Allah hadirkan pemberi semangat saat lemah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. :)
Tengah pening menyiapkan tugasan yang genting dan penting. Ini bukan hal yang main-main. Mahu menyelitkan keindahan Islam dalam pembentangan dan tugasan. Perlu kaedah dan pencarian yang teliti. Study dengan bersungguh-sungguh supaya mampu menangkis soalan-soalan dengan sempurna. rasa down sangat dan lemah sangat tadi. -_-' Perlu membaca berpuluh-puluh artikel. Buka tafsir Quran. Buka bible. Dan study. Walaupun ini hanya pembentangan kecil dam kelas. Tapi tugas yang digalas sebagai dai'e memang berat. Hanya 2 orang muslim dalam kelas. Yang lain semua atheis, buddha dan kristian. Dan soalan yang nabila pilih nie pasti menimbulkan kontroversi. :)
"Homosexual Marriage should not be allowed". Dan masa kelas last minggu lepas, lecturer tanya mengenai hal ini. Dan nabila dan sahabat terkejut bila rasanya hampir separuh daripada kelas itu sokong!
Antara reason yang depa bg, human rights.
Sekarang kena cari balik pasal semua nie dan memakan masa yang agak lama :(
Tapi tadi ada seorang perempuan add nabila. dan mesej. Cakap anak murid cikgu nabila. Allah T.T
Perkara pertama dia cakap, dia nak jadi macam aku!
Gilos ka pa.
Firstly,tak paham. Lepas tu nabila tanya kenapa?
Dia cakap "Kak belajar kat Korea,adik nk jadi macam kak".
"Ini rezeki yang Allah bagi kat kak,kalau ada rezeki adik, adik boleh sampai sini satu hari nanti. InsyaAllah. Tapi kena usaha lebih sikit la."
"Ya, adik akan berusaha untuk sampai ke Korea macam akak juga".
Masa tu aku rasa, aku tak layak pun untuk dia cakap macam tu. Aku bukan pelajar dekan setiap sem. Aku bukan orang yang selalu jadi bualan ramai. Tapi rezeki ini, rezeki Allah. Aku hamba yang tak punya apa-apa.
Allah dah letak percaturan hidup nabila macam ini.
Allahu..
Semangat yang luar biasa sedang menguasai diri sekarang nie. Sebab aku rasa aku dah bagi harapan kat orang. Orang yang nak lihat aku berjaya dan mereka nak aku berjaya.
Semoga Allah permudahkan urusan Nabilah.
Allahumma Ameen.
Doakan nabila berjaya dunia dan akhirat.
Dan menjadi orang yang berguna kepada kepada agama dan orang lain..
No comments:
Post a Comment