Thursday, 17 October 2013

masalah yang muncul bila start upload gambar dalam laman sosial.


Sampai sekarang aku jadi malu dan takut dgn diri sendiri. Dulu aku tak pernah upload gambar kat FB,twiter dengan blog.Kalau kat blog ada beberapa kerat ja gambar aku. Kejadian nie bermula bila aku start tukar profile pic aku yang dulunya kartun kpd gambar aku sendiri. Walaupun gambar tu aku dah tukar "only for me",tapi tetap menjadi masalah. Mulanya tak menjadi masalah sgt bila,kawan-kawan,kakak senior hantar mesej dan post kat wall pasal aku pakai niqab. Terima kasih sangat sebab mendoakan aku. ^_^

Tapi menjadi masalah bila ramai lelaki-lelaki yang aku tak kenal add. Tapi aku yg agak rock sikit nie pun approve la. Mana tahu kawan lama aku ka. Sebab aku bukan dari sekolah perempuan. Konfirm la ada kawan lelaki. Tapi yang aku peliknya. Depa nie selalu update status-status yang berunsur Islamik. It's weirdo sebab aku tak ramai kawan-kawan lelaki yang agak Islamik. *ada la,tapi tak ramai. Aku doakan mereka semoga satu hari jadi orang yang baik-baik kepada agama dan ummah. Siapa tahu. Sekarang rock,tahun depan dah pegang mic bagi ceramah kat orang. Kerja Allah. :)

Dan menjadi pelik lagi. Dulu aku update status,jarang ada orang like dan komen kecuali perempuan la. Tapi kebelakangan nie, mcm aneh. Kalau update status,mesti ada komen dan like yang banyak. Lelaki. Disebabkan aku nie rock juga. Aku pun balas komen tu. tapi bukan dalam komen yang tunjuk lemah lembut gemalai apa segala. Aku kau ja aku guna dengan budak-budak tu. Tapi benda nie berlarutan sampai dalam mesej. Tanya umur. Betul ka gambar tu aku punya. Sudah. Dah makin pelik. Aku pun tak tahu macamana nak buat. Lepas tu aku nangis-nangis mesej si kak yuni yang comel tu. Cakap aku takut. Padahal aku pun tak tahu kenapa aku takut. lepas aku cerita tu aku dah start tenang. Dan aku dah block dan unfreind orang-orang yang dok ber"akhi","ukhti" "ana" dengan aku. Rimas aku. Aku tak reti. Selalu guna aku hang,aku kau ja. 

Tetiba pagi si Muhammad mesej aku. *Aku rasa sebab dia tengok bilangan komen dgn like tu meningkat kot.  "Nabila,tukar profile pic tu. Pakai gambar kartun balik. Tak elok. Nanti lelaki-lelaki mesej. Nabila tu perempuan."  Aku rasa nak marah juga mula-mula. Sebab aku tak rasa salah aku. Tapi aku tak jadi nak marah sebab dia bukan seorang yang suka tegur sesuka hati. Dah beberapa lama kami tak contact sesama sendiri sebab dah janji nak contact hanya beberapa bulan sebelum majlis. Tetiba dia mesej. Mestilah weirdo. 

Dan tadi dalam kelas aku terfikir. Aku rasa ini ujian untuk aku. Sometimes.orang akan cakap "Tak pa. Asalkan menutup aurat. Jadi pedoman untuk orang lain". Tapi bagi aku tak. Sebab aku rasa niat aku boleh berubah. Orang like status aku sebab status aku bagus atau sebab aku pakai niqab?.

Allah. T.T Aku berterima kasih sangat kpd si Muhammad yang hantar mesej macam nak marah aku sampai buat aku sedar. 


Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dijalan ini.

4 comments:

  1. Tak paham la nabila...
    Maksudnye lelaki2 tu suke org berniqab ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabila pun tak tahu kak.. mesej2 tanya tu betul ka nabila yang pakai niqab tu. Nabila dah privatekan DP tu. Tapi nampak lagi. Lepas nie dah tak nak upload. Takot sangat.

      Delete
  2. Itulah ujian untuk menduga keikhlasan hati, kita diuji membuktikan masih ada tempat untuk kita di sisi Allah. Adakah kita semakin hanyut atau sedar semula. SUbhanallah. Setiap ujian itu adalah tanda rahmat dan kasih sayang dariNya. Post Nabila banyak menyedar dan membuka mata akak. Semoga Allah permudahkan urusan Nabila di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllak kak :'( terima kasih atas doa kak..

      Delete