa?
Dia atau kita sebagai dai'e. Adakah penyampaian kita kurang berkesan. 

Okey,nabila akan kongsi beberapa tips berdasarkan apa yang nabila pernah belajar dalam kelas dan pengalaman nabila. Nabila tak layak pun nak cakap macam nie. Sebab nabila masih lagi baru. Tapi bila tengok,ramai sangat orang yang nak tegur tapi  mcam tak dak pendekatan. I'll write this entry. Ramai yang jadi keyboard warrior tanpa turun sendiri kepada mad'u.

Masalah kita sebagai dai'e:
1. Keyboard Warrior.
Bagus jadi keyboard warrior,mungkin ramai orang yang akan baca product yang kita hasilkan. Tapi menjadi masalah bila terlalu ramai yang menjadi keyboard warrior tanpa ada gerakan. Hanya mampu di depan skrin. ^_^
macamana tu?
Selalunya benda nie berlaku terhadap golongan yang free hair. Ramai sangat orang update "tutup la auratmu supaya jadi wanita yang soleh". Tapi bila orang free hair kat depan, selalu pandang atas,pandang bawah. Tak nak kawan. Sometimes, nabila rasa macam ada gap antara golongan yang tidak menutup aurat dengan golongan yang menutup aurat. Begitu juga dengan orang yang punya ilmu lebih dengan orang yang kurang. Dan nabila rasa, ia perlukan solusi yang berkesan untuk tutup gap nie. Nabila paling sentap bila ada orang cakap "Eh,nie kawan kau ke,macam langit dan bumi. Kau niqab, dia free hair". Bila ada perbezaan yang dicetuskan pemikiran yang kurang tertutup.

2. Pendekatan yang memaksa.
Yang nie totally akan buat mad'u jauh dari kita sebagai dai'e. Ayat-ayat sarkastik yang memaksa macam nie "hang kena pakai seluar kepas lutut sebab nanti hang mati masuk api neraka". Bermula dari sini, dia akan start pertikai "Kau sapa nak cakap aku masuk neraka, kau Tuhan?". Harus tukar kepada "Seluar panjang nie lebih elok dipandang. tak pa,usaha bro! aku doakan hang pakai seluar panjang satu hari nanti.. hahaha".
Dalam gelak,sampaikan ilmu.

3.Terus jatuh hukum.
"eh,kau kapel nie haram". Haram. yes. Tapi tak ramai pun nak cakap kenapa haram.
"Tak pakai tudung nie haram". Tapi tak ramai pun nk cakap kenapa haram.
Beritahu kenapa tak boleh. 
Nie tak,tak cakap pun. Yang orang ditegur pasti akan punya pertanyaan. "Kau ingat kau tu bagus sgt?. Belajar baru setahun nk tegur orang". 

4. Membanding bezakan. 
Yang nie yang akan buat orang lain akan sentap sampai jauhkan diri. 
Nak tahu mcmana nk bezakan mcm nie "Perempuan yang bertudung tu umpama lolipop yang dibalut cantik,tanpa dihurung lalat. Yang tak bertudung tu lolipop yang buruk kat lantai".
Sadis. Orang yang update status begini sememang bagus. Dia rasa dirinya bagus.
Mana ada manusia nak disamakan dengan benda yang paling kotor.
Tukar kepada lebih beri semangat sikit.
Doakan. Jangan tahu nk menghentam.


p/s: moga Allah redha. Dan Allah kuatkan hati kita untuk terus berada di jalan ini. ^_^

Salam sayang.
Nabila.






Saturday 19 October 2013

Bila ditegur jangan melenting , latih diri untuk jadi matang dan sabar.


Matang. Aku tgh belajar untuk jadi matang.
Sabar. Ada batasan. Tapi sejauh mna kita letak batasan sabar kita. Di hidung? di mulut? Dihati atau sebagainya? Diri sendiri tahu di mana.

Syukur Allah berikan aku sahabat. Yang tak lma lagi jadi yang halal buat aku.
Mampu tegur aku cara berhikmah dan bersantun. Aku belajar satu erti kat sini. Matang.
Matang dalam memberi dan menerima.

Tegur selagi kau mampu. Dan dalam hikmah. Aku rasa aku tak perlu melenting. Update status di FB. Cakap eh,nama ja tunang tapi perangai hampeh. Kongkong hidup aku. Aku bukannya yang halal lagi.
 
Betul. Bukan yang halal lagi. Tapi kalau kau anggap dia sebagai cikgu kau. Kau takkan melenting. Cikgu tak semestinya cikgu. Kawan perempuan kau,kawan laki kau, Semua cikgu kau.  

"Aku punya suka la update apa kat status. kau tu tunang aku ja".
"Aku ada hak atas gambar aku, ikot suka aku nak upload ka tak".

Bagi aku ini sindrom yang belum lagi matang. Sepatutnya kau fikir. Kenapa "tunang" kau tu buat macam tu.
Kau memang tak perlu ikot cakap macam lembu cucuk hidung. Tapi kau kena juga tahu positifnya teguran tu.
Kalau fikir negatif,negatif la .
Kalau fikir positif,positf la.

Aku?
Aku tak pernah rasa terkongkong. Rasa nak maki. Rasa nak marah. 
Selamat. Aku rasa selamat. 
Sebab dia hanya mesej aku bila perlu.
sebab dia pernah ingatkan aku pasal upload gmbar.
Sebab dia pernah ingatkan aku tak payah nk poyo sangat update status yang mengarut tak bg kesan kat orang lain langsung.
Alasan:tak elok sebab aku perempuan.
Asal? kalau lelaki boleh update ikot suka. 
Tapi dia tak buat pun apa yang dia larang. 
"Act first before ask.". Aku pun tak tahu frasa apa aku guna.
Dan aku pun tiru.

Walaupun aku tak tahu dia kat mana . Dok buat apa. Aku serah pada Allah. Supaya tetapkan iman di hati kami. Dan mampu jaga hubungan supaya tak tergelincir ke jalan Allah tak redha.

Kawen nanti aku jemput. Jangan risau.

Allah hadirkan pemberi semangat saat lemah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. :)


Tengah pening menyiapkan tugasan yang genting dan penting. Ini bukan hal yang main-main. Mahu menyelitkan keindahan Islam dalam pembentangan dan tugasan. Perlu kaedah dan pencarian yang teliti. Study dengan bersungguh-sungguh supaya mampu menangkis soalan-soalan dengan sempurna. rasa down sangat dan lemah sangat tadi. -_-' Perlu membaca berpuluh-puluh artikel. Buka tafsir Quran. Buka bible. Dan study. Walaupun ini hanya pembentangan kecil dam kelas. Tapi tugas yang digalas sebagai dai'e memang berat. Hanya 2 orang muslim dalam kelas. Yang lain semua atheis, buddha dan kristian. Dan soalan yang nabila pilih nie pasti menimbulkan kontroversi. :)

"Homosexual Marriage should not be allowed". Dan masa kelas last minggu lepas, lecturer tanya mengenai hal ini. Dan nabila dan sahabat terkejut bila rasanya hampir separuh daripada kelas itu sokong!
Antara reason yang depa bg, human rights.

Sekarang kena cari balik pasal semua nie dan memakan masa yang agak lama :(

Tapi tadi ada seorang perempuan add nabila. dan mesej. Cakap anak murid cikgu nabila. Allah T.T
Perkara pertama dia cakap, dia nak jadi macam aku!
Gilos ka pa.
Firstly,tak paham. Lepas tu nabila tanya kenapa?
Dia cakap "Kak belajar kat Korea,adik nk jadi macam kak".
 "Ini rezeki yang Allah bagi kat kak,kalau ada rezeki adik, adik boleh sampai sini satu hari nanti. InsyaAllah. Tapi kena usaha lebih sikit la."
"Ya, adik akan berusaha untuk sampai ke Korea macam akak juga".
Masa tu aku rasa, aku tak layak pun untuk dia cakap macam tu. Aku bukan pelajar dekan setiap sem. Aku bukan orang yang selalu jadi bualan ramai. Tapi rezeki ini, rezeki Allah. Aku hamba yang tak punya apa-apa.
Allah dah letak percaturan hidup nabila macam ini. 
Allahu..

Semangat yang luar biasa sedang menguasai diri sekarang nie. Sebab aku rasa aku dah bagi harapan kat orang. Orang yang nak lihat aku berjaya dan mereka nak aku berjaya. 

Semoga Allah permudahkan urusan Nabilah.
Allahumma Ameen. 

Doakan nabila berjaya dunia dan akhirat. 
Dan menjadi orang yang berguna kepada kepada agama dan orang lain..

Friday 18 October 2013

Bila part bilang nombor aku mesti cepat.


Hai guys. Minggu lepas nabila belajar membilang dalam hangul. ^_^
Alhamdullilah,perkara nie akan membuatkan nabila senang nk paham bila beli something kat kedai.
Sebab tahu tanya ja. harga tak tahu pun.. Wakaka.
ianya menjadi satu masalah di sini..

Sebelum nie,masuk dalam kelas korea ja. Jadi malas nk belajar. Tetiba masuk bab membilang duit. Bukan main segar lagi kan?. Semangat! Suara paling kuat bila cikgu suruh bilang.. Lalala. 

Good night. Assalamualaikum. ^_^

Thursday 17 October 2013

masalah yang muncul bila start upload gambar dalam laman sosial.


Sampai sekarang aku jadi malu dan takut dgn diri sendiri. Dulu aku tak pernah upload gambar kat FB,twiter dengan blog.Kalau kat blog ada beberapa kerat ja gambar aku. Kejadian nie bermula bila aku start tukar profile pic aku yang dulunya kartun kpd gambar aku sendiri. Walaupun gambar tu aku dah tukar "only for me",tapi tetap menjadi masalah. Mulanya tak menjadi masalah sgt bila,kawan-kawan,kakak senior hantar mesej dan post kat wall pasal aku pakai niqab. Terima kasih sangat sebab mendoakan aku. ^_^

Tapi menjadi masalah bila ramai lelaki-lelaki yang aku tak kenal add. Tapi aku yg agak rock sikit nie pun approve la. Mana tahu kawan lama aku ka. Sebab aku bukan dari sekolah perempuan. Konfirm la ada kawan lelaki. Tapi yang aku peliknya. Depa nie selalu update status-status yang berunsur Islamik. It's weirdo sebab aku tak ramai kawan-kawan lelaki yang agak Islamik. *ada la,tapi tak ramai. Aku doakan mereka semoga satu hari jadi orang yang baik-baik kepada agama dan ummah. Siapa tahu. Sekarang rock,tahun depan dah pegang mic bagi ceramah kat orang. Kerja Allah. :)

Dan menjadi pelik lagi. Dulu aku update status,jarang ada orang like dan komen kecuali perempuan la. Tapi kebelakangan nie, mcm aneh. Kalau update status,mesti ada komen dan like yang banyak. Lelaki. Disebabkan aku nie rock juga. Aku pun balas komen tu. tapi bukan dalam komen yang tunjuk lemah lembut gemalai apa segala. Aku kau ja aku guna dengan budak-budak tu. Tapi benda nie berlarutan sampai dalam mesej. Tanya umur. Betul ka gambar tu aku punya. Sudah. Dah makin pelik. Aku pun tak tahu macamana nak buat. Lepas tu aku nangis-nangis mesej si kak yuni yang comel tu. Cakap aku takut. Padahal aku pun tak tahu kenapa aku takut. lepas aku cerita tu aku dah start tenang. Dan aku dah block dan unfreind orang-orang yang dok ber"akhi","ukhti" "ana" dengan aku. Rimas aku. Aku tak reti. Selalu guna aku hang,aku kau ja. 

Tetiba pagi si Muhammad mesej aku. *Aku rasa sebab dia tengok bilangan komen dgn like tu meningkat kot.  "Nabila,tukar profile pic tu. Pakai gambar kartun balik. Tak elok. Nanti lelaki-lelaki mesej. Nabila tu perempuan."  Aku rasa nak marah juga mula-mula. Sebab aku tak rasa salah aku. Tapi aku tak jadi nak marah sebab dia bukan seorang yang suka tegur sesuka hati. Dah beberapa lama kami tak contact sesama sendiri sebab dah janji nak contact hanya beberapa bulan sebelum majlis. Tetiba dia mesej. Mestilah weirdo. 

Dan tadi dalam kelas aku terfikir. Aku rasa ini ujian untuk aku. Sometimes.orang akan cakap "Tak pa. Asalkan menutup aurat. Jadi pedoman untuk orang lain". Tapi bagi aku tak. Sebab aku rasa niat aku boleh berubah. Orang like status aku sebab status aku bagus atau sebab aku pakai niqab?.

Allah. T.T Aku berterima kasih sangat kpd si Muhammad yang hantar mesej macam nak marah aku sampai buat aku sedar. 


Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dijalan ini.

Tuesday 15 October 2013

Mad'u yang Allah hantar. 1


Berada dibumi sejuk adalah rezeki yang Allag bagi dalam berhikmah. Hari ini dah lebih sebulan aku tinggal disini. Meneruskan pengajian. Dan mentarbiyah diri dalam dunia yang asing. Bukan senang hidup ditempat asing. Tapi masa nie la nak mendidik diri dan hati. Alhamdullilah, sampai kat sini aku kenal rapat dengan seorang hamba Allah dari negara luar Malaysia.


She's muslim. Pemakaian dia mengingatkan aku satu masa dulu. Zaman jahiliyah yang aku tinggalkan. Dan hari pertama aku kenal dia. Aku dah letak tekad dalam hati. Ini adalah mad'u aku.! Orang yang Allah hantar supaya aku jadi lebih baik dan dia menjadi lebih baik bersama-sama dengan aku. First day, aku tak nampak dia solat langsung. Aku tak tahu sama ada dia tak boleh solat atau tidak. Aku malas nak tanya. Mungkin orang akan cakap aku nie lepas tanggungjawab. Tapi aku rasa dia akan malu kalau aku tanya "Kenapa tak solat? tak boleh solat". Dna dia melakukannnya kerana terpaksa. Dan alhamdullilah,seminggu lepas tu, dia bertanya tentang haid,tentang darah penyakit. Dan aku just beritahu :) Rupanya dia takut nak solat sebab keluar darah penyakit. 

Masa nie buat aku fikir, kadang kala, aku rasa aku judge orang. Tanpa aku tahu sebabnya. =)
So,pertama kali dia solat. Aku yang menangis tetiba hari tu. Wakaka. Sarkastik gila kan.
Sebelum tidur malam tu, dia cakap kat aku "bangunkan aku esok,aku nak subuh". Walaupun hari pertama dan kedua dia tak bangun sebab dia susah nak bangun awal pagi. *subuh cini dalam pkoi 4 pagi. 
Aku pun kata dalam hati. Tak pa,sabar dan belajar.

Nak tahu apa?
Sebelum pergi kelas dia akan qada dulu solat subuh. Mungkin orang akan cakap, qada sebab sendiri malas bangun. Tapi sekurangnya itu satu permulaan untuk dia. ^_^ Mana tahu esok lusa dia jadi lebih baik dari kita.

Then,baru-baru nie dia tanya aku. Dia solat cepat sangat tak? *agak cepat la. Tapi aku cakap kat dia. Tak pa, belajarlah dulu. Dan dia pun senyum.

Aku tak kisah. Yang penting dia nk belajar. =)
Aku pun tahu dia tak pernah pakai tudung.
Family dia juga.
Tapi dia pernah cakap kat aku.
Satu hari nanti dia nak pakai macam aku.
Teringin nak pakai macam aku.
Aku harap Allah sentuh hati dia mcamana Allah sentuh hati aku dan sahabat-sahabat yang lain.

 

Monday 14 October 2013

Hari pertama Puasa di korea.


Alhamdullilah, today was my first day nabila berpuasa. Pengalaman yang menakjubkan. Sebab rasanya masa amat pendek. Dari pkoi 5 pg buka pkul 5.59 ptg. Yeah. Tapi, walaupun penat. Ya rabbi. Salah satu sebabnya perubahan musim. *i'm flu now. It's getting cold day by day. I guess sebab inilah rasa lapaq,perut nak mengunyah sepanjang masa. Penat! dan tidur sampai petang. huh!

Tadi juadah berbuka puasa hanya makan nasi kosong dgn serbuk cili dengan noodle yang manis amat. *ambil cikit ja.
lepas tu beli jajan dan makan maggi. 

Haha. 

Selamat hari Raya Aidil Adha.

Salam sayang dari korea. ^_^

Friday 11 October 2013

Inbox FB yang sgt bermakna. Alhamdullilah.


Yesterday, nabila received one message from mu old friend. She was my hostel mate from form 4 until form 5.  We are not close but sometimes boleh la. She's free hair until now. But,suddenly,I saw her picture wearing hijab. Alhamdullilah. And I guess, she's was starting to wearing the hijab. 

For the the first time I saw her message, I don't know why I feel sayu. She asked me "Nabila,macam mana nak istiqamah,aku nak berubah nak jadi macam hang.". Subhanallah. Allah dah sentuh hati kawan aku.Nabila rasa nabila tak layak nak jawab soalan tu sebab nabila pun masih lagi baru di jalan ini. Tapi perkataan "Aku nak berubah" tu buat nabila jadi dilemma. Antara rasa tak layak dan biarkan kawan dalam persoalannya sendiri tanpa ada orang bantu. Atau memberanikan diri untuk memberi kata-kata semangat. Allah T.T
Aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku bantu dia.Antara yang menyentuh hati nabila sangat-sangat apabila dia cakap "Aku dah lama tinggal solat". :'( True. Allah bagi tarbiyah untuk dia sedar . Macam nabila juga dulu. Tak lama lepas tu she's asking me about the niqab. Allahu.

Hanya satu kata semangat yang nabila bagi . Allah dah sentuh hati hang. Pohonlah kepada Allah untuk diberi kekuatan. Dan aku tetap akan sokong hang sahabat. :'(

Saturday 5 October 2013

Kerana Allah aku menulis.

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Assalamualaikum and hai readers. ^-^. Coretan ini hanya kerana Allah saya menulis. Alhamdullilah,saat ini saya masih lagi berada di bumi Korea untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar. Tinggal lagi beberapa bulan untuk pulang ke tanah air tercinta. Walaupun hanya bersandar Cuma 6 bulan. Tapi percaturan Allah. Allah Maha Mengetahui.
 Perkongsian ini untuk beri semangat kepada wanita-wanita diluar sana yang yang dalam hatinya masih ada Allah tapi belum mulakan langkah yang pertama kerana tiada kekuatan. Sesungguhnya yang memberi kekuatan itu hanyalah Allah. Pohonlah kepada yang Maha Kuasa. Saya adalah seorang bertudung labuh dan berniqab. Hari pertama saya bertudung labuh adalah hari pertama saya bertudung. Ya,hari pertama saya bertudung labuh adalah hari pertama saya bertudung. Cerita ini saya pernah nukilkan dalam blog saya untuk bacaan sahabat-sahabat saya yang sama seperti saya dahulu.
Sampai saat ini, saya masih lagi merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya memberi semangat kepada mereka kerana saya dulu bangun daripada jurang yang sangat dalam dan baru nak bertatih di dunia baru dengan diri saya sendiri tanpa ada bantuan sesiapa. Hanya Allah jua yang memberi kecekalan dan ketabahan kepada saya. Dulu, saya pernah dilabel “perempuan neraka”,”berpakaian seperti tidak tahu agama sendiri” dan yang paling sadis diibaratkan seperti “makanan yang jatuh ke lantai tidak berbungkus” serta “lollipop yang dihurung lalat” seperti yang selalu diupdate dalam status-status orang yang punya ilmu yang cukup di dada. Saya pernah hilang arah dan rasa diri terhina kerana ini. Saya pernah rasa “USELESS”. Tidak berguna. Saya tidak minta jadi begitu. Siapa yang mahukan dilabel sama bawah dengan benda yang begitu kotor?.Saat itu,saya mula menyalahkan keluarga saya dan orang-orang sekeliling. Mana tidaknya, saya bukanlah berasal dari keluarga seperti mereka. Tahu usrah,tahu kitab-kitab,tahu mengaji dengan betul. Buku agama dirumah boleh dibilang dengan jari. Saya tidak dihantar ke kelas fardu ain seperti mereka. Saya juga bukan dari sekolah agama. Saya hanya dari sekolah biasa. =).
Saya mempunyai perjalanan hidup yang terkeluar dari batasan dan landasan yang sebenar. Pakaian yang mana ditarik sebelum keluar itulah jadi pakaian. Dulu saya tergila-gilakan short pants dan baby T. Tapi Allah sentuh hati saya supaya tergila-gila baju dan tudung labuh sekarang. Subhanallah,hanya Allah sahaja mengetahui indahnya perasaan ini. Saya juga keluar masuk pusat karaoke saban hari. Tapi Allah sentuh hati saya supaya lebih cintakan ilmu. Allah punya rancangan istimewa.
Alhamdullilah,saat ini saya sedang mengendalikan bulatan gembira bersama orang-orang yang free hair dan bertudung belum sempurna. Pengalaman saya yang lalu mengajar erti kepada saya adanya hikmah. Allah punya rencana yang sangat berharga. =)
p/s:Kepada sesiapa yang masih berfree hair,pohonlah kepada Allah untuk diberi kekuatan. Saya tahu bagaimana sakitnya nak bangun dari zaman yang penuh gelap. Bagaimana sakitnya bila ramai yang menghentam tanpa ada bantuan yang ikhlas. Saya juga tahu peratusan orang yang menghentam juga ramai berbanding orang yang membantu. Tapi kita sebagai manusia. Bersangka baiklah, mereka punya niat yang Allah sahaja mengetahui. Kepada yang masih menutup aurat tapi belum sempurna. Cuba dan istiqamah. Sesungguhnya,sandaran kepada Allah itu lebih utama. Kepada yang menutup dengan sudah sempurna,perbaikilah ke arah yang lebih baik. Hati itu Allah yang pegang. Jadilah dai’e yang kreatif dan memahami. Jadilah pembantu bukan penghentam. Beri semangat kepada mereka.Mereka perlukan kita. ^_^
Kerana Allah aku menulis.
Dari,
Si kecil

Friday 4 October 2013

Pembelajaran di korea. ^_^ Berbeza dengan Malaysia


Hai guys. ^_^
Dah lama dah draft dan janji dengan korang untuk update pasal ni.
Haha.
Sementara tunggu my mak tulis resepi satay. Satay? Satay? Satay?
Yes,we'll sell satay on the international day di chonnam university. Dah lama tak makan ayam weh.

Okey. Sambung balik.
kat sini nabilah ambil 4 subjek.
Dan sukacitanya dmaklumkan bahawa semua tak leh transfer dan perlu extend. ^_^
Um kan sayang aku. Wakaka.
Yuran mahal kan?
Sabaq noh.

Setiap minggu ada 5 hari kelas. 
Isnin,rabu dan jumaat. Setiap kelas adalah berkadar 50 minit satu kelas 
selasa dan khamis 75 minit.
so balance kan? Kat sini quite relax. Sebab tak dak tutorial!!

Presentation? Owh, jangan risau. pasti ada.

nabila dah list ikut klasikasi.
1.SISTEM PERMAKAHAN.
Actually,it's depends on lecturer.
Kelas industrial physchology, markah final dia only 40 percent.
Attendance:20 percent.
Assigment:20 percent
practical: 20 percent.
*rasanya:sebab ingat-ingat lupa. Wakaka.
Practical nie maksudnya macam at situasi yang betul. Kena berlakon dan aplikasikan apa yang belajar.


kelas philosophy of art pulak. final dia tak tahu berapa.
sebab masuk last minit.
Yang penting practical dalam kelas dengan attendance memang banyak. 
Minggu lepas nabila buat kuiz bertulis,minggu nie nabilah kena sediakan manuskrip dan rakam audio. Macam dalam you tube tuh.
Minggu depan lagi sekali kena sediakan video. Memang kena belajar balik buat movie maker.
Tapi kelas nie aku paling suka.
Sebab it's help me to improve my english language. 
Sebab kena bercakap ja. 
Alhamdullilah,aku suka.
Dan aku rasa dalam kelas aku sorang ja broken b.i.
Yang lain cakap mcm aiq.
Prof dia awesome sangat.
Boleh cakap banyak bahasa western. perancis. 
Macam-macam.

Kalau kelas sociology pulak.
 Lebih kurang sama macam malaysia. Ada presentation dan discussion.
Tapi seronok kelas nie sebab boleh tahu budaya orang yang aku rasa aku tak pernah tahu!
lecturer dia sporting sangat.
Tapi yang menjadi ketidakgemaran disini ialah short assigment aku rasa banyak. -_-'

Kelas folklore of traditional art. 
hurm.
Kelas yang awesome. 
Sebab tak dak final exam!!!
tapi ada presentation.
Attendance 30 percent.
Yang lain semua presentation dan assigment.


oh ya, lupa nak mention. Hari terakhir dalam kelas. Means sebelum nk weekend. kami akan ada presentation dan kuiz. So, dia tak ganggu waktu pelajaran sgt la. tak pyh terkejar sana-sini.

Dan,depa hanya akan guna satu buku teks saja untuk setiap subjek.
Ada buku khas. ^_^
Buku photostat dia best, Nampak macam ori tapi copy.
Berbza dengan situasi di Malaysia. ada masa, Nabila akan upload contoh buku di FB atau blog.

have a nice day!



Tuesday 1 October 2013

Alhamdullilah.. So grateful.


Aku tak tahu perasaan aku sekarang. Unstable. Rasanyalah!. Hanya Alhamdullilah yang mampu ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Sekarang aku rasa gembira dan sebak. Aku rasa baru semalam dia like status aku. Tapi hari nie aku like status dia. Aku pun mendoakan semoga dia beristiqamah di jalan ini.

Walaupun dia bukan menutup aurat dengan sempurna lagi. Tapi perubahan yang berlaku pada saat ini buat aku sebak. Allahu. :'( Allah bagi hidayah kat sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dan aku harap Allah tak tarik nikmat ni daripada aku dan sahabat-sahabat yang lain.

Aku harap semoga dia terus diberi kekuatan. Dan aku yakin, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk dia. ^_^

Allahumma Ameen.

Rasa tak yakin nak tinggalkan amalan lama walaupun selepas berhijrah?


Rasa tak yakin nak tinggalkan amalan lama yang menjadi tabiat dalam kehidupan seharian.
Sebab rasa mcm dah tak boleh tinggal.
Macam dalam lagu nie. Rileks dan yakin!
http://www.youtube.com/watch?v=UMFoxCev5pA

Kau suka muzik dan obses?. Nabila pun sama. I love music. Playing guitar. Pernah kecewa gaban bila mak dengan ayah tak bagi masuk kelas piano. -_-' Wakaka. Sarkastik gila. Lepas tu selalu layan cover dalam Youtube. Najwa Latif punya lagu tak tahu berapa kali play. Sam Tsui. Chris. Cumi. Zarul. Selalu ja layan video depa.

Kau suka dengar lagu hardcore? Lagu yang agak sentimental tapi muzik dia mix macam bajet ke kan. Bagi nabila best, bg orang lain sakit telinga? Haha. Tapi bila tengok lirik dia pergh. Suka banget. Seperti kata roomate.Nabila start suka lagu mcmni tak tahu bila. 

Kau suka layan movie sampai pagi? Aku juga. layan movie korea, japan. Terutamanya cerita horror dan romance. Kadang-kadang sampai tak tidur. Haha. Sesiapa yang addict ja boleh paham situasi nie. 

Kau suka update status dan tweet?. nabila juga. I'm talkative. 3 minit sekali tweet. Update sampai tak tahu.Haha. Rasa sampai orang lain nak muntah hijau. 

jangan risau ada penyelesaiannya. Tak perlu perubahan drastik . ^_^

Antara 3 teratas tuh, main muzik,dengar muzik walaupun hardcore,layan movie sampai kepagi. ada jalan penyelesaiannya. Dan insyaAllah,berkesan. Dan semoga Allah redha dan Allah bantu.

 
1. Bahagikan masa. 
Contohnya: kalau main muzik,dengar muzik dan layan movie setiap kali berjalan sesi adalah 2 jam. 
Gandakan ia. 2 jam tengok movie, 2 jam lagi baca Al-Quran,dengar ceramah dan buat perkara-perkara yang rasa boleh melembutkan hati dan menenangkan. Tolong mak kat dapur ka.. Keh3. *Kawen nak, tolong mak kat dapur tak mau. 

2. Sentiasa bermuhasabah dan memperingati diri.
Contoh: Tengok movie sampai pagi. Lepas tegok tu,sila bisik kat diri sendiri dengan yakin.
hari nie aku tengok movie sampai pagi, apa salahnya, aku solat (berqiam) semoga Allah lembutkan hati daripada benda-benda yang boleh melalaikan kita daripada mengingatiNya. 
Kalau dengar lagu dan hadap laptop. Sebelum tidur bermuhasabah kembali. Hari ini sehari aku hadap laptop. 15 minit nak baca al mulk takkan tak mampu =).
Begitulah alkisahnya.

3.Tweet dan update benda yang bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Cuba update benda-benda yang rasa yang lebih bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Sometimes, sampai sekarang aku masih lagi mengupdate status-status yang aku rasa tak perlu. Sometimes. Ada orang cakap-cakap. Tapi terima dengan hati terbuka. Sebab aku tahu tugas aku sekarang. Aku tak mau kehilangan sahabat-sahabat aku tersayang dan buat depa rrasa tak selesa. Dalam tulis status yang merapu-merapu. Selitkan ilmu. ^_^
Mereka kan mad'u. Nak jadi dai'e sekarang perlu kreatif. 

So, ayuh!
Moga Allah redha kepada kita dijalan ini.

Salam sayang.
Nabilah si kecil.