Saturday, 5 October 2013

Kerana Allah aku menulis.

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Assalamualaikum and hai readers. ^-^. Coretan ini hanya kerana Allah saya menulis. Alhamdullilah,saat ini saya masih lagi berada di bumi Korea untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar. Tinggal lagi beberapa bulan untuk pulang ke tanah air tercinta. Walaupun hanya bersandar Cuma 6 bulan. Tapi percaturan Allah. Allah Maha Mengetahui.
 Perkongsian ini untuk beri semangat kepada wanita-wanita diluar sana yang yang dalam hatinya masih ada Allah tapi belum mulakan langkah yang pertama kerana tiada kekuatan. Sesungguhnya yang memberi kekuatan itu hanyalah Allah. Pohonlah kepada yang Maha Kuasa. Saya adalah seorang bertudung labuh dan berniqab. Hari pertama saya bertudung labuh adalah hari pertama saya bertudung. Ya,hari pertama saya bertudung labuh adalah hari pertama saya bertudung. Cerita ini saya pernah nukilkan dalam blog saya untuk bacaan sahabat-sahabat saya yang sama seperti saya dahulu.
Sampai saat ini, saya masih lagi merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya memberi semangat kepada mereka kerana saya dulu bangun daripada jurang yang sangat dalam dan baru nak bertatih di dunia baru dengan diri saya sendiri tanpa ada bantuan sesiapa. Hanya Allah jua yang memberi kecekalan dan ketabahan kepada saya. Dulu, saya pernah dilabel “perempuan neraka”,”berpakaian seperti tidak tahu agama sendiri” dan yang paling sadis diibaratkan seperti “makanan yang jatuh ke lantai tidak berbungkus” serta “lollipop yang dihurung lalat” seperti yang selalu diupdate dalam status-status orang yang punya ilmu yang cukup di dada. Saya pernah hilang arah dan rasa diri terhina kerana ini. Saya pernah rasa “USELESS”. Tidak berguna. Saya tidak minta jadi begitu. Siapa yang mahukan dilabel sama bawah dengan benda yang begitu kotor?.Saat itu,saya mula menyalahkan keluarga saya dan orang-orang sekeliling. Mana tidaknya, saya bukanlah berasal dari keluarga seperti mereka. Tahu usrah,tahu kitab-kitab,tahu mengaji dengan betul. Buku agama dirumah boleh dibilang dengan jari. Saya tidak dihantar ke kelas fardu ain seperti mereka. Saya juga bukan dari sekolah agama. Saya hanya dari sekolah biasa. =).
Saya mempunyai perjalanan hidup yang terkeluar dari batasan dan landasan yang sebenar. Pakaian yang mana ditarik sebelum keluar itulah jadi pakaian. Dulu saya tergila-gilakan short pants dan baby T. Tapi Allah sentuh hati saya supaya tergila-gila baju dan tudung labuh sekarang. Subhanallah,hanya Allah sahaja mengetahui indahnya perasaan ini. Saya juga keluar masuk pusat karaoke saban hari. Tapi Allah sentuh hati saya supaya lebih cintakan ilmu. Allah punya rancangan istimewa.
Alhamdullilah,saat ini saya sedang mengendalikan bulatan gembira bersama orang-orang yang free hair dan bertudung belum sempurna. Pengalaman saya yang lalu mengajar erti kepada saya adanya hikmah. Allah punya rencana yang sangat berharga. =)
p/s:Kepada sesiapa yang masih berfree hair,pohonlah kepada Allah untuk diberi kekuatan. Saya tahu bagaimana sakitnya nak bangun dari zaman yang penuh gelap. Bagaimana sakitnya bila ramai yang menghentam tanpa ada bantuan yang ikhlas. Saya juga tahu peratusan orang yang menghentam juga ramai berbanding orang yang membantu. Tapi kita sebagai manusia. Bersangka baiklah, mereka punya niat yang Allah sahaja mengetahui. Kepada yang masih menutup aurat tapi belum sempurna. Cuba dan istiqamah. Sesungguhnya,sandaran kepada Allah itu lebih utama. Kepada yang menutup dengan sudah sempurna,perbaikilah ke arah yang lebih baik. Hati itu Allah yang pegang. Jadilah dai’e yang kreatif dan memahami. Jadilah pembantu bukan penghentam. Beri semangat kepada mereka.Mereka perlukan kita. ^_^
Kerana Allah aku menulis.
Dari,
Si kecil

2 comments:

  1. Assalam nabila..alhamdulillah,Allah telah pilih kamu untuk menerima hidayahnya..kadang2 Allah beri kita merasai waktu jahil sebentar untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran untuk dikongsi bersama orang lain..jangan sesekali memandang rendah kpd kawan kita diluar sana yang masih belum menutup aurat dengan sempurna,sebaliknya dekati mereka dan cuba tunjukan akhlak yg baik.moga hati2 mereka akn tergerak untuk berhijrah kerana Allah.banyakan solat malam moga Allah kuatkan hati kita kerana Allah adalah pemilik hati hambanya :) teruskan berdakwah ya ukhti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah.. Hanya jalan ini yang mampu nabila tafsirkan. Betul .Allah hadirkan saat jahiliyah supaya kongsi dengan orang lain.. Bila tengok orang yang macam nabila dulu, nabila jadi kesian sebab nabila tahu mcmana susahnya nak bangung tanpa ada orang tolong. Hnya Allah yang beri kekuatan. Alhamdullilah juga,lepas tu Allah hadirkan orang-orang yang bermakna dalam hidup nabila. Ameen. Semoga Allah tak tarik nikmat yang Allah bagi nie dan diberi ketabahan di jalan ini. InsyaAllah. Doakan nabila kat sini. Kamu juga. Teruskan berdakwah. Moga Allah permudahkan urusan.

      Delete