Tuesday 15 October 2013

Mad'u yang Allah hantar. 1


Berada dibumi sejuk adalah rezeki yang Allag bagi dalam berhikmah. Hari ini dah lebih sebulan aku tinggal disini. Meneruskan pengajian. Dan mentarbiyah diri dalam dunia yang asing. Bukan senang hidup ditempat asing. Tapi masa nie la nak mendidik diri dan hati. Alhamdullilah, sampai kat sini aku kenal rapat dengan seorang hamba Allah dari negara luar Malaysia.


She's muslim. Pemakaian dia mengingatkan aku satu masa dulu. Zaman jahiliyah yang aku tinggalkan. Dan hari pertama aku kenal dia. Aku dah letak tekad dalam hati. Ini adalah mad'u aku.! Orang yang Allah hantar supaya aku jadi lebih baik dan dia menjadi lebih baik bersama-sama dengan aku. First day, aku tak nampak dia solat langsung. Aku tak tahu sama ada dia tak boleh solat atau tidak. Aku malas nak tanya. Mungkin orang akan cakap aku nie lepas tanggungjawab. Tapi aku rasa dia akan malu kalau aku tanya "Kenapa tak solat? tak boleh solat". Dna dia melakukannnya kerana terpaksa. Dan alhamdullilah,seminggu lepas tu, dia bertanya tentang haid,tentang darah penyakit. Dan aku just beritahu :) Rupanya dia takut nak solat sebab keluar darah penyakit. 

Masa nie buat aku fikir, kadang kala, aku rasa aku judge orang. Tanpa aku tahu sebabnya. =)
So,pertama kali dia solat. Aku yang menangis tetiba hari tu. Wakaka. Sarkastik gila kan.
Sebelum tidur malam tu, dia cakap kat aku "bangunkan aku esok,aku nak subuh". Walaupun hari pertama dan kedua dia tak bangun sebab dia susah nak bangun awal pagi. *subuh cini dalam pkoi 4 pagi. 
Aku pun kata dalam hati. Tak pa,sabar dan belajar.

Nak tahu apa?
Sebelum pergi kelas dia akan qada dulu solat subuh. Mungkin orang akan cakap, qada sebab sendiri malas bangun. Tapi sekurangnya itu satu permulaan untuk dia. ^_^ Mana tahu esok lusa dia jadi lebih baik dari kita.

Then,baru-baru nie dia tanya aku. Dia solat cepat sangat tak? *agak cepat la. Tapi aku cakap kat dia. Tak pa, belajarlah dulu. Dan dia pun senyum.

Aku tak kisah. Yang penting dia nk belajar. =)
Aku pun tahu dia tak pernah pakai tudung.
Family dia juga.
Tapi dia pernah cakap kat aku.
Satu hari nanti dia nak pakai macam aku.
Teringin nak pakai macam aku.
Aku harap Allah sentuh hati dia mcamana Allah sentuh hati aku dan sahabat-sahabat yang lain.

 

No comments:

Post a Comment